91) THE TWIST : Kaedah Gelek.

Oh my holy goat..!! Merujuk komik Wira Tunggal Infiniti siri 477, jaguh-jaguh handalan zaman Pendekar Laut dan zaman Wunan mungkin akan dihidupkan semula dalam komik Wira Tunggal Infiniti?? Demn!! Teruja sial..!! Oh, my goat.. Aku tak tahu nak cakap apa. Seolah-olah macam P. Ramlee hidup semula dan berlakon balik dalam wayang. Oh my goat..!! Serius teruja gila..!!

.

Kalau diikutkan, seteah dihidupkan semula jaguh-jaguh lama semua tu, akan diadakan pertandingan wira-wira tempur macam dalam siri Wira Tunggal dulu tu. Persoalannya, mahukah jaguh-jaguh handalan dahulu bertarung untuk suka-suka macam tu? Bagaimana nak pujuk mereka semua untuk bertarung? Perh..!! Sure best gila taktik dan strateginya..

.

Dan mengikut sumber yang sahih (oleh penterjemah komik tu sendiri), ada kemungkinan, selepas habis Wira Tunggal Infiniti pada bulan Oktober, akan disambung dengan Wira Tunggal yang seterusnya, yang namanya gempak gila sampai aku pun terlopong bila mendengarnya – Wira Tunggal Pendekar Laut..!! Holy shit!!

.

Jadi, apakah sebenarnya yang dapat dipelajari? Mengapakah perkara tersebut menjadi menarik dan menunjukkan satu kehebatan hingga diri teruja? Semuanya dapat disimpulkan dalam satu perkataan yang mudah. Tetapi, sebelum diberitahu perkataan tersebut, ada baiknya kita merasai perasaan tersebut terlebih dahulu. No, I cannot ask you to read Pendekar Laut dari mula hingga kini untuk memahaminya. Rasanya cukup untuk mereka yang mempunyai minda yang waras, untuk memahami perasaan dan konsepnya dengan menonton video ini (recommended: full screen mode):

.

.

Ya.. Kehebatannya terletetak pada plot TWIST di penghujungnya. Di situlah segala misteri terbongkar, segala persoalan terjawab, segala kepingan jigsaw puzzle lengkap disambung, dan segala jalan cerita disimpulkan kesemuanya. Elemen twist inilah yang menjadikan sebuah cerita yang amat biasa menjadi suatu filem yang hebat. Antaranya, cerita The Sixth Sense, The Others, dan juga The Butterfly Effect.

.

Satu lagi perkara yang menjadikan sesebuah cerita menarik minat kita untuk menontonnya adalah dengan memanipulasikan twist tersebut pada watak itu sendiri berbanding plot ceritanya. Dengan kata lain, yang menjadi watak utamanya bukannya hero, tetapi sebaliknya, ANTI-HERO. Umpamanya Face Off, Man on Fire, Batman, V For Vendetta, Die Hard, The Negotiator, My Boss My Hero, Van Wilder the Party Liaison, Accepted dan Great Teacher Onizuka.

.

Jadi, apakah itu anti-hero? Mengikut definisi di Wikipedia:

An anti-hero in fictional works will typically take a leading role, performing acts which might be deemed "heroic" (at least in scale and daring), but by using methods, manners, or intentions that may not be so–they could even be considered underhanded or deceitful. In modern times, the popularity of the anti-hero has seemingly boomed. Pulp fiction and noir detective stories of the mid-20th century presented characters such as Sam Spade, who lacked the glorious appeal of previous heroic figures, became more popular. Sergio Leone’s "spaghetti westerns" showcased a wandering vigilante (the "Man with No Name" played by Clint Eastwood) whose gruff demeanor clashed with other heroic characteristics. Mid-20th century playwrights such as Samuel Beckett and Tom Stoppard showcased anti-heroic protagonists recognizable by their lack of identity and determination. The late 20th and early 21st century saw the rise of comic books and graphic novels featuring a boom of anti-heroic characters such as Batman, whose dark and brooding nature, along with their questionable methods, contrasted with their openly "heroic" peers like Superman.

.

Menarik sungguh cerita-cerita di mana orang yang tidak bercirikan seorang hero (malah tiada etika langsung sebagaimana seorang hero) boleh menarik perhatian kita, malah memaparkan satu kehebatan kerana kita tidak menyangka langsung orang-orang seperti itu boleh melakukan sesuatu yang hebat. Itulah twistnya. The unexpected became reality. A very nice combination indeed. Elemen twist itulah (sama ada pada segi plot mahupun wataknya) yang menyebabkan cerita-cerita sedemikian menjadi hebat hingga diingati oleh para penonton.

.

Dari sudut kemanusiaan, itulah yang selalunya berlaku kepada diri kita sendiri. Apabila berlaku sesuatu twist pada diri (atau dengan istilah lain yang selalu kita gunakan; trauma), pasti akan berlaku perubahan mendadak yang menyebabkan sesuatu itu diingati sampai bila-bila. Masalahnya ialah kita agak keberatan untuk melupakan peristiwa tersebut. Memanglah pujukan oleh orang di sekeliling tampak tersangat mudah:

.

“Bertenang, setiap musibah pasti ada hikmahnya..”

.

Atau:

“Just think positive..”

.

Tak pun:

“Don’t look at what you have lost, but at what you have gained..”

.

Realitinya, ia bukanlah sebegitu mudah. To shift and thus twist one’s clouded mind from negative to positive really needs a lot of work. We are trapped in the realm of dilemma, either to forget or to remember the issue. We are confused either those experience are actually really valuable to us or just a piece of useless crap that should be disposed away.

.

Contoh mudah adalah sebagaimana videoklip Crush oleh Paul Van Dyk tadi. Kadangkala, disebabkan kita terlalu terikat dengan sesuatu (ataupun seseorang), kita akan sentiasa teringatkannya hingga kita lupa pada diri kita yang sebenar. Kepala otak kita hanya akan dibayangi oleh benda (atau orang) tersebut dan kita terlalu asyik hingga tidak dapat melupakannya walaupun peristiwa yang telah dilalui itu menyebabkan kita sebenarnya berusaha untuk melupakannya.

.

Kalau yang kita fokuskan ialah pada sudut jiwang, maka itulah yang dilihat oleh mereka yang dilamun cinta. Itulah hakikat tertinggi sesebuah cinta umpama Hallaj (sila rujuk Entry 16). Ke mana-mana sahaja pergi, dalam apa jua tindakan, semuanya teringatkan Dia hingga lupa pada diri sendiri, hingga tidak sedar atas kewujudan diri sendiri kerana yang disedari hanyalah kewujudan Dia. Itulah TWISTnya yang menyebabkan ia menjadi sungguh asyik dan nikmat (untuk tahap deme la.. Tahap macam kita ni bagai langit dengan bumi). Now can you understand what it really means by that entry from that video? I hope you do.

.

Malangnya, perkara tersebut turut dibawa-bawa oleh mereka yang kecewa (usually human to human relationships). Kita terlalu asyik dengan twist yang pernah berlaku pada diri suatu ketika dahulu tatkala bertemu si dia, hingga kita terlupa untuk twist semula diri ke keadaan asal untuk fokus pada diri sendiri, bukan lagi padanya. Maka berlarutanlah penderitaan itu yang akan berlanjutan selama berbulan-bulan. Barangsiapa yang menyedarinya dan twist lebih awal, maka cepatlah sembuhnya. Dan barangsiapa yang lambat untuk menyedarinya, maka lewatlah sembuhnya. Only time will tell..

.

Tetapi pada mereka yang sudah biasa dengan konsep gelek (‘twist’ dalam BM), perkara tersebut tidak menjadi masalah yang besar, malah setiap serangan yang dihadapi dengan kaedah gelek itu merupakan satu fasa asas untuk tindakbalas utamanya atau tindakbalas seterusnya – mara ke hadapan (to move on).

.

Perlakuan gelek itu bukanlah sebegitu mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan keSENIan (sila rujuk Entry 73) yang tinggi. Maka begitulah juga dengan filem-filem dengan plot atau watak yang twisted. Semuanya memerlukan kreativiti dalam menzahirkan keseniannya untuk menghasilkan satu masterpiece yang agung. Itulah yang menjadikannya menarik. Malah itulah juga yang menyemarakkan lagi minat seseorang.

.

Maka itulah konsep menuntut ilmu yang mengikut naluri semulajadinya, menarik untuk makhluk yang bergelar ‘manusia’ (macamlah aku ni alien dari angkasa lepas). Apa yang aku pelajari sepanjang penglibatan aku dalam menjaga kem ni ialah corak pembelajaran budak-budak yang enjoy dan meriangkan, tetapi apabila di twist semula, terkandung pelbagai pengajaran dan isi ilmu yang ingin disampaikan.

.

Kadangkala, zahirnya hanyalah keseronokan dalam menjalankan aktiviti outdoor. Tetapi apabila di twist, maka terbongkarlah segala isi ilmu di sebalik batinnya. Malah, ada juga yang twist dengan kaedah yang sebaliknya. Sebagai contoh, ada program yang kasi bebudak menangis kaw-kaw punya insaf. Tetapi pada majlis penutup, sekor-sekor muka yang menangis tu dijadikan slide presentation lalu menjadi satu sesi yang menyeronokkan budak-budak untuk mengutuk muka sedih kawan-kawan mereka.

.

Satu lagi yag menarik perhatian aku ialah berkenaan konsep yang diaplikasikan oleh University of the Third Age (U3A):

.

U3A is a wholly self-funded, voluntary organization formed to provide lecture courses to members who are mostly retired, in a wide range of stimulating subjects. We also have social activities of interest to our age group. U3A currently has many members, all with active minds and eager to learn. There are no age limits, but most of the members are retired. They come from a wide range of educational, vocational and cultural backgrounds, with varied life reflected in the wide range of course and other activities available. A critical feature is the self-determination and self-help principle; the membership determines the field and levels of learning activity and all who participate in U3A do so on an entirely voluntary basis.

.

Apa yang menarik berkenaan U3A ni ialah konsep pembelajarannya yang bukannya menjurus ke arah method TEACHING, tetapi lebih ke arah method SHARING. With just a twist of those methods of learning, it then became more fun, more interactive and thus, generates more creativity.

.

.

Itulah yang membuatkan sesuatu yang pada dasarnya BIASA untuk menjadi LUARBIASA. It is because the only thing that makes a big difference between an ordinary thing (or person) and an extraordinary thing (or person) is just an “EXTRA”. And one of those ‘extra’ things which affect them is the ‘extra twist’.

.

Kemungkinan besar, sebab itulah nama Nabi Khidir begitu terkenal. Pastinya kerana ceritanya dengan Nabi Isa (ke Musa aaa? Tolong konfirmkan) yang ada ‘twist’ di penghujungnya yang menjadikan kita semua kagum dengan kebolehan dan tahap kefahaman ilmunya.

.

Tapi aku tak adalah berminat sangat untuk elaborate berkenaan cerita tu. Apa yang menarik perhatian aku ialah setakat manakah penerimaan seseorang terhadap corak pembelajaran yang menggunakan kaedah gelek tersebut? Berapa ramaikah yang berminat terhadap method tersebut? Dan yang paling penting, setakat manakah keberkesanannya?

.

Aku yakin, pasti ramai di antara kita yang pernah menghadiri apa-apa sahaja kursus motivasi atau kem bina semangat, yang mana ia memberikan kita kesan pada ketika itu untuk melaksanakan perubahan. Tetapi setakat manakah keberkesanannya? Adakah kerana konsep twist dalam proses tersebut kurang berkesan, ataupun adakah sebenarnya kita sendiri yang sebenarnya sukar untuk berubah? For me, all those are just perspectives. The important thing is on how to menyesuaikan isi kandung sesuatu ilmu itu dengan proses penyampaiannya untuk di twist selari dengan minat audience.

.

Itulah cabaran sebenarnya. Sesetengah orang, minat bola, lalu bagaimanakah cara untuk kita twist daripada perbincangan berkenaan bola untuk ke arah yang lebih berisi? Sesetengahnya pula minat permainan komputer, maka bagaimana pula untuk kita menyerapkan falsafah-falsafah tertentu untuk ditwist dalam game tersebut? Ada juga yang minat kepada porno. Yang penting, setakat mana kita boleh twist isi perbualan berkenaan perkara tersebut ke arah yang berkaitan, tetapi lebih intelek?

.

Sesetengah orang akan menafikan idea-idea sebegini, lalu menyatakan bahawa ia adalah salah sama sekali. Walhal mereka itulah yang sebenarnya menafikan sendiri naluri semulajadi manusia. Kerana yang penting adalah bukan pada bagaimana ia bermula, tetapi bagaimana ia berakhir; “Dan yang akhir itu sebenarnya lebih baik daripada yang permulaan”. Tidak kira sama ada seseorang manusia itu lahir dalam apa jua keadaan; mulia, hina, cacat, sihat, kaya, miskin, atau apa sahaja sekalipun.. Yang penting bukanlah pada bagaimana asalnya, tetapi bagaimana seseorang manusia itu menjalani hidupnya untuk mengakhirinya dengan cara yang terbaik.

.

Itulah yang menarik berkenaan kehidupan. Penuh dengan twist atau gelek. Elemen itulah yang menyebabkan ia menjadi sangat menarik untuk mereka yang sentiasa berfikiran positif dan mempunyai keterbukaan dalam menerima perubahan untuk disesuaikan dengan situasi sekeliling. Apa yang menariknya ialah kadangkala jawapan kepada persoalan-persoalan berkenaan kehidupan tidak semestinya mempunyai jawapan yang sebenar. Apabila kita twist soalan tersebut, persoalan itu sendiri kadangkala merupakan jawapan kepada soalan yang ditanya tadi.

.

.

Can Ninjas catch colds..? Well I guess the better question would be ‘can colds catch ninjas?’. Nope. We’re faster than germs. Then I guess to answer your question, yes ninjas can catch colds.. yeah, we catch ‘em but the difficult part is snapping their little necks. They’re germs.. And the necks are..”

.

Kah! Kah! Kah! I do really like that answer with a bit of a ‘twist’.. :)

.

"See what no one else sees.. See what everyone else chooses not to see.."

(The old man in the movie Patch Adams)

.

Now that is the power of the twist…



No Comment

Leave a Reply

You must be