September, 2007

100)The End is the Beginning.

Ok.. So this may be the last entry for this blog (for now). And for that matter, I would like to divide several points as the content.
.
.
1) Magnum Opus.
.
.
For people who does not know the meaning of that word, you can click here. Masanya sudah tiba untuk meluaskan empayar. Maka, dengan ini, kerajaan baru adalah di:
.
http://adiramli.blogspot.com/
.
.
Ya, style yang dipilih ialah style yang PENUH KEDURJANAAN (sebagaimana seorang member pernah kata). Wahahahahahah!! Maklumlah, ALLIGNMENT (sila klik sini untuk pengetahuan lanjut) blog sini sejak awal-awal lagi dah bersifat CHAOTIC (chaotic good + chaotic neutral + chaotic evil). Jadi, blog baru ni, alignmentnya difokuskan pula hanya pada Lawful Evil. Oh ya, resolution yang paling sesuai untuk view blog tersebut ialah: 1024×768. Please take note of that.
.
.
Ada kemungkinan akan maintain dalam Bahasa Inggeris (kemungkinan sahaja). Mood berbeza-beza setiap kali menulis, ye tak? Mungkin kalau ada istilah atau terms yang sesuai guna BM, baru akan guna BM. Tapi kalau boleh, aku nak maintain BI. Saja nak belajar mahirkan bahasa penulisan dalam BI.
.
.
Bab lagu yang dipasang tu, they are just temporary. Saja dok letak situ. Kalau tak minat, pausekan je. Nanti kalau aku dah muak gila mendengarnya sampai muntah-muntah, aku padamkanlah lagu tu.
.
.
Aku yakin, akan berlaku beberapa kebarangkalian tersebut pada blog tersebut nanti:
.
a) Kurang pembaca kerana dah kurang ‘fun’ dengan bahasa-bahasa carut dan bahasa pasar. Juga kerana agak skema gaya bahasanya. Mungkin juga sebab tak ramai yang minat nak baca bahan Bahasa Inggeris (read: malas nak semak kamus).
.
b) It may go International due to globalization, juga kerana pengguna blogspot boleh ‘blog hopping’ to any random blog. Maka komen yang diterima tak semestinya dari pemikiran orang Malaysia semata-mata. Akan bertambah pening kepala untuk aku menguruskannya (tapi takpe, comment moderation activvated).
.
c) I don’t give a shit about all those things because I write only for MY satisfaction, not other people. Buahahahahahah!!
.
.
So, to those yang rasa ia sudah tidak lagi menepati citarasa anda, I would like to say ’sayonara’ to them. And for those who still wanna stick around, what should I do to make you quit aaaa? Wahahahahah!!
.
.
.
.
2) Puasa.
.
.
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Yaa.. Yaa.. Kena puasa, terawikh bla, bla, bla.. Yang penting, dapat makan makanan best-best (di samping menjaga kesihatan badan dengan pilihan makanan yang bijak). So, mau minum apa masa berbuka nanti?
.
Susu_soya

.
So, mau berbuka dengn apa eh? Tu belum campur cincau lagi tuh. Wakakakakakaka!!
.
.
Ok, cukup bab makanan, kita masuk pula bab yang lain. Terawih. Aku tak pasti sama ada benda nih aku dah post ke belum pada entry yang lepas berkenaan Ramadhan nih. Aku malas nak kasi jawapan atau menghuraiknnya. So, kasi soalan je cukuplah.
.
.
Kita sedia maklum bahawa solat Terawih tu kalau dikaji pada sudut bahasa Arabnya, lebih ke arah istilah "rehat". Bermakna, solat terawih itu bersifat ’santai’, bukan tergopoh-gapah nak buat bnyak rakaat. Yang menjadi masalah ialah banyak orang kita buat terawih bukan kerana nak beribadah, tapi untuk melepaskan batuk di tangga - janji buat, dan janji cepat habis. Kena pulak kalau malam tuh nak mengongkek, memang rush gegila kasi habis. So, persoalannya:
.
.
Jika terawih itu bersifat santai, boleh ke kalau kita buat ikut suka hati kita dalm bab penyelenggaraan waktunya? For example, lepas Isyak, layan berita sampai habis dulu. Habis berita buat 2 atau 4 rakat terawih. Pastu layan movie. Lepas layan movie but lagi 2 atau 4 rakaat. Pastu makan second round dulu, keluar ke warung, minum-minum dengan member, lepas tu balik rumah buat lagi 2 atau 4 rakaat. Pastu kongkek bini dan tidur. Bangun sahur tu buat witir. Kan ke flexible malah menepati istilah ’santai’ tu?
.
.
Jika di UTP imam boleh lepak kasi tazkirah atau soal-jawab antara 4 terawih, mengapa tidak kita buat macam tu kalau kita buat sendiri? Bukankah itu lebih memudahkan? Aku takdelah nak kata tak payah pi masjid. Nak pi, pi lah. Tapi untuk jenis malas atau yang jenis kaki DotA, bukankah itu lebih memudahkan? Habis satu game, buat 2 atau 4 dulu. Sambung lagi main. Setiap kali habis satu game, buat ikut keselesaan masing-masing. Kan ke mudah?
.
.
Katalah jenis yang nak terawih sendiri tu adalah yang tak hafal surah lazim, atau tak tahu urutan surah mana nak baca dulu. Soalannya ialah, tak boleh ke kita setakat baca Fatihah je? Bukankah rukun solat tu yang pentingnya Fatihah, manakala surah lazim takde pun masuk rukun atau syarat sahnya. Tak boleh ke begitu? Memanglh kalau kita lihat, macam tak berapa proper. Tapi kenapa pula tak boleh kita buat minimum requirementnya? Adakah cara ini boleh atau tidak?
.
.
Satu lagi, bab nak khatamkan Quran dalam masa satu bulan tuh. Persoalannya, adakah yang utama ialah habis baca semua surah, ataupun adakah biar baca sikit (walaupun tak habis khatam), tapi pemahaman terhadap terjemahan dan isi kandung ayat itu yang lebih utama? Adakah kita sebenarnya lebih kepada ‘amalan’ dalam bulan puasa, ataupun adakah sebenarnya pada ‘penghayatan’ dalam bualan puasa? So, yang mana satu?
.
.
Lagi satu, kenpa time puasa baru sibuk nak khatamkan Quran? Kenapa bulan lain takde lah pulak nak sibuk-sibuk macam tu? Bukankah selalu ceramah kata bahawa bulan Ramadhan ni umpama medan latihan yang mana sepatutnya segala amalan itu harapny diteruskan istiqamahnya hingga ke bulan lain? So, kenapa time "training" je kita bersungguh, tetapi time "real time" kita tak adalah pula sebegitu? Di mana silapnya? Adakah pada diri kita, ataupun adakah pada pemahaman yang telh ditanam dalam kepala otak kita oleh fahaman majoriti? I don’t know..
.
.
Jawapannya, itu mungkin bergantung kepada si pemberi jawapan. Kalau yang ‘terikat’ dengan geng-geng tertentu, pastinya mereka akan ajak ikut join geng deme masa Terawih atau khatam Quran. Maklumlah, but secara beramai-ramai kan lebih meriah. Tapi the downside is kita terpaksa ikut majoriti tanpa boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian diri sendiri.
.
.
Kalau tanya geng huha pulak, jawapannya pastilah buat sendiri yang lebih elok. Dan sememangnya tak salah pun. Walaupun kita memperoleh freedom untuk menyesuaikan dengan diri, the downside is sekali datang sifat malas tuh, terus rasa malas nak buat.
.
.
Dedua ada pros and cons. Yang penting, ikut mana yang sesuai. Nak lagi fleksibel, kalau rasa malas baru join jemaah, dan kalau rajin (atau agak sibuk), buat sensorang. Kan ke mudah? Sama ada mengikut fahaman majoriti ataupun minoriti (yang jarang dibincangkan orang, tetapi betul), terpulanglah.
.
.
Aku tak tahu.. Tu hanya pandangan hasil daripada penelitian dan pertanyaan kepada orang lain. Kalau tak pasti, kepada geng UTP, silalah terawih di UTP dan tanya soalan tersebut time soal-jawab masa terawih tu. Susah-susah, pi je la jumpa mufti. Senang cerita.
.
.
Apa-apa pun, selamat hari raya..
.
.
.
.
3) Thoughts.
.
.
Ever wonder why Malays always ucapkan "selamat" terhadap apa-apa wish and greetings? Contoh:
.
Selamat datang
Selamat malam
Selamat pulang
Selamat jalan
Selamat hari raya
Selamat hari lahir
.
.
Pada satu sudut, mungkinkh kerana kita merasakan bahawa kita selalu dalam bahaya dan kurang selamat, maka diucapkan sedemikian? Ada benarnya juga bahawa orang Melayu ni always feel insecured.
.
.
Antara mentliti yang boleh dilihat adalah pada ibu bapa Melayu (terutamanya yang kerja kerajaan). Seboleh-bolehnya nak anaknya juga kerja kerajaan kerana dirasakan anaknya itu tidak berkemampuan untuk berdikari dalam kerjaya swasta atau berniaga. Antara ayat-ayat yang selalu didengar:
.
"Nanti habis belajar, kerja je la dengan kerajaan. Senang nak buat loan, senang beli tanah, dan nanti dah tua senang sikit dapat pencen.."
.
.
Dirasakan bahawa orang Melayu bila dah tua terus mati kutu tak tahu nak buat apa untuk cari mata pencarian, lalu mengharapkan bantuan duit pencen. Adakah kerana kurangnya rasa kepercayaan terhadap waris mereka, ataupun adakah kerana mereka sendiri yang tidak dapat memikirkan solution if they are in the waris’s shoe?
.
.
Atas sebab selalu syakwasangka sebegitulah diri dirasakan tidak selamat dan pelbagai andaian yang bukan-bukan berkenaan masa depan mula timbul. Maka tas sebab itulah selalu diucapkan ’selamat’ dengn harapan orang yang di’wish’kan itu selamat.
.
.
Tetapi jika dilihat pada sudut yang lebih halus pula, mungkinkah itu adalah antara cara ulamak terdahulu untuk menerapkan nilai murni cara hidup Islam kepada orang Melayu yang dikatakan "ikut sultan masuk Islam"? Aku tak tahu sama ada ini betul atau tidak. Hanya telahan sahaja berdasarkan pemikiran bahawa jika benar ucapan tersebut telah lama wujud sejak zaman dahulu, apakah puncanya wujud?
.
.
Adakah atas punca ayat "Sesungguhnya cara hidup di sisi Allah itu ialah Islam", di mana ISLAM itu kata dasarnya yang bermaksud sejahtera = selamat? Adakah disebabkan sedemikian, maka diterapkan dalam budaya Melayu dengan cara yang halus - dijadikan amalan kehidupn seharian sebagai kata-kata yang mendoakan orang lain selamat?
.
.
Jika teori ni benar, bermakna memang hebat sungguh ulamak yang mulakan amalan sedemikian dalam amalan budaya Melayu dengan cara yang paling halus hingga tidak disedari oleh kita hingga ke hari ini. Come on babe, ulamak Melayu pun apa kurangnya berbanding ulamak Arab? Cuma masalahnya orang sekarang banyak mengagung-agungkan yang sebelah Arab sana hingga sanggup "mengArabkan" diri berbanding cuba memperdalami bagaimanakah mentaliti dan corak pemikiran ulamak Melayu sendiri.
.
.
Atau adakah terdapat teori yang lain berkenaan perkataan "selamat" itu? Jika ada, sila kongsikan di ruangan komen.
.
.
.
.
4) Wayang.
.
.
Perh, cerita Knocked Up lawak dia memang best. Kepada yang mindanya cepat tangkap pada benda-benda yang porno, cerita ni memang aku rekemen utk kome tengok. Lawak dia memang banyak yang tersirat. Wahahahahahah!! Ada beberapa part dalam cerita tu, time aku tengok, aku dan beberapa orang je yang gelak. Yang lain senyap je. Mungkin sebab minda ‘terlalu suci’ sampai tak dapat nak faham.
.
.
Tapi serius best. Jalan ceritanya biasa je macam The Mating Habit of Earthbound Human. Yang buatnya best ialah lawaknya dan wataknya yang kita pun tak dapat nak imagine bgaimana air dengan minyak boleh nak campur - tapi dapat jugak dingamkan du watak tersebut.
.
.
Memanglah kalau geng Islamik (atau Ramas - singkatan RAkan MASjid) akan kutuk kaw-kaw punya cerita tu sebab cerita pasal ngongkek secara tak sah dan anak haram. Tapi cuba tengok pada satu benda yang nyata, tapi kita tak sedar:
.
"Yang mengukuhkan lagi hubungan antara ibu dan bapa ialah anak."

.
.
Bagaimana hubungan yang pada awalnya teruk, menjadi elok hanya dengan kehadiran seorang anak. Itu isi yng patut difokuskan. Bab zina dan anak haram tu, itu anggap je sebagai satu bahan jenaka (dan memang dijadikan lawak pun dalm movie tuh.. Hahahahahah!!)
.
.
So, to perverts out there, I recommend you to watch it..
.
.
**************************************
.
.
So, I think that’s all for this last entry for this blog. Harapnya ada isi di blog ini yang dapat memberikan manfaat, walaupun banyak mengarut.
.
.
So, sekian dan dengan ini, secara rasminya, Entry 101 sudahpun bermula di blog baru.
.
.
Maka begitulah adanya..
.
.

99) Huh? ‘The Only’ Way of Life?

Dalam aku kesangapan melayari Internet, aku terjumpa satu perkara yang menarik untuk dibaca (sila klik sini). Menarik.. Sangat menarik.. Bermacam-macam respond yang aku dah baca berkenaan hal tersebut (melalui blog orang lain). Dan memandangkan aku dah pun terjebak, maka aku pun akan menyuarakan pandangan aku berkenaan hal tersebut di dalam blog ini untuk mengisi masa lapang (untuk habiskan entry kasi cukup 100).

.

.

Jika aku memberi pandangan berpandukan ‘bahasa hati’ aku, pastinya aku akan jadi bias sebab aku memang anti dengan geng-geng yang sedemikian. Tapi memandangkan si penulis membahasakan dirinya sebagai Ana, then I just assume that ‘his’ name is Briana Banks. Sekurang-kurangnya ada la jugak rasa nak tolong kaver sikit pendapatnya tu kalau dibayangkan yang menulisnya ialah porn star. Tak gittew~? Nyiahahahahah!!

.

.

So, aku akan bahagikan pandangan aku kepada dua bahagian. Pertama, yang BACKING, dan kedua, yang CONDEMN. As simple as that. Maknanya, kira neutral lah tu. Kalau tulis salah satu je, kang dikata menyokong atau menentang pula. And so, our saga begins..

.

.

Oh ya, memandangkan nak buat baik (mengkaver), jadi kena ada tema yang ada ‘holy properties’ skit (pengaruh game-game jenis Dungeons & Dragons) yang boleh menjadi tema untuk isi-isinya. So, let the music starts bebeh!!

.

.

.

.

BACKING

.

.

Kalau kita nak melihat pada SIAPA, Briana Banks tak bersalah. Sebab yang menyatakan doktrin tersebut adalah bapaknya, bukannya dia. Jadi, usahlah dikutuk porn star tuh. Dia hanya berkongsi his father’s wisdom with all of us. Tak salah berkongsi. Bukankah ilmu itu apabila dikongsi akan bercambah? Tak gittew~?

.

.

Kalau melihat pada APA, di situ kita kena nilai betul-betul apakah isi yang ingin disampaikan oleh Briana (ataupun bapaknya). Cuba kita ketepikan bab agama dan bangsa dang menganggap Briana adalah seorang yang liberal, general, verbal, universal dan oralsexual sensual. Salah satu perkara yang ingin ditekankan ialah berkenaan kemuliaan kepala.

.

.

Ya, memang pada budaya kita, kepala dianggap mulia dan bukan satu anggota badan yang boleh dibawa main-main (kepala butuh yang bawah tu dikecualikan untuk dikunyah isteri). Ini kerana, kepala merupakan vital organ. Hatta jika kita memperdalami seni beladiri sekalipun, kepala adalah anggota yang harus dijaga.

.

.

Ini kerana kepala mengandungi semua elemen penting untuk seseorang manusia. Di kepala lah terletaknya anggota-anggota untuk kita melihat filem-filem porno, mendengar raungan kenikmatan seorang pornstar yang walaupun hanya lakonan, menjilat, menyonyot, mencarut, berkata-kata.. Dan juga di kepala jugalah terletaknya anggota untuk menghidu, terutama sekali makanan (sama ada yang zahir ataupun batin).

.

.

Di samping itu, kepala juga adalah command center (Nexus atau Hive untuk mereka yang lebih selesa dengan istilah-istilah game Starcraft), terletaknya otak yang menyimpan pelbagai fungsi dan tugas (mahupun memori). Dengan kata lain, kepala adalah anggota yang harus dilindungi sebaik-baiknya. (P/s: Starcraft 2 mantap sial..!! Bila nak keluar game tuh aaa?).

.

.

Selain daripada itu, seseorang jaguh handalan hanya akan mati jika kedua-dua jantung dan otaknya dimusnahkan. Jika salah satunya masih ok, bermakna jaguh handalan tersebut masih boleh mempraktikkan Kuasa Putaran Medan Magnetik: Hikmat Penyatupaduan Sel untuk proses penyembuhan. Dengan kata lain, sekali lagi, kepala itu amat penting dan harus dilindungi. Unless, you are not a jaguh handalan, then you can go to hell lah.

.

.

Satu lagi perkara yang ditekankan oleh Briana ialah berkenaan kekemasan dan kebersihan rambut. Yang penting kemas dan bergaya. Ketepikan pemikiran berkenaan agama dan bangsa si tukang gunting rambut tu. Yang penting, kalau ialah kita dapat kasi rambut kita elok. Itu perdunya. Kalau maintenance untuk rambut panjang itu menyusahkan, potong je la kasi pendek. Kalau tak mau simpan sikat dalam poket, kasi botak sajalah.

.

.

Tapi kalau dah pi ke kedai gunting, kena pastikan lah si tukang gunting tu reti gunting. Kalau potong rambut pun macam nak kerat telinga, kalau mencukur tu macam nak menyembelih, baik tukar ke kedai lain. Pokoknya ialah KUALITI kerja si tukang gunting rambut. Pedulikan bangsa dan agamanya, tumpukan pada hasil kerjanya dan layanannya terhadap pelanggan. Action speaks louder than words of most pious people (which are just words that cakap talak selupa bikin). Itu lebih utama.

.

.

Perkara seterusnya yang aku nampak Briana nak sampaikan ialah kita hendaklah mesra dengan ibu dan bapa. Dan janganlah kita mendurhakai mereka. Kalau ada pandangan mereka yang tak sama pandangan dengan kita pun, jangan tolak direct, pakailah kaedah Taichi. Usah sakiti hati mereka walaupun kita berlainan pendapat dengan mereka (ataupun walaupun pandangan mereka tu sememangnya dah nyata salah hingga budak tadika pun boleh tau salahnya).

.

.

That is the simple and basic knowledge. Ya, sememangnya banyak geng agama yang nak sampaikan berkenaan hal ibadah, dosa dan pahala. Tetapi tak ramai yang nak memperingatkan kita berkenaan hal-hal adat dan adab dengan ibu dan bapa. Maklumlah, kita rasa kita dah besar dan seolah-olah ‘sama taraf’ dengan ibu dan bapa (kerana sudah dewasa), sebab itu lah hal ini perlu diperingatkan. Sekurang-kurangnya Briana mengingatkan kita berkenaan pentingnya adab dengan ibu dan bapa. At least, appreciate him for that lor..

.

.

Ibu dan bapa bukanlah kecik anak punya hal. Kena pula apabila kita diuji dengan ujian di mana mereka yang menjadi bahan subjeknya, lagilah pening kepala sampai kalau romen pun tak dapat nak pancut.

.

.

Briana boleh saja mengingkari kehendak bapaknya tu dan bila bapaknya Tanya siapa gunting, boleh je kelentong (atau paling koman pun berdalih dan tukar topic perbualan). Tapi apa gunanya kalau terpaksa berbohong pada ibu bapa? Tak elok gittew~. Itulah yang akan menjadi masalah. Kalau bab gunting rambut pun kita tak dapat nak setel, bagaimana pula kalau kelak nanti melibatkan isu seperti pemilihan jodoh, pentadbiran dan pantatbiran keluarga, pendidikan anak-anak dan harta pusaka?

.

.

Mencari jalan penyelesaian win-win situation untuk kebahagiaan semua orang bukan satu perkara yang mudah beb. Each every solution has pros and cons. The most difficult part is to balance all of them. Kalau setakat antara pandangan kita dan bapa, itu boleh la lagi nak balance sebab melibatkan dua dacing je. Tapi kalau faktor lain pula dah dilibatkan (agama, bangsa, budaya, dosa-pahala, halal-haram, syurga-neraka, akal-nafsu, masjid-surau, UMNO-PAS, bla.. bla.. bla..), mau tak pecah kepala atas dan bawah si Briana tu? Kesian dia..

.

.

Sekurang-kurangnya Briana dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam keadaan tak ada rasa bersalah berbohong pada bapaknya, malah menyedapkan hati bapak dia, walaupun secara nak taknaknya terpaksa mengikut doktrin kuno tersebut. Itu harus dibanggakan.

.

.

Satu lagi perkara yang ingin ditekankan oleh Si Briana ialah kita hendaklah menyebarkan perkara yang elok, baik, malah bermanfaat (email-email keagamaan tanpa rujukan sahih tu tak kira aaa..). Kalau kedai gunting rambut elok, sebarkanlah pada kawan-kawan. Kalau ada restoran elok, belanjalah kawan-kawan makan di situ. Kalau ada gambar atau filem porno yang ‘baek punya’, forwardkanlah kepada aku. Life must be shared you know.. Why? Because Carlsberg commercial says so.. Wahahahahah!!

.

.

Last but not least, pakailah kopiah. Aku pun tak tau kenapa aku nak backing pasal menda alah ni. Tapi dah namanya backing, backing je la entry Briana tuh. Kalau rasa baik, pakailah. Oh, sepatutnya, kalau ‘rasa malas nak maintain rambut kasi kemas’, pakai kopiah adalah jalan penyelesaian yang paling mudah. Kalau rambut panjang sampai kopiah rasa sempit, belilah kopiah baru dengan saiz yang lebih besar. Kalau nak free size, pakailah snow cap. Itu lebih jimat kos. Dan ingat! Beli kopiah, bukan kondom!! Itu untuk kepala yang lain.

.

.

.

.

CONDEMN

.

.

Warghahahahahahahahahahuhihohuhuhiauhoarghqkokokokeok~!!

.

.

Lawak sial!! Kalau lihat pada sudut SIAPA, nak aje aku awet sesiapa yang cakap ideology macam tuh, pastu letak kat muzium. Gila klasik and oldies sial~ Wahahahahahah!! Tak sangka pulak aku puak Hashshashin (1090 – 1272, which then known by the Crusaders by the term ‘Assassin’ – please click here to know more. Thanks for the game Assassin’s Creed for this knowledge.) masih wujud kat zaman nih. Antik sial~ Wakakakakaka!!

.

.

Haduh.. Sakit perut aku gelak aih..

.

.

Kalau nak tengok pada sudut APA, pada aku mudah je. Tuhan dan Nabi ada ajar itu macam kaa? Kalau takde, memang dah nyata terang lagi bersuluh dengan spotlight, siap dengan cahaya matahari lagi, salah sama sekali (especially for those people who are so called ‘Muslims’)!

.

.

Sebagai seorang Islam, terutama sekali jika sampai ke tahap membahasakan diri sebagai Briana, errr Ana, sepatutnya hal sebegini pastinya terang dan nyata. Jika ajak orang untuk ikut Nabi dan sahabat-sahabat baginda, ikut lah bebetul. Jangan ada tokok tambah benda yang bukan-bukan. Sheesshh..!!

.

.

Kalau yang disampaikan itu fokusnya ialah pada warna kulit, Bilal Rabah was a black man. Malah kedudukannya teramat mulia sebagai salah seorang sahabat. Much blacker than that barber, you know. So, why making such a big fuss out about color?

.

.

Kalau yang nak difokuskan ialah pada sudut akidah, kenapa Nabi pilih orang kafir (yang sembah berhala tu) sebagai penunjuk jalan ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah? Bukankah boleh je Nabi nak kasi tugas tersebut pada orang Islam yang ada pada ketika itu? Have you already checked that history? So, why he do that? Mengapa baginda sanggup meletakkan nasib umatnya pada ketika itu di tangan seorang yang bukan pun Islam? Mengapa boleh wujud tahap trust hingga begitu sekali?

.

.

Yang penting, kalau kita perlu pada perkhidmatan yang terbaik, kemahiran, pengalaman, pengetahuan dan kepakaran itulah yang perlu dititikberatkan untuk kita memperoleh kualiti yang memuaskan. Bukan akidah, bangsa atau warna kulit. Itu pengajaran daripada sejarah Nabi. Itulah sunnah yang harus dicontohi. Lain kali, jangan setakat baca untuk bedtime story atau ceramah agama je. Kaji sekali perkara yang tersirat di sebaliknya.

.

.

If you are talking about pride, Nabi kena lempar dengan TAIK semasa menjalankan tugasnya, but why he didn’t make a big fuss about it? Come on man, taik tu lagi power darjat penghinaannya berbanding orang ‘main kepala’ yang sebelah atas, bukan yang bawah. Kalau betul mengajak orang untuk ikut sunnah Nabi dan sifat kesabarannya, mengapa yang nih tak mau ikut pula? Kenapa sunnah pada bab lain sanggup dibuat (sampai tukar nama kepada Brianna), tapi sunnah merendah diri tu pula tak sanggup dibuat?

.

.

If you are talking about culture, kalau sampai dah meng‘Arab’kan diri, sepatutnya ikutlah budaya Arab. Setakat yang aku tau, ustaz yang mengajar aku dulu pernah duduk kat Mesir dan katanya, orang Melayu pantangnya kalau diusik kat kepala . Tapi orang Arab pantangnya ialah bila orang usik punggungnya. Itu pantang deme.. Apa signifikasi punggung tu, aku tak taulah. Bukanlah sebab otak tu letak di punggung. Hingga sekarang aku tak pernah tahu jawapannya. So, kalau sampai dah meng‘Arab’kan diri, kenapa nak kecoh pula bila orang usik kepala?

.

.

If you are talking about business, sorry la beb. In my life, takde istilah ‘tolong Melayu’ atau ‘tolong sesame Muslim’. I only tolong those who I considered as allies walaupun akidah dan bangsa mereka berbeza dengan aku. Sesiapa yang baik kat aku, yang tulah aku tolong. Sesiapa yang buat taik kat aku, itulah yang akan aku hentak walaupun dia tu Muslim yang ada gelaran ‘Ustaz‘. As long as those people stick with human nature (instead of racist nature or religious nature), I will help them (if I choose to do it lah). Life IS business. We only choose the one which benefits us the most. Isn’t that right?

.

.

I have no further condemnation.. Oh ya, last one:

“Islam is the ONLY way of life”. So much for your blog title for the so call entry huh?

.

Evil_grin_2

.

Nyiahahahahahahahahahhh!!!

.

.

 

98) Blogspot VS Friendster.

Mengimbau kembali akan asal-usul bagaimana terciptanya blog ini, terutama sekali berkenaan mengapa Friendster yang dipilih, menyebabkan aku kadangkala terasa sayang untuk meninggalkannya dan beralih kepada Blogspot. Bila difikir-fikirkan, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh melaluinya. Apatah lagi perubahan yang berlaku sama ada pada gaya penulisan, layout blog, mahupun diri sendiri.

.

.

Huh.. ‘Diri sendiri’..

.

.

Seseorang pernah memberitahu kepada aku bahawa penulisan itu merupakan ‘bahasa hati’, yang lahirnya dari hati seseorang dan diterjemah dengan jujur dan telus oleh si empunya hati, yang kemudiannya diterjemah pula ke dalam bentuk huruf-huruf. Dan dari situlah pelbagai bentuk cara penyampaian dapat dilihat, di mana coraknya itu sendiri yang mentafsirkan keadaan hati seseorang itu pada ketika dia menghasilkan penulisan tersebut.

.

.

Aku tak tahulah jika ada mereka di sini (yang suka menulis) pernah mengalami apa yang aku alami ketika menulis. Ada ketikanya, kita laju menulis tanpa henti. Idea seolah-olah datang mencurah-curah. Gerakan jari-jemari lancar dan pantas seperti seorang pemain piano professional yang memainkan sebuah lagu dengan sempurna tanpa cacat cela pada rentaknya. Dan hasilnya juga memuaskan, malah apabila diteliti semula, kita sendiri tidak menyangka bahawa kita mampu menulis sesuatu yang seumpama itu.

.

.

Tetapi ada ketikanya kita menjadi kaku. Bukannya sebab kekurangan idea. Bukannya kerana tidak memperoleh ilham. Semua itu penuh di dalam peti simpanan minda. Yang menjadi masalahnya ialah pada hati yang tidak dapat untuk mentafsirkannya dan menterjemah ke dalam bentuk penulisan. Itulah situasi di mana kita akan menyatakannya sebagai ‘tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata’.

.

.

Mengapa terjadi sedemikian? Adakah itu bermakna kita masih kurang pemahaman terhadap perkara tersebut? Mungkinkah kita faham, tetapi masih belum sebati dengannya lagi? Adakah kita masih tidak berkeupayaan untuk mencari perkataan dan analogi yang sesuai untuk menterjemahkannya? Atau adakah ia merupakan satu perasaan yang kita (atau orang lain) jarang merasainya, yang mana keganjilannya itu menyebabkan kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya, di mana jika diteruskan juga, orang lain akan menganggap kita sebagai gila ataupun mengarut kerana mereka masih belum mengecapi tahap nikmat tersebut?

.

.

Itulah antara pengalaman ‘perperangan dengan diri sendiri’ yang aku tempuhi sepanjang bergiat dengan blog Friendster ini (sila rujuk Entry 14). Tatkala diri berasa gentar, digagahi jua, diteruskan sahaja. Mungkinkah kerana kedegilan dan ego untuk tidak mahu mengalah pada diri sendiri? Tidak juga. Apa yang pasti, kata-kata seseorang kepada aku terhadap bab penulisan ini tidak akan lekang sampai bila-bila:

.

“Jangan pedulikan sama ada orang lain boleh terima apa yang kau tulis atau tidak. Peduli apa kalau apa yang kau tulis itu betul atau salah. Betul atau salahnya sesuatu perkara itu bergantung kepada persepsi, pelajaran, pengalaman, pegangan dan kepentingan individu. Yang penting, cuba kembangkan lagi idea tu, dan olah dalam cara penyampaian sendiri. Kalau orang lain boleh faham apa yang kau sampaikan ,itu maknanya kau sendiri dah pun mempunyai kefahaman terhadapnya. Jadi, teruskanlah menulis.. Kekalkan.. Biar sekali dalam seminggu pun jadilah..”

.

.

Aku masih ingat lagi, objektif utama dicipta blog ini adalah untuk menzahirkan kembali segala apa yang pernah dipahat di dalam kepala otak ini. Untuk menjadi bahan catatan terhadap segala ilmu dan falsafah yang pernah dihujankan kepada aku suatu masa dahulu untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri supaya tidak lupa terhadap segala pengetahuan tersebut. Secara tidak langsung, ia juga menjadi bahan ingatan untuk mereka yang dahulunya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada aku.

.

“Oh.. Baru aku ingat.. Dulu aku pernah beritahu cakap benda ni..”

.

Atau paling tidak pun:

.

“Eh, aku ada cakap benda ni kat dia ke dulu? Tak ingat pulak aku..”

.

.

Ya, segala tulisan di sini adalah hanya untuk diri sendiri dan beberapa orang yang tertentu sahaja. Sememangnya suatu masa dahulu seseorang pernah berpesan kepada aku betapa pentingnya untuk mempunyai sifat ‘mementingkan diri sendiri’. Aku sangat tertarik dengan analogi melihat album gambar – di mana kita pastinya akan mencari gambar kita terlebih dahulu berbanding gambar orang lain – yang menjadi bukti bahawa seseorang manusia itu mempunyai naluri semulajadi untuk mementingkan diri sendiri.

.

.

Kata-kata seorang yang lain pula tetap takkan kulupakan:

“Kalau bukan kita yang nak pentingkan diri kita, siapa lagi?”

.

.

Atas sebab itulah aku memilih untuk menghasilkan blog yang khusus untuk digunakan oleh diri sendiri berbanding orang lain. Jika ada yang ingin menumpang, selagi mana tidak menimbulkan masalah yang menyusahkan diri aku, dipersilakan. Tetapi jika ada yang menggugat perjalanan keseluruhan dan fasa-fasa yang telah dirancang sepanjang proses penulisan di blog ini, akan dicantas sahaja tanpa belas kasihan.

.

.

Barulah aku memahami betapa nikmatnya sifat mementingkan diri sendiri. Barulah aku sedar betapa diri ini seolah-olah mempunyai satu kuasa yang amat hebat dalam menentukan pilihan dan perjalanan ke arah yang dikehendaki oleh diri, bukan oleh orang lain. Barulah ruangan hati yang dahulunya telah "dikosongkan" diisi semula dengan suatu yang jauh lebih bermakna – menyayangi diri sendiri lebih daripada menyayangi orang lain.

.

.

Ditambah pula dengan sifat keji dan kejam yang menjadi pemangkin dan pendorong untuk menghasilkan kesungguhan dan ketabahan (Entry 92), barulah aku rasa hidup ini lebih bermakna, lebih bermatlamat, lebih menarik dan lebih ‘berkuasa’. Ruangan blog Friendster inilah menjadi tempat untuk aku melatih diri dan mentahkid segala apa yang pernah difahami suatu masa dahulu ke peringkat kemahiran dan peringkat perlaksanaan. Dan ternyata, ia sangat berkesan.

.

.

Salah satu ciri yang menyebabkan aku sangat berminat dengan Friendster ini ialah aku sendiri boleh meneliti ciri-ciri seseorang yang menumpang di blog ini melalui profile masing-masing. Bagaimanakah rupa mereka, di manakah mereka belajar, di mana mereka tinggal, berapa umur mereka serta siapa kawan-kawan mereka yang boleh tahan dengan sikap dan perangai mereka. Tidak kiralah sama ada mereka yang memberikan faedah, mahupun yang bakal dihambat keluar kerana membuat onar di tanah jajahan orang (Entry 33 dan Entry 34).

.

.

Satu lagi ciri ialah pengubahsuaian komen. Komen yang bernada tinggi, yang menentang dan kurang sopan boleh senang-senang sahaja diubahsuai ayat, perkataan, mahupun isi kandungnya supaya bertepatan dengan hati si tuan tanah. Ini merupakan ciri istimewa yang jarang dimiliki oleh blog yang lain. Atas sebab itulah aku betul-betul berminat dan sayang pada blog ini.

.

.

Banyak perkara yang telah aku pelajari daripada blog Friendster ini, terutama sekali terhadap setiap kekurangannya. Kelemahan utamanya apabila ditaip perkataan yang melibatkan nama tempat, bandar, negeri ataupun negara, menyebabkan aku dengan secara tidak langsung TERPAKSA belajar bahasa HTML untuk memperbetulkan sendiri kesilapan tersebut. Apatah lagi pada font pada perenggan-perenggan tertentu yang tidak konsisten dengan yang diingini, itu pun aku terpaksa mengubahsuainya melalui bahasa HTML.

.

.

Pun begitu, untuk membaca bahasa tersebut, aku terpaksa menggunakan Internet Explorer versi lama, walhal aku sememangnya pengguna setia Mozilla Firefox. Perkara yang menyusahkan inilah yang menyebabkan aku kadangkala berasa agak tertekan terutama sekali apabila aku berada di kawasan baru tanpa berbekalkan computer sendiri – di cyber café yang hebat lagi up to date segala peralatan dan perisiannya (yang selalunya digunakan untuk bermain game).

.

.

Sememangnya naluri semulajadi manusia menginginkan perubahan. Sememangnya manusia takkan berasa puas dengan apa yang dimiliki dan akan berusaha untuk memperoleh lebih lagi. Hatta lagu Transformers pun berubah kepada setiap generasi robotnya:

.

.

.

.

.

Maka begitulah juga dengan diri. Setiap hari pun kita mahu memakai pakaian yang berbeza. Hanya mereka yang terlibat dengan badan beruniform sahaja yang memakai uniform yang sama. Tetapi sebagai rakyat jelata yang biasa, kita pasti secara tidak sedar melakukan perubahan pada keterampilan diri sendiri melalui pakaian.

.

.

Hal ini samalah aplikasinya dalam blog. Ada masanya pasti kita akan mengubahsuai layout blog masing-masing supaya bertepatan dengan tema yang dirasakan sesuai dengan diri si empunya blog tersebut. Sayangnya, kreativiti aku tersekat dengan menggunakan Friendster yang mana ciri-cirinya agak terhad. Biarpun aku mempunyai kebebasan dan kuasa yang sangat besar dalam mentadbir blog dan memanipulasikan komen orang lain, tetapi hati ini tetap berasa terkongkong apabila kreativiti diri ini terhalang. Kehendak yang tidak dapat dipuaskan inilah yang menyebabkan aku ingin beralih kepada Blogspot.

.

.

Setelah diteliti, Blogspot sememangnya menyediakan segala keperluan yang diingini oleh sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di alam blog. Suatu masa dahulu, aku juga ingin menggunakannya. Tetapi memandangkan aku agak jahil dalam bab bahasa HTML, maka kulupakan sahaja niatku itu.

.

.

Tetapi sekarang amat berbeza. Berkat pengalaman dan susah-payah yang ditempuhi di blog Friendster (hingga aku sendiri tidak sedar bahawa aku sudahpun mempelajari bahasa HTML), segala urusan pentadbiran dan pantatbiran di Blogspot menjadi sebegitu mudah. Hatta layoutnya sendiri aku hanya mengubahsuainya kepada design yang aku kehendaki hanya dalam masa dua hari sahaja (termasuk pembelajaran software photo editor secara darurat).

.

.

Ya.. Ia sudahpun siap. Cumanya aku masih belum membukanya secara rasmi untuk menjadi tatapan umum. Hanya bermula pada entry yang ke 101, barulah ia akan dilancarkan (serentak dengan entry 100 untuk blog Friendster ini).

.

.

Aku sedar bahawa kuasa pantatbiran di Blogspot agak terhad memandangkan aku tidak boleh untuk memanipulasikan komen orang lain – tidak boleh mengubahsuai isi kandungnya, perkataannya mahupun gaya bahasanya. Hanya boleh meluluskan komen atau tidak sahaja sebagaimana kerja Jabatan Perlesenan tanpa boleh edit sebarangan.

.

.

Malah, ia juga tidak memiliki ruangan “Recent Comments” sebagaimana di Friendster untuk diketahui apakah komen terbaru yang ditulis oleh orang lain. Pun begitu, perkara ini tidak lagi akan menjadi masalah yang ketara kerana pada masa sekarang, sudah tidak banyak lagi mereka yang ingin menambah-baikkan entry yang ada serta tiada lagi anasir-anasir luar yang ingin membuat onar di tanah jajahanku. Mungkin kerana cara pemerintahan kuku besiku yang menyebabkannya begitu, atau mungkin juga gaya pemerintahan demokrasi berparlimen yang dibantu oleh ISA. Peduli apa aku dengan itu semua. Bukankah aku menulis untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain?

.

.

Aku juga sedar bahawa Blogspot tidak mempunyai profile yang selengkap Friendster untuk aku meneliti dan menilai sesiapa sahaja yang masuk ke dalam tanah jajahanku, untuk kuhentamnya habis-habisan jika ia berani membuat onar. Tetapi sekurang-kurangnya aku harus bersyukur kerana Blogspot mempunyai rangkaian yang lebih luas untuk aku meluaskan empayar dalam menjahanamkan pemikiran manusia yang lebih ramai, memandangkan majoriti yang berkecimpung dalam alam blogging ini menggunakan Blogspot.

.

.

Semuanya ada kelebihan dan ada kelemahan masing-masing. Yang penting ialah setakat mana semua itu dapat memuaskan hati aku terhadap sifat mementingkan diri sendiri ini, dan juga dalam menjayakan modus operandi yang telah dirancang selama ini. Dan ternyata, aku akan memilih jalan yang lebih memudahkan diri sendiri untuk mentadbir dan mantatbir empayar aku sendiri.

.

.

“How would my Blogspot rules differ from those of Friendster..? If you had survived, you would have learnt the difference.. You should had trusted me.. The war was over. And yet, there was another battle to be fought. The cruel empire of Friendster now leaderless, still had to be put down.. There were entries to be rebuilt, and order to be restored.. And a new rule – MY RULE – would then begin.. To the victor go the spoils.. At last, knowledge would be mine..!!”

.

.