98) Blogspot VS Friendster.
Mengimbau kembali akan asal-usul bagaimana terciptanya blog ini, terutama sekali berkenaan mengapa Friendster yang dipilih, menyebabkan aku kadangkala terasa sayang untuk meninggalkannya dan beralih kepada Blogspot. Bila difikir-fikirkan, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh melaluinya. Apatah lagi perubahan yang berlaku sama ada pada gaya penulisan, layout blog, mahupun diri sendiri.
.
.
Huh.. ‘Diri sendiri’..
.
.
Seseorang pernah memberitahu kepada aku bahawa penulisan itu merupakan ‘bahasa hati’, yang lahirnya dari hati seseorang dan diterjemah dengan jujur dan telus oleh si empunya hati, yang kemudiannya diterjemah pula ke dalam bentuk huruf-huruf. Dan dari situlah pelbagai bentuk cara penyampaian dapat dilihat, di mana coraknya itu sendiri yang mentafsirkan keadaan hati seseorang itu pada ketika dia menghasilkan penulisan tersebut.
.
.
Aku tak tahulah jika ada mereka di sini (yang suka menulis) pernah mengalami apa yang aku alami ketika menulis. Ada ketikanya, kita laju menulis tanpa henti. Idea seolah-olah datang mencurah-curah. Gerakan jari-jemari lancar dan pantas seperti seorang pemain piano professional yang memainkan sebuah lagu dengan sempurna tanpa cacat cela pada rentaknya. Dan hasilnya juga memuaskan, malah apabila diteliti semula, kita sendiri tidak menyangka bahawa kita mampu menulis sesuatu yang seumpama itu.
.
.
Tetapi ada ketikanya kita menjadi kaku. Bukannya sebab kekurangan idea. Bukannya kerana tidak memperoleh ilham. Semua itu penuh di dalam peti simpanan minda. Yang menjadi masalahnya ialah pada hati yang tidak dapat untuk mentafsirkannya dan menterjemah ke dalam bentuk penulisan. Itulah situasi di mana kita akan menyatakannya sebagai ‘tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata’.
.
.
Mengapa terjadi sedemikian? Adakah itu bermakna kita masih kurang pemahaman terhadap perkara tersebut? Mungkinkah kita faham, tetapi masih belum sebati dengannya lagi? Adakah kita masih tidak berkeupayaan untuk mencari perkataan dan analogi yang sesuai untuk menterjemahkannya? Atau adakah ia merupakan satu perasaan yang kita (atau orang lain) jarang merasainya, yang mana keganjilannya itu menyebabkan kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya, di mana jika diteruskan juga, orang lain akan menganggap kita sebagai gila ataupun mengarut kerana mereka masih belum mengecapi tahap nikmat tersebut?
.
.
Itulah antara pengalaman ‘perperangan dengan diri sendiri’ yang aku tempuhi sepanjang bergiat dengan blog Friendster ini (sila rujuk Entry 14). Tatkala diri berasa gentar, digagahi jua, diteruskan sahaja. Mungkinkah kerana kedegilan dan ego untuk tidak mahu mengalah pada diri sendiri? Tidak juga. Apa yang pasti, kata-kata seseorang kepada aku terhadap bab penulisan ini tidak akan lekang sampai bila-bila:
.
“Jangan pedulikan sama ada orang lain boleh terima apa yang kau tulis atau tidak. Peduli apa kalau apa yang kau tulis itu betul atau salah. Betul atau salahnya sesuatu perkara itu bergantung kepada persepsi, pelajaran, pengalaman, pegangan dan kepentingan individu. Yang penting, cuba kembangkan lagi idea tu, dan olah dalam cara penyampaian sendiri. Kalau orang lain boleh faham apa yang kau sampaikan ,itu maknanya kau sendiri dah pun mempunyai kefahaman terhadapnya. Jadi, teruskanlah menulis.. Kekalkan.. Biar sekali dalam seminggu pun jadilah..”
.
.
Aku masih ingat lagi, objektif utama dicipta blog ini adalah untuk menzahirkan kembali segala apa yang pernah dipahat di dalam kepala otak ini. Untuk menjadi bahan catatan terhadap segala ilmu dan falsafah yang pernah dihujankan kepada aku suatu masa dahulu untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri supaya tidak lupa terhadap segala pengetahuan tersebut. Secara tidak langsung, ia juga menjadi bahan ingatan untuk mereka yang dahulunya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada aku.
.
“Oh.. Baru aku ingat.. Dulu aku pernah beritahu cakap benda ni..”
.
Atau paling tidak pun:
.
“Eh, aku ada cakap benda ni kat dia ke dulu? Tak ingat pulak aku..”
.
.
Ya, segala tulisan di sini adalah hanya untuk diri sendiri dan beberapa orang yang tertentu sahaja. Sememangnya suatu masa dahulu seseorang pernah berpesan kepada aku betapa pentingnya untuk mempunyai sifat ‘mementingkan diri sendiri’. Aku sangat tertarik dengan analogi melihat album gambar – di mana kita pastinya akan mencari gambar kita terlebih dahulu berbanding gambar orang lain – yang menjadi bukti bahawa seseorang manusia itu mempunyai naluri semulajadi untuk mementingkan diri sendiri.
.
.
Kata-kata seorang yang lain pula tetap takkan kulupakan:
“Kalau bukan kita yang nak pentingkan diri kita, siapa lagi?”
.
.
Atas sebab itulah aku memilih untuk menghasilkan blog yang khusus untuk digunakan oleh diri sendiri berbanding orang lain. Jika ada yang ingin menumpang, selagi mana tidak menimbulkan masalah yang menyusahkan diri aku, dipersilakan. Tetapi jika ada yang menggugat perjalanan keseluruhan dan fasa-fasa yang telah dirancang sepanjang proses penulisan di blog ini, akan dicantas sahaja tanpa belas kasihan.
.
.
Barulah aku memahami betapa nikmatnya sifat mementingkan diri sendiri. Barulah aku sedar betapa diri ini seolah-olah mempunyai satu kuasa yang amat hebat dalam menentukan pilihan dan perjalanan ke arah yang dikehendaki oleh diri, bukan oleh orang lain. Barulah ruangan hati yang dahulunya telah "dikosongkan" diisi semula dengan suatu yang jauh lebih bermakna – menyayangi diri sendiri lebih daripada menyayangi orang lain.
.
.
Ditambah pula dengan sifat keji dan kejam yang menjadi pemangkin dan pendorong untuk menghasilkan kesungguhan dan ketabahan (Entry 92), barulah aku rasa hidup ini lebih bermakna, lebih bermatlamat, lebih menarik dan lebih ‘berkuasa’. Ruangan blog Friendster inilah menjadi tempat untuk aku melatih diri dan mentahkid segala apa yang pernah difahami suatu masa dahulu ke peringkat kemahiran dan peringkat perlaksanaan. Dan ternyata, ia sangat berkesan.
.
.
Salah satu ciri yang menyebabkan aku sangat berminat dengan Friendster ini ialah aku sendiri boleh meneliti ciri-ciri seseorang yang menumpang di blog ini melalui profile masing-masing. Bagaimanakah rupa mereka, di manakah mereka belajar, di mana mereka tinggal, berapa umur mereka serta siapa kawan-kawan mereka yang boleh tahan dengan sikap dan perangai mereka. Tidak kiralah sama ada mereka yang memberikan faedah, mahupun yang bakal dihambat keluar kerana membuat onar di tanah jajahan orang (Entry 33 dan Entry 34).
.
.
Satu lagi ciri ialah pengubahsuaian komen. Komen yang bernada tinggi, yang menentang dan kurang sopan boleh senang-senang sahaja diubahsuai ayat, perkataan, mahupun isi kandungnya supaya bertepatan dengan hati si tuan tanah. Ini merupakan ciri istimewa yang jarang dimiliki oleh blog yang lain. Atas sebab itulah aku betul-betul berminat dan sayang pada blog ini.
.
.
Banyak perkara yang telah aku pelajari daripada blog Friendster ini, terutama sekali terhadap setiap kekurangannya. Kelemahan utamanya apabila ditaip perkataan yang melibatkan nama tempat, bandar, negeri ataupun negara, menyebabkan aku dengan secara tidak langsung TERPAKSA belajar bahasa HTML untuk memperbetulkan sendiri kesilapan tersebut. Apatah lagi pada font pada perenggan-perenggan tertentu yang tidak konsisten dengan yang diingini, itu pun aku terpaksa mengubahsuainya melalui bahasa HTML.
.
.
Pun begitu, untuk membaca bahasa tersebut, aku terpaksa menggunakan Internet Explorer versi lama, walhal aku sememangnya pengguna setia Mozilla Firefox. Perkara yang menyusahkan inilah yang menyebabkan aku kadangkala berasa agak tertekan terutama sekali apabila aku berada di kawasan baru tanpa berbekalkan computer sendiri – di cyber café yang hebat lagi up to date segala peralatan dan perisiannya (yang selalunya digunakan untuk bermain game).
.
.
Sememangnya naluri semulajadi manusia menginginkan perubahan. Sememangnya manusia takkan berasa puas dengan apa yang dimiliki dan akan berusaha untuk memperoleh lebih lagi. Hatta lagu Transformers pun berubah kepada setiap generasi robotnya:
.
.
.
.
.
Maka begitulah juga dengan diri. Setiap hari pun kita mahu memakai pakaian yang berbeza. Hanya mereka yang terlibat dengan badan beruniform sahaja yang memakai uniform yang sama. Tetapi sebagai rakyat jelata yang biasa, kita pasti secara tidak sedar melakukan perubahan pada keterampilan diri sendiri melalui pakaian.
.
.
Hal ini samalah aplikasinya dalam blog. Ada masanya pasti kita akan mengubahsuai layout blog masing-masing supaya bertepatan dengan tema yang dirasakan sesuai dengan diri si empunya blog tersebut. Sayangnya, kreativiti aku tersekat dengan menggunakan Friendster yang mana ciri-cirinya agak terhad. Biarpun aku mempunyai kebebasan dan kuasa yang sangat besar dalam mentadbir blog dan memanipulasikan komen orang lain, tetapi hati ini tetap berasa terkongkong apabila kreativiti diri ini terhalang. Kehendak yang tidak dapat dipuaskan inilah yang menyebabkan aku ingin beralih kepada Blogspot.
.
.
Setelah diteliti, Blogspot sememangnya menyediakan segala keperluan yang diingini oleh sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di alam blog. Suatu masa dahulu, aku juga ingin menggunakannya. Tetapi memandangkan aku agak jahil dalam bab bahasa HTML, maka kulupakan sahaja niatku itu.
.
.
Tetapi sekarang amat berbeza. Berkat pengalaman dan susah-payah yang ditempuhi di blog Friendster (hingga aku sendiri tidak sedar bahawa aku sudahpun mempelajari bahasa HTML), segala urusan pentadbiran dan pantatbiran di Blogspot menjadi sebegitu mudah. Hatta layoutnya sendiri aku hanya mengubahsuainya kepada design yang aku kehendaki hanya dalam masa dua hari sahaja (termasuk pembelajaran software photo editor secara darurat).
.
.
Ya.. Ia sudahpun siap. Cumanya aku masih belum membukanya secara rasmi untuk menjadi tatapan umum. Hanya bermula pada entry yang ke 101, barulah ia akan dilancarkan (serentak dengan entry 100 untuk blog Friendster ini).
.
.
Aku sedar bahawa kuasa pantatbiran di Blogspot agak terhad memandangkan aku tidak boleh untuk memanipulasikan komen orang lain – tidak boleh mengubahsuai isi kandungnya, perkataannya mahupun gaya bahasanya. Hanya boleh meluluskan komen atau tidak sahaja sebagaimana kerja Jabatan Perlesenan tanpa boleh edit sebarangan.
.
.
Malah, ia juga tidak memiliki ruangan “Recent Comments” sebagaimana di Friendster untuk diketahui apakah komen terbaru yang ditulis oleh orang lain. Pun begitu, perkara ini tidak lagi akan menjadi masalah yang ketara kerana pada masa sekarang, sudah tidak banyak lagi mereka yang ingin menambah-baikkan entry yang ada serta tiada lagi anasir-anasir luar yang ingin membuat onar di tanah jajahanku. Mungkin kerana cara pemerintahan kuku besiku yang menyebabkannya begitu, atau mungkin juga gaya pemerintahan demokrasi berparlimen yang dibantu oleh ISA. Peduli apa aku dengan itu semua. Bukankah aku menulis untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain?
.
.
Aku juga sedar bahawa Blogspot tidak mempunyai profile yang selengkap Friendster untuk aku meneliti dan menilai sesiapa sahaja yang masuk ke dalam tanah jajahanku, untuk kuhentamnya habis-habisan jika ia berani membuat onar. Tetapi sekurang-kurangnya aku harus bersyukur kerana Blogspot mempunyai rangkaian yang lebih luas untuk aku meluaskan empayar dalam menjahanamkan pemikiran manusia yang lebih ramai, memandangkan majoriti yang berkecimpung dalam alam blogging ini menggunakan Blogspot.
.
.
Semuanya ada kelebihan dan ada kelemahan masing-masing. Yang penting ialah setakat mana semua itu dapat memuaskan hati aku terhadap sifat mementingkan diri sendiri ini, dan juga dalam menjayakan modus operandi yang telah dirancang selama ini. Dan ternyata, aku akan memilih jalan yang lebih memudahkan diri sendiri untuk mentadbir dan mantatbir empayar aku sendiri.
.
.
“How would my Blogspot rules differ from those of Friendster..? If you had survived, you would have learnt the difference.. You should had trusted me.. The war was over. And yet, there was another battle to be fought. The cruel empire of Friendster now leaderless, still had to be put down.. There were entries to be rebuilt, and order to be restored.. And a new rule – MY RULE – would then begin.. To the victor go the spoils.. At last, knowledge would be mine..!!”
.
.
yg ditinggalkan tak semestinya buruk, yg dikejar tak semestinya baik. safe side, simpan jek blog ni & jgn delete. mana tau satu masa bosan dgn blogspot, boleh continue kat sini balik. utk recent comment code, aku ada (tp tak baper accurate). anything, YM.
Abang Adi,dah lama tak onlie kat messenger,apa dah jadi?
sy pn syg nk tinggalkan Frnstr wlpn t’lalu public. anyaway, a few mnths back i received YOUR resume in a long chain of forwarded email…it was really one of a kind. donno how it started but i guess it’s a small world after all (that ur resume could reach me).
Kimi:
Fster ni mmg takkan dipadam memandangkan banyak perkara basic di sini yg akan dielaborate utk kupasan yg lebih ‘mendalam’.
“Masuk dalam lagi bang~ Masuk dalam lagi~ Nyiaa~”
Shawn:
Haiyoo.. Sori la tuan. Wa sikalang quite busy lor. Dan berkenaan artikel mengenai game tu, saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tak mampu untuk melaksanakannya. Mohon maaf..
Amalina:
Actually, the world is not that small (unless we have teleportation technology). Eventually, sometimes the people’s mind is the one which is the small one.
So, apa kata you pula yang kasi saya you punya resume so that I could know you better..? I promise it would not end up as a chain letter. Wahahahahah!!
Rasanya tak perlu delete kot Frenster nye blog ni. Macam kau cakap banyak foundation mengenai post-post baru ni berkait rapat dengan post lame. So tak da la terkontang-kanting sangta kalo orang baru baca blog kau. Takut orang sesat pulak..
“Lubang lain yang dicari, lubang idong yang ditusok”