July, 2006

38) Superheroes and Supervillains..

Palestin Semenjak dua menjak ni, berita asyik cerita bab Israel dengan Palestin sampai naik muak plak aku tengok. Kalau berita pasal Miss Universe ke, Miss World ke, swimsuit beauty peagent ke, syok la jugak tgk – Kena plak kalau dalam tu ada Jordan Capri atau Stacey Bride. Nyiaaaa~~!!

.

.

Dan aku mcm biasa, pedulik la semua tu. Why should I give a fuck about it? Aku rasa, kalau aku cakap mcm ni kat depan geng2 The Others atau Skuad Racun, sure teruk aku kena hentam. Sure kena marah sbb dikatakan sebagai takde sifat sensitiviti sebagai orang Islam. Wahahahahah!! Apa yang pasti ayat ni sure akan keluar dari deme: “Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.

.

.

Pedulik la kalau geng2 mcm tu nak menilai atau melabel aku mcm mana sekalipun atas pegangan aku mengenai “why should I give a fuck” tu. I have my own reasons why I chose that decision. I have my own reason why I don’t want to take that matter seriously. If possible, I would even like to make that mater as a joke! Hahahahah!! So, why should I give a fuck about Israel? Why should I give a fuck about Palestin?

.

.

Then tell me why should I give a fuck? Adakah kerana atas alasan “kita ni adalah saudara yang seagama”? Adakah atas alasan “tindakan Israel itu dah melampau”? Adakah atas alasan sebagaimana ayat yang aku itallickan kat perenggan awal tu? Adakah atas alasan kita yang dalam keadaan senang hendaklah menolong mereka yang susah?

.

.

Masing2 ada alasan masing2. Masing2 yang beria2 nak membantu, yang beria2 rasa ‘baran’ dgn tindakan Israel tu ada alasan masing2. Lantaklah.. Aku takde nak kata yg tindakan orang lain salah. Itu hak masing2. Semua betul. Ada yg berkobar2 punya semangat, kalau boleh nak pergi ke sana dan tolong mereka dalam perang – nak jihad la kiranya. Ada yang kalau boleh nak ke sana, untuk tolong2 di sebalik tabir – dalam bidang perubatan ke, supply makanan ke apa ke.. Ada yang nak tolong, tapi kalau boleh tak nak ke sana, maka memberi bantuan dalam bentuk funds. Dan paling cikai pun, tak buat apa2, melainkan tolong doakan.

.

.

Aku? Aku pilih jalan yang lebih cikai daripada jalan yang cikai tu: tolong aminkan je la time khatib dan pak imam baca doa. Heheheheh.. Teruk kan? Biasa laaa.. Orang jahat hasil gagal sekolah agama mmg mcm tu. So what? Tak puas hati? Tunjuklah berjuta2 gambar keganasan tu kat aku sekalipun, memang aku tetap pilih jalan itu. Bebel la kat aku dengan ayat Quran dan hadis2 mcm mana sekalipun sampai mulut tu berbuih2, aku tetap pilih jalan yg lagi teruk dari jalan cikai tu. Because I don’t give a fuck about it.

.

.

Why I don’t give a fuck about it? Is it because that I am fucked up? May be.. But may be not.. Well.. The truth is.. I am fucked up. My mind is fucked up about that matter. Why fucked up? Because I still didn’t find any lead to the answer that I seek from the fucking isue. What’s bugging me about that Israel-Palestin issue is this fucking question:

.

.

Evil_prevails “Bukankah dikatakan bahawa apabila suatu kebaikan yang haq itu hadir ke suatu kawasan, maka segala perkara yang batil di kawasan itu sepatutnya luput? Bukankah selalu dilaung2kan bahawa perkara yang haq itu pasti akan menjatuhkan perkara yang batil? But why in all these years yang dah berpuluh2 tahun isu Israel-Palestin ni berlaku, evil still prevails?”

.

.

Bukan setakat kat Palestin je, Bosnia dan Iraq pun sama. Why evil still prevails and the so called “the good side” loses? Why we see evil still takes control while the good side is just a puppet being manipulated? Dan yang paling utama, yang aku nak tanya geng2 The Others dan Skuad Racun, bukankah geng2 ni dok melaung2kan bahawa Islam itulah kebenaran, Islam itulah agama yg benar, Islam itulah cara hidup, Islam itulah yang haq, dan Islam itulah yang akan menangkis dan menewaskan segala kejahatan, but still, kenapa evil prevails kat tanah jajahan Islam sendiri yang mana majoriti penduduknya ialah Islam? Help me please..

.

.

Memang soalan yang daring.. Soalan yang mencabar untuk golongan2 fanatik atau extremis agama. I bet la, akan ada yang label aku sesat pasnih. Hahahahahah!! Ko nak label aku sesat ke, nak label aku Astora Jabat ke, I don’t give a fuck because you know why? Because what I have been asking is the truth! That is the reality that we see through out the news, magazines, TV, radio and Internet! And you cannot hide it!! And you must live with it!! Kita selalu fokus pada kekejaman Israel, selalu fokus pada maruah agama yang tercabar, kita fokus untuk cuba bantu mereka, tetapi kita lupa satu perkara. Kita lupa untuk fikirkan kenapa ia berlaku. Kita lupa untuk menilai dan mengkaji kenapa evil still prevails.

.

.

Apabila difikirkan lagi, timbul beberapa lagi soalan. Jika dikatakan bahawa yang haq itu akan menjatuhkan yang batil, maka siapa sebenarnya yang haq dan siapa pula yang batil? Sebab realitinya, kita tengok yang prevail ialah yang batil. Jadi adakah yg prevail itu sebenarnya haq atau batil? Hahahahahah!! Daring.. Nak soalan yang lagi daring? Boleh.. Takde hal nyaa.. Bukankah doa itu adalah senjata mu’min? Dan bukankah ramai di serata dunia yang berdoa untuk isu itu? But still, keadaan bukan makin elok, makin bertambah teruk plak tuh. So? If you claim yourself to be in the good side, to be in the golongan yang haq, how do you want to explain about your so called “weapon”?

.

.

Crow Cuba bayangkan kalau kita jadi orang yang dok berdegor2 suruh orang berdakwah, pastu bila ada orang yang berminat nak masuk Islam, tengok realiti yang berlaku, pastu tanya soalan2 tadi, kemudian kita plak yang tak boleh nak explain, apa agaknya rasanya bila orang tu terus tak berminat dengan Islam? Sure seronok yeh? Wahahahahah!! Kalau kita dalam komik Jepun, sure nampak ada setitik peluh besar pada kepala orang tu. Tak pun, kat belakang kita ada gagak terbang slow2 dan berbunyi, “Ahoo~~ Ahoo~~” (Aho = stupid). Kah! Kah! Kah!

.

.

So.. Let us think over it to make it simple.. Let us see through them so that we can see more clearly.. In other words, lets fucked up.. Hahahahah!! Why fucked up? Because you may not accept the truth if you think about it. Because what you think all these years, that you thought to be the truth, is not actually the truth. That heavy feelings of rejection and acception in the same time really will make your mind fucked up hard.. (Well, that what I felt..) Bohahahahahah!!

.

.

Pertama sekali, kita try tengok part prophecy “yang haq akan menjatuhkan yang batil”. Aku rasa, generally, semua setuju, biarpun berlainan agama sekalipun. Sebab semua orang sukakan benda baik sebab yg baik selalunya menguntungkan. Tengok dalam movie mana2 sekalipun, semua orang nakkan happy ending. Tak kiralah movie Hollywood ke, Bollywood ke, Melayu ke, China ke, Jepun ke, Korea ke, semua nak happy ending. Semua nakkan kejahatan oleh ‘penjarah’ (‘crook’ dalam bahasa sastera Melayu) ditamatkan oleh hero supaya ia tidak berterusan.

.

.

Jadi, kalau diikutkan, itulah yang sepatutnya terjadi. Kalau difikir secara logik pun, memang itulah hasil yang sepatutnya jadi dalam apa2 perkara sekalipun. Kenapa? Sebab kita telah DISURUH untuk percaya pada perkara tersebut. Dalam kitab memana agama pun akan kata mcm tu. Dalam movie2 dan drama2 yang kita tengok pun, kita diracun mcm tu (melainkan kalau ada sequel, yg tu dia akan tunjukkan evil akan revive balik). Hatta time dekat sekolah sekalipun sesapa yang didapati jadi crook, akan dihukum oleh pihak sekolah. Kalau dalam cerita CSI, jangan cakap la.. Memang semua crook tak boleh lari.

.

.

Bermakna, itu adalah universal statement yang diterimapakai oleh semua orang di seluruh pelusuk dunia. Jadi, statement tu takde isu sebenarnya sebab kalau ikut peraturan atau idealistic assumption, itulah result yang sepatutnya. Tetapi bila dibandingkan dalam realiti, kenapa ia bercanggah? Jawapannya bak kata Constantine

“It’s not always like in the books..”

.

.

Bila ditanya adakah ia bercanggah, aku yakin ramai yang tak mahu menerima hakikat bahawa statement itu bercanggah. Semua akan mempertahankannya. Cubalah buat public statement yang ayat tu salah. Mau semua orang akan label kita sesat tau? Kenapa? Sebab pertamanya ia adalah satu truth yang diterima oleh orang ramai sebab orang ramai sukakan kebaikan. Kedua, ia juga melibatkan agama. Jika kita membangkang, bermakna kita telah membangkang janji Tuhan dan Rasul (yang mana Tuhan dan Rasul secara terangnya tidak akan memungkiri janji). Bukan setakat dimarahi oleh orang Islam, semua penganut agama lain pun akan marah jugak tau? Dengan kata lainnya, it is the prophecy that can never be denied. So, as a result,  the blame for the contradiction will not go to that prophecy, it will go to the people involved in the situation.

.

.

Maka manusialah yang akan dipersalahkan kerana melakukan perkara yang bercanggah dengan statement tu. So, the question is.. “Which one is the good guy, and which one is the bad guy?”. If we refer the prophecy, the one that always prevails is the good guys. Am I right? Jadi, adakah bermakna yang kita tengok selama ini, Israel dan Amerika Syarikat itulah yang haq because they prevail? Well, that is the answer if you stick to that prophecy. Isn’t it?

.

.

Evil_laugh Bila difikirkan secara logik, sepatutnya merekalah yang dikatakan haq because they prevail. Maka kalau ikut prophecy tadi, that will make the Muslims as the bad guys because in Palestine-Israel issue, they loses all the time. Kah! Kah! Kah! Oh yeah bebeh!! I always want to be in the dark side!! We are the bad guys!! Ngahahahahahahah!! (Evil laugh).

.

.

Untuk clarify bab ni, maka kita kenalah go into more detail. Maka kita kenalah menilai bagaimana characteristic yang haq, dengan ciri2 yang batil. Kita ambil contoh mudah. Superman adalah watak baik yang dikenali ramai (walaupun tak wujud). Maka apakah characternya? Simple: always abide the law, always follow the rules like in the books, always give full co-operation with justice (Justice Leagues or the police), dan tak pernah2 kita tgk dia gunakan X-Ray vision dia untuk skodeng. Kah! Kah! Kah! (Kalau aku yang jadi Superman, aku on je X-Ray vision tu 24 jam, nak2 kalau jalan2 kat bandar.. Then I will become Superhornyman!! Kah! Kah! Kah!).

.

.

Jadi, apa pula characteristic supervillain? Standard la.. They always go against the law, and so stupid to follow the books. To them, rules are nothing. Takde peraturan. Yang penting, objektif tercapai tak kiralah dengan apa cara sekalipun. Dan selalunya, objektifnya ialah desperate for world domination, takpun human destruction. Standard la tu.

.

.

Jadi, adakah Israel dan Amerika itu haq? Dan adakah Muslim itu batil jika kita ikut prophecy tadi? Think again.. Who’s the one following the rules, and who’s not. Yang terang2 tak follow the rules memang nyatalah Israel dan Amerika. Kenapa? Sebab general rule of war: kill only armed men, the armies, not the civillian, old folks, women and children. Bermakna, bunuh hanya mereka yang menentang, bukan mereka yang tak berdaya. And they have broken that rule, which simplifies only one thing: they are the bad guys.

.

.

Bagaimana pula dengan Muslims? Ye laaa.. Dah sebab orang Islam yang tengah menulis ni, maka, orang akan kata apa yang ditulis ni bias. Pasti akan kata orang Islam tu baik, termasuk dalam golongan yang haq. Tapi nanti dulu beb.. Aku takde nak bias. Kalau tak suka? Lantaklah.. Aku pedulik hape.. Blueeekk~~!! (Jelir lidah).

.

.

Dari satu segi, ya, Muslims memang termasuk dalam kategori good guys sebab dikatakan mencintai keamanan dan kalau boleh nak hidup dalam keadaan yang harmoni (Who doesn’t? – nada mcm Constantine cakap kat mamat yang minat kumbang tu). Dan fahaman dalam Islam, lebih berteraskan kepada cara hidup yang “selamat” – memandangkan kata dasar “Islam” itu ialah “salam” yang bermakna sejahtera atau selamat. Tengok dari cara Palestin nak berdamai pun, kita dah dapat nilai dah - macam2 rundingan yang dibuat. Dengan kata lain, nak setel dengan cara damai, dengan rundingan, bukan dengan perang..

.

.

Standard la tu, memang sikap standard superhero mcm Superman. Dengan kata lain, nak berdamai dalam keadaan tak ambil nyawa sesiapa. Yang bersalah dihukum dan akan dihadapkan ke muka keadilan, dan yang tak bersalah mestilah dibela. Ya, itulah cara yang paling harmoni utk setelkan kes jenis good vs evil. But without knowing, it also fucked us up! Hahahahahah!!

.

.

Justice_league Kenapa? Aku teringat siri kartun Justice League kat Cartoon Network (Astro). Wei, gua layan beb katun tuh (sebab aku minat kat Hawk Girl – tapi Green Lantern plak dah tekel dulu.. Demit!!). Justice League (JL) sekarang ni weekdays pukul 10.00 malam lepas The Batman. Kalau Justice League Unlimited plak kol 6.30 petang. Diringkaskan penerangannya utk yang tak pernah tengok, kartun tu lebih kepada cerita mengenai 7 superhero (Superman, Batman, Wonder Woman, Green Lantern, Hawk Girl, John Jones, The Flash) yang bersatu dan bekerjasama, membentuk organisasi yang dinamakan sebagai Justice Leagues.

.

.

Ada satu episod yang aku sangat suka tgk dan membuatkan aku terfikir kelogikannya. Time Lex Luthor jadi presiden Amerika, dia gunakan pihak kerajaan untuk melawan JL. Alasannya, JL ada weapon satelit yang boleh musnahkan manusia, dan diorang ada super power yang boleh disalahguna. Sampailah satu ketika, The Flash dibunuh. Superman pi White House, bersemuka dengan Luthor sebab kejahatan Luthor dah terbongkar. Maka berlakulah perbualan (yang ditokok tambah)  seperti berikut:

.

.

S: Dah la tu Luthor.. Cukup la tu.. Meh aku tangkap ko kasi masuk dalam penjara..

L: Kepala butuh ko la Superman.. Takde keje aih aku..

S: Takyah la degil2 sangat.. Meh jom.. Kalo ko ikut, aku kasi gegula..

L: Kalau ko tangkap aku, sumbat aku dalam penjara pun, apa bezanya? Last2 aku dapat keluar, benda jahat yang sama akan berulang balik. Pastu ko tangkap aku balik, pastu sumbat balik, pastu aku keluar balik, ulang lagi, lagi, lagi dan lagi.. Sama je kesudahannya.. Bukan ke lagi senang kalau ko bunuh aku terus? Maka benda yang sama takkan berulang..

S: Itu bukan caranya keadilan.. Yang bersalah harus dihukum ikut hukuman yang setimpal, bukan dihapuskan dengan cara mcm tu..

L: I see.. It’s all about you and your ego anyway.. Am I right? Bila aku takde, orang jahat semua takde, korang takde keje.. Pastu jadi useless.. Tul tak?

S: Bukan.. Bukan mcm tu..

L: Ye laa.. Kalau orang2 jahat macam kami dah takde, korang dah tak berguna lagi, maka korang tak lagi disanjung mcm sekarang.. Ye tak? Malah dipandang useless oleh masyarakat, ada power tapi tatau nak pakai..

S: Oi.. Oi.. Kemain lagi ko ngutuk aku ye?

L: Bila korang ada power yang hebat, tatau nak guna, last2 masyarakat pandang serong kat korang dan jadi takut kat korang sebab korang boleh gunakan kuasa korang ikut suka hati korang je.. Ye tak? Jadi sebab tu korang tak musnahkan orang jahat mcm kami, supaya kuasa korang tu korang leh pakai kat kami, supaya korang tak ditakuti, tapi disanjung.. Tak gitu?

S: …….

L: So? What are you waiting for? Just kill me.. And I know that you don’t want to do it.. Because it is all about you and your ego..

S: (Senyap je..)

L: Oi, tunggu apa lagi? Tak berani ke? (lagi diprovokenya Superman tu)

.

.

Justice_league_unlimited Pastu Superman zap terus Luthor. Maka tamatlah riwayat Luthor. Dari situ, Superman mula berubah. Semua orang jahat dihapuskannya. Dan semua hero dalam JL pun ikut je cara Superman. Cumanya, kali ni tak bunuh la, Cuma Superman zap otak penjenayah2 terkenal mcm Joker, dan yang seangkatan dengannya - kasi terencat. Terencat akal gila babi sampai tak kenal diri, dok kat hospital orang gila. Maka jenayah pun tak diulangi dan orang ramai hidup dalam keadaan aman damai. Aman damai, tapi takut pada JL. Dan nama diorang bukan lagi Justice League, tapi Justice Lords.

.

.

So much for the so called “good guys” huh? Tapi itulah keindahannya. That is the beauty of ‘justice’. Kejahatan pasti akan berulang2, sampailah time orang dah takut, barulah tak berulang. Maka itulah keindahan yang ada dalam Islam. Disabit kesalahan dan didapati bersalah mencuri? Potong tangan.. Zina? Dah kawin, rejam sampai mampus.. Kalau lum kahwin sebat 100 kali.. Orang kata ia sadis dan kejam? Tapi itulah prinsipnya. Kalau tak kejam, orang tak takut, pasti berulang2 mcm Luthor dengan Superman. Ye tak?

.

.

Ok, cukuplah memuji orang Islam tu. Sekarang kita jadi terbalik plak, kita puji Israel dan Amerika, dan kutuk Muslim plak. Kah! Kah! Kah! Apasal? Tak suka? Kalau tak suka, jangan baca!! Aku dah kata aku tak mau bias.. kalau rasa apa yang aku cakap ni betul, fikirkanlah.. Kalau tak mau terima hakikat juga, tu maknanya memang extremist tahap taksub gila babi la tu.. Dan sememangnya aku tak mau jenis ni membaca blog aku. Syuh!! Syuh!!

.

.

Kalau tadi kita tgk pada sudut falsafah, prinsip, kefahaman dan isi kandung dalam ajaran Islam (dan kepala otak Israel dan USA), (yang menjadikan Israel dan USA itu batil, dan Islam itu haq) sekarang kita tgk pada strategi perlaksanaan plak. Israel dan USA dari segi perlaksaan memang ruthless, dan tak ikut peraturan perang – bunuh org yg tak bersalah. And that makes them as bad guys..

.

.

Vader But if you see it in another point of view, strategi, teknologi, ekonomi dan cara memanipulasi diorang, itu pulak adalah characteristic good guys. Selalu yg ada strategi, dana, teknologi dan alat power2 ni hero yang boleh kita imagine ialah Batman. Maka mcm tu lah diorang. Sejahat2 diorang pun, diorang ada memiliki suatu yang bermakna yang sepatutnya dimiliki oleh orang2 baik – ILMU. Bukankah ilmu itu cahaya? Mcm mana pula orang yang hati gelap boleh menguasai cahaya? Tak logik kan? Well, to simplify it, the analogy is like Darth Vader using a light saber.. Hahahahahah!! It’s all about how you use it, not how you learn it..

.

.

As we all know, knowledge is power. With knowledge, you can gain anything! You can gain power, funds, strategic plans, and even persuading and manipulating other countries! Kalau ada geng RM yang bangkang kenyataan nih, meh aku jotos kepala dia (termasuklah kepala butuh tu sekali aku jotos2).. Saidina Ali pun ada kata yg ilmu tu hebat (cerita dia jawab satu soalan mengenai ilmu dengan 10 jawapan yang berbeza).

.

.

Dan orang Islam yang berperang dengan mereka plak? Apa yang ada? Fund kurang – biasalah, sekatan ekonomi. Itu bermakna mereka takde kelebihan dan kurang hebat dalam nak memujuk orang lain utk tolong membantu. Dengan kata lain, kurang pengaruh. Yang mereka dapat bukannya ‘mempengaruhi’ orang, tetapi hanya dapat bantuan atas dasar ‘simpati’ – menunjukkan kurangnya karisma. Senjata? Teknologi? Susah nak cakap. Kalau cakap pun, buat malu je. Apa yang nyata, satu sifat crook yang dimiliki oleh mereka sebagaimana supervillain mcm Joker, Luthor dan lelain penjahat ialah: Selalu kalah, dan konco2nya banyak yg terkorban!

.

.

Tidak dinafikan, kalau ada ilmu nak buat senjata, tapi kalau kurang peralatan, tak guna juga. Ada banyak sumber dan peralatan, tapi takde ilmu nak mempengaruhi, persuade dan karisma utk pujuk orang lain jadi ally pun tak guna juga. Boleh pujuk semua tu (walaupun gunakan simpati), tapi tak menguasai ekonomi pun tak guna juga. Dengan kata lain, banyak kelemahan. Aku nak tulis kat sini pun malu. But why should I give a fuck? That is the truth, and we must get used to it!

.

.

Evil_pope And believe it or not, sedikit sebanyak, orang Islam yang dikatakan sebagai “good guys” ni pun semakin lama mcm dah nak ke arah dark side mcm Darth Vader. Kenapa? Mungkin sebab terlampau desperate, kita sendiri dah tak follow just like what is stated in ‘the book’. Aku takde la kata semua, tapi sebahagian je. Contoh? Suicide bomber yg bunuh innocent people (denied the general rule of war). Time isu kartun, bertindak lebih ke arah kemarahan berbanding pemikiran yang rasional dan strategik. Bukan ke itu ciri2 supervillain dalam cerita2 superheroes?

.

.

Kita selalu self proclaim yang kita ni good guys, tapi tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kita terikut2 dan mula nak jadi supervillains. Hmm.. Very intriguing.. So, the question is (sigh~~ *again), who is the real good guy? And who is the bad guy? Siapakah sebenarnya yang haq, dan siapa pula yang batil? And which one is supposed to prevails in the end?

.

.

Israel and America? They are supervillains that have superheroe’s qualities!! (Just like Joker with Batman’s gadgets and knowledge). Muslims? They are superheroes with supervillain’s attitude!! (Just like Superman with Luthor’s ego – not Luthor’s wealth though..). Or is it the other way around? I don’t know. So what does the prophecy really means?

.

.

Apa yang aku dapat fahami melalui “yang haq akan menjatuhkan yang batil” bukan sekadar isi kandungan dan pemahaman yang benar sahaja. Pemahaman yang benar, walaupun atas kebenaran, masih tidak mencukupi untuk menjatuhkan yang batil. Ia perlu disusuli dengan ilmu yang hebat, strategi yang teratur, dan bantuan yang mencukupi, barulah boleh menjatuhkan perkara yang batil. Kalau setakat kefahaman je yang haq, tapi selebihnya sampah, maka yang batil itulah yang menjatuhkan yang haq kerana yang batil itu memiliki kehebatan dan kebenaran pada ilmu, strategi dan bantuan. Bukankah “Tuhan takkan mengubah sesuatu kaum selagi mereka tak ubah diri mereka sendiri”? Think about it..

.

.

Tak percaya? Sejarah Nabi membuktikannya. Masa kat Mekah, kefahaman kuat, tapi selebihnya mcm mana? Teruk sangat.. Maka terseksalah Muslim di Mekah time tu dengan pelbagai dugaan. But once hijrah, dah cukup yang lain, barulah boleh nak menjatuhkan yang batil. Tak gitu? Setakat mana kita nak ambil pengajaran dari sejarah yang lepas? Entahlah.. Terpulanglah pada masing2, sama ada nak mencontohi, atau sekadar dengar as a bedtime story and let it repeats again and again..

.

.

Kalau orang tanya aku, “Ko ni sebenarnya sokong Israel ke Palestin??”. Aku jawab simple je.. Antara Superman dan Batman, aku lagi suka V (V for Vendetta). Dengan kata lainnya, apa jadi pun, aku sokong Malaysia je. Sebab Malaysia jauh lagi bijak daripada semua tu – join negara2 berkecuali yang mengamalkan konsep “why should I give a fuck” atau “lantak deme laa..”. Kah! Kah! Kah! – yang paling hebat melaksanakan konsep ni ialah Siam sebab sejarah telah membuktikannya: sebab tu tak pernah kena jajah!!

.

.

Lagipun, malaysia bukan jenis bersemuka, tapi lebih kepada psikologi. Dari sejarah pun kita dapat tgk, cara Melaka nak dilindungi ialah dengan jadikan China sbg ally - dengan cara perkahwinan kerabat diraja. Takpun bayar ufti kat Siam. Bila ada pengaruh kuat mcm tu, baru orang tak berani nak kacau. Meluaskan tanah jajahan plak dengan cara naungan dan perkahwinan, bukan perang. Cara yang halus dan menarik. Hatta cara Malaysia setelkan kes komunis pun sama – redemption rather than termination.

.

.

Try la cek sejarah Melayu. Bab2 perang rasanya takde pun ditulis detail gila2 (terutama sekali zaman Melayu Melaka). Sebab bukan banyak perang sangat pun kat Tanah Melayu ni. Orang sini banyak setelkan hal dengan cara rundingan damai dan psikologi yang halus. Sebab tu time Portugis dan Jepun datang, memang teruk kita kena sebab kita bukan jenis bangsa perang – kita bangsa memujuk atau jenis “meracun” pemikiran orang dengan cara halus – cara approach V for Vendetta. Oh God, I really love that hero and this country!! Kah! Kah! Kah!

.

.

Dan satu lagi alasan kenapa aku don’t give a fuck about Israel-Palestin ialah:

“Perumpamaan kedua2nya adalam seperti UMNO dan PAS. Kalau UMNO dan PAS kat dalam negara sendiri pun korang takleh nak satukan, takleh nak setelkan, toksah cakap banyak la nak tolong yang kat luar sana tu.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Daripada fikir nak kumpul emas kat negeri orang, baik fikir mcm mana nak lindungi kepala sendiri dan keluarga daripada batu kat negeri sendiri dulu.. Poodahh!! Dok nak kejar emas kat tempat orang, tapi on the way nak keluar sempadan sendiri pun kepala dah pecah kena hentak dek batu, pastu mati, tak guna jugak.. Ye tak? Kalau sampai ke negara orang pun, sama hugak – kepala still akan dihentak benda keras. Mana yang lagi baik? Kena hentak dengan batu ke emas? Jawapannya, dedua sama je.. Sama2 keras dan boleh membunuh.. Kah! Kah! Kah!”

.

.

Constantine_neo Bak kata2 dalam cerita Constantine:

“They called it ‘the balance’.. But I call it hypocritical bullshit!!”

.

.

Lantak deme laaa..

.

.

p/s: Kalau ada yang rajin nak tolong copy-paste kan benda nih dalam Grapevine atau kat forumVillage 5 sana tu (kalau ada thread pasal Israel-Palestin), aku bagi kebenaran (memandangkan aku dah takde lagi kat UTP utk bersuara).. Terima kasih..

37) Purposes..

“Do you know why you are here, Evey Hammond..?”

(Dari sedutan filem V for Vendetta - part pompuan tu kena interrogate)

.

.

Pada 15 Julai hari tu, malam tu kepala aku pening gila babi. Pening bukan sebab memikirkan apa2. Tapi pening sebab dari siang sampai ke malam, mata aku dok dicemari oleh pancaran2 elektron daripada monitor komputer dan TV. Pening sebab rasa seolah2 monitor dan TV tu menyerap segala kekuatan minda dan gelombang otak aku. Rasa seolah-olah otak aku ni mengecut mcm proses ikan kering dijemur tgh panas sampai kering (yang diforwardkan kelajuannya dlm video).

.

.

Jadi, tepat bermulanya 16 Julai, dalam pukul 00:00, gua dah tak tahan dah beb. Gua tidur terus. Tidur dalam keadaan nak kasi otak tu kembang balik menyerap segala gelombang bantal, selimut dan alam semulajadi – tikus, lipas kucing, nyamuk, dsb. Dan dalam tidurlah perkara yang dah lama tak dirasa itu berlaku. Bukan mengompol (kencing malam dalam bahasa jawa), bukan mimpi meronjang gadis, juga bukan jalu (sleepwalk). Mimpi yg.. Hmmm.. Dikategorikan sebagai “menakutkan”.

.

.

Mimpi horror2 ni biasalah. Setakat kena kejar hantu, jatuh bangunan, kena buru dengan pihak kerajaan, tu biasa je. Tapi bukan mimpi2 mcm tu yg aku mimpikan malam tu. Lain.. Sangat lain.. Cumanya, mimpi yg satu ni agak “unik”. Yang nak diceritakan kat sini bukan flow dan jalan cerita mimpi tu. Tapi lebih kepada “perasaan” ketika aku bermimpi mimpi tu. Perasaan “takut” yang lain daripada yang lain. Yang selama ni aku pernah rasa sekali je, yang pastu ingatkan tak rasa lagi, tapi terasa semula melalui hanya mimpi tu. Perasaan “hampir mati”.

.

.

Pertama kali aku rasa perasaan hampir maut tu 9 tahun lepas. Time umur 15 tahun. Peristiwa berlaku selepas PMR. Sesaja jenjalan ngan member2, pastu mandi kat Air Terjun Kota Tinggi. Sebelum ke sana lagi, mak aku pesan, “Jangan mandi kat sebelah atas. Mandi kat sebelah bawah je. Kat atas tu dalam..”. Tapi kepala otak time tu jenis batu, aku pergi jugak atas sana tu. Bengong betul.

.

.

Sampai2 je kat sebelah atas tu, bila tengok kolam tu, hamboi gelap gila warna. Hijau gelap yang dekat2 nak hitam. Memang dalam gila la tu. Tapi biasalah, budak2.. Lagi bahaya, lagi nak try. Konon “adventure” la tu. Lagipun, kalau setakat berenang tu, rasa boleh la jugak kasi timbul. Maka kami pun mandi lah di situ.

.

.

Cumanya, disebabkan time tu umur masih mentah, kena plak masih budak “sekolah agama”, aku mandi la dengan pakai seluar trek. Konon nak tutup aurat la tu. Wahahahahah!! Sekali, hambek ko.. Bila seluar dah serap air, air bertakung dalam seluar, kaki jadi berat. Elok2 aku yg dalam keadaan horizontal, berubah slow2 kepada keadaan vertical.

.

.

Bila dah vertical, kaki aku kayuh la mcm mana pun, tak bergerak ke depan. Dia jadi statik. Nak harapkan kekuatan tangan, memang slow la jadinya nak sampai ke batu tempat berpaut. Nak patah balik pun, sama je jaraknya dengan tempat yang nak dituju. Aku dok kat tengah2 antara point A dgn point B. Kugagahkan juga utk sampai ke point B walaupun slow. Last2, kayuhan makin lemah, seluar makin berat, aku plak rasa makin nak tenggelam ke bawah. Kayuh!! Kayuh!! Kahyuh!! Ooooooooooo~~!! Kudaku lari gagah berani~~!!

.

.

Tapi tak dapat gak. Aku nampak member aku kat batu point B. Aku try panggil dia. Dapat, tapi suara mcm nak tak nak je keluar. Bayangkan la  tgh letih gila, tercungap2 nak oksigen, baik sedut oksigen daripada keluarkan karbondioksida dan suara. Ye tak? Wahahahah!! Suara memang lesu gila laaa.. (Ceh.. Tak bleh plak nak demo suara kat sini..).

.

.

Member aku tu plak punyalah sengal. Dah nampak aku tgh mcm tu ada ke dia pi tanya lagi “Di, ko boleh tak tu?”. What the fuck..? Aku tgh lemas la woi!! Memang la tak boleh!! Bengong betul!! Wahahahahahah!!

.

.

Nak menjawab takleh, aku Cuma geleng je la dgn muka desperate mcm suami yg kegersangan tak jumpa bini selama 6 bulan. Time tu la baru aku nampak dia jerit perkataan yang aku nak jerit tapi tak dapat sebab tak mampu nak bersuara. (Aku tak mampu jerit sebab tercungap2. Bayangkan la mcm mana nak bercakap dalam keadaan tercungap2.. Apatah lagi nak menjerit!!) Perkataan “TOLONG”.

.

.

Time tu letihnya mengayuh tu toksah cakap la.. Aku punya pandangan masa tu nampak berselang-seli – kejap tenggelam, kejap timbul. Time tu, aku nekad gila, tenaga kat tangan aku tu aku takmo pakai utk kayuh ke depan sebab tak gerak sangat. Baik aku guna utk kayuh ke atas utk terapung dan bernafas.

.

.

Tapi kayuh la mcm mana pun, makin tenggelam. Memula timbul sampai paras bahu. Ok la tu.. Pastu tenggelam. 2-3 kali pastu timbul paras dagu plak. Pastu tenggelam. 2-3 kali pastu timbul paras mulut, dan tenggelam lagi. Bila sampai paras hidung, kejap sedut oksigen, kejap sedut air. Yang sakitnya, time sedut air tu, tersedut sampai kepala ada rasa bisa. Sedar2, member aku dah ilang. Aku Cuma nampak batu kat point B je. What the…? Oi Mat!! Ko pi mana?? Aku nak mampus nih!!

.

.

Tengok2, rupanya dia terjun nak selamatkan aku. Dia berenang sampai dekat ngan aku. Aku try nak paut kat dia. Skali tgk, dia pun lemas sekali ngan aku daaa.. Mungkin sbb tak stabil kot sbb aku kacau dia (sebenarnya striving for oksigen). Time aku tgh lemas2 mcm tu, mamat tu pi cekik plak aku.. What the..?? Oi!! Ko nak selamatkan aku ke, ko nak bunuh aku??!! Ko nak bunuh aku pastu buat aku jadi pelampung ke hape?? (Lepas peristiwa baru aku tau, kalau org tu meronta2, knock out kan dia supaya senang skit proses menyelamatkan dia.).

.

.

Nasib baik la dalam air. Licin.. Aku tarik tgn dia daripada leher aku. Pastu aku dah tak peduli la pasal dia. Lantak ko la labu.. Janji aku dapat oksigen. Desperatenya toksah cakap laa.. Kalau time tu dekat dgn kilang kelapa sawit, oksigen bau asap kelapa sawit yg busuk tu pun jadi laaa.. Kalau kat depan muka aku ada punggung orang yg kentut, dan gas kentut tu mengandungi oksigen, tu pun aku tak kisah.. Janji dapat bernafas.. Wahahahahah!!

.

.

Aku cuba gak kayuh dan kayuh.. Gila babi punya kayuh.. Tapi makin lama makin lemah.. Sampailah satu point, dalam kepala otak aku fikir cuma satu perkara je: “Mati la aku camnih..”.

.

.

Selalu baca dalam komik. Dalam komik ada kata, “Apabila seseorang itu hampir kepada maut, segala kenangan akan terlintas dalam fikirannya..”. Komik apa yeh? Raja Rimba ke? Ke Pendekar Laut? Aku pun tak ingat.. Tapi serius.. Memang itulah yang terjadi. Rasa mcm time tu masa seolah2 “pause”. Kenapa? Sebab dalam masa yg sedikit, aku fikir banyak gila perkara.

.

.

Time tu aku teringat muka mak aku, muka bapak aku. Aku teringat mcm mana keadaannya dia pesan kat aku supaya jangan mandi kat situ. Aku ingat every detail rupa dia, tempat dia, background dia, dan kedudukan kat mana aku berdiri sebelum nak pi mandi situ. Aku teringat muka adik2 aku.. Sedara mara aku. Member2 aku semua. Dan tidak lupa juga muka awek yg aku minat pada ketika itu. Heheheheh..

.

.

Bukan setakat tu je. Aku dapat imagine mcm mana agaknya muka mak aku bila dia tau yg aku dah mati. Aku nampak sejelas2nya muka sedih dia bila dengar khabar yang aku dah mati lemas. Aku dapat nampak mcm mana sedihnya dia bila mayat aku sampai kat rumah. Sedih gila. Sedih sebab dia dah pesan, tapi aku jugak yg degil. Sedih sebab dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai mak, tapi aku yg tak jalankan tanggungjawab aku sbg anak utk ikut cakap dia.

.

.

Dalam keadaan mcm tu jugak, aku teringat mcm manalah agaknya sedihnya dia kalau setelah pemergian aku, tengok2 result PMR aku plak ok. Bila dah masuk bab PMR, aku terfikir satu perkara:

.

“Kalau sampai sini je nyawa aku, sesia la aku belajar sungguh2 score UPSR pastu masuk asrama!! Sesia la aku stay up bodo2 semata2 nak score PMR!! Sesia la aku belajar kalau setakat tu je aku hidup!!”

.

“Kalau aku tau mcm ni endingnya nyawa aku, baik aku takyah perg skolah!! Baik aku enjoy gila2 daripada buang masa dok study sebab resultnya tu bukannya bawak aku ke mana pun!!”

.

“Lagi rugi, sesia je la aku beli komik!! Sesia je la aku kumpul Dragonball, tapi last2 kumpul tak habis!! Kalau aku mati, komik tu dijual atau dibuang, serupa aku tak bought it in the first place!! Abistuh, siapa yg nak meneruskan aku kumpul kalau aku mati?”

.

.

Pelik kan? Time nak mati tu pun boleh fikir pasal komik lagi. Hahahahah!! Tapi serius dowh.. Tak tipu.. Memang tu la yg aku fikir time tu. Aku terasa mcm all these 15 years of living my life, terasa mcm buang masa je sbb buat sesuatu yang aku tak dapat nak capai endingnya. UPSR adalah tiket utk ke sekolah asrama. PMR adalah tiket utk maintain dlm asrama dan amek SPM. Dan SPM plak adalah tiket utk ke universiti, utk dapat degree, kerja elok2, kahwin, dapat anak.

.

.

Tapi aku baru sampai PMR je? What the hell..? Alang2 gitu, baik aku dok rumah je mcm tu. Baik aku gunakan tempoh aku belajar tu utk buat kerja yang lain kalau semuanya disia2kan mcm tu je. Baik time aku form 1 tu aku pi kahwin je. Ye tak?

.

.

Bila fikir2 mcm tu, semangat aku makin luntur.. Rasa mcm all these years of my life, I just wasted it just like that.. I just gave my life and interest to a stupid institute called “the school”..!! Ada baiknya kalau masa aku belajar tu aku pi cari kerja, pastu gaji yg aku dapat tu tolong mak ayah aku utk sapot adik2 aku. Ada baiknya duit2 yg aku guna utk beli komik tu diguna utk tolong keluarga aku. Dan ada baiknya segala yuran perbelanjaan sekolah aku tu dibagi kat adik2 aku yang hidup lagi lama dari aku.

.

.

You know what? Sampai takat tu, I just give up from struggling to the surface. Aku dah give up dan buat keputusan: “This time, I’ll just do nothing!! I’m fed up it with all these struggling and striving!! I’m fed up of trying when the result is clear - I am going to die anyway..!!”

.

.

Dan seriusly, aku fikir benda nih time tu:

“Aaaaaaaahhh!!! Bagi mampus je laa..!!”

.

.

Last sebelum aku give up tu, aku lonjakkan setinggi yg boleh, tarik nafas sedalam2 yang boleh, kasi penuh peparu aku yg tgh tercungap2 ni dengan oksigen. Let that be my last breath of oxygen in this world. Bila dah tenggelam balik, aku tutup mata, aku hentikan kayuhan dan dayungan. Time tu aku teringat watak Pendekar Laut time dia kecewa dengan kematian Hitomi, pastu pergi bertapa kat dalam laut. Aku ingat lagi dia punya posing badan yang vertical, kepala tunduk skit ke bawah, tangan terkulai dan kaki stay. Posing yg sangat relax seolah2 terapung kat angkasa lepas. Pastu suasana background dia hitam.

.

.

“Kan best kalau aku mcm Pendekar Laut yg ada kuasa yg hebat.. Kan best kalau boleh melonjak sekuat dan sejauh dia.. Hmmm..? ‘Melonjak sekuat dan sejauh dia’? Agaknya kalau aku dah sampai dasar kolam air terjun ni, boleh ke aku gunakan momentum lonjakan utk sampai ke surface? Entahlah.. Boleh jugak kalau nak cuba..” (Aku tak tipu, serius aku fikir benda ni time tu).

.

.

Aku bukak mata. Tengok atas. Permukaan air kat atas tu makin jauh. Tapi masih tak jauh sgt. Kalau aku angkat tangan, tapak tangan aku masih boleh lepas permukaan air tu. “Ni kali terakhir aku tgk langit la kot”. Pastu aku tengok plak ke bawah.. “Agaknya boleh ke melonjak dari dasar kolam mcm Pende… Holy shit!! Gelap gila!!.

.

.

Bila aku tgk bawah, gelapnya toksah cakap. Kalau setakat gelap je aku tak kisah. Tapi ntah aku rasa mcm it is a neverending bottom. Terasa mcm ada benda kat bawah yg nak baham aku. Ntah2 aku mati bukan sebab lemas, tapi sebab kena makan dengan puaka kat bawah sana tu. Entah2 kena baham dengan ntah apa monster kat bawah sana tu. Entah2 kena telan dek ikan besar atau anakonda.

.

.

“Fuck aaa.. Aku tak mau mati dalam keadaan yg ngeri mcm dalam cerita2 horror yang aku pernah tgk!! Tak mau!! Tak mau!! TAK MAU!!! Selagi urat tangan dan kaki aku tak putus, walaupun dah takde tenaga, aku mesti ke surface jugak!!”

.

.

Lebih kurang gitu la kau fikir selepas aku tgk bawah. Pastu aku start balik struggle.. Biarlah aku mampus dalam keadaan tak bernafas atau sebab minum banyak air. Janji bukan kat dasar kolam!! Biarlah aku mati walaupun 1 cm je dari permukaan air, janji bukan kat dasar kolam!!

.

.

Sebenarnya time aku give up tu, aku dah takde tenaga. Tapi ntah sebab takut ke apa, aku keluarkan all out. Rasanya kalau ikut graf pada paksi X, tenaga aku time tu pada nilai negatif tu. Sebab semua tenaga nilai positif dah habis pakai.

.

.

Bila tgk cerita Constantine, kita setakat tengok dan dengar je la Gabriel cakap “It’s only in the face of horror that you truly find your nobler self.. And you can be so noble..”. As for me, aku memang dah rasa. Dan memang betul apa yg dikata dalam movie tu. Dan memang betul apa yang dicakap dalam komik. Dah takut gila, takut yang memang horror, takde tenaga pun paksa jugak kayuh. Ntah mana dtg tenaga, tu aku tatau..

.

.

Aku kayuh dan kayuh dan kayuh.. Ulang balik tenggelam timbul.. Nasib baik tak cramp.. Sampailah satu tahap, aku ternampak ada orang berenang depan aku. Tapi dia bukannya nak paut kat aku utk selamatkan aku. Tapi aku dapat nampak dia hulurkan tangan dia kat aku, kasi isyarat suruh aku pegang tangan dia. Time panik2 mcm tu, kalau ikutkan, aku nak je tarik dia. Kalau dia mati, aku pedulik hape, janji aku dapat oksigen. Tapi entahlah.. Apa kena dengan aku dalam panik2 mcm tu boleh fikir rasional malah dapat faham apa yang dia nak buat.

.

.

Aku pegang tangan dia, tapi tak berapa kuat sgt. Letih.. Dia genggam pergelangan tangan aku kuat. Pastu dia hayun aku ke depan. Kami lepaskan tangan.. Aku glide ke depan. Pastu dia berenang pintas aku, hulurkan tangan lagi. Aku pegang mcm tadi. Pastu glide lagi. Dia ulang buat benda tu sampailah ke tebing kolam. Terselamat juga akhirnya..

.

.

Bila aku keluar je dari air, aku terus terbaring.. Berat..!! Selama aku lemas tadi, aku bergantung pada daya apungan air, tapi skali keluar, daya graviti tarik aku ke bumi mcm magnet. Dushhh!! Terbaring terus.. Kepala otak aku masih trauma lagi. Aku tgk, ramai yg ada kat sekitar situ melihat kejadian tu. Rasa malu tu ada la jugak. Tapi what the hell.. Diorang bukan kenal aku pun. Ye tak? Kah! Kah! Kah!

.

.

Dalam seminit, lepas dah rasional balik, aku tanya member aku siapa yg selamatkan aku tadi. Sebab aku nak berterima kasih kat dia. Dia tunjuk. Mamat tu duduk tak jauh dar aku. Dia pun tgh lepak. Penat gamaknya. Aku pun slow2 pi kat dia, ucap terima kasih. Borak2 la skit. Then he gave me a useful advice: “Lain kali, kalau berenang kat tempat dalam, kangan pakai seluar panjang.. Nanti dia serap air, jadi berat, pastu jadi mcm tadi..”.

.

.

Baiklah bang.. Betul apa yang dia cakap. Dalam bab tu, dia betul. Pertamanya sebab dia yg selamatkan aku. Jadi, takyah la melawan orang yg dah selamatkan kita. Kang dihumbannya balik dalam kolam tuh kang, naya aku. Keduanya, dalam bab tu, kalau berdebat pasal agama utk tutup aurat pun tak guna. Sebab nyawa itu lagi penting. Sedangkan puasa yang rukun tu, yang hukumnya wajib itu pun boleh jadi harus berbuka utk jaga nyawa, apatah lagi tutup aurat. Lain la kalau ada baju penyelam yg tutup semua tu, lain cerita la.

.

.

Rasanya, kalau aku terfikir untuk tanggalkan seluar, pastu berenang bogel je ke tepi tadi boleh kot. Hahahahahah!! Tapi kenapa ntah tak terfikir mcm tu. Fikir punyalah banyak perkara dalam nak mati tu, tapi tak terfikir utk tanggalkan seluar?? Rasa lawak la plak..

.

.

Lepas tu, aku ngan member2 balik. Sepanjang dalam bas tadi, dapat borak skit je. Rupanya, tempoh aku lemas tu takde la lama sgt. Dari start member aku jerit minta tolong, ada la dalam 5 minit je. Tapi 5 minit tu pun, benda yang dairasa dan difikir tu mcm nak dekat stengah jam.

.

.

Dalam bas, kami banyak senyap. Tak banyak cakap. Pertamanya sbb tak pernah rasa pengalaman yg horror mcm tu. Keduanya, masih trauma. Dan ketiganya, letih. Rasa lagi baik tidur daripada bercakap. Bila balik rumah, mak aku tunggu kat pintu mcm tau2 je aku lemas. Tapi bila dah sampai rumah, dia cuma tunjuk muka lega je. Pastu cakap kat aku:

“Syukur la dah balik.. Mak tadi rasa lain macam je.. Mak risau betul kalau kot2 ada apa2 yang tak elok terjadi tadi..”

.

.

Eheheheheh.. Memang ada benda tak elok terjadi pun tadi.. Heheheheh.. Tapi takyah la bagitau.. Sampai sekarang mak aku masih tak tau.. (melainkan kalau ada yg baca blog ni kasitau, taulah dia..).

.

.

Apa yang membuatkan aku terfikir (setelah syukur pada Tuhan yg aku masih hidup – time ni la baru ingat Tuhan!! Wahahahah!! Astagaaa…) ialah:

.

“I shouldn’t be alive now.. I was suppose to be dead down there.. If not because of that person, I am now dead..”

.

.

Dan perkara itu menyebabkan aku terfikir beberapa soalan:

“If I was suppose to be dead there, then why God saved me? Why God still let me live? For what purpose do I survive that death situation? And most of all, what is the purpose of my life??”

.

.

Soalan2 tu yg menghantui fikiran aku. Those questions remain unanswered, until I went to UTP. Bila dah masuk UTP baru sedikit demi sedikit soalan2 tersebut terjawab. Barulah aku faham kenapa aku masih hidup. Dan barulah aku boleh terima hakikat bahawa hidup aku ni sebenarnya ada tujuannya..

.

.

Antara yang aku sedar ialah pertamanya, pandangan aku terhadap sesuatu perkara lebih terbuka setelah peristiwa tu. Cuma aku tak sedar time kat skolah. Dah masuk ke UTP, dah diasah dek beberapa orang, baru aku perasan.. Aku jenis dah tak ekstrem sangat dalam bab2 agama mcm time “muda2” dulu.

.

.

Contohnya, kalau dulu, nampak pompuan yg jenis pakai seluar jeans jenis ketat atau seksi, kepala otak aku adalah sama sebagaimana geng2 The Others atau Skuad Racun yang ada di UTP sekarang. Heheheheh.. But now, I just don’t give a fuck about them. Just sangka baik je la.. “At least lagi senang orang2 ni nak lari dari perompak atau perogol.. Takdelah tersadung kat kain sendiri.. Dan at least susah skit diorang nak kena rogol.. Susah nak tanggalkan seluar deme nih.. Kalau pakai kain, selak je dah leh rodok dah.. Wahahahahah!!”

.

.

Lantak pi la orang lain nak fikir apa.. Pi mampus lah dgn jenis2 ekstremis agama.. Dan pi mampuslah jugak dengan yg suka dedah sana dedah sini.. I don’t give a fuck anymore!! Hang pakai elok? Baguslah. Nampak sopan.. Sejuk hati aku memandang.. Hang pakai seksi? Bagus jugak.. Boleh aku cuci mata.. Sejuk mata aku memandang.. Wahahahah!! Aku tak rugi apa2 pun. Either way, dedua menguntungkan. Ngahahahah!! So why should I bother?? I have been in a situation where my life is suppose to be more important than my attire, asshole!!

.

.

Satu lagi yg buat aku rasa seronok ialah tabiat “don’t give a fuck”. Tu memang memberi kesan positif pada aku. Terutama sekali kalau menghadapi kekecewaan. Under prob? First time, tak boleh terima hakikat jugak laaa.. Tapi ia tak mengambil masa yg lama utk rasional balik. Takdelah frust menonggeng sampai berhari2. Why? Because I have drowned before.. At least, I rather die trying to float, rather than dying in the bottom of the waterfall pond!! Jadi, kenapa nak frust gila2 sampai ke dasar kolam? That horror experience surely works for me to make me come to my senses again.

.

.

Tapi dalam banyak2 yang berlaku selepas peristiwa lemas tu, satu perkara yang membuatkan aku rasa agak “berjasa” pada dunia – walaupun terpaksa mengalami kerugian dan kesakitan. At least, kalau bukan sebab aku, ex aku takkan jumpa suami dia. Kalau bukan sebab aku yang tolong hantarkan email dia menyatakan bahawa dia setuju untuk praktikal kat PDB Pulau Pinang sana tu, kalau bukan sebab tangan aku sendiri yg klik “send” kat komputer aku sendiri (time aku masih berpacaran dengan dia), tak mungkin dia jumpa laki dia kat sana.

.

.

Hmm.. Sedih la jugak bila difikirkan balik. But what the hell..? I know that what I have done is larger than the person that I’ve lost. “Don’t look at what you have lost, look at what you have done..!!” (Kata2 dari Something the lord made). Kalau bukan sebab aku yang tolong dia, mungkin sekarang ni dia masih belum bunting lg. Dengan kata lainnya, perkahwinannya, kelahiran anak2nya, dan perkembangan keturunannya, semua atas jasa aku. Wahahahahahah!!

.

.

Tapi nak wat mcm mana.. Teringat aku akan kata2 dalam cerita Something the Lord Made:

“Do not hope for the world to thank us..”

.

.

Betul jugak kata2 muvi tuh. Biar jasa besar mana pun, orang2 yg menganggapnya hanya sebagai perkara kecil, tetap takkan kenang jasa kita jugak biarlah jasa itu sebesar langit dan bumi sekalipun. You don’t believe me? Then why the fuck some people send their parents to rumah orang2 tua?? Think about it..

.

.

Beberapa hari sblm majlis kahwin dia, aku jalan2 kat pasar malam.. Time tu tgh ketagih samosa (Mmmmm~~ Thinking of it just makes me drool bebeh!!). Nak dijadikan cerita, bertembung dgn dia.. Aku nampak dia, dan dia nampak aku.

.

.

Sebagai seorang yang pernah nak jadi Pendekar Laut yang bertapa di laut yang dalam (tapi tak jadi sbb dasar kolam tu gelap sangat), Pendekar Laut kena buat cool.. Mana leh melatah.. Wahahahah!! Saja buat bodo.. Nak tgk dia kenang atau tidak akan jasaku.. Tgh aku fokus kat dia, ada orang tegur la plak.. Adik dan pakcik dia tegur aku (sebagai distraction).. Pastu borak ngan aku. Dalam time distraction tu, dia gunakan skill dodge dan sneak utk pass aku. Kamon la, apa ingat aku buta ke tak nampak?

.

.

Lantaklah.. Sejak dari tu, aku terkilan la jugak sebab dia tak jemput pun aku utk makan nasi minyak kat rumah dia walaupun dah bertembung depan mata. Yang betul2 jemput aku sampai suruh adik dia ambil dan kasi kad, pakcik dia tu je. Memandangkan keluarga nukleusnya takde jemput, biar je la. Tapi apalah salahnye jemput? Jemput sekadar utk kenang jasa. Kalau jemput pasal tu, memang aku terharu gila dan aku sungguh2 punya pergi. Lagipun, aku tgh sengkek takde duit dowh!! Extender mcm aku ni skoler dah tak masuk. At least dapat makan free pun ok apa..

.

.

Barulah aku faham.. Rupanya aku dibiarkan hidup adalah supaya aku dapat mempertemukan kedua2 mereka. Kira sepatutnya, pada mereka, jasa aku ni besar apa.. Tapi kalau tanak kenang, lantaklah.. I’m just doing my job as a living human that have been given a chance to live longer.. Teringat aku lagi kata2 dalam cerita Something the Lord Made:

.

“Do not hope for the world to thank us..”

(Ulangan yang tadi)

.

Dan satu lagi part doktor tu tak bagi credit kat pembantu nigger dia yg tolong dia buat research, nigger tu cakap:

.

“It doesn’t matter.. I will always be invisible to the world anyway..”

(nada sindir)

.

.

Yang mana apabila kedua2nya diringkaskan dan dirumuskan dalam versi Adi Ramli, ia menjadi:

“Why should I give a fuck??!!”

.

.

Maka satu perkara yang aku rasakan cukup “bermakna” dan berjasa untuk dunia, rupanya itulah salah satu tujuan hidup aku hingga ke saat ini. Manalah tau kot anak dia tu nanti jadi pemerintah dunia yg penting dalam sejarah mcm Einstein atau Hitler. Semua atas jasa aku jugak.. Wahahahahah!!

.

.

So, the remaining years of my life is still ahead. And what purpose is it for, is still unanswered. Maybe I will live for another 10 years, maybe 10 months, maybe 10 days.. Or maybe 10 hours? 10 minutes? 10 seconds? If my life is too short, what I can think as my purpose is this blog.. These writings, thoughts and of course, STYLE.. Maybe these are my purposes for me to pass on to any people who seeks the same answers in their life.

.

.

And generally, dalam Quran:

“Dijadikan jin dan manusia itu untuk beribadah kepada Tuhan”

.

.

Statement yang general. Tetapi bila diperhalusi, beribadah itu bermakna menghambakan diri. Dan kata dasarnya ialah dari perkataan HAMBA. Dan apabila dikatakan sebagai “hamba”, maka hamba itu tidak mempunyai apa2 hak ke atas tuannya.. Tetapi tuannya mempunyai hak ke atasnya. Pun begitu, pasti tuannya tahu apa itu tujuan dan tugas yang patut dilakukan oleh hambanya. Apa yang boleh dilakukan oleh hamba hanyalah akur dan menurut segala perintah tuannya.

.

.

Hanya apabila menjalankan suruhan tuannya, maka barulah hamba itu tahu apa tugasnya dan skop kerjanya untuk tuannya.. Apabila sudah mengerti, maka barulah hamba itu sedar mengapa tuannya membeli dan menjadikan dia sebagai hambanya..

.

.

“Wahai Tuhan kami, tidak kau jadikan semua ini dengan sia2..”

.

.

Sekadar mangarut2 je ni..

(Entah mcm mana dari mimpi boleh sampai sini? Entahlah.. Sebenarnya nak cerita pasal perasaan “takut” tu.. Tapi lantaklah.. Why should I give a fuck?? Hahahahah!!)

36) Doing Nothing.

Masa suntuk. Sekali lagi, tak sempat nak letak gambar. Fikiran blank. Kalau ikut istilah komik Pedang Setiawan, kalau nak belajar Hikmat Seribu Pedang Pulang ke Asal, kena batalkan hikmat2 lama. Sebab tu mukasurat kitabnya awal2 tu blank page je. Mcm tulah jugak konsep nak ditekankan di dalam blog ni yang blank daripada gambar2. (Heheheheh. Kaver baik punya - padahal malas. Wahahahah!!).

.

.

Something is occupying my mind. Something that I cannot resist. Something that makes me obsess with it. Something that makes me forget everything else and said "Why the fuck should I care?". Huahahahahah!! Hitman: Blood Money (link: www.hitman.com)dah kua!! Oyehhhh!! Nikmat sial main game nih.. Perrrhhhhhh!! Dua game yang memang aku tunggu2 - Hitman dan Legacy of Kain.

.

.

Legacy of Kain dah habis dah siri dia. Sayang betul. Game ni bahasa dia mantap. Character dia pun macho (dengan gaya pembunuhan yg macho juga). Hitman plak, memang tak pernah mengecewakan. Setiap siri keluaran terbarunya pasti membuatkan gamers yang suka bermain muslihat meleleh air liur sampai tak terlap. Kalau Legacy of Kain adalah game yang "macho", Hitman plak adalah game yang "cool".

.

.

Setiap cara membunuhnya adalah penuh muslihat supaya mencapai tahap tertinggi dalam gelaran assassin. Tahap aling rendah, kalau dok bantai bunuh semua orang (termasuk civillian) adalah BUTCHER. Manakala tahap tertinggi (kalau hanya bunuh target tanpa bunuh orang lain) adalah SILENT ASSASSIN. Maka, utk capai tahap tertinggi, macam2lah kepala otak ni perah kasi keluar idea2 untuk mendapatkan "the perfect kill".

.

.

Game yang terbaru ni menarik gila sebab setiap kali lepas habis membunuh, esoknya kita baca surat khabar. Pembunuhan yang dilakukan semuanya diringkaskan dalam surat khabar - front page wa cakap luuu!! Berapa saksi yg nampak kita, mcm mana dia cuba describe rupa kita, berapa peluru yg dijumpai oleh pihak CSI.

.

.

Tapi dalam banyak2 tu, aku paling suka konsep "perfect kill" dia: The most perfect assassination is when you make it looks like an accident. Part ni best sbb kadangkala, kita kena buat skit je. Selebihnya duduk goyang kaki and do nothing as if nothing happen. Cool sial!!! Aaaaaaa~~!! Aku leh jadi teruja dan gila bila hanya teringat dan memikirkannya!! Aaaaaaaa~~!!

.

.

Contohnya misi kedua, kat opera. Dia buat lakonan World War 1, ada babak orang kena execute. Cara mudah nak bunuh target hanyalah selinap masuk bilik pelakon, pastu swap pistol palsu tu kepada pistol betul. And then you sit and watch the opera as if nothing happen. Bila berlaku pembunuhan, bukan kita yang buat, tapi orang lain yg buat. Aaaaaa~~!! Cool sial~~!!

.

.

Permainan yang penuh strategi, timing dan muslihat. Nilah game yang memang tak pernah mengecewakan aku. Kalau aku dok kat UTP, aku sanggup ponteng kelas semata2 nak habiskan mission. Wahahahahah!! Oh God, I love this game!! Aaaaaaa~~!! Abang Botak yang macho bertuksedo~~!! Nyiaaaaa~~~!! (Bukan bermakna yang penulis adalah ghey. Hanya ‘adore’ watak game tersebut).

.

.

Apa yang membuatkan aku terfikir lepas main game ni ialah konsep: "sometimes, the best thing to do is do nothing". Bila sesuatu perkara berlaku, kadangkala yang terbaik ialah tak buat apa2. Dok buat bodoh je. Bebuat tatau. Kadangkala, bila orang bertanya, soalan itu adalah soalan yang memerangkap kita. Kalau setuju, kena balun ngan pihak lain. Kalau bangkang, kena toron dengan puak lain plak. Maka jawapan terbaik kadangkala hanyalah diam sahaja.

.

.

Tetapi untuk ke tahap "doing noting" itu bukan mudah. Selalunya orang yang buat keputusan sebegitu adalah sama ada orang itu tersangat bodoh sebab tak tau nak bereaksi, atau seorang yg sangat pandai menilai dan membaca situasi. Untuk jadi golongan yang kedua tu yang susah. Yaitu golongan yang cool mcm Agent 47 dalam game Hitman tu.

.

.

Untuk sampai ke tahap Silent Assassin (kalau dalam game baru ni dia pakai istilah STEALTH ASSASSIN - mcm nama character DotA tu), memang payah. Untuk dapat the perfect kill sangat susah. To just "do nothing" is not a simple job. Pelik kan? Selalunya untuk orang malas yang tak buat apa2, itulah yang paling mudah. Tapi sebenarnya itulah yang paling susah.

.

.

Bezanya ialah kalau orang malas, doing nothing will make you kena bebel dek orang. Tapi kalau orang yang pandai menggunakannya, doing nothing itu memberikan advantage kerana you will not take the blame, and you will not be trapped in the big war. As if you are just a spectator. But the thing is, you already involved in it and people didn’t realize you are in it.

.

.

Ini kerana, untuk "do nothing" (versi hebat, bukan versi malas), perlu ketabahan yang amat hebat. Mcm main game Hitman. Untuk sampai ke tahap itu, setiap stage tu maunya kena main lebih daripada 10 kali!! Aku main satu misi, daripada pukul 11 malam, sampai pukul 5 pagi baru dapat tahap Sealth Assassin tau? Punyalah banyak trial and error. Punyalah banyak consideration yg perlu difikirkan. Punyalah lama nak explore semua kawasan dalam keadaan tak disedari oleh pihak musuh. Demn!!

.

.

Tapi once you know, once you understand, bab yang paling menyeronokkan ialan mengulangi misi tu berulang kali - Sebab nampak mcm professional gila. Lancar je jalan, buat itu, buat ini. Kat situlah konsep "kemahiran". Serius tak rasa bosan. Cool sial!! Memang nampak mcm pembunuh upahan yang pro gila dowh!! Aaaaaaa~~!! Kalau membunuh itu satu pekerjaan yang halal, nak aje aku jadi Hitman. Wahahahahah!!

.

.

Kat situlah baru aku terfikir. Ada orang yang jenis do it right the first time. Dan ada juga orang yang jenis trial and error. Bezanya ialah, yang pertama tu akan korbankan banyak masa sebab perlu umpul banyak info dan result. Tapi sekali balun, memang akan balun betul2 kasi perfect. Golongan kedua plak, jenis main balun je tak peduli betul atau salah. Kalau salah, betulkan je la. Apa susah? Ye tak?

.

.

Analoginya adalah golongan pertama itu adalah jenis orang yang suka ambil step preventive measure. Jenis sniper. Kena target bebetul, kasi tembak sekali mesti kena bunuh terus. Kalau miss, kantoi. Habis.. Golongan kedua tu plak adalah jenis suka step corrective measure. Jenis pakai M16, main redah masuk. Tembakan kadangkala tak membunuh, tapi mencederakan. Tembakan tak semua kena tepat. Tapi bila orang tu dah cedera, balun la kasi bunuh.

.

.

Masing2 ada pro dan con. Terpulang pada diri masing2. Tetapi dalam banyak2 tu, yang terhebat ialah jenis ada gabungan dedua tu (preventive and corrective). Yang ni lah jenis Hitman. Kalau yang pertama jenis game sniper, yang kedua plak jenis game mcm Doom atau Unreal Tournament, yang ketiga itulah jenis Hitman. Yang kreatif dalam menggunakan surrounding untuk menewaskan musuh. Yang in the end nya ialah "doing nothing".

.

.

Tetapi ada kalanya, doing nothing is a pain in the ass. Not just the ass, also in the asshole. Umpama dah kena bisul, dalam masa yang sama kena buasir, pastu kena pakai tandas jenis duduk. Oh my goat~~!! Sakit dowh!! Seksa gila. Yaaa.. Doing nothing itu boleh jadi hebat, tetapi ada kalanya boleh jadi sesuatu yang menyeksakan hingga kita tak larat nak memikirkannya.

.

.

Have you ever been in a situation where you cannot do anything to change the situation? The pain in the ass and in the asshole, when you look at someone’s back, walks away from you, after all the things you have been through together, and you cannot even do something about it? Selalunya situasi ni ialah situasi clash (atau breakup).

.

.

You have eyes to see, but you cannot change his/her vision to be the same as you. You have ears to hear, but he/she doesn’t even want to listen to your explanation. You have the mouth to speak, but you cannot change the sentences that was coming from his/her mouth (still the same fuckin’ sentence: "We have to part ways.. I’m sorry mother fucker..!!"). . You have the strength to defeat (hit/kill) him/her, but instead, you are the one who are bening beaten/killed. And most of all, you have the heart to feel, but cannot change his/her heart..

.

.

And that will leads you to one verdict: DO NOTHING!! Why? Because everything you have tried is just a waste of time. You have tried everything, but still, cannot change the situation. He/she still cannot be saved. And that pain (in the ass and in the asshole) that I am talking about. The pain of cannot save the one you care about. The lost and the regret (especially to the one you love). Hamboih, terpakai ayat jiwang plak.

.

.

Itu menunjukkan bahawa doing nothing boleh menjadi hebat gila, tetapi dalam masa yang sama, boleh juga jadi teruk gila. Tapi bila difikirkan semula, teringat aku pada cerita kat HBO baru2 ni. Apa tajuknya ya? The Things Lord Made? Ke, Something That The Lord Made? Pasal doktor yg rawat "the blue baby". Yang menarik perhatian aku ialah time nak ending dia. Doktor tu sebelum dia mati, dia cakap:

.

"Life is nothing without regret. And I have a lot of things that I regret. But don’t look at what you have lost. Look a what you have done.."

.

.

Kadangkala, bila dah sampai ke tahap penghujung yang mana we can only bear the pain of doing nothing, the only thing we can do is…? THINK OF SOMETHING. If you cannot DO it, THINK about something, asshole..!! (Gaya Constantine). Hahahahahah!!

.

.

Bila difikirkan semula, do nothing tu sebenarnya bagus. Pertamanya, ia menjana pemikiran yang berkarat tu supaya berjalan. Dan yang kedua, bila dah kena pain in the ass and in the asshole tu, barulah tau betapa kerdilnya diri itu kerana tak mampu langsung untuk berbuat apa2. Dan ketika itu, bila berlaku situasi sebegitu, pada ketika itulah baru kita "berserah" pada Dia sebab kita dah takde apa2 kuasa lagi pada diri kita untuk berbuat apa2.

.

.

Sebagaimana perenggan yang telah disebutkan tadi:

["You have eyes to see, but you cannot change his/her vision to be the same as you. You have ears to hear, but he/she doesn't even want to listen to your explanation. You have the mouth to speak, but you cannot change the sentences that was coming from his/her mouth (still the same fuckin' sentence: "we have to part ways.. I'm sorry mother fucker..!!"). You have the strength to defeat (hit/kill) him/her, but instead, you are the one who are bening beaten/killed. And most of all, you have the heart to feel, but cannot change his/her heart.."]

.

menunjukkan yang kita memiliki apa juga yang si dia juga miliki, tetapi masih tak dapat mengubah keadaan. Bukan bermakna yang kita ni sayur. The feeling of cannot do anything, have nothing, lost everything, and can only do nothing (yang menunjukkan bahawa kita takde apa2 hak, takde apa2 rihts langsung), itulah perasaan merdeka. Dan bila diperhalusi, itulah salah satu sifat HAMBA.

.

.

Itulah salah satu rajau yang harus ditempuh leh manusia yang ingin memperoleh gelaran tersebut. Memang bukan kecik anak punya keje. Kalau aku, memang dah lama tergolek teruk. Sebab sangat susah. Cakap memang senang, tapi nak buatnya payah. AKu sendiri pun belum tentu berjaya.

.

.

Pun begitu, at least semoga apa yang ditulis ini akan membuatkan mereka yang mencari jalan keluar dari kegelapan, bertemu cahaya dan tidak luntur semangat, biarpun tidak mampu berbuat apa2, even if all you can do is just doing nothing. Yang teruk itulah sebenarnya yang terhebat. Jauh lebih hebat jika nak dibandingkan dengan "doing nothing" game Hitman.

.

.

Apa aku mengarut ni? Dah.. Dah.. Sambung main game.. Sambung main Hitman!! Nyiaaaaa~~!! Abang Botak~~!! Ooouuuhhh~~!!

.

.

Karut je ni.

35) The Legacy (Part 2): Orang Sekarang.

(Entry ni masih belum ada gambar. Cc ni sengal la plak takleh bukak fail bentuk JPG atau GIF. Ceh..!! Dah balik ke tempat asal karang aku tambah la gambar..)

.

.

Semenjak dua menjak time menganggur kat rumah ni, kerja aku setiap Sabtu ialah ambik adik aku dari skolah, dan hantar ke rumah. Hari Ahad plak, bawak dia ke sekolah balik. Maklumlah, budak SAKTI (Sek. Men. Sains Kota Tinggi), sekolah belakang rumah je, tetiap minggu dok balik. Member dok outing, dia outing ke rumah, main PS2. Demn..

.

.

Apa yang menarik ialah.. Aaaaahhh~~!! Dah lama aku tak menghidu bau gadis sekolah menengah. Bau gadis2 yg bertudung putih, baju kurung putih, berkain biru~ Nyiaaaa~~. Bau yang "nostalgik". Wahahahahah!! Ni yang rasa nak masuk je balik skolah menengah nih. Bohahahahah!!

.

.

Bila difikir2 balik, lama jugak dowh tak menghidu gadis2 yang sebegitu. Wahahahah!! Call me pervert or kinky bebeh.. I don’t care.. Wahahahah!! Sejak masuk universiti nih, serius tak jumpa lagi nostalgia yg sebegitu. Aaaaiii.. Cepat betul gadis2 nih berubah. Patut la rasa aku tua je.. Tak rasa semuda dahulu. Bohahahahah!!

.

.

Pehal? Pelik ke? Pedulik hape aku. Lantaklah.. That’s why I start to like blogging. Teringat aku kata2 Cikgu R dulu:

"Kat mana lagi tempat kita nak membina character kita, tempat kita nak jadi diri kita yang sebenar kalau bukan pada aktiviti2 yang kita minat? Masa kerja, kita kena kawal diri kerana di bawah pengawasan boss. Di rumah, kena kawal diri kerana menjadi contoh untuk anak2. Maka hanya kat tempat yang kita minat itulah kita boleh jadi diri kita yang sebenar."

.

.

Ya betul. Aku setuju. Kat mana lagi tempat yg bebas nak meluahkan apa2 yg terbuku dalam kepala otak tanpa segan silu? Kat mana lagi nak menggunakan perkataan2 maki-hamun tanpa rasa bersalah? Kat mana lagi nak berkongsi perasaan pervertness dengan orang? Ye tak? And for me, the answer is HERE. In this blog!! Wahahahahahah!!

.

.

So? Kalau ada orang kata "berasa agak terkejut" pada isi blog, atau "tak sangka rupanya Adi sebegitu", why should I care? That is who I am (the "uncencored" part of me). Kenapa pula aku perlu terikut2 dengan orang lain di sini? In here, I am the man!! This is my house!! This is my jurisdiction!! In here, I HAVE THE POWER and you don’t!! Bohahahahahahah!!

.

.

Looks like I’m starting to like being here. Hahahahahah!! Being in a world of my own. Being in the world of thought. Being in a very large borderless world. Biarpun alam cyber ini adalah alam yang fana’, sekurang2nya aku boleh lagi menyimpan segala saki-baki yang masih tinggal dalam diri ni yang membuat aku who I really am.

.

.

Yaaa.. Manusia sentiasa berubah. Kalau bukan perut yg berubah pun, sedikit sebanyak, perangai pasti akan berubah skit. Pernah juga jumpa beberapa member lama yang dulunya lawak (kalo bahasa omputenya "wacky"), tapi sekarang dah agak serius. Kenapa? Sebab budaya kerja membentuknya untuk menjadi sebegitu hingga dia kehilangan sedikit perkara yang menjadikannya dirinya ialah diri yg asli. Kasihan..

.

.

Mungkin itulah peranan blog (pada pandangan aku). Berperanan sebagai "mengekalkan saki-baki characteristic diri daripada pupus dimakan masa". Walaupun aku punya objektif blog ialah untuk mewarisi beberapa perkara kepada generasi keturunan sendiri, at least, sedikit sebanyak aku nak try kasi keturunan aku kenal mcm mana perwatakan tuk atau moyang mereka ni.

.

.

Start dapat kesedaran ni sbb selalu sgt pegang buku SUDARA (karya Arena Wati). Buku tu baru baca separuh (dipulangkan kepada pemiliknya dalam keadaan tak habis baca). Tapi disebabkan meja orang bujang yg bersepah, setiap kali nak ambik apa2 barang, nak taknak kena pegang jugak buku tu. Sebab dah selalu pegang, ntah mcm mana time fikir2 atau "berimaginasi" boleh terlintas plak pasal buku tu.

.

.

Diringkaskan cerita, buku tu menceritakan pasal sebuah caping yang terbelah dua. Sebelah dijumpai di negara omputeh sana tu. Yg separuh lagi tu disimpan oleh keturunan asal pemilik caping tersebut (anak perempuan sulung setiap generasi). Bersama2 dengan caping yang sebelah tu, disimpan sekali karya2 sejarah hidup pemilik2 yang sebelumnya. Lebih kurang mcm diari la. Sejarah hidup daripada bahasa yg boleh difahami, sampailah ke tulisan ntah dalam bahasa lama mana ntah yang pemilik baru tu pun tak tau nak baca mcm mana.

.

.

Bila ahli kajipurba jumpa caping yg kat barat sana tu, heboh kat berita atau sokaba pasal penemuan ‘artifak’ tersebut, keluarga ni pun compare la benda yg dia ada tu (compare dengan gambar je). Dan terbukti sama. Kat situlah start kesedaran nak mencari mcm mana asal-usul caping tu. Mcm mana dia boleh terbelah dan mcm mana boleh tersesat plak yg sebelah tu nun jauh di sana. Time tu la baru nak start studi sejarah hidup semua keturunan yang lepas. Tang mana yg bahasa tak boleh faham tu, time tu la nak dibelajar huruf2nya.

.

.

Serius, ceritanya menarik. Cumanya aku je yang sengal skit sbb dirasuk DotA sampai tak sempat2 nak habiskan membaca. Gaya penyampaian cerita pun best. Lebih kurang mcm gaya cerita Infernal Affairs. Cara dia bahagikan chapter pun menarik. Unik.

.

.

Dari situlah aku dok terfikir. Why not, kalau aku sendiri pun mewariskan sesuatu kepada keturunan aku sendiri? Aku takdelah reti nak buat caping. Nak tulis diari apatah lagi. So, why not aku mewariskan corak pemikiran aku kepada generasi aku supaya generasi baru berfikir dan menggunakan mana2 yang bermanfaat untuk mereka?

.

.

Teringat aku pasal muvi Troy. Achilles sebelum ikut perang tu jumpa mak dia yg tengah kutip kulit siput. Mak dia cakap:

"Pilihlah mana yang kau nak. Tinggal kat sini, kahwin dengan gadis elok, beranak pinak, hidup aman damai, kemudian mati atas katil. Dan kau akan diingati hingga ke anak cucu. Tapi akan ada ketikanya, sampai pada satu tahap, nama kau akan luput kerana tidak diingati oleh keturunan sendiri. Ataupun kau boleh pergi ikut berperang, mengukir nama, yang mana nama itu akan diingati oleh semua manusia berzaman2 dan tidak dilupai. Tetapi apa yang pasti kalau itulah yang dipilih, mak memang takkan dapat jumpa kau lagi."

.

.

Untuk orang yg tak femes dan yg ntah hape2 mcm aku ni. Yang bukan cutting untuk jadi mcm Hitler, memang pilihan yang pertama je la yg dipilih. Wahahahahah!! At least, aku akan cuba berusaha walaupun nama itu tak diingati oleh seluruh dunia, tetapi diingati oleh waris keturunan sendiri. Biarlah tak ramai yang mengingatinya. Yang penting ADA ORANG YANG MENGINGATINYA, biarlah sedikit bilangannya (keturunan sendiri).

.

.

Aku ingat, selain mewariskan harta pusaka (itupun kalau ada), aku nak wariskan sekali blog ni, username dan passwordnya sekali. Hahahahah!! Pelik yeh? Orang wariskan tanah, duit atau rumah. Aku wariskan akaun Friendster? Bohahahahahah!! Bila difikir2 balik, lawak plak. Hahahahahah!!

.

.

Kalau tak mau mewarisi pun, at least kasi supaya keturunan sendiri linkkan address aku dengan address dia. Tu pun kira ok apa. Tapi kalau boleh, kasi dia update la blog ni. Syok gak kalau jadi blog yang paling lama, yang sentiasa berterusan turun-temurun. Hahahahahah!!

.

.

Selalu orang fikir Friendster ni ialah tempat mencari kawan atu sambung balik connection dengan kawan yang dah lama lost contact. Tapi aku berfikir bahawa peranannya lebih luas dari itu. Bukan sekadar untuk mencari kawan, malah boleh juga berguna untuk mencari susur-galur keturunan sendiri. Boleh juga digunakan untuk mengenali bagaimana characteristic ahli keluarga yang terdahulu.

.

.

Dengan kata lain, Friendster boleh juga digunakan untuk menyimpan data susur galur keturunan. Manalah tau, kot cicit aku nak kawin ke nanti, tengok2 bakal bini dia tu ialah cicit kepada member aku time sekarang ni (bila cek2 dalam Friends list). Wahahahahah!!

.

.

Very intriguing. Sebab bila difikir2 balik, kalau aku tulis dalam bentuk hardcopy, sampai manalah agaknya kertas yang digunakan tu tahan? Mana tau kot ada keturunan yg berlaku kes rumah terbakar ke, dengan kertas2 tu sekali terbakar. Aiyooo.. Rugi siot.. So, antara cara yang terbaik untuk meneruskan dan mewarisi legacy sendiri ialah dalam bentuk software di alam cyber ni. Kalau rumah terbakar sekalipun, pergi la ke cc memana pun, boleh je retrieve hasil tulisan legacy keturunan sendiri. Menarik betul.. Barulah dikatakan sebagaimana yang Najib cakap dalam Buletin Utama, "PERKHIDMATAN MELEBIHI KEBIASAAN". Hahahahahah!!

.

.

But this only valid selagi mana server Friendster tak kong. Kalau server dia jahanam, takde backup, memang habis mcm tu je la. At least, kat Yahoo atau Google pun, kalau ada cicit aku search "Adi Ramli", ada la jugak result. Hahahahah!! (Cumanya aku pelik jugak sbb ada orang link kan site aku dan resultnya bila ditekan jadi address site porno!! Itu amat menarik. Wahahahah!!).

.

.

Melakukan sesuatu untuk diingati oleh generasi yang akan datang, itu memang bukan kerja mudah. Tak percaya? Tanya la kengkawan yang ada dusun. Pernah ke dia tau siapa yang tanam pokok durian kat dusun dia tu? Atuk dia ke? Ke, orang yang lebih terdahulu daripada atuk dia? Memang dah banyak benda yang diwariskan oleh orang2 yang terdahulu. Tapi haram takde siapa pun yang cuba nak ambil tahu pasal mereka.

.

.

Memang kita buat sesuatu bukanlah untuk diagung2kan atau menunjuk2. Tetapi at least, kalau keturunan sendiri menyedari bahawa "rupanya moyang aku ni power gak", ada la jugak sedikit perasaan untuk mengekalkan kehebatan. Bila diri dah ada kesedaran untuk mengekalkan kehebatan orang yang terdahulu, barulah objektif dia lebih jelas. Barulah dia tak mudah dipengaruhi oleh pengaruh2 jahat yang boleh merosakkan diri.

.

.

Kadang2 aku jeles dengan orang2 yg nama dia ada nama2 seperti Megat, Tunku, Said, Syarifah, Wan, Nik, atau Daeng. At least jelas dia punya keturunan kat susur galur mana. At least diorang tau diorang dari keturunan siapa. Nama itu sendiri telah menunjukkan betapa mulianya orang2 terdahulu dalam bloodline mereka. Berbanding dengan aku sendiri yang masih tak tau aku berasal dari bloodline mana. Aku sendiri pun tatau aku ni asalnya sub-race mana. Jawa? Bugis? Orang Laut? Orang Asli? Orang Jakun?

.

.

Payah.. Payah nak track back semula sebab tiada ditinggalkan apa2 bukti yang boleh dianalisis. Dan kalau dikaji melalui temuramah dengan saudara-mara pun, deme bukan nak ingat sangat pun. Paling kuat kalau ingat pun, sampai datuk mereka je.

.

.

Sebab pada aku, kalau ditinggalkan gambar shaja, itu masih tidak mencukupi. Itu masih tidak dapat membuatkan keturunan sendiri untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang "siapa" orang2 lama dalam bloodline mereka. Atuk belah mak aku ada tinggalkan gambar dia tme muda2 dulu. Tapi walaupun ada gambar, aku masih tak dapat nak menjiwai dan mengenali siapa dia sebenarnya. Tak syok la mcm tu. Ye tak? Rasa kosong. Rasa mcm ni:

"Aku ada atuk yg hensem masa dia muda2 dulu, tapi aku tak kenal pun orangnya mcm mana".

.

.

So, itulah yang aku akan cuba sedaya upaya untuk dikekalkan dan disimpan di dalam blog ini. Biarlah yang paling jauh aku boleh ingat nama ialah pada Moyang Ibrahim atau Moyang Kesil, biarlah yang paling dekat aku boleh kenal ialah bapak aku sendiri, biarlah yang paling banyak aku boleh simpan untuk dijadikan bahan bacaan keturunan aku ialah diri aku sendiri, at least, itulah yg termampu dibuat oleh diri aku sendiri.

.

.

Dan diharapkan, kepada keturunan aku jika ada yang membaca entry ini (manalah tau kot ada yang naik mesin masa pastu terbaca blog ni ke.. Wahahahah!!), akan meneruskan apa yang dilakukan oleh aku. Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk generasi yang akan datang supaya apa yang berlaku sekarang (tak tau asal-usul susur galur) tidak diulangi untuk masa yang akan datang.

.

.

Biarlah keturunan yg akan datang lebih mengenali susur galur dan orang2 lama dalam bloodline mereka. Biarlah walaupun mungkin suatu hari nanti Bahasa Melayu ini sudah pupus dan menjadi satu "Ancient Language" hingga orang2 lain terpaksa pecah kepala nak terjemah apa yang aku tulis ni. At least, aku nak keturunan aku kenal siapa itu Adi Ramli.

.

.

Sekadar mengarut2 je ni.