34) FILTER (Part 2): Know Your Place! (Manusia Toksid dan Manusia Lebah).

Kasim_selamat

Maka begitulah juga dengan situasi blog. Pembaca berhak menapis segala maklumat yg disampaikan oleh penulis. Sama ada nak menerima atau tidak, itu masing2 punya hal. Kalau suka, gunakanlah ia sebaik2nya. Kalau tak suka, tekan je butang “X” kat hujung atas kanan monitor tu.

.

.

Dan tuan punya blog pula berhak untuk menapis segala hasil penulisannya. Termasuklah juga segala komen2 dari pembaca. Kenapa? Kerana pemilik blog itu sendiri yg tahu hasil yg mcm mana yg diingini di dalam blognya. Pemilik blog itu sendiri yg set nak pakai tapis jenis apa. Tapis biasa? Tapis mamak yg mcm stokin tu? Atau filter paper kat lab sana tu? Itu dia punya hal.

.

.

Dan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam entry yg lepas, adab juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan seseorang (sama ada komennya boleh diterima dan dipublish di dalam blog, atau ditapis keluar - deleted). Dengan kata lain, tuan rumah berhak menghalau keluar mana2 tetamu yang boleh menjahanamkan institusi kekeluargaannya.

.

.

Jika komen2 yang ditulis itu menunjukkan:

1)      Sifat tidak beradab atau yang kurang ajar.

2)      Yang memusnahkan mood pembaca lain.

3)      Yang menjatuhkan maruah tuan rumah.

4)      Yang merendah2kan kredibiliti si tuan rumah.

5)      Yang bersifat ingin mendominasi kawasan tuan rumah sedangkan orang tersebut hanyalah kategori tetamu di luar pagar.

Manusia toksid yang sebeginilah yang seharusnya dihambat keluar dari blog ini with no mercy.

.

.

Salah satu contoh: Aku terkejut betul dengan satu komen manusia toksid untuk Entry 31 (yg ada teka-teki tu). Takpe, komen tu aku dah delete, jadi manusia toksid yg menulis tu tak perlu rasa malu sbb bukti dah takde. Jadi nama manusia toksid yg dimaksudkan itu pun takde. Lagipun aku tunggu beberapa hari selepas delete komen tu supaya orang tak tau pun yg benda tu ada. Hahahahah!! Komen itu lebih kurang begini:

“Aku dah lama tau dah jawapan teka-teki tu”

.

.

Pedulik la kalau dia dah tau jawapannya lebih dahulu sebelum entry tersebut ditulis. Persoalannya, ada ke aku tanya dalam entry tuh “Siapa yg dah tau jawapan teka-teki tu”? Kedua, apakah sebenarnya yang dia nak sampaikan dalam komen yg sebegitu? Adakah nak tunjuk yg diri dia itu lebih bagus daripada orang lain yg masih terkial2 nak mencari jawapan? Atau adakah nak tunjuk yg diri itu lebih up to date dan lebih mengetahui daripada orang lain? Ataupun adakah nak tunjuk lagak, sombong dan bongkak? Entahlah.. Jawapannya pada diri dia, bukan aku. Tapi itulah intrepretasi yg terhasil daripada komennya.

.

.

Wtf

Cuba imagine, kalau kita pergi ke satu majlis, contoh mudahnya kelas di sekolah. Cikgu tgh bercakap kat depan kelas. Habis bercakap, ada sesi soal jawab, ada student bangun dan cakap, “Sebenarnya apa yg cikgu cakap tadi tu, dah lama saya tau..”. Apa perasaan korang kalau ada dalam situasi tu? Dan apa perasaan cikgu tersebut? Cikgu mungkin boleh rilek lg, buat cool je. Tapi student lain lak mcm mana? Paling koman pun, pasti akan kata “What the fuck..? Apa biadab gila manusia toksid nih..”. Maka di mana adab sopan kalau mcm tu?

.

.

Selama 6 tahun setengah aku kat UTP, selalunya bila ada geng2 senior (Atau geng2 junior. Eheheheh.. - Extenders) yg nak grad minum2 dengan sorang pakcik ni, aku duduk la menumpang minum skali. Dan setiap tahun, itulah benda yg diulang kepada budak2 yg nak grad. Sampalah time aku nak keluar UTP ni, sikit pun aku tak pernah2 menyampuk “Pakcik, benda ni saya dah lama tau dah sbb pakcik dah kasi tau setiap tahun, benda yg sama, berulang2..” .

.

.

Kenapa? Yg ni korang pi la tanya geng2 The Others tuh. Walaupun tak berapa berkenan kat deme, tapi bab ni aku sgt respek kat deme, sebab pada deme, walaupun benda yg sama pernah didengar, walaupun berulang2, mereka anggap ia sebagai satu “peringatan”. Hatta dalam majlis usrah masa aku kat skolah menengah pun, walaupun hadis2 yg dibaca tu sama je sampai naik muak, sekor pun tak pernah bangun cakap “Alaaa.. Hadis ni lagi, muak aku aih.. Dah lama aku tau hadis tuh..” semata2 sebab nak jaga adab. Hatta kalau balik ke bilik pun, takde pun kawan2 aku yg cakap kat belakang2 “Benda tu dah lama dah aku dengar..”. (Yaa.. Walaupun kami adalah hasil gagal sekolah agama, at least masih jaga adab!!).

.

.

Sampaikan kalau time berteka-teki (secara publik) dalam bilik pun, yg dah tau jawapan hanya akan diam je supaya jaga adab dengan member yg lain supaya tak spoil mood conversation mereka yg bertanya soalan dgn yg masih tak tau jawapan tadi. Kalau teka-teki tu berulang dan pusing balik pada org yg sama pun (kalau ditanya secara individu), dijawab dgn slow:

“Soalan yg ko tanya tu, yg jawapannya yg mcm ini ke..?”

.

.

Maka pempaham la org yg bertanya tu bahawa org yg ditanya tu dah tau jawapan. Dan yg ditanya tu plak menjawab dalam keadaan yg sgt sopan tanpa nak menjatuhkan maruah yg bertanya. Perkara yg menarik dalam berteka-teki itu bukan pada jawapannya, tetapi pada cara orang yg ditanya tu berfikir untuk mencari jawapannya. Sebab tu kawan2 aku dulu takde nak ganggu. Takde nak interrupt orang2 yg berteka-teki ni. Dan itulah yg aku respek kat deme walaupun perangai kadang2 mcm sial jugak.

.

.

Sang_kancil_dengan_monyet

Jadi, teka-teki tu kalau dah tau, takleh ke nak diam? Takde orang nak kata diri tu bodoh pun kalau diam. Takleh ke menganggap (mcm geng2 The Others) sebagai satu peringatan? Sebab target soalan itu ditanya adalah utk mereka yg masih tak tau, bukan utk yg dah tau.

.

.

Sayang sekali, kalau komen kat blog ni boleh set mcm nak approvekan testimonial, aku set je mcm tu. Selagi tak approve, selagi tu la komen2 tak published dlm blog. Lagi bagus, kalau dapat block je annoying fucker manusia toksid yg tak diingini. Kenapa? Supaya manusia toksid tu tak jadi bangang sampai nak memalukan diri sendiri pada pembaca lain hingga menunjukkan yg diri tu kurang adab.

.

.

Komen itulah sebenarnya yg menjadi pencetus sebab untuk aku mula “purify” blog aku daripada apa yang dikatakan sebagai “mesej sampah” (istilah yg diberikan oleh Cikgu R ketika di dalam sidang suatu masa dahulu). Maka banyaklah yg di’delete’. Memang cleaning spree!! (Baca dengan suara gema ‘killing spree’ dlm DotA). Tak sangka pula aku, ada banyak mesej sampah dalam blog ni.

.

.

Kalau jenis sampah yg boleh dikitar semula, takpelah juga. Ada tu memang ada yg boleh dikitar semula – aku edit bahasanya menjadi lebih sopan. Tapi sedikit. Banyak rupanya sampah yang tak boleh dikitar semula (sampah toksid) yang membuatkan aku tiada pilihan lain – purge it or just send it to flare: delete terus.

.

.

Pada asalnya, ingin dibiarkan sahaja komen2 tersebut supaya menjadi contoh “Sampah2 toksid seperti inilah yang aku tak mau kat sini”. Tetapi setelah difikir2, dipertimbangkan kesan untuk jangkamasa pendek dan panjang, keputusan telah dibuat oleh pihak DBBA (Dewan Bandaraya Blog Adi – atau dengan sebutan ringkasnye: D’be. Hahahah!! Mcm familiar je nama nih. Wahahahah!!). Keputusannya:

“The sampah is very toxic and must be eliminated”.

.

.

Apa yang membuatkan aku berfikir ialah, apakah tujuan sebenar manusia toksid tersebut menulis komen2 sampah pada blog aku yang tak seberapa dan tak femes ni? Adakah sebagai satu teguran? Bukankah lebih mudah jika menegur dengan menghantar private mesej atau email? Lebih private, lebih mudah untuk cakap apa yang terbuku di hati, lebih senang cakap tanpa cover kerana tidak menjatuhkan maruah orang di khalayak ramai. Ada sahabat2 aku yg tegur dengan hantar email. Ada yg pakai Friendster’s private message. Malah ada orang yang call pakai hp kasi teguran mintak ubah mana2 isi yg salah. Bukankah itu lebih bagus?

.

.

Atau adakah komen2 sampah di blog aku ni adalah sbg satu provokasi supaya aku terpengaruh dan sepatutnya membuatkan aku membalas komen pula di blog manusia toksid tersebut supaya dia pula yg ada kuasa untuk menghentam aku di sana kerana dia adalah tuan rumah (dan seterusnya menjadikan aku pula sebagai manusia toksid – penjangkitan toksid)? Mungkinkah komen sampah itu sebenarnya sebagai satu promosi murahan untuk meraih populariti supaya pembaca lain berfikir, “Siapa la plak manusia toksid ni?”, lalu menyiasat dan mencari blognya? Atau mungkinkah ia sebagai satu strategi untuk suruh aku baca blog dia (yang mana memang aku malas nak baca pun)?

.

.

Atau mungkinkah manusia toksid tersebut jeles kerana blog aku ni walaupun tak femes dan tak ramai yg membaca, tapi lagi best dari blog dia? (Terperasan plak.. Wahahahah!!). Kalau sebab yg ni, takleh nak buat apa2 la. Orang yg hebat mmg mcm tu. Apa2 yg dibuat pasti lebih outstanding daripada orang lain. (Sila baca statement yg diboldkan tersebut sebagaimana nada seorang pengetua hebat). Kah! Kah! Kah!

.

.

Membanteras_manusia_toksid

Aku pedulik hape semua tu. Lantaklah.. Cumanya, untuk jenis2 manusia toksid yg sedemikian (sama ada yg telah pun ada, atau yg bercita2 nak menjadi bakal manusia toksid di blog aku ni), aku hanya nak kasi satu peringatan. Please remember this:

“Ayam berkokok menandakan hari nak siang. Kalau hari dah siang, masih tak henti2 berkokok, orang baling je dengan selipar. Dah kena baling dgn selipar, pun masih tak reti2 nak berhenti jugak, last2 orang tangkap sembelih je. Tapi kalau ayam tak berkokok pun, hari tetap siang jugak bukan? Matahari tetap juga terbit walaupun ayam tak berkokok.”

.

.

And also (untuk kali yang ke berapa ntah) remember this:

THIS IS MY HOUSE!!

.

.

And this too:

KNOW YOUR PLACE BEFORE YOU ENTER SOMEONE ELSE’S HOUSE!!

.

.

Unlimited_access_guest

Know your place first. Sama ada taraf tetamu luar pagar? Tetamu halaman? Tetamu beranda? Tetamu ruang tamu? Tetamu yang boleh bermalam? Atau tetamu yang ada unlimited access? Atau adakah mungkin kategori tetamu yang memang tak mau dijemput datang ke rumah langsung (manusia toksid)? Itu pepandai la fikir sendiri.

.

.

Jika taraf itu hanya sekadar tetamu luar pagar (terutama sekali taraf manusia toksid), janganlah berlagak seperti tetamu yg ada unlimited access. Kalau berlaku sedemikian, either itu dipanggil syok sendiri, atau penceroboh. Mengapa? Apabila orang yang kita tak kenali masuk ke rumah kita tanpa izin (kalau dibenarkan masuk pun, dia buat sial), bukankah kategori penceroboh yang selalu berbuat sedemikian adalah perompak atau perogol?

.

.

Daripada menulis perkara yg annoying (mesej sampah), kalau tak tulis apa2 pun, takde orang nak kata yg diri tu bodoh. Aku bukannya orang yg nak mengejar kemasyhuran. Takde orang komen pun sebenarnya aku tak kisah sebab tujuan utama aku menulis ni bukan untuk orang ramai..

.

.

Tapi kalau komen yg diberi itu jenis2 bermakna dan merupakan penambahan ilmu kepada isi entry (jenis2 mcm komen Azman, Syazwani, Fir, Kimi, atau yg seangkatan dengan mereka) itulah tetamu yg sangat2 dinanti, yg sangat2 dialu2kan, yg kalau boleh nak kasi bermalam je di rumah (dalam konteks ni, “bermalam di rumah” itu bermaksud, “memberi kebenaran utnkuk kasi komen yg bermakna secara konsisten di dalam blog ini”). Dengan kata lain, jenis ini adalah jenis manusia lebah. Ke mana pergi, pasti meninggalkan madu yg manis. Bukan toksid yg mencemarkan.

.

.

Tapi bukannya bermaksud dalam dunia blog Adi Ramli ini, orang yg tarafnya di luar pagar takleh nak naik darjat. (Tapi kalau orang luar pagar tu masih tak berubah2, still masih kasi komen2 yang bercirikan annoying fucker manusia toksid, memang jgn harap la nak pelawa masuk, apatah lagi nak lepas pagar..). Ada caranya untuk lepas pagar.. Sebagaimana kalau tetamu tu hanya tarafnya di luar pagar, cara untuk dia menembusi pagar ialah dengan..? Dengan membawa makanan atau hadiah untuk tuan rumah. Lagi hebat makanan, lagi hebat dia dapat layanan.

.

.

Ufti

Orang yg bawak goreng pisang atau laici je, tarafnya dari pagar hanya sekadar sampai ke beranda. Orang yg bawak pizza, KFC atau yg heavy2, tarafnya boleh sampai ke ruang tamu. Tapi orang yg bawak hantaran dan mas kahwin utk kenduri, tarafnya boleh sampai ke dalam bilik tidur.

.

.

Maka begitulah juga dengan komen dalam blog (valid untuk dalam blog Adi Ramli sahaja. Blog lain, ikut tuan rumah dia laa..). Kalau komen yg bercirikan manusia toksid, baik delete je. Buat menyemak mata je. Kalau ada point skit, boleh la layan skit setakat kat beranda. Kalau lagi hebat pointnya, yg tu akan dilayan betul2 malah dihargai sepenuhnya.

.

.

Apa korang ingat aku je ke yg ada unlimited access kat blog aku ni? Ada orang lain lagi yg ada unlimited access kat sini. Dengan hanya satu call, dia boleh suruh aku tukar isi dalam blog ni (kalau dia rasa kurang sesuai atau ada kesalahan). Jangan ingat hanya Adi Ramli sahaja yg ada di blog ini. Bersama Adi, di belakangnya ada Juara Tempur Pendekar Laut. Wahahahah!! (Tipu je tu.. Saja buat gimik. Kalau nak percaya, percaya laa.. Kalau tanak, lantaklah.. Bukan rukun iman pun..).

.

.

Wanted_poster

Memang tidak dinafikan, sifat keterbukaan dalam menerima komen orang lain itu memang bagus. Tapi bukan bermakna kita “buka” pintu rumah luas2 kasi masuk semua orang termasuk manusia toksid, perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah2 yg berpotensi untuk menjahanamkan institusi kekeluargaan kita sendiri. Ye tak? Kena tapis jugak siapa yg sepatutnya dibenarkan masuk, dan siapa yg patut dihambat keluar.

.

.

Adakah perbuatan aku menapis ini adalah tindakan yg prejudis? Adakah ia bersifat deskriminasi? Pada pandangan aku, dua perkataan tersebut hanyalah perkataan oleh seorang MANGSA yang tak mau terima hakikat bahawa diri sendiri yg salah, supaya dia dapat mempersalahkan orang yg tak suka mereka, kerana mereka tak boleh terima hakikat bahawa mereka tak berkeupayaan untuk impress orang tersebut.

.

.

Cuba fikir logik. Kenapa time kalah apa2 pertandingan, boleh plak fikir, “Ini semua salah aku. Aku yg bersalah sebab tak cukup training, maka memang selayaknya aku kalah”. Tapi kat blog ni, tak boleh plak fikir, “Aiseyman.. Memang patut la komen aku kena delete, memang patut aku kena hambat keluar, sebab memang salah aku tak tapis bahasa dan tak jaga sensitiviti orang lain.”

.

.

Katalah di akhirat nanti, ada orang yg dimasukkan ke dalam neraka, yang tak dapat syafaat. Adakah time tu nak kata bahawa Tuhan dan Nabi itu prejudis dan deskriminasi? Mana boleh! Kenapa pula? Sebab Dia dah utuskan rasul2, dah bagi kitab, dah tunjuk bukti kekuasaan, yang orang tu tak mau percaya siapa suruh? Tu salah sendiri la beb..

.

.

Mungkin sebab itulah dkatakan bahawa “Orang mu’min itu bila senang, happy. Bila susah pun happy”. Kenapa? Sebab dia tak blame sesiapa dan tak label sesiapa sbg prejudis dan deskriminasi. Pada mereka, semua yg berlaku itu berbalik kepada Dia dan DIRI sendiri.

.

.

So? Jika yang dipadamkan itu ialah komen anda, atau jika pada tahap yang lebih parah lagi (jika sebenarnya anda adalah manusia toksid yang nak dihambat keluar tu)? “Don’t wori.. Be hapi..!!” Gaya cakap Rhasta the Shadow Shaman - DotA). Banyak lagi blog orang lain untuk manusia toksid tersebut menyebarkan racun dan sampah toksidnya. Mungkin di blog ini sampah toksidnya tak berkesan, maka berusahalah bersungguh2 di blog orang lain ya? Semoga berjaya dalam perjuangan mentoksidkan blog orang lain.

.

.

Genjo_sanzo_tripitaka

Kesimpulannya, I have my own planning, objectives, visions and missions in my blog. Anyone who helps me to achieve those things, is an ally. Thus, will be treated kindly. But to anyone who disturbs, interrupts, contaminates, toxicates, deviates me from my purpose, or gets in my way, they will definitely be eliminated from this blog!! Savvy..?

.

.

Sekian, terima kasih..



4 Comments so far

  1.   k-mie on July 1st, 2006

    tak ke kita sepatutnya memahami kenapa dia bg jawapan begitu dan berfikiran begitu? should be kita biarkan, dan memahami apa sebenarnya punca tindakan dia tu so that dlm masa yg sama kita dpt belajar dari dia. ataupun ko rasa dlm hal ni, tindakan tu dah terlalu teruk sampai takleh diberi lesson punishment lg dah, instead kena bg deterrent punishment? dlm erti kata mudah, dah benak sgt sbb berkali2 ulang buat benda yg sama. mcm parents mengajar anak, sekali dua buat salah setakat ditegur. 3-4 kali buat salah, dimarah. kalau ulang2, rotan jek. sampai tahap rotan ke?

    btw, dulu aku amik business cyber law hehe. sbb tu tau ada lesson punishment & deterrent punishment :P

  2.   Adi Ramli on July 2nd, 2006

    Sudah dibiarkan mesej2 sampah itu pada masa dahulu supaya dapat difahami. Rasanya ada (dalam entry mana ntah), aku ada cakap time reply komen Syazwani (lebih kurang gini):

    “Cumanya dalam entry (berapa ntah) ada satu komen yang diira spamming yang aku rasa nak delete je. Tapi tatau la kot dia sebenarnya nak explain lebih lanjut lagi mengenainya”

    Tu dah bagi hint yg seni. Tapi masih tak reti bahasa jugak. Jadi hint dikurangkan darjah kehalusan dan kesenianya, ditegaskan beberapa kali di dalam komen2 entry yang lain.

    Dah dikurangkan taraf kesenian dan kehalusan pun masih tak reti bahasa jugak, sebagaimana yg ko kata - rotan je laaa..

  3.   Sayuti on July 4th, 2006

    Setelah bertapa ‘guruyahyaguruyahyaguruyahya’, akhirnya aku amik keputusan tulis komen nih.

    Sebenarnya manusia toksid itu tak rasa malu pon, cuma terkilan dan sedih jugaklah sikit sebab selama ni dia ingat tuan blog paham. (Dia ngadu kat aku la, aku pon dah lupa sape ntah manusia toksid tu)

    tapi, kita kena sentiasa happy, dan jangan lah berputus asa.

    Pada pandangan aku, mungkin kerana kau bertanya dengan hint yang seni, lalu dijawab dengan hint yang berseni juga oleh manusia toksid tersebut. Tapi, dah kena delete la pulak. Kalau tak silap, komen yang dimaksudkan ialah pertanyaan ‘benarkah?’ dan kau jawab ‘entahlah’.

    Mari aku elaboratekan. ‘Benarkah?’ itu apakah itu fakta (perkara benar), apakah kau beriman dengan perkara itu (membenarkan) juga diizinkankah untuk diterima (benarkan?). Lalu, dijawab dengan ‘entahlah.’ yang lebih kepada penyerahan sendiri, atau kurang faham, atau ikut suka hatilah.

    jika bertanya ‘kenapa?’, lain pula maksudnya, sebab kau jugak pernah komen tentang Hallaj - kenapa masyarakat di zamannya tidak bertanya kenapa dia mengeluarkan statement sebegitu.

    kadang2, sesama kenalan kita bergurau. tapi, ada yang salah faham. lalu tercetuslah konflik.

    Bagi manusia toksid yang ingin cuba mengubah diri, agar dapat menghirup udara yg sama (supaya menjadi sa-udara), yg kemudiannya disalaherti, pada pandangan aku itu adalah salah satu cabaran kita dalam mencari ilmu dan pengertian. Ditakuti mungkin dia tak mahu lagi menghirup udara itu atau menjadi sa-udara.

    Cuma pada pandangan aku, yang mencetuskan tulisan dan killing spree ini bukan komen ‘aku dah lama tau jawapan teka teki tu’, tapi nafsu yang tercabar akibat komen tersebut, lalu dikatakan menjatuhkan maruah dan kurang ajar. Mungkin juga sebab cara penyampaian yang merendah2kan pembaca.

    Manusia toksid itu mungkin lepas ni tak singgah dah atas TANAH AWAM yang terbinanya sebuah rumah nih, sebab takut pemilik rumah tu terkena sisa toksid yang tak best tu. Tapi, kalu kat US, toksid2 ni leh tukar orang biasa jadi superhero, kalau la orang tu survive.

    Sorilah, tak dapat nak lengkapkan tafsiran untuk entri no tiga.

    Untuk entri no 33, kisah saidina ali yang ditanya soalan yang sama boleh rasanya dijadikan pedoman.

    Itu sajalah pandangan aku. moga lepas ini bebaslah blog ko dari manusia toksid.

    (^_^)Y peace~

    p/s: kot2 rasa komen ni mempunyai 5 ciri di atas, komen dan editlah suka hati. kot2 mmg ko memancing komen ini, ko memang pemancing pon. dan kot2 la kau dah memang expect pon komen ni… yalah, kau hebatlah. haha.

  4.   Adi Ramli on July 5th, 2006

    “This is Constantine.. John Constantine.. Asshole..!!”
    (John Constantine dlm filem Constantine)

    Terima kasih untuk Sayuti atas komen yang berisi dan huraian2 mengenai tindakan orang tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, Encik Sayuti ini adalah antara orang2 yang tahu bagaimana modus operandi “Pemancing Neraka”. Kepakarannya dalam bidang pengetahuan tersebut ternyata amat hebat dan berguna sekali.

    Apa pengajaran yang dapat diperoleh di sini? Kadangkala, kita tak boleh bersifat neutral sepanjang masa (mcm Papa Midnite). Ada kalanya, untuk kita mencungkil sesuatu yg ekstrim ke arah sesuatu perkara, kita sendiri kena mengasak dan seolah2 menjadi orang yg ekstrim ke arah yg berlawanan. (Grapeviners faham rasanya..). Kalau yg pernah ikut thread FALSAFAH NERAKA dalam GV dulu, sure tau makna dan aplikasinya.

    Konsep tu, ada org pernah kasitau aku dulu. Dan kemudiannya ditahkik oleh sebuah filem: CONSTANTINE. Kat part mana? Kat part dia nak mintak Tuhan ampunkan dosa Balthazar supaya setan tu masuk syurga. Hahahahahah!!
    “A demon in heaven.. That sure is interesting..”

    Satu lagi ilmu dalam cerita tu ialah sebab kenapa Gabriel nak kasi Mammon masuk dan takluk dunia manusia. Teorinya ialah, “kemuliaan seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila dia berada di dalam penderitaan dan saat2 genting”. Dengan kata lainnya, bila diasak, barulah jelas, barulah kita memahami, dan barulah maklumat yg diingini diperoleh.

    Walau bagaimanapun, kalau semata2 untuk jadi superhero, aku tak nak langsung amek risiko kena simbah dengan sisa toksid. Banyak lg cara lain yg selamat utk jadi superhero - mcm Batman atau Robin. Kalau ada yg kat sini sanggup nak berendam dlm toksid, aku tatau la.

    Sama ada manusia toksid yg dimaksudkan itu nak singgah sini atau tak, tu lantak dialah. Tapi kalau nak singgah, singgahlah dlm keadaan dah sembuh dari racun dan pancaran radiasi toksid yg berbahaya tu.

    Tak semua benda mudah ditapis mcm teh dan kopi. Untuk tapis santan, kelapa parut perlu diperah dan diasak, baru keluarnya santan.

    Sekian..

Leave a Reply

You must be