85) The Black Box, The Lawyer & The Sales Representative.
Hehehe.. Menarik..! Sungguh menarik..!! I really love my job here. Why? Sebab ia bersangkutan dengan cara approach dalam nak manipulate orang. Walaupun baru beberapa minggu je, banyak betul cabarannya. Yang bestnya ialah kerana aku masih muda (maka dipandang rendah oleh beberapa orang kerana boleh digunakan untuk mereka mengambil kesempatan) dan masih baru di tempat ni (maka dianggap dalam kategori boleh dimakan dan mudah ditipu kerana memerlukan khidmat nasihat mereka yang dah bertahun pengalamannya pernah bekerja di sini). So, jimatlah masa aku sebab tak payah nak buat tour untuk approach diorang sebab diorang sendiri yang pergi kat aku. Yes my child.. Come to papa..!! Wahahahahahah!!
.
Seronok juga bila masih muda dan masih baru ni. Ramai orang bawahan ni yang nak tonjolkan diri sebagai taiko kat tempat ni dan bercakap gah mengenai jasa besar mereka dalam membangunkan tempat yang aku kena uruskan ni. Yang paling syok ialah bila aku tanya soalan “Apa pendapat kamu pasal Si Polan tu? Dia tu macam mana orangnya ya?”. Hahahahahah!! Tanpa disedari, soalan tu sebenarnya ditujukan kepada yang menjawab tuh (untuk dinilai characternya – sama ada jenis tikam belakang, jenis nak tunjuk yang diri tu lebih hebat daripada Si Polan, jenis cuma nampak buruk orang lain atau jenis highlight kelebihan orang lain). Wahahahahah!! Yelah, yelah.. Berlipur laralah kamu . Aku sedia mendengarnya. Dengarnya memang la boleh, tapi percayanya belum tentu lagi. I’m just a new guy, so why should I put my trust blindly to them, right? (My past ‘dark’ experience in UTP had taught me not to trust people easily, especially in pledging my loyalty towards someone).
.
Sekarang, management dah tukar baru. Maka, cabaran baru ialah apabila pekerja lama dan pekerja baru combined. Lantas bertembunglah dua budaya kerja. Kalau ikutkan kepala otak kejam tanpa perikemanusiaan aku, mana yang ingkar tak mau ikut budaya baru, aku buang je terus sebagaimana yang pernah dipraktikkan dalam blog ni. Bohahahahahahah!!
.
Tapi aku tak mau buat benda tu lagi dalam pentadbiran aku di kem ni (for now). As usual, before kicking their ass out, I must first give them a chance so that they know their place and prove to me that they are worthy to be kept. Sebab kalau aku buang, aku tak dapat la pulak nak mempergunakan pekerja jenis ni untuk kepentingan aku. Kalau betul-betul nak buang pun, kena lah perah semua pengetahuan dan pengalaman mereka pasal selok-belok tempat ni dulu baru tendang tanpa perikemanusiaan. Hahahahahah!! Oyeh~ I am evil bebeh~ The manager who was sent here from hell!! Buahahahaha~!!. Kalau terus tendang, nanti tak boleh la plak nak asah skill sebagai puppetmaster yang hebat. Nyieheheheheheh (gelak licik). Patience Adi.. Patience..
.
Teringin juga nak try beberapa teori yang pernah dipelajari daripada beberapa orang berpengalaman time kat UTP dulu untuk mengetahui setakat mana keberkesanannya pada situasi yang aku hadapi sekarang (the scripts and story are the same, only that the actors and scenes are different. Will the movie will be greatly improved or just with lower quality?). Calon yang sesuai untuk jadi tikus putih pastinya orang-orang jenis tadi tu. Mueheheheh.. So, which ideology should I choose yeah? Divide and conquer? Lead by example? Iron claw? Seek and Destroy? V for Vendetta? Or perhaps, the most discreet method (Stealth / Silent Assassin – refer Entry 36)?
.
Pertembungan orang-orang yang berbeza ini lah yang menjadi cabaran hebat kerana masing-masing ada kepentingan sendiri, masing-masing ada budaya kerja, halatuju dan matlamat yang berasingan. Persoalannya ialah bagaimanakah aku harus bertindak supaya orang-orang bawahan ni boleh bersatu, disamakan halatuju untuk mengadap arah yang sama, malah yang macam chebai tu boleh dikasi tune untuk jadi sa-udara dalam konteks sesebuah organisasi.
.
Hmm.. Sebut pasal satu arah, minggu lepas, khutbah Jumaat membicarakan mengenai kiblat. Entah berapa haribulan entah matahari akan berada tepat di atas Kaabah, maka time itulah yang paling sesuai untuk diketahui arah sebenar Kaabah. Hal tersebut ditekankan dalam khutbah tu kerana kita sembahyang mengadap kiblat.
.
Dalam mendengar khutbah tu, it just made me wonder, kiblat tuh sebenarnya macam mana? Jika diikutkan definisi umum, kiblat tu ialah arah yang harus kita mengadap semasa sembahyang, yaitu arah sebuah bangunan berupa kotak yang dibalut dengan kain hitam yang ada tulisan-tulisan kat Mekah sana tu. Kalau ada definisi yang lebih halus, tu aku tak tahulah. If there is, I really want to know about it.
.
Antara kelebihan kiblat adalah untuk menunjukkan kehebatan kesatuan umat Islam di seluruh dunia yang menyembah Tuhan yang satu, satu arah, satu tujuan. Yeah right. But still, walaupun arah kiblat itu sendiri menunjukkan bahawa umat Islam itu “sepatutnya” bersatu dan sehaluan dalam mengamalkan ibadah, Puak Sunni dan Puak Syi’ah masih bergaduh jugak kat Iraq sana tu. Usah tengok yang jejauh la. Kat Malaysia pun cukup. Puak UMNO dengan Puak PAS bergaduh jugak sesama sendiri walhal sembah Tuhan yang satu, bukannya Melayu PAS sembah Tuhan PAS, Melayu UMNO sembah Tuhan UMNO pun. But still, gaduh macam budak kecik jugak. (That’s why I don’t register as a voter and didn’t want to vote because all of them are just so immature). Susah-susah, imbas kembali la pasal Ijok tuh. So much for ‘kesatuan’ or ‘satu arah’ huh?
.
I’m really bored bila orang dok cerita pasal hukum-hakam (makna lainnya, bosan dengan khutbah tu yang lebih kepada cerita hukum-hakam pasal mengadap kiblat). Sedangkan sepatutnya apabila menceritakan pasal kiblat, bab kesatuan itulah yang harus diberikan penekanan.
.
“Setiap kali hendak solat, kita hendaklah memeriksa arah kiblat kita supaya betul. Ini kerana, apabila ia tersasar walaupun satu darjah di tempat kita, pada jarak jauhnya ia akan tersasar kira-kira 10 kilometer dari Kaabah. Maka tidak sahlah solat jika tidak menghadap kiblat.”
.
Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Dengan kata lainnya, kita kena bawak kompas kiblat sepanjang masa supaya dapat cek sama ada kiblat yang kita ngadap tu betul ke tidak. Jangan percaya bulat-bulat pada arah masjid atau surau kerana takut kontraktor yang bina masjid tu tersasar walaupun satu darjah. Tak pun, jangan smayang sensorang tanpa ada kompas kiblat. Sebab bila kita bentang sejadah tu, entah betul entah tidak tepatnya arah kedudukan untuk mengadap ke kiblat tu. Wuhuhuhu.. Takut lari satu darjah ma.
.
Lantak deme lah.. Nasib baik itu time solat Jumaat. Kalau tak, dah lama aku blah je dari situ. But at least takdelah seteruk macam khutbah kat masjid UTP dulu tu, yang ada khatib cerita pasal pengaruh TV, email dan Internet yang beri kesan negatif untuk anak-anak, sampai suruh catu masa tengok TV dan biar mak bapak diberikan password email anak dia supaya dapat pantau dan kawal mereka daripada terdedah dengan benda-benda yang.. Well, you know what these types of people are so afraid of – porn. Dahlah khutbahnya sampah dan tak masuk akal, makan masa lama gila, rukun khutbah pun banyak yang tertinggal. Memalukan UTP je. Sheeeshh!!
.
Aku masa tu dapat rasakan aura kegelapan yang sebegitu hebat oleh hampir kebanyakan orang di masjid tu yang dok maki-hamun berbakul-bakul dalam hati (maklumlah, masa khutbah mana boleh bercakap, sebab nanti luput pahala Jumaat). Hahahahah!! Kalau dibenarkan bercakap, sure memang kena maki kaw-kaw nye si khatib tuh. Wakakakakakaka!! I think most of you remember about that. Balik-balik bilik je, semua dok mengutuk dalam IRC. Hahahahahah!! Yeah, so much for “kesatuan” huh?
.
Berbalik kepada isi asal, pasal kiblat. Kadangkala, apabila kita terlalu fokus hanya pada kerumitan hukum-hakam, kita terlupa pada perkara yang sebenarnya tersangat simple pada perlaksanaan dan hakikat yang sebenarnya. Kita kadangkala dek kerana sibuk nak kasi arah kiblat itu tersangat accurate sampai tak lari satu darjah dari kompas, kita terlupa pada perkara asas yang utama: “Kita ni sebenarnya nak mengadap Dia ke, nak mengadap kotak hitam tu?”
.
Sedangkan bukankah sepatutnya mengadap Dia itu yang lebih utama? Kalau tak tahu arah kiblat, bantai je la menghadap arah mana pun. Betul? Bukannya kalau tak tahu arah kiblat, tak boleh sembahyang sehinggalah arah kiblat itu diketahui. Kiblat itu sebenarnya yang depends on solat. Bukannya solat itu yang depends on kiblat. Tapi semua itu kalau dalam keadaan terdesak la. Macam dalam kapal terbang, kapal laut atau memana je la yang membuatkan kita tak boleh nak buat apa. Tapi kalau dah tau arah kiblat, ngadap la situ.
.
Apabila kita ditanya soalan:
“Tuhan tu kat mana?”
.
Kita selalu menjawab:
“Dia berada di mana-mana”
.
Jadi, kalau Dia berada di mana-mana sahaja, perlu ke sampai nak bawa kompas kiblat setiap kali nak sembahyang hanya kerana tak mau tersasar walau satu darjah daripada arah sebenar? Tak boleh ke kalau pakai anggaran kasar je (“Hmm.. Surau kat blok tu mengadap sana, bilik kita mengadap ke sini. So, ikut anggaran arah surau tu je cukup lah, malas nak bukak kompas”)? Tak boleh ka itu macam?
.
Apa yang pasti, memang lah perkara pasal kiblat tersebut perlu disampaikan. Tetapi kita pun kena consider juga bahawa yang lebih utama ialah nak mengajak orang sembahyang ke, atau nak buat semua orang rasa yang sembahyang tu punyalah susah sebab terlalu banyak sangat rules (sampai tak boleh lari walau satu darjah arah kiblat)? Itulah masalah sekarang ni. Ramai yang lebih nak mengatakan bahawa Islam itu mudah, tetapi cara penyampaian itu sendiri yang menyebabkan orang lain nampak bahawa Islam itu sukar dan penuh dengan peraturan dan hukuman.
.
Hal seperti itulah yang menyebabkan ia tampak pada orang luar (malah orang Islam sendiri) sebagai tersangatlah komplikated. Mana taknya. Kalau dah dok cerita pasal hukum-hakam je (nak-nak pada orang ramai, walaupun pada yang jenis kurang didikan agama), memanglah nampak komplikated. Cuba kalau beri penekanan pada perkara yang simple dan mudah dan takkan berubah sampai bila-bila seperti akidah dan tauhid, kan ke takde pening kepala? Kan ke takde nampak susah? Tuhan sampai bebila pun tetap satu jugak. Hakikat yang sememangnya takkan berubah.
.
Perumpaman mudahnya ialah, kebanyakan “pekerja” yang kononnya nak buat ‘marketing’ pasal produk (Islam) pada orang ramai ni bukannya orang yang mahir dalam bidang marketing (sales representatives). Sebaliknya, yang melaksanakannya adalah orang-orang yang tersangat mahir dalam bidang perundangan – lawyers and judges. Ya, beberapa lawyer yang pecah amanah dah jadi tajuk berita utama di surat khabar, maka apa kata kita lanjutkannya dengan analogi lawyer pula? Tak gitteeww~?
.
NOTE:
Hanya berkait dengan lawyer yang jenis teruk tak reti bahasa je. Tiada kena-mengena dengan lawyer yang ok dan memahami common sense of a human being. Hehehehe.).
.
Sebab tu produk yang simple boleh bertukar jadi tampak tersangat komplikated. Sales representative pastinya akan memperjelaskan kehebatan sesuatu produk, cara pengendalian yang mudah, cara maintenance yang simple, malah diberi penekanan pada perkara yang sangat utama yang boleh tarik hati pelanggan – jimat kos. Ataupun, kalau tak jimat kos pun, at least worthy atas kualitinya dan kelebihan-kelebihan lain. Malah, kalau sales representative tu bersifat profesional, dia pasti akan fokus hanya pada kelebihan produk sendiri tanpa nak kondem produk syarikat lain (kalau kondem pun, dia pakai nama produk Jenama X).
.
Yang jadi masalah ialah apabila yang buat marketing ‘produk’ tu ialah lawyers and judges yang takde pengetahuan dan pengalaman marketing (kalau ada, dikecualikanlah). Ah sudah.. Yang ni takde pulak nak cakap sebagai “matlamat tak menghalalkan cara” (jawatan tak menghalalkan kerja to be exact). Pelik ya? Jenis ni kalau present, sure jenis stok cerita akta-akta, hukuman-hukuman, bukti-bukti, saksi-saksi, bukak sumber-sumber dan quote-quote semua. Bila orang kena tuduh dan pendakwaraya mula bukak isu atau persoalan yang kontroversi yang menyebabkan keadaan jadi hangat dan sukar dikawal, mulalah pakai tukul veto yang diketuk kat atas meja sambil jerit “ORDER~!!”. Haiyo Yang Alif, lu mau order apa liao? Teh talik? Kopi talik? Limau ais?
.
Dengan kata lain, ia bukan jadi marketing yang bertujuan untuk MENARIK MINAT lagi dah, tapi jadi perbalahan untuk menentukan siapa yang lagi betul dan siapa yang lebih salah. Kalau ada yang bising nak melawan, ketuk meja dengan tukul veto untuk kasi semua senyap. Tu nasib baik ketuk meja. Kalau ketuk kepala kote, lagi naya.
.
Masalahnya ialah majoriti rakyat jelata (customers) bukan jenis lawyer ma. Customers mana tau apa akta-akta atau seksyen-seksyen yang ada dalam buku perundangan dan perlembagaan. Akta berapa, seksyen berapa, they don’t give a fuck damn about it. Hukuman-hukuman ke atas kesalahan tertentu seperti tempoh kena penjara, kena kompaun berapa banyak, kena denda berapa ribu Ringgit, kena sebat berapa kali, kena gantung sampai mati atau kena gantung kote (penjara seumur hidup, takleh mengongkek sampai mati), mana diorang nak tau semua tu.
.
Takde siapa pun yang nak amek pot pasal benda-benda tuh melainkan kalau dah terlibat dengan jenayah ataupun dah memang kariernya dalam bidang perundangan. Sedangkan benda yang diketahui dan lebih mudah difahami oleh orang awam sebenarnya tersangatlah simple: “Benda tu ok dan boleh dibuat. Benda ni plak tak boleh dibuat sebab ia adalah satu kesalahan yang mana kalau dah jenayah, konfirm kena tangkap polis, masuk lokap dan masuk penjara”.
.
Same goes to ‘orang kebanyakan’ dalam konteks agama. Most of them are not ‘lawyers’ yang pakar dalam bab-bab hukum-hakam kerana minat mereka sebagai customer ialah nak dapatkan produk, servis atau kenikmatan yang terbaik lagi memudahkan hidup mereka dalam keadaan yang SELAMAT. Bukannya sesuatu yang lebih memeningkan kepala atau membuatkan diri rasa susah untuk melakukan sesuatu kerana banyak sangat perkara yang nak diingat. Yang diketahui oleh public simple je – buat baik Tuhan suka, buat jahat Tuhan tak suka. Kan ke mudah gitteeww~? Maka fokuskanlah pada Dia. Bukan hukumanNya.
.
Satu major catastrophy yang serius ialah apabila majoriti yang nak buat marketing menganggap bahawa mereka kena berfahaman sebagaimana seorang lawyer, baru boleh buat marketing dengan efektif. Kalau jenis yang memang “lawyer totok”, itu mungkin boleh la kita bertolak ansur lagi. Kena yang jenis “lawyer wanna-be”, itu, my comment about that is: “Holy shit..!! Am I still on earth, or am I already in hell?? Is that you, Lucifer??”. Lebih teruk lagi, disebabkan perkara itulah kebanyakan ’rakyat jelata’ berfahaman bahawa semua orang marketing agama itu adalah lawyer (apatah lagi majoritinya adalah ‘lawyer wanna-be’, bukan lawyer totok), bukan sales representative yang sepatutnya. Itu sebabnya ramai rakyat jelata yang akan melarikan diri (atau mengunci pintu) apabila ‘lawyer’ datang ke rumah.
.
Pun begitu, aku bukannya nak kata yang peranan ‘lawyers’ dalam agama ni tak penting. They have their roles. Bukan bermakna tugas lawyer hanya berbalah dengan fakta-fakta. They also can be a very good source of information especially if we want to confirm about something involving procedures, documentations or terms and agreements. Nak buat surat akur janji ke, wasiat ke, dokumen perjanjian jual beli ke, dan macam-macam lagi. They are indeed useful especially when we want to know deeper about something related to perundangan. Bukannya totally useless.
.
Cumanya, yang tensennya, bukan cara approach marketing secara face to face je yang mengikut cara lawyer. Cara pengiklanan melalui penulisan pun ikut cara lawyer dengan menggunakan istilah-istilah mahkamah yang susah untuk difahami (malah tidak biasa digunakan) oleh orang awam. Dengan kata lain, istilah-istilah yang simple yang mudah difahami dengan Bahasa Melayu, digantikan pula dengan Bahasa Arab. Istilah-istilah seperti ‘manhaj’, ‘ijtihad’, ‘ijtimak’ dan ‘iktiqad’, mungkin pada certain-certain orang adalah istilah yang biasa didengar. Tetapi pada ‘rakyat biasa’ yang tak ada background pendidikan agama dan Bahasa Arab, “Pekejadah lancaunya makna perkataan-perkataan tu? Kalau Sil-Khannaz tu gua tau la apa..”
.
Akhirnya, bahan-bahan penulisan yang berkualiti itu hanya terbiar begitu sahaja sebagaimana yang kita dapat tengok jika kita pergi ke bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mana banyak penulisan yang berkualiti terbiar je di kawasan foyernya dan dijual dengan hanya RM1.00 sebuku. Surat khabar, komik-komik Cina atau manga-manga Jepun yang lebih mahal kat kedai tepi jalan tu lagi banyak dibeli dek orang walaupun isinya tak seberapa sangat dan bahasanya terlalu biasa berbanding buku-buku tu. Kenapa? Sebab orang-orang kebanyakan macam kita ni jenis tak berapa nak faham bahasa yang terlalu bombastik. Maka kita pilih lah bahan bacaan yang lebih mudah difahami tanpa perlu nak rujuk-rujuk kamus.
.
Zaman sekarang dan generasi sekarang bukan lagi sebagaimana zaman dan generasi dahulu. Sekarang ni adalah zaman di mana majoriti manusia berada dalam keadaan yang rush. Jika sesuatu itu diingini, maka ia perlu diperoleh segera tanpa banyak membuang masa. Bukankah itu sifat produk-produk dan servis-servis sekarang (tidak termasuk servis kerajaan kerana bersifat birokrasi – Kementerian Hasil Dalam Negeri dikecualikan)? Makan nak cepat, pi fast food ataupun suruh deme deliver ke rumah. Bayar bil yang memerlukan masa yang lama untuk beratur, dipermudah dengan cara bayaran melalui Internet atau handphone. Bayar minyak dah pakai kad bank je, tak perlu ke kaunter. Bayar tol pun pakai Smart Card atau Touch and Go. Semua cepat, segera dan mudah.
.
Maka sepatutnya produk dari sudut memperoleh sumber kefahaman keagamaan (bukannya proses memahami kefahaman) harus selari dengan zaman. Isinya biarlah tetap sama, tetapi cara memperolehnya hendaklah dipermudah mengikut peredaran zaman. Bahasanya biarlah mudah difahami, dipermudahkan untuk disesuaikan dengan bahasa tempatan. Barulah bahan-bahan yang ada isi-isi berunsur keagamaan boleh dibaca oleh orang kebanyakan hingga ke tahap dipraktikkannya walaupun sekadar untuk bersantai semasa menunggu bas.
.
Orang lain, aku tak taulah. Tapi kalau aku, aku jenis yang suka membaca dalam keadaan yang straight tanpa perlu diganggu untuk merujuk-rujuk kamus. Barulah mood dan konsentrasi pembacaan tu dapat dikekalkan dan kita memahami keseluruhannya tanpa ada gangguan atau perlu mengulanginya semula. Sebab yang diinginkan ialah isi dan kefahamannya, bukannya perbendaharaan kata yang bombastik.
.
Contohnya macam Entry 77. Aku pun tak tahu lah berapa ramai yang faham dan minat nak membaca menatang tuh sebab bahasanya kaw-kaw punya tinggi (walhal convert beberapa perkataan pakai Microsoft Words punya dictionary je). Aku sukalah membacanya sebab aku yang buat dan faham apa makna-makna seni yang tersirat di sebalik perkataannya disamping cerita yang sebenarnya nak dihentak pada pihak tertentu. Tapi kalau orang kebanyakan yang biasa-biasa dan mahu menjadikannya bahan cukup sekadar untuk bersantai, bagaimana pula? Kalau aku, tobat la nak menghabiskannya. Malas nak tengok kamus (walaupun kamus online). Huhuhu..
.
Maka macam tu lah kalau berhadapan dengan orang yang buat marketing tapi guna cara dan istilah lawyer yang sepatutnya lebih berperanan untuk memberiFAHAM, bukan memberiTAHU (pinjam istilah dari blog danialle, “The Truth” – takde linknya kat side menu tu sebab memang tak mau letak. Hahahah!!) apatah lagi kalau yang dibuatnya ialah memberiHUKUM. Masalahnya, macam mana nak faham isinya kalau istilah-istilah bahasanya pun tak dapat nak difahami? Macam mana nak rasa berminat dan menerimanya dengan rela hati jika yang diberikan bukannya diberiFAHAM untuk diminati (atau paling koman pun diberiTAHU cukup sekadar untuk kita ambil tahu) tetapi diberiHUKUM untuk ditakuti?
.
Kalau semua orang nak ambil peranan lawyer, memang payahlah nak berkembang dan seterusnya bersatu untuk menarik minat orang lain. Appearance lawyer dan hakim dalam mahkamah tu pun cukup untuk menggambarkannya (very dull with only two colors: hitam dan putih. Exception for Legally Blond.) – jadi keputusannya hanya either hitam atau putih, dalam bentuk hitam putih je la (Oh, now I know why they use the term “black and white”). Takde variasi, takde keindahan, takde kebebasan and of course, very strict and serious.
.
Cuba bandingkan dengan contoh salah satu sales represetative yang paling striking di dunia: Makhluk Kuning DIGI. Tak ke menarik perhatian, malah menarik minat orang? Basically, memanglah sales representative DIGI akan diberi baju kemeja hitam kuning tu (aku siap kebas dua helai lagi. Wahahahah!!). But ada sesetengah tempat, dia upah orang untuk pakai baju maskot tu dan cat muka dengan kaler kuning woo.. Kalau aku, tobat la nak pakai. Panas dowh.. Tapi efektif juga buat gitu. Paling tidak pun, kalau bukan orang tertarik pada produknya, orang sure tertarik kepada kostum tuh. Ye tak?
.
When I worked in CGI, Charles (refer Entry 55) always said to me that 90% aspect that influence a customer’s mind in succeeding a sale transaction was caused by the sale representative, not the product. It is the sales person who will made a product (even if the product is not that good) to be viewed as a very grand thing by the customer.
.
And I really agreed on that. Beberapa bulan dulu, aku ada terjumpa buku pasal Saidina Umar kat DBP, kat rak sektor agama (just browsing la, tak beli pun). Suprisingly, antara kelebihan Umar ialah beliau dikatakan mempunyai kebolehan untuk “menukar pasir menjadi emas”. Maknanya, kebolehannya dalam bidang marketing memang sangat mengagumkan. Tetapi beliau tak maximize skill tu untuk kumpul harta. Beliau guna sekadar untuk cukup untuk belanja harian je. Kalau nak duit lebih, dia buat sales lebih skit la. Kalau nak duit sikit, buat sikit je la. Maknanya, Umar ada probability yang sangat diidam-idamkan oleh semua orang marketing sekarang – 100% success probability of getting a customer in just one pitch (refer Entry 55). Whoaaa…
.
Sepatutnya macam tu lah yang perlu dibuat dalam bab marketing, or in a more Arabic word, dalam bab dakwah. To market it, use marketing tools and skills. To uphold it, use lawyer’s skills and knowledge. To defend it, use military strategies. To teach it (depends on the person to be taught), use appropriate methods – teacher’s, lecturer’s, consultant’s, et cetera. Memanglah tidak dinafikan yang tugas kemajuan dakwah ni kerja semua. Sebagaimana kemajuan sesebuah negara yang dibangunkan oleh pelbagai rakyat yang mempunyai tugas khusus, sepatutnya begitulah juga aplikasinya dalam kemajuan dakwah – setiap orang ada peranan khusus masing-masing, bergantung kepada kemahiran masing-masing. Bukannya semua dok fokus jadi lawyer. Bukankah Islam itu adalah cara hidup yang well-organized?
.
Huh.. Lantak deme lah.. Kalau diberitahu pun, entah diterima atau tidak. Wa puche tau. Maklumlah, yang memberitahu bab ni ialah orang yang jenis tak pakai serban, tak pakai jubah, takde janggut sampai paras dada, tak join memana kumpulan keagamaan, tak rajin pi masjid, tak masuk kumpulan usrah, tak amek jurusan keagamaan, dan banyak cakap pasal porno je. Bahasa pun cuma bahasa biasa je (siap carut-carut skit) tanpa ada istilah Arabic yang bombastic, yang tak nampak langsung ada ciri-ciri kehebatan dan keilmuan pada pengetahuannya.
.
Errr.. Apa sebenarnya yang aku mengarut ni eh? Macam mana boleh sampai ke sini? Oh ya, baru aku teringat. Sebab aku dok pening fikir pasal kiblat. Bukan kiblat time sembahyang tu, tapi kiblat yang harus diselaraskan dalam cabaran urusan kerjaya aku. So, right now, dalam nak menyatukan pekerja supaya satu arah, who should I be? What should I do?
.
Kahwin dengan cikgu: “Awak ni, dah banyak kali ajar pun tak reti-reti..!!”
Kahwin dengan doktor: “Sakit kat mana..?”
Kahwin dengan nurse: “Awak ni asyik sakit je..”
Kahwin dengan konduktor bas: “Masuk dalam lagi~ Dalam lagi~”
Kahwin dengan driver bas: “Muat lagi tu..”
Kahwin dengan HR: “We are sadly to say that…….”
Kahwin dengan ahli bomba: “Pancut hala ke situ!! Pancut situ!!”
Kahwin dengan plumber: “Ni tersumbat ni.. Kena pakai pelocok ni..”
Kahwin dengan head of mechanic: “Tu salah saiz punya lobang tu..!!”
Kahwin dengan pegawai kerajaan: “Awak kena isi dan penuhkan yang ni dulu..”
Kahwin dengan lecturer: “I teach only basics.. The rest, you do it yourself.”
Kahwin dengan polis: “JANGAN BERGERAK!!”
Kahwin dengan SWAT: “Drop your weapon!!”
Kahwin dengan programmer: “Error 404. File not found.”
Kahwin dengan askar: “Ke kanaaaaaaan lurus!!”
Kahwin dengan penjaga masa: “Okay.. Times up!!”
Kahwin dengan librarian: “Syyyyy…!! Diamlah!!”
Kahwin dengan lawyer: “OBJECTION!!”
Kahwin dengan hakim: “Overruled..!!”
Kahwin dengan sales representative: “You’ll definitely like this..!”
Kahwin dengan boss: “Okay, you’re hired!!”
.
I dunno..
.
.
P/s:
Hey, this is a PUKI blog anyway right? Whereby the true meaning of each entry lies in you. Err.. I mean, lies in the ‘U’.
Comments(2)

