83) MUSLIHAT (part 3) : Desperation.

Associating with several past entries caused this entry to exist. Well, I think, even by glancing at the topic of the entry, you might see that all the entries (Entry 80, 81, 82) are starting to connect – if you have the vision la. If not, then it’s up to you lah.

.

When one was blinded by hatred, either the hatred towards others, or being the target of hatred by others, that is the best opportunity for us either to gain that person’s support, or to widen our own influence towards that person easily.

.

Why did this happen? Why in that situation, even the strongest man can be weakened? Why it is so easy to discard one’s principle and beliefs in that situation? Why in that particular situation, even the wildest beast can be tamed? Why in that circumstances, even the most bullheaded and stubborn person can be converted to the most loyal and faithful dog? All those questions can be answered by just with two words; manipulating desperation.

.

There are many types of desperation, and one of them involving hatred. Either a person hates other people, or that person is being hated by others, it’s just the same. Both are in desperation; either desperate to annihilate the hated enemy, or desperate to be liked by others. It is within this situation, one may be in a dilemma, for this is the most vulnerable spot of a human being, where they have to choose a side as this is the realm where good and evil collides, satisfaction and vengeance resides, strict and cruelty mixed.

.

The most intriguing part is, whoever be the first to approach this type of person (parallel to it’s objective), will be assumed as the one who will guide this ‘confused’ being towards its destiny. Either the guidance given will make the person to become the most pious human being, or perhaps the opposite – the most fearsome beast. Because all they want is just one – an ally. Either an ally who can help them to defeat their hated enemies, or an ally that likes them as who they really are.

.

All these are common sense. Long before I joined Grapevine, a person has told me about this desperation manipulation – whereby in a situation where one was hated by others, if we are the only one who likes him/her, then that person will definitely owes us and will pledge his/her loyalty to us, and of course, will change just for us (or perhaps because of our command). All of this is just politic stuff. And it really amazed me when this theory was ‘visualized’ in a comic – Wira Tunggal.

.

Pada masa yang lalu, setelah keadaan di Empayar Damai kembali menjadi tenteram, Tenfung pun membuat keputusan untuk meninggalkan Empayar Damai untuk meneruskan pertapaannya. Ketika menjelajah ke tempat yang ingin ditujuinya, Tenfung telah menyamar seperti rakyat jelata. Dia telah menghabiskan banyak wang dan menggunakan taktik tertentu dalam mengkaji kuasa yang dimiliki oleh jaguh-jaguh handalan dari seluruh dunia.

.

Dia telah bersinggah selama 3 bulan di Kota Neraka di mana penduduknya terdiri daripada puak dan bangsa yang amat kompleks. Tujuannya ke sana adalah untuk memahami sifat, kelebihan dan kelemahan penduduk-penduduk di sana. Selepas itu dia bertolak ke Lembah Angin dan Daerah Selatan. Di sepanjang perjalanannya, dia telah bertembung dengan penyamun, golongan kanibal yang gemar memakan daging manusia, juga insan yang berkelakuan aneh.

.

Apabila dia gagal memiliki sesuatu dengan duit, maka Tenfung akan mendapatkan benda yang dikehendakinya itu dengan taktik dan caranya yang tersendiri. Ketika di Empayar Laut, Tenfung telah melihat sendiri pertarungan di antara jaguh-jaguh yang berasal dari puak-puak yang berbeza. Tenfung mengubah wajahnya demi menyembunyikan identitinya yang sebenar. Pada masa yang sama, Tenfung akan menilai keupayaan mereka sementara menunggu peluang sahaja. Apabila salah satu pihak berada dalam keadaan tertekan, maka barulah Tenfung bertindak menyelamatkan pihak tersebut. Pihak yang diselamatkan oleh Tenfung itu sudah pasti berasa terhutang budi padanya.

.

Dengan menggunakan cara tersebut, Tenfung bukan sahaja dapat memperoleh kepercayaan mereka, malah dia mungkin memiliki benda yang dikehendakinya, termasuklah hikmat-hikmat yang gagal dikuasai sepenuhnya oleh pihak-pihak yang diselamatkannya itu.

.

(Wira Tunggal Infiniti, Episod 462: Aku ialah Asoka Mas)

.

Yes, by hiding our real agenda (muslihat), waiting for chances, and acting at the right time on the right side (the desperate one), we could easily gain trust from the person and also obtain whatever we want from him/her. That’s why I love that comic. It’s because of most of its content that intrigues me. The comic is not just about heroes and villains, what makes it became interesting is because of its ‘political’ and strategic thinking issues, which most of them supporting most of the theories that had been taught to me. Another part that can be related to this topic is this:

.

Tenfung telah berkenalan dengan jaguh yang pertama ini ketika dia merantau ke seluruh dunia. Walaupun nama jaguh ini tidaklah begitu terkenal, tetapi keupayaannya memang sukar hendak diduga lagi. Dia merupakan salah seorang jaguh yang amat berkuasa di kawasan utara – abang kandung kepada Feisha, FERRAY.

.

Ferray               : Hmm..!! Kau mahu aku jadi pengikut kau? Kau masih belum layak lagi, cik abang!

.

Tenfung            : Aku pernah bertaruh dengan kau pada masa yang lepas di mana pertaruhan kita adalah siapa yang berjaya mengalahkan Asoka Mas, maka pihak yang kalah harus menyokong pihak yang menang dengan sepenuhnya di masa akan datang. Apakah kau dah lupa semua itu?

.

Ferray               : Aku masih ingat lagi! Tapi, aku terpaksa bersabar. Jangan-jangan kau nak beritahu aku bahawa kau dah berjaya kalahkan Asoka Mas.

.

Tenfung            : Ya..! Aku memang dah kalahkan Asoka Mas tapi aku tak bunuh pembunuh ayah kau dan Feisha itu..!!

.

Ferray               : Mengarut!! Macam mana kau tahu hubungan di antara aku dengan Feisha?! Ah!! Rupanya kau dah tahu hubungan kami itu dari awal-awal ya? Kau dah tahu segala-galanya sebelum berkenalan dengan aku??!!

.

Tenfung            : Ya, ini kerana aku ni seorang yang amat teliti. Sebelum aku dapat mengetahui keupayaan seseorang itu, maka aku pun takkan berkenalan dengannya. Nampaknya kau masih tak percaya bahawa aku dah berjaya kalahkan Asoka Mas. Kalau begitu, aku harus buktikannya.

.

Ferray               : Ya! Tenfung, kau harus buktikannya pada aku!!

.

BANGG!! QUAHH~!!

(Sound effect pertembungan serangan dua orang jaguh handalan yang bertarung. Kini mereka sedang beradu kuasa.)

.

Ferray               : Kuasa 57 Petala Langit??

.

Tenfung            : Kita berdua masing-masing mempunyai kuasa ini. Bezanya adalah aku berani mencabar Asoka Mas. Disebabkan adik kau itu, kini kau dah tak ada peluang jadi Ketua Pemimpin Golden City. Betul tak cakap aku?

.

Prakk.. BOOM!!

(Ferray dicampakkan ke belakang oleh kuasa Tenfung)

.

Ferray               : Bagus, kau memang hebat sekali!! Aku benar-benar akur dengan kau.

.

Tenfung            : Adakah kini kau dah sanggup menyertai pasukan aku?

.

Ferray               : Jika segala usul kau tidak bercanggah dengan pendirian dan cita-cita aku, maka aku memang sudi jadi pengikut kau dan hulurkan bantuan demi memperkukuhkan kedudukan kau!

.

Tenfung            : Baiklah! Mulai hari ini, kau adalah panglima yang berkedudukan paling tinggi bagi pihak aku..

.

Ferray               : Hu.. Terima kasih..

.

Akhirnya, Tenfung telah memperolehi kepercayaan daripada Ferray. Tetapi dia menghadapi kesukaran untuk memujuk jaguh yang seterusnya. Ini kerana, jaguh itu bukan sahaja seorang yang amat berbakat, malah dia adalah tuan muda dari Lembah Angin.

.

Crossfire           : Ji Tenfung, aku tahu kau ini amat handal, tetapi kenapa aku harus jadi pengikut kau pulak?

.

Tenfung            : Jika kau bekerjasama dengan aku, kau bukan saja dapat selamatkan Lembah Angin, malah aku dapat bantu kau tingkatkan kuasa kau hingga mengatasi tahap 50 Petala Langit!!

.

Crossfire           : Ji Tenfung!! Jangan kau harap aku akan akur pada kau dengan semudah itu!! Buktikan kehebatan kau pada aku dulu!!

.

Tenfung            : Baiklah! Aku akan berdepan dengan kau, tapi aku takkan menyerang balas! Jika kau masih gagal mengapa-apakan aku, maka dengarlah cakap aku nanti, macam mana?

.

Crossfire           : Baiklah, biar aku tengok sejauh manakah kehebatan kau!!

.

Walaupun sudah melancarkan lebih daripada 300 jurus serangan, Crossfire masih gagal mendesak Tenfung.

.

Crossfire           : …….

.

Tenfung            : Jangan terburu-buru. Apa yang kau perlu buat adalah menumpukan perhatian kau saja! Dengan ini, kuasa serangan barulah akan mengancam!

.

Crossfire cuba lakukan apa yang diberitahu Tenfung itu. Akhirnya, kehebatan kuasa serangannya pun meningkat sebanyak sekali ganda. Akan tetapi, itu masih belum mencukupi lagi. Setelah melancarkan jurus serangan yang ke 5000, keletihan mula dirasai oleh Crossfire. Ini kerana dia harus menumpukan sepenuh perhatian ketika melancarkan setiap serangan, tidak hairanlah dia berasa letih dalam masa yang singkat. Walaupun kini sebanyak 10 ribu jurus serangan sudahpun dilepaskan oleh Crossfire, namun dia masih tidak dapat mengapa-apakan Tenfung lagi.

.

Tenfung            : Kau dah puas menyerang belum?

.

Crossfire           : ……

.

Tenfung            : Buatlah keputusan sekarang!!

.

Crossfire           : ……..

.

Crossfire menghentikan serangannya. Kelihatan tercungap-cungap keletihan.

.

Crossfire           : Tenfung! Kekuatan kau memang tiada tandingannya lagi.

.

Tenfung            : Kalau begitu, adakah kau akan pertimbangkan cadangan aku itu?

.

Crossfire           : ……

.

Pukk~!!

(Crossfire melutut)

.

Crossfire           : Aku sudi belajar dengan kau.. Aku sanggup jadi pengikut kepada kau asalkan kau tak menganiayai rakyat jelata di Lembah Angin.

.

Tenfung            : Aku berjanji takkan lakukan perkara itu. Ini adalah janji daripada aku, Ketua Pemimpin Golden City!!

.

Crossfire           : Apa?? Kau dah jadi Ketua Pemimpin Golden City??

.

Crossfire merupakan orang yang kedua yang telah dijinakkan oleh Tenfung. Berkenaan dengan Pain pula, segala-gala itu berlaku secara kebetulan. Ketika Tenfung dalam perjalanan kembali ke Golden City, secara kebetulan, Tenfung telah menemui seorang jaguh yang dianiayai oleh Wira Tempur Hook. Nama sebenar jaguh ini ialah Mao Jiang. Seluruh anggota keluarganya telah dibunuh oleh Hook. Pain didapati dipaku di belakang badan seekor ikan gergasi. Kesakitan yang dialaminya memang tidak dapat digambarkan lagi. Badannya yang tidak bermaya kelihatan dipenuhi dengan skru dan paku. Ikan-ikan kecil sedang menjamah daging badannya.

.

Walaupun begitu, Tenfung tetap menaruh minat terhadapnya. Perasaan hati memberitahu Tenfung bahawa Pain bukan sahaja adalah seorang jaguh yang sukar dicari, malah dia pastinya seorang yang amat setia.

.

Tenfung            : …………..

(sambil memisahkan Pain dari badan ikan dan mengeluarkan Pain dari air menggunakan kuasanya)

.

Tenfung            : Aku dapat merasakan penderitaan kau pada masa yang lepas. Kau sanggup jadi pengikut aku? Aku berjanji untuk meningkatkan kuasa kau. Dengan ini, kau berpeluang untuk membalas dendam kelak!

.

Pain                  : Ya..!

.

Tenfung            : Baiklah!! Mulai hari ini, kau, Ferray dan Crossfire adalah kawan aku! Dengan adanya bantuan kamu semua, aku yakin dunia ini akan menjadi milik kita berempat ini dalam masa tidak lama lagi!!

.

Pain                  : …….

.

(Wira Tunggal Infiniti, Episod 467: Tenfung dan Tiga Orang Panglimanya)

.

What can we learn from that comic script (well, if you already have the comic, then you can refer from the original script with pictures)? There are three opponents in there:

.

  • Ferray: Strong in strength and principle opponent.

  • Crossfire: Stubborn ass opponent.

  • Pain: Weak and desperate person.

.

How does Tenfung toying with them and made them desperate?

.

  • Ferray: Find out his little secret, and then told him that it was already discovered long ago. That would made Ferray felt like being toyed around and surely made him mad. Thus, weaknesses spotted due to just a little hatred.

  • Crossfire: Just provoke him until the provocations inspired hatred and the eager to defeat the opponent. It also made all the weaknesses shown itself. While he was vulnerable and desperate in defeating Tenfung, Tenfung gave some tips to improve Crossfire attacks – but the hidden agenda is to make him exhausted.

  • Pain: Desperation and hatred were already there. All Tenfung has to do is to direct them in his own desired direction.

.

And only then, after manipulating their desperation and hatred, also gaining their trust and belief, it means that they already had given themselves to us as long as we are in the same boat, and have the same objective. This synchronization of similarities were the one explained in Entry 82 – SA-UDARA. When they gave themselves and pledge loyalty to us and became sa-udara, that is the most perfect opportunity to tune them and change them towards both sides’ desired products, by sharing relevant skills as to make a win-win situation.

.

Kemahiran seperti inilah yang sepatutnya ada pada mereka yang khususnya ditugaskan dalam membentuk seseorang. Sama ada guru sekolah, motivator, penceramah, jurulatih martial arts, mahupun The Others dan Skuad Racun, semuanya seharusnya memahirkan diri dalam pekara sebegini. Ini kerana, bukan semua orang boleh menerima apa yang ingin disampaikan hanya dengansatu method cara penyampaian sahaja. Terdapat kepelbagaian dalam ragam manusia yang dihadapi, maka cara pendekatan juga harus dipelbagaikan, disesuaikan dengan kesesuaian individu yang dihadapi.

.

Teringat aku semasa join aktiviti The Others time Tsunami dulu. Apabila diadakan bengkel perbincangan dan diberikan tugas untuk mencadangkan solution kepada masalah yang melibatkan kawan yang sudah jahanam dan duduk di tepi lobang neraka, jawapan yang paling common ialah “Kita kena nasihatinya elok-elok” atau “Kita kena slow-talk dengan dia dan cakap baik-baik”. Sedangkan bukan semua orang boleh masuk dengan cara yang sebegitu.

.

Ya, kita sememangnya diseru untuk approach orang dengan cara yang ‘hikmah’ dan ‘bijaksana’. Masalahnya, kita selalunya nampak dua perkara tersebut hanya pada sudut cara yang lembut – soft skills. Sedangkan boleh sahaja hikmah dan bijaksana itu diselitkan dalam hard skills, malah memberikan kesan yang efektif jika kena orangnya, caranya dan timingnya.

.

Apabila aku mula terlibat dengan bab-bab aktiviti kem motivasi ni la baru aku dapat nampak semua tu. Kadang-kadang, bila tanya client kenapa nak buat aktiviti outdoor, jawapan yang diterima agak menarik juga. Antaranya, kalau indoor semata-mata, boring dan mengantuk kerana hanya duduk dan mendengar – walaupun jika dibahagikan group untuk berinteraksi sesama sendiri dan berbincang. Semua itu tidak dapat nak diaplikasikan sepenuhnya kerana lebih kepada teori semata-mata tanpa praktikal.

.

Hanya setelah melibatkan diri dalam aktiviti outdoor yang lasak (yang sebahagiannya boleh dikatakan agak berbahaya yang memperjudikan nyawa), barulah client tu akan mendapat kepuasan kerana bukan sahaja belajar secara teori, malah dapat mengaplikasikannya dengan efektif dan mengalami sendiri pengalamannya. Bila tulang empat kerat dah letih (desperate nak berehat), dan yang boleh bergerak hanya minda, masa itulah konsultan kasi bambu kaw-kaw pada peserta, memperjelaskan dan menghurai segala rahsia di sebalik aktiviti tersebut, dan barulah ia menjadi sangat bermakna untuk mereka yang terlibat.

.

Hanya apabila telah mengalami desperation yang teramat sangat, barulah sesuatu perkara yang berkaitan itu dapat difahami sepenuhnya. Antaranya adalah dalam kartun Jepun, Dr. Black Jack, pada episod dia ke pulau:

.

“Seseorang itu masih tidak layak lagi untuk digelar nelayan selagi mana dia masih tidak ada perasaan takut kepada laut”

.

Itu nasihat bapak nelayan kepada anak dia yang dok suka sangat laut dan menganggap laut tu tempat yang indah sahaja tanpa mengetahui bahaya laut. Sekali kaki tersepit time air pasang, dah lemas, baru tau laut tu bahaya ke tidak.

.

Satu lagi kata-kata yang aku belajar daripada seseorang di Hulu Langat ialah:

.

“Kalau you berniaga, tapi you tak pernah rugi, itu maknanya you masih tak tau lagi apa itu berniaga..!!”

.

Kalau ikut logik, ada benarnya juga. Kalau asyik berada di dalam comfort zone (rujuk Entry65), sampai bila kita akan memahami cabaran sebenar seorang peniaga? Hanya apabila kita sendiri yang mengalami kerugian dan merasai betapa sakitnya nak bangkit semula, barulah kita tahu sebenar-benarnya selok-belok perniagaan. Dan pada ketika itulah baru kita menghargai setiap keuntungan yang diperolehi.

.

Dalam bab ilmu, kita selalu dengar, “Orang yang pandai ialah yang makin belajar, makin rasa bodoh”. Pada satu sudut, kita melihat bahawa apabila makin banyak benda yang kita belajar, makin banyak input yang ita terima, itu maknanya sebenarnya punyalah banyak benda yang kita tak tahu, barulah kita tahu betapa kosongnya otak kita dulu tanpa input-input tu. Pada sudut lain pula, lagi banyak yang kita belajar dan semakin banyak persoalan yang terjawab, maka semakin banyak pula persoalan baru yang timbul yang tak dapat nak dijawab, maka kita berasa semakin bodoh.

.

Mungkinkah, kalau pepatah mengenai ilmu itu kita lihat pada sudut ‘desperation’ sebagaimana contoh laut dan berniaga tadi, maknanya adalah hanya apabila seseorang itu merasai sendiri macam mana rasanya bodoh, barulah dia dapat merasai nikmat sebenar ilmu? Apabila terasa diri itu ketinggalan berbanding orang lain, barulah tahu cara belajar yang sesuai dengan diri (sebab dah experiment dengan cara yang bermacam-macam untuk kasi tak tertinggal batch). Apabila kena repeat paper, barulah faham sebenar-benarnya subjek yang dipelajari (sebab belajar lebih dari sekali dandah tahu macam mana pattern silibusnya). Apabila fail sebab gagal jawab soalan-soalan tertentu, barulah jawapan keapda soalan itu dan segala yang bersangkutan dengan chapter tersebut akan diingati sampai bila-bila (sebab takut soalan yang sama keluar dalam paper next sem). Mungkinkah? It’s just a probability.

.

Dan jika diperluaskan skop kepada bab kehidupan, mungkinkah itu sebenar-benar makna yang terkandung di dalam pepatah “Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya” atau “Kegagalan itu sebenarnya adalah kejayaan yang tertangguh”. Sesetengah orang mungkin akan anggap itu sekadar ayat untuk menyedapkan hati. Tetapi kalau diperdalami dan diperkaitkan dengan bab ‘desperation’ tadi, mungkin juga ada maksud yang mendalam yang menghuraikan segalanya.

.

Mungkin atas sebab itulah dijadikan manusia itu dengan sifat ‘lupa’. Hanya apabila diri ini terlupa akan Dia dan melakukan dosa, barulah kita mengetahui makna sebenar keampunan, dan dalam desperation penyesalan yang amat sangat, mungkin juga pada ketika itu barulah kita memahami apa pula yang dikatakan pahala dan dosa (rujuk Entry 21 dan Entry 22)?

.

I don’t know. I’m just asking questions. Perhaps all of those are ‘muslihat’? I don’t know..

.



No Comment

Leave a Reply

You must be