73) SENI: Kuasa HP dan Kuasa Tahap Kesempurnaan.

Oh my God!! At last, one of my quests has already completed. Oh yeah bebeh!! Do you know what it is? Ladies and gentlemen, I present to you, the one I’ve been looking for in Entry 48:

.

Perh.. Lepas ni makin rajin la aku nak bukak entry ni semata-mata nak tengok iklan tu. Argh!! Geramnya!! At least we gain something new here: GADIS TU ORANG THAILAND. Demn, patut la lawa semacam je. This is my supporting material that proves that she’s from Thailand:

.

Hmm.. Aku lagi suka time dia free hair daripada ikat rambut. Nah, terbukti daripada gerak mulut dan percakapannya, dia guna bahasa Siam. Memang sah orang Siam. Since she is not so popular like The Queen Of Cute, her info is quite hard to find just by surfing through the Internet. Thus, my next mission is to find more info about that girl (Nampak sangat tengah sangap takde keje). Wahahahahah!! But for now, I just only know her name, Anastasia Kovba. Hohoho..

.

Ok, cukup bab intro. Sekarang kita fokus kepada isi. Apabila dikait-kaitkan entry-entry sebelum ini, secara tak langsungnya ia menjurus ke arah topik SENI. Mana taknya, dah dok cerita pasal Sun Tzu Was A Sissy, yang mana Sun Tzu itu sendiri adalah penulis The Art Of War (Seni Perperangan). Memandangkan Entry 72 itu diakhiri dengan video mengenai seni tarian oleh orang-orang mati (Fallen Art), maka itulah bab yang ingin diberi penekanan pada entry kali ini.

.

Thus, the question is:

“What the fuck is SENI?”

.

Aku sangat tertarik dengan jawapan tidak langsung yang diberikan oleh Kak Mas (sila rujuk side menu di bawah kategori "Gadis" atau klik saja di sini) dalam entry dia yang kebetulan sehaluan dan boleh dijadikan supporting material untuk apa yang ingin disampaikan di sini. Analogi yang digunakan amat mudah dan simple sekali - stereogram. So, that is part of the answer about seni.

.

Dalam istilah mudahnya (yang tak ikut kamus pun), SENI bermakna halus, susah untuk diteliti, tetapi sangat bernilai dan bermakna kepada mereka yang dapat menilainya. Tafsiran mereka yang dapat melihatnya pula akan menjurus ke arah keindahan dan kecantikan. Itu kalau seni yang boleh dilihat. Kalau seni yang menggunakan deria pendengaran, tafsiran keindahan itu akan menjurus ke arah kemerduan, kelunakan, dsb. Begitu juga untuk deria-deria yang lain. Dalam bahasa mudahnya, "hanya jauhari yang mengenal manikam".

.

Tetapi adakah bermakna sesuatu yang seni itu hanya fantasi dan tidak wujud sama sekali? Tak semestinya. Istilah-istilah seperti "makhluk seni" dan "makhluk halus" itu sendiri dah cukup untuk merungkai jawapannya. Halus, seni, tak dapat nak dilihat (kalau nampak pun cuma jelmaan-jelmaan je), tetapi kewujudannya ada. Itulah kehebatan dan kehalusan seni Bahasa Melayu. The existence of the true meaning beneath the terms used. Sama sebagaimana gambar-gambar stereogram dalam entry Kak Mas tersebut.

.

Apa yang pasti, bukan semua orang boleh "menjiwai" sesuatu seni. Bukan semua orang reti tengok stereogram. Ada yang dah cuba berpuluh-puluh kali tengok satu gambar stereogram, pun tak jumpa-jumpa lagi jawapannya. Ada pula yang sekali tengok je dah nampak gambar di sebalik gambar tersebut. Ada yang setelah melihatnya, rasa seolah-olah ia perkara biasa je. Tetapi ada yang setelah melihatnya, berasa kagum dan terpesona dengan cara susunan dan proses untuk menghasilkan satu karya yang sedemikian.

.

Semua bergantung kepada setakat mana kita tertarik dan berminat terhadap sesuatu itu dan menilainya sama ada ia amat berharga atau tidak pada diri kita sendiri. Sesetengah orang, tak minat stereogram tetapi menilai kesenian itu pada lukisan-lukisan kanvas seperti Mona Lisa, The Last Supper dan lelain. Ada pula yang tak minat sangat pada lukisan yang berwarna tetapi lebih tertarik kepada sketching ataupun inking semata-mata. Ada juga yang tak minat semua tu, tapi lebih berminat ke arah lukisan komik atau manga. Semua mempunyai citarasa memasing.

.

Tetapi itu adalah pada perkara yang boleh dilihat. Apabila ia adalah suatu yang boleh dilihat, bermakna kesenian itu lebih banyak ditumpukan pada struktur luaran, fizikal dan presentation. Tetapi bukan semua orang menilainya sebegitu. Hanya "jauhari" sahaja yang menjiwai keindahan seninya hingga ke lubuk hati. Jenis ni la kalau kita tengok kat musium seni, orang-orang yang dok lama berminit-minit meneliti gambar yang dipamerkan – walhal gambar abstrak yang macam contengan budak sekolah tadika je pun.

.

For example, I really like comics. Usually, if I buy a comic, I will read it three times. Only then I feel satisfied. Why? Because I wanna ‘feel’ the comic. Not just reading it. The first time, I concentrate 80% on the dialogues, and 20% on the drawings. The second time, I concentrate 80% on the drawings and 20% on the dialogues (since I already understand the flow of the story). The third time, while browsing from block to block, I imagine as if it was a movie – animate the comic itself in my mind. The box of picture is considered as the screen of a TV, and the picture in it is the view from a camera.

.

When I imagine it like that, then I will understand the way of presentation, the angle of views, and the liveliness (and feelings) of the characters. And it takes about 45 minutes (for standard Chinese comics like Pedang Setiawan). Now, that is "art" in my point of view when I menjiwai it. You, I dunno la. You have your own view about "visual" art. Then use your own experience la as the analogy.

.

Lebih ketara lagi apabila kita meneliti pada sudut musik. Ada yang minat hanya pada rentak. Ada pula yang minat pada lirik (seni bahasa). Ada pula lebih berminat pada seni alat musik itu sendiri. Ada yang minat musik hanya kerana artis yang menyampaikannya je. Semua bergantung kepada citarasa dan sudut penelitian memasing la. Lain orang, lain acuannya.

.

Sesetengah orang, apabila mendengar lagu Death Metal (atau Speed Metal dan Grind Metal), yang mereka dengar hanyalah bunyi bising yang buat bingit telinga je. As for me, that is one of the art of music yang aku kagumi.

.

Kenapa? Sebab kehebatan band tersebut menyembunyikan bunyi-bunyi dan note-note instrumen diorang dalam lagu tersebut hingga yang dipertonjolkan hanyalah bunyi bising sahaja. Tetapi kalau try dengar banyak kali (maunya 6-7 kali jugak), dan hanya fokus kepada satu-satu instrumen (gitar, base atau drum sahaja) diorang tu bukan goreng kosong je. Setiap satunya ada rentak memasing, ada nada memasing. Lepas dah identify setiap rentak, dicompiledkan, barulah nampak seninya. Now that is a high class art of music.

.

Ada yang kata lagu-lagu Black Metal ni teruk, lirik mengarut lagi menyesatkan. Some of them may be true. Tetapi kalau dah dok tengok situ, maka tak belajar la benda lain. One of my sources in learning English (especially classic English), is from that genre of music that you called as ‘menyesatkan’. Kumpulan Cradle Of Filth gave the biggest contribution for that. For example, lyrics like:

.

Yang mengolah kekecewaan dan frust yang amat sangat sampai rasa nak mati:

.

“Cold was my soul, untold was the pain.. I faced when you left me a rose in the rain.. So I swore to the razor that never enchained.. Would your dark nails of faith be pushed through my veins again..”

(Cradle of Filth – Nymphetamine)

.

Yang mengolah kejelitaan (beauty in darkness):

.

“She was Divinity’s creature that kisses in cold mirror.. A queen of snow, far beyond compared. Lips attuned to symmetry sought her everywhere, dark liquored eyes, an Arabian nightmare..”

(Cradle of Filth – Her Ghost in the Fog)

.

Yang melambangkan kerinduan yang amat sangat:

.

“Sick and weak in my condition.. This lust is vampyric addiction.. To her alone in full submission.. Non better.. Nymphetamine..”

(Cradle of Filth – Nymphetamine)

.

Yang mengolah suasana permulaan sebuah tragedi:

.

"The moon, she hangs like a cruel portrait.. Soft winds whisper the bidding of trees.. As this tragedy starts with a shattered glass heart.. And the midnightmare trampling of dreams.. But no.. No tears please.. Fear and pain may accompany death.. But it is desire that shepherds it’s certainty as we shall see…"

(Cradle of Filth – Her Ghost in the Fog)

.

Yang mengolah bab jiwang:

.

“If only I could have wept in mourning by her side.. I would have clasped her so tight like storm-beached Aphrodite drowned on Kytherean tides, and kissed her.. For from her alone, my lips would have known enigmas of shadowy vistas..”

(Cradle of Filth – Bathory Aria)

.

Hoih.. Jangan memain beb.. Lirik lagu yang kome kata "buat sakit telinga" tu jauh lagi kaw-kaw punya jiwang daripada Celine Dion punya lagu My Heart Will Go On yang bertahan dalam carta yang entah berapa bulan tu. Mungkin takde la setanding Shakespear atau A. Samad Said. Tapi nak buat macam mana, I’m a slow reader. Leceh nak membaca. Lepas tu nak imagine intonasi yang sesuai dan visualize apa yang digambarkan penulis. Banyak benda yang nak dibayangkan. So, dengar lagu la lagi senang.

.

Tu baru lirik. Campur lagi dengan gitar, bass dan drum, (and not to mention, suara yang jerit stok mengalahkan anjing melalak – dah satu hal la pulak nak identify apa benda yang dijeritkannya tu) lagi sedap. Nampak macam semua yang diolah itu berlaku dalam jiwa yang kacau. Perh, masyuk sial.. Tapi tu zaman muda-muda dulu la. Sekarang ni dengar lagu-lagu Dance atau Trance je – utk kasi motivate time keje. Tapi kalau time ada boss masuk bilik ofis aku ke, tuko la ke lagu oldies stok 70an atau 80an. Wahahahahah!!

.

Dengan kata lain, dalam setiap apa kategori sekalipun, pasti akan ada seninya yang tersendiri. Sesetengah orang not very interested in that particular thing, and just anggap ia sebagai satu perkara normal sahaja. Tetapi pada orang yang lain, perkara tersebut pastinya menjadi bahan minatnya untuk dikaji secara mendalam hingga mengetahui hakikat sebenar dan seni yang terselindung di sebalik perkara tersebut.

.

Bab makan contohnya. Ia adalah satu perkara normal. But for certain person, the preparation of it and the taste of it is considered as an ”art”. Contoh simple, siri Iron Chef atau anime Yakitate Japan atau Cooking Master Boy. Melalui situ, kita dapat melihat sendiri apakah seni dalam bahan yang pada kita simple je – makanan.

.

Kalau bab makan, aku suka jadi jenis macam Kuroyanagi dalam cite Yakitate Japan (mengunyah sambil identify apa ingredient yang dipakai oleh tukang masak, dengan menggunakan deria lidah dan deria bau). Tapi takde la komen atau bagi reaction yang bukan-bukan macam Kuroyanagi tu. For me, that is some kind of "art" also – meneliti suatu yang halus dan tak nampak, tetapi wujud melalui analisis rasa dan bau dalam campuran semua makanan dan terselindung di sebalik rasa-rasa yang lain.

.

Ada satu lagi cabang seni yang mana aku sendiri masih tak explore sepenuhnya dan memahami mengenainya. Iaitu hasil seni yang melibatkan ”sentuhan”. Kalau pada sudut jenis lasak (bergasak, bertumbuk, bersilat), tu dah try la and I really love it. Dari situlah baru aku start kenal apa itu “seni”. Dan kalau bukan sebab itu, tak wujud entry ni. Pada pandangan orang, nampak seolah-olah menggunakan segala kudrat untuk menjatuhkan musuh, tetapi sebenarnya menggunakan ”seni” supaya tenaga yang digunakan hanya sedikit, tetapi impaknya besar.

.

Tapi kalau pada sudut hasil seni macam dalam iklan arak Hennessy V.S.O.P. kat wayang tu, itu aku masih tak faham lagi. Aku faham yang dia punya art tu adalah tafsiran sentuhannya terhadap pergerakan angin yang terhasil daripada pergerakan subway train. Aku faham hasil seni dia yang kehujanan tu adalah tafsirannya mengenai bagaimana perasaannya bila kita bermandi hujan. Aku juga faham tafsiran seninya pada lukisan atas bangunan yang menjelaskan mengenai bagaimana rasanya berada di puncak sesuatu tempat dan melihat pemandangan yang seluas dan sejauh mata memandang. Tapi kalau dia tak kasitau macam mana situasi dia melukis, pastu terus kasi aku lukisan dia untuk aku sentuh dan merasanya, tobat la aku tatau nak jelaskan macam mana. Huhuhu..

.

Kalau seni sentuhan pada bab-bab atas katil, tu lambat lagi la untuk aku belajar. Muahahahah!! Yang tu, memang aku tak tau “seni”nya lagi. Yang aku tau cuma hipotesis-hipotesis standard je. Mana aku belajar? That is out of the question. Yang tu kena tanya my great Guru Utama The Queen Of Cute. Hahahahah!!

.

Berbalik kepada bab persilatan, atas sebab itulah ada perbezaan antara istilah "seni silat" dengan "silat seni". Besar bezanya. Sangat besar. Apakah perbezaannya? Itu kome tanya la orang lain. Aku malas nak menjawab. Kasi gerak skit tulang empat kerat kome tu berusaha skit untuk mencari jawapannya sendiri. Tetapi untuk mereka yang mengaji kitab tua oleh ulama’ mukhtabar yang bertajuk Pendekar Laut, aku rasa analogi berikut pastinya memudahkan korang untuk memahami perbezaannya:

.

  • Silat Seni = Kuasa HP

  • Seni Silat = Kuasa Tahap Kesempurnaan

.

Di mana Kuasa Tahap Kesempurnaan itu hanya dapat mencapai tahap yang terhebat apabila seseorang jaguh handalan itu mencapai tahap penghayatan yang maksimum terhadap hikmat-hikmat yang dilancarkannya. Berbeza dengan Kuasa HP yang lebih tertumpu pada kekuatan semata-mata. Lebih tinggi Kuasa HP, maka lebih hebat kerosakan yang dilakukan. Tetapi jika seseorang jaguh handalan itu mempunyai Kuasa HP yang maksimum tetapi Kuasa Tahap Kesempurnaan yang sedikit, dia pasti kecundang di tangan jaguh yang mempunyai kehebatan Kuasa Tahap Kesempurnaan yang maksimum, walaupun Kuasa HP nya sedikit.

.

Kalau kepada sesiapa yang layan Dragonball pula, Kuasa Tahap Kesempurnaan itu adalah pada ketika Son Goku landing di planet Nameck, time melawan puak-puak Fliza. Pengawalan kuasa yang hebat, penjimatan tenaga yang optimum, tetapi dinaikkkan gila-gila kuasa tersebut untuk memberi kerosakan yang maksimum hanya pada ketika menyerang musuh, hanya beberapa detik sebelum serangan mengenai musuh – yang kemudiannya diturunkan mendadak selepas serangan sudah mengenai sasaran. Ye la, kalau dah lelaki, mana boleh tegang 24/7 ye tak? Time nak “pakai” je la baru kasi keras. Karang kalau keras je manjang, kot kalau jatuh tangga kang patah pulak. Kot masuk LRT kang orang tak selesa plak ada benda yang menujah-nujah.

.

Those are the simplest analogies to understand what is ”seni”. Apabila diteliti semula, komponen yang penting untuk seseorang itu memahami seni adalah pada PENGHAYATANnya sendiri terhadap perkara tersebut. Hanya apabila kita menghayati sepenuhnya, barulah kita sampai ke satu tahap di mana pemahaman itu adalah pemahaman yang hakiki. Kita bukan sekadar hanya MENGENALI sahaja, malah MENGETAHUI, MEMAHAMI dan MENJIWAI sepenuhnya perkara tersebut seolah-olah ia telah sebati dengan diri.

.

Apabila kita sudah memahami sepenuhnya mengenai seni tadi, kalau ada orang lain yang melaksanakan perkara tersebut di hadapan kita, dengan hanya sekilas pandang, pasti kita tahu sama ada ia betul atau tidak, sempurna atau tidak, malah boleh mengetahui sebab-musabab kenapa berlakunya kesilapan-kesilapan (biarpun ia adalah satu perkara yang kecil) tadi. Malah boleh memperbetulkannya.

.

Itu pada sudut luaran. Pada mereka yang lebih advance pula,  Kuasa Tahap Kesempurnaan terhadap seni itu bukan lagi hanya bertumpu kepada gerak luaran, tetapi ditambah pula dengan kekuatan dan pemahaman terhadap setiap falsafah dan ilmu yang terselindung di sebalik hak luaran tadi. Maka barulah ia menjadi sebati dengan diri dan menjurus ke arah Kuasa Tahap Kesempurnaan yang maksimum.

.

Kalau pada sudut agama, kita tengok pada bab yang simple je – solat. Tidak dinafikan, banyak jaguh handalan yang mempunyai Kuasa HP yang hebat – solat 5 waktu, ditambah dengan solat sunat kasi kaw-kaw punya banyak rakaat, dan kalau boleh, 24/7 nak duduk terperap dalam masjid – dalam amalan seharian. Tetapi berapa ramaikah jaguh handalan yang betul-betul mempunyai penghayatan maksimum (Kuasa Tahap Kesempurnaan) pada "seni" solat itu sendiri?

.

A deeper example – pada bacaan sujud dan rukuk. Banyak jaguh handalan yang mempunyai Kuasa HP untuk baca bacaan tersebut sebanyak 3 kali setiap kali solat. Tetapi berapa ramaikah jaguh handalan yang yang mempunyai Kuasa Tahap Kesempurnaan untuk membacanya elok-elok instead of baca laju nak mampus semata-mata nak cukupkan 3 kali?

.

Jaguh-jaguh handalan yang hanya fokus pada Kuasa HP, mereka ini lebih mementingkan KUANTITI. Atas sebab itu, sama ada cepat atau lambat, yang penting, deme baca 3 kali. Kalau lambat, boleh baca secara normal. Tapi kalau nak cepat, disebabkan nak cukupkan bacaan sebanyak 3 kali, maka laju nak mampus la jadinya. Tu belum masuk bab solat Terawih atau zikir time wirid yang 33-33-34 tu. Come on man, dah nama pun Kuasa HP, yang penting damage kasi banyak supaya musuh ditumbangkan secepat mungkin. Sebab tu kena depends on kuantiti HP (Horse Power) semata-mata. Ayoyo..

.

Berbeza dengan jaguh-jaguh handalan yang mempunyai Kuasa Tahap Kesempurnaan, mereka ini lebih mementingkan KUALITI. Cara pendekatannya lebih simple, tidak terlalu lemah, tetapi pada tahap optimum yang cukup-cukup untuk menumbangkan musuh supaya jimat tenaga. Kalau banyak masa, baca la 3 kali DENGAN TERTIB DAN PENUH ADAB. Kalau nak cepat sebab tak cukup masa, baca sekali je sudahlah but still dengan tertib dan beradab. Nak cepat, dan nak juga baca 3 kali tapi dengan tertib? Solat la pada lewat waktu skit time takde gangguan - that’s why waktu solat tu dijadikan ada tempohnya.. itu pun talak boleh pikir ka?

.

Kalau time wirid berjemaah, jaguh Kuasa HP kalau zikir 33-33-34 tu cukup bilangannya (sebab laju). Jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan pulak tak cukup (sebab baca slow dengan penuh adab), lantaklah.. Kerana yang penting, bukan pada BILANGANNYA, tetapi setakat mana seseorang jaguh handalan itu menjiwainya dan memuji dengan penuh keikhlasan.

.

Jaguh Kuasa HP buat Terawih banyak rakaat (20++) kat masjid (tapi stok macam ayam patuk makanan je) kerana lebih mementingkan ’kuantiti’ jemaah dan bilangan rakaat. Jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan bukannya buat sebab ”nak kasi cepat habis” atau ”sekadar melepaskan batuk di tangga”. Sebab itu lebih rela buat sensorang, biarpun sedikit je rakaatnya, tapi penuh tertib.

.

Jaguh Kuasa HP kalau boleh nak kasi hafal satu Quran – semata-mata nak digelar Tahfiz? Lantaklah.. Jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan pula lebih suka biar hafal sedikit je ayat Quran tetapi pemahaman penghayatan terhadapnya kaw-kaw dan mendalam hingga sebati dengan diri dan perlakuan harian.

.

Untuk geng-geng The Others dan Skuad Racun (if you are there and have the time reading this entry because you are sick and have a letter from your doctor that prevents you from suicide bombing - hahahah!! I really like this joke from the cartoon Osama in the previous entry), analoginya simple je:

.

“Adakah sama antara orang yang mengetahui (berilmu) itu dengan mereka yang tidak mengetahui (berilmu)?”

.

Atau:

.

”Antara seorang ’abid (jaguh Kuasa HP) dengan seorang ulama’ (jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan), manakah yang lebih baik?”

.

We cannot outrun the reality. Disebabkan perubahan medan magnetik bumi, majoriti penduduk bumi adalah jaguh-jaguh handalan Kuasa HP. Sangat sedikit jaguh-jaguh handalan Kuasa Tahap Kesempurnaan. Yang lebih teruk pulak ialah lagi ramai jaguh Kuasa HP yang tak sedar diri dan self-proclaimed yang diri itu adalah seorang jaguh handalan Kuasa Tahap kesempurnaan.

.

Jaguh-jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan seperti Zonan, Xinan, Sang Hitam, Jerung Rasaksa dan Orga bukannya tak boleh nak bersihkan ’sampah-sampah’ jaguh Kuasa HP ni. Kalau deme nak, mudah je nak menghancurkan mereka. But what’s the point if the fight itself doesn’t give any quality of satisfaction and excitement for themselves? They want quality, not just stupid fight with stupid jaguh Kuasa HP. Kemenangan yang terlalu mudah adalah tidak bermakna kerana tiada kseseronokan dalam usaha mengecapinya. Sama macam beromen jugak. Pancut terus tanpa foreplay apa kelas beb.. Hahahahah!!

.

So what are those jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan doing right now? They just wait for anyone who has the same Kuasa Tahap Kesempurnaan to challenge them, and they will fight it with full excitement and satisfaction. What if a jaguh Kuasa HP ask to challenge them? They just ignore the asshole. But if the jaguh Kuasa HP starts the first attack, only then the jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan will surely beat the hell out from the jaguh Kuasa HP kaw-kaw punya back to the fifth grade.

.

Well, that is if it was in a comic. But it would be possible to occur in our real life situation. And I think, it’s already happening.

.

So, as a conclusion, SENI is actually very simple:

“Sesuatu yang tak nampak, tetapi keadannya yang kita tak nampak tu bukan bermakna ia tak wujud.”

.

Tetapi yang boleh nampak dan menjiwai seni itu sendiri bukannya jaguh handalan Kuasa HP yang biasa, tetapi jaguh Kuasa Tahap Kesempurnaan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. And it goes back to our example, the Fallen Art - kebanyakan kita hanya melihatnya pada satu video yang kita sendiri tak memahaminya, tetapi setelah mengetahui “seni”nya, barulah kita faham mengapa tajuknya “Fallen Art”.

.

.



No Comment

Leave a Reply

You must be