90) Transporners: Pornstars In Disguise..
Ahh.. Malam yang menyegarkan.. Sesuai untuk berfikir dan merungkai semula simpulan-simpulan memori di dalam kepala otak ini terhadap apa yang pernah didengar, diketahui, diberitahu dan dialami suatu masa dahulu oleh orang-orang tertentu. Memandangkan entry yang lepas nampak seolah-olah tidak kena secara direct pada orang yang nak dituju, maka kita kembali semula ke keadaan asal – memikirkan perkara yang bukan-bukan.
.
Yeah, I know that my ‘odd resume’ is still circulating the cyber world, infiltrating any company which has irresponsible staffs who like forward private and confidential documents. Even two days ago, I still get email from someone regarding that document. It means that some people may take a peek in this humble little blog as to know whose resume they are reading. And if their timing is wrong, it seems that all that I have shown them are just stupid and horny entries about porns.
.
Okay, enough of that. Back to BM mode again and concentrating on the most magnificent movie that our people in our time have ever watched – The Transformers.
.
Kemasyhuran satu istilah yang tidak asing lagi pada mereka yang lahir pada tahun 80-an, “Transformers”, sememangnya tidak dapat dinafikan. Jikalau masuk menonton di pawagam, tetapi diri tidak berasa teruja dengan tayangannya, memang pasti orang itu adalah makhluk asing di muka bumi ini atau setidak-tidak pun, mereka yang tidak pernah terlibat secara langsung dengan tempoh era tayangan siri robot legenda tersebut.
.
Teringat aku semasa tayangannya dahulu, ketika zaman penamat kepada generasi pertama (pimpinan Almarhum As-Syahid Optimus Prime), yang menjadi permulaan kepada generasi robot kedua (pimpinan Al-Fadhil Al-Ustaz Rodimus Prime). Tampuk pimpinan diwariskan setelah berlakunya The Fight. Optimus Prime terkorban. Kesedihan dan kepayahan untuk menerima hakikat tersebut adalah jauh lebih hebat daripada kematian seorang jaguh handalan bernama Pendekar Laut. Sebaknya, usah diperkatakan lagi.
.
Yang ni gambar lawa skit:
.
Maka, apabila wataknya ‘dilakonkan’ semula, malah dalam bentuk 3D, kehebatannya tidak dinafikan lagi setaraf dengan lakonan hero dalam cerita Tamil yang bertajuk Visaji. Seolah-olah memberikan semangat untuk melepaskan rindu pada watak yang memberikan pengalaman yang hebat dalam dunia fantasi dan kenangan-kenangan nostalgik dalam usaha untuk menonton sirinya di petang hari suatu masa dahulu (di samping bunyi pelik robot-robot tersebut ketika melakukan transformasi).
.
Salah satu elemen yang membuatkan para penonton teruja dan penuh semangat seolah-olah punggung masing-masing terawang-awang tidak menjejak kerusi, terletak pada musiknya. Musik yang cukup ‘motivated’ ala-ala orkestra dalam filem The Pirates of The Caribbean. Dengan kata lain, filem ini hanya sesuai untk dihayati sepenuhnya di pawagam yang mempunyai sistem bunyi yang berkualiti. Paling tidak pun, set home theatre yang hebat ditayangkan menggunakan DVD original, barulah dapat dirasai kepuasan pada tahap kesempurnaan yang maksimum.
.
Di samping punggung yang tak jejak kerusi, kesan visualnya juga membuatkan seolah-olah masa terhenti hinggakan mata tidak berkedip walau sesaat sekali pun sepanjang tempoh tontonan. Proses pertukaran dan sudut kamera yang memberangsangkan pula membuatkan mulut terlopong besar hingga tidak disedari menitik-nitik air liur masing-masing yang masih belum basi itu.
.
Pada mereka yang berasa teruja dengan setiap detail filem tersebut, popcorn bersaiz large masih tidak mencukupi untuk menenangkan jiwa yang bergelojak dengan semangat yang membara. Belum pun suku cerita, popcorn sudahpun selesai dengan suapan yang tersangat laju tanpa disedari sendiri oleh penonton. Pada mereka yang terpaku dek kerana terpesona hingga kaku seolah-olah terserempak dengan hantu pula, popcorn bersaiz small pun tidak sempat disentuh, apatah lagi disuap ke dalam mulut yang terlopong tersebut. Seolah-olah nikmat terhadap penghayatan menonton itu jauh lebih enak daripada rasa popcorn itu sendiri. Suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, mahupun penulisan.
.
Itulah kehebatan penangan filem Transformers. Satu filem yang boleh dianggap ‘filem agung’, setaraf dengan filem-filem epik yang lain. Andainya diri ini mempunyai kehebatan dalam sudut penyampaian sebagaimana filem tersebut, pastinya aku ingin membikin satu filem spoof yang sama hebat dengannya. Jika Transformers terkenal dengan mottonya “Robots in Disguise”, mungkin akan kuberikan tajuk “Transporners: Pornstars in Disguise” untuk filemku sendiri. Bohahahahah!!
(Click the pictures to enlarge)
.
Jalan ceritanya pasti akan kubuat lebih kurang Transformers. Di mana pihak Autobots Autobabes, yang berasal dari planet Cybertron Cyberporn dan diketuai oleh Optimus Prime Jordanus Caprime (lakonan Jordan Capri), sedang dalam misi mencari The Cube The Triangle, spentot yang memberikan kuasa radiasi hingga dapat membangkitkan nafsu serakah manusia. Dan dalam masa yang sama, terpaksa bersaing dengan puak Decepticons Deceptiporns yang diketuai oleh Megatron Jennatron (lakonan Jenna Jameson). Nyiahahahah!!
.
Memandangkan mereka semua merupakan pornstar, mereka perlu menyamar sebagai manusia biasa untuk mengelakkan kehadiran mereka dalam masyarakat manusia diketahui. Maka mereka pun terpaksa transformkan diri mereka kepada manusia normal dengan memakai pakaian manusia.
.
Jennatron telah terbeku di Kutub sana ketika mendarat di bumi, yang kemudiannya ditemui oleh manusia lalu menjadi bahan projek kerajaan dengan nama Project Iceman Icebitch Hotchick. Bagaimanakah kesudahannya? Siapakah yang berjaya memiliki The Triangle tersebut?
.
OK. Cukup berkenaan bab spoof. Apa sebenarnya yang menarik perhatian aku ialah pada kehebatan filem tersebut. Apakah sebenarnya yang menyebabkan filem tersebut sebegitu hebat? Musiknya? Kesan visualnya? Jalan ceritanya? Bukan.. Itu semua adalah sebagaimana filem-filem yang lain. Apa yang menyebabkan penonton teruja dengan filem tersebut ialah berkenaan proses transformasinya. Ya!! Hanya berkenaan hal itu sahaja yang membuatkan seseorang itu sebegitu teruja – menghayati sendiri proses transformasi watak tersebut.
.
Secara semulajadinya, manusia hanya akan kagum dengan sesuatu perkara jika dia mengkaji sesuatu itu daripada permulaan hinggalah ke pengakhirannya – dan itu pastinya termasuklah sebarang proses transformasi yang berlaku di antara kedua-dua tempoh tersebut. Hanya apabila diketahui, dirasai, dan dihayati proses transformasi tersebut, barulah seseorang manusia itu akan terasa kehebatan sesuatu perkara tersebut – maka barulah ia akan menjadi sesuatu yang tersangat bermakna buatnya.
.
Sebagai contoh, seseorang yang membeli rumah yang sudahpun dibina dengan saiz yang besar, pasti tidak sama perasaannya dengan seseorang yang mentransformasikan rumahnya daripada keadaan yang kecil hingga kepada saiz yang besar. Ataupun, analogi yang selalu kita lihat dalam drama-drama ialah seorang anak atau cucu yang mudah sahaja nak menjual tanah pusaka nenek moyang mereka, berbanding nenek moyang mereka yang bertungkus-lumus menebang pokok-pokok hutan untuk dijadikan tanah mereka sendiri.
.
Apabila kita sendiri yang terlibat (atau paling tidak pun, melihat) dalam proses transformasi tersebut, barulah terhasilnya satu perasaan terhadap perkara tersebut. Satu perasaan yang kadangkala kita lupa, satu perasaan yang seharusnya ada jika kita benar-benar mengakui kehebatannya, yaitu perasaan yang bernama ‘penghargaan’.
.
.
Penghargaan, atau kata akarnya adalah daripada kata ‘harga’, sangat berkait dengan NILAI (sila rujuk Entry 5) sesuatu perkara itu sendiri. Sebagaimana teori dalam anime Jepun, Full Metal Alchemist berkenaan The Law of Equivalent Trade – sesuatu itu akan ditukar bersamaan dengan nilai sesuatu yang lain yang setara nilai dan harganya. Jadi, lebih banyak seseorang manusia itu terlibat dalam proses transformasi terhadap sesuatu perkara, maka semakin berhargalah nilainya pada dirinya sendiri.
.
Untuk memudahkan pemahaman generasi muda (macamlah aku ni tua sangat), contoh paling mudah ialah pada bab berpacaran. si dia yang pada asalnya tidak mempunyai nilai langsung pada kita, kemudiannya menjalinkan hubungan seks berpacaran dengan kita. Semakin lama kita terikat dengan hubungan tersebut, maka semakin banyaklah transformasi yang kita telah ubahsuai pada diri kita untuk disesuaikan dengan keadaan dan situasi hubungan kita pada ketika itu hanya untuk buat si dia tidak sakit hati. Dengan kata lain, masing-masing akan mengalami perubahan pada diri masing-masing tanpa disedari.
.
Semakin banyak transformasi tersebut yang berlaku pada diri kita (ataupun pada dia yang semakin lama semakin menjadi hasil didikan kita yang berjaya), maka semakin berhargalah si dia pada penilaian kita. Apabila semakin berharga, maka pastinya semakin hebatlah kita akan mempertahankannya daripada dijahanamkan dek faktor lain.
.
Pun begitu, sebagaimana teori The Law of Equivalent Trade, jika sesuatu itu harganya mahal, pastilah kita perlu membayarnya dengan nilai yang mahal untuk memilikinya. Maka di sinilah bermulanya penglibatan satu istilah yang dinamakan ‘pengorbanan’, atau dalam bahasa orang putihnya, sacrifice. Analoginya sama sebagaimana urusan saham. Semakin banyak kita melabur, pastinya semakin banyak keuntungan yang akan kita perolehi. Pun begitu, jika jatuh, pastinya akan lebih banyak ruginya. Bak kata orang putih:
.
“The bigger they are, the harder they fall..”
.
Jika kita menonton filem Transformers itu, pastinya kenyataan itu tepat lagi benar, kerana apabila robot-robot itu terhumban atau terjatuh dalam pertempuran, lebih banyak kerosakan yang dilakukan berbanding manusia sendiri yang jatuh di tengah-tengah bandar tu. Jika robot itu pun sudah banyak kerosakan yang dihasilkannya, Ultraman dan raksasa Gorgon apatah lagi. Pastilah lebih hebat penangannya.
.
Maka begitulah juga situasinya pada perkara yang berharga buat kita. Lebih tinggi nilainya, pastinya lebih hebat penangannya pada kita tatkala kita kehilangannya. Ditambah pula jika lebih banyak transformasi yang telah dilalui. Pastinya lebih mendalam kesan yang akan diberikan pada hati kecil dan hati besar kita.
.
Tidak percaya? Cuba bandingkan jenis orang yang berbeza, tetapi pada perkara yang sama. Kes kecurian misalnya. Jika yang mencuri itu warga asing, pada kita, kita anggap ia sebagai satu perkara yang normal. Jika yang melakukannya ialah rakyat Malaysia sendiri yang kita tidak kenali, pun kita akan anggapnya normal. Tetapi cuba jika yang mencuri itu ialah orang-orang yang rapat dengan kita, yang kita percayai. Pasti berbeza. Ada kemungkinan, kita menafikan kebenaran tersebut dan sanggup untuk hidup dalam kehidupan yang palsu.
.
Apabila kita tidak langsung menaruh sebarang kepercayaan terhadap seseorang (orang asing sebagaimana kes tadi misalnya), kita menganggapnya sebagai tidak bernilai, tidak berharga buat diri kita. Umpamanya barang yang murah. Jika rosak, apa susah? Buang sajalah. Jika kehabisan, apa susah? Belilah lagi. Easy come, easy go.
.
Tetapi jika kita menaruh kepercayaan yang penuh terhadap seseorang, yang mana akhirnya dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya, pastilah kredibilitinya tercalar, malah amat susah untuk kita memperbaiki kepercayaan kita terhadapnya yang sudah pun hancur berderai bak kaca yang terjatuh ke mangkuk jamban yang seterusnya termasuk ke dalam lobang jamban (jamban cangkung pulak tu). Persoalan utamanya ialah, sanggupkah kita menyeluk tangan ke dalam lobang jamban tersebut untuk meraih semula kaca tesebut yang pastinya takkan sama dengan keadaan asal walaupun setelah menggunakan gam gajah?.
.
Inilah yang membuatkan aku agak terpesona dengan kehidupan manusia di muka bumi ini (macamlah aku ni bukan manusia). Suatu perkara yang memerlukan masa yang lama untuk ditransformasikan kepada perkara yang dikehendaki (kepercayaan misalnya), mudah sahaja dibatalkan dengan hanya satu transformasi yang ringkas dan singkat (pembelotan misalnya).
.
Analogi mudanya ialah betapa susahnya untuk cuba mnyelamatkan nyawa (kerjaya doktor misalnya), tetapi tersangatlah mudah untuk mengakhiri nyawa seseorang manusia (kerja Agent 47 dalam siri Hitman misalnya). Betapa payahnya proses transformasi sebuah kerajaan dan empayar untuk ke tahap yang hebat, tetapi begitu mudah sahaja proses transformasi kehancurannya.
.
Apa yang menariknya ialah sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini – lebih banyak atau lama transformasi yang dijalani, ia akan menjadi semakin berharga. Bukankah itu naluri semulajadi manusia? Maknanya, hanya kehebatan sahaja yang akan dilihat, terutama sekali pada transformasi yang memakan masa. Tetapi pada proses transformasi yang tersangat singkat, manusia lebih cenderung untuk terlepas pandang kerana menganggapnya tidak berharga.
.
Mungkin atas sebab itulah manusia lebih banyak menceritakan berkenaan kehebatan kerajaan dan kaum-kaum yang terdahulu berbanding menumpukan perhatian kepada bagaimana prosesnya mengalami kehancuran. Dan atas sebab itulah sejarah sentiasa berulang untuk semua manusia walaupun pengajaran berkenaan tragedi generasi terdahulu telah pun diketahui.
.
Kadangkala aku berasa agak pelik. Punyalah banyak kisah cinta yang ada di pawagam, drama, siri TV, telenovela, cerita Hindustan, lagu-lagu dan pelbagai sumber lagi, tetapi masih ada juga mereka yang layan benda-benda tu, gagal dalam percintaan? Jika memang dah bukan minatnya dalam melayan semua tu, memang wajarlah untuknya gagal kerana tidak mempelajari langsung daripada sumber-sumber tersebut.
.
Persoalannya, mengapakah mereka yang berjiwa ‘sentimental’, yang sudahpun banyak menghafal lagu-lagu yang selalu keluar dalam Sinar FM, yang sudah pun khatam pelbagai cerita-cerita jiwang, masih gagal untuk pulih dengan kadar yang segera, walhal mereka sudah banyak belajar berkenaan hal tersebut melalui sumber-sumber tadi?
.
(Contoh itu ditujukan khusus kepada mereka yang bertanyakan masalah perhubungan berpacaran mereka pada aku.)
.
Entahlah.. Aku pun masih tak ketemu jawapannya. Manusia ini kadangkala tersangat simple, dan kadangkala tersangat kompleks. Tetapi aku sangat tertarik dengan kenyataan ini:
.
Famous scientist once quipped:
"Only two things are infinite, the universe and human stupidity."
And he added that he wasn’t sure about the universe.
Meaning, stupidity is indeed infinite.
.
Ek? Sulah pukui satu lo.. Wa manyak ngantuk meh.. Wa pun talak tau wa cakap pasal apa.. Macam mana bulih engalut sampai sini dali cilita itu Tlanspome, wa pun talak tau lo.. Tapi aaa.. Kalau lu lasa ada balang baik yang boleh guna untuk lu, lu amek sajalah. Wa kasi free of charge wo.. Kalau itu balang talak baik, wa talak ada itu warranty meh.. Itu lu punya pasal lo.. Ho ho ho~
Comments(0)







