33) FILTER (Part 1): The Desired and The Unwanted.
The Legacy (Part 2) akan disambung pada hari yg lain. Sekarang ni otak aku tgh recall balik beberapa perkara. Bila dibelek2 semula komen2 orang kat blog aku ni, aku terbaca balik komen dari Azman pasal “tapis kopi” pada Entry 20.
.
.
Bila baca balik, ia mengingatkan aku tentang satu perkara mengenai konsep “menapis”. Dalam kehidupan seharian kita sendiri, tanpa kita sedari, kita dah set lapisan orang2 yg bergaul dengan kita. Hanya orang yang menepati standard tapisan yg kita tetapkan itulah yg akan rapat dengan kita.
.
.
Sebagaimana orang2 tua kalau kat kampung2, setiap tetamu yang datang ke rumah itu ada limit mereka. Limit itu bergantung kepada status mereka. Ada tetamu yg bila sampai ke rumah, hadnya hanya di pintu pagar sahaja. Tidak boleh lebih dari itu. Kalau tuan rumah nak jumpa pun, dia akan kata:
.
“Oh.. Tunggu kejap.. Saya ke sana..”
.
.
Sanggup bersusah-payah turun rumah, sarung selipar, dan berjalan ke pintu pagar, daripada membenarkan tetamu itu masuk ke halaman. Kemudian, perbualan pun di pagar sahaja tanpa perlu menjemput tetamu itu ke dalam. Lagi hebat, kalau nak kaver, diajak keluar. “Tak syok la sembang sini, kita cerita kat warung Pak Mat je laa jom..”
.
.
Ada tetamu yg dibenarkan masuk ke halaman. Dan borak pun kat halaman rumah je la. Tetamu dipelawa masuk, tapi tak dipelawa duduk. Apatah lagi nak pelawa makan. Mana sesuai makan berdiri. Ye tak? Tujuannya adalah supaya conversation cepat habis, dan dia cepat balik.
.
.
Ada tetamu pula yg kita kasi limit dia sampai ke beranda rumah. Maka duduklah berborak kat beranda rumah. Dan alang2 dah duduk, minuman dan makanan ringan je la yg dihidangkan. Stok jenis biskut2, keropok2, goreng pisang atau kopi/teh.
.
.
Berbanding beranda rumah yg tak berapa selesa, tetamu yg lebih khusus (atau lebih dihormati) akan dipelawa masuk sampai ke ruang tamu. Maka duduklah tetamu di ruang tamu. Untuk ranking dalam rumah tamu plak, bergantung kepada makanan. Ranking rendah, kasi je la makanan ringan macam makanan kat beranda. Bezanya cuma tempat duduk je yg lebih selesa. Tetamu yg makam yg tinggi skit, dijemput makan tgh hari atau dinner bersama2 dengan keluarga tuan rumah. Makam yg lagi tinggi pula, dipelawa tidur di rumah tuan rumah.
.
.
Dalam erti kata lain, semakin tetamu itu dimuliakan, semakin tetamu itu dihormati, tuan rumah akan memberikan layanan, kemudahan, dan keselesaan yg lebih hebat kepada tetamu tersebut. Malah semakin mulia makam tetamu, maka tetamu itulah yg sangat dinanti2kan untuk menziarah rumahnya.
.
.
Memang tidak dinafikan kita kena memuliakan tetamu. Muliakan tetamu semulia2 yang boleh. Tetapi adakah bermaksud kita melayan tetamu sama je semua? Adakah kita kena pukul sama rata je semua? Belum tentu.. Kalau semua tetamu kita pukul sama rata je, sepatutnya dalam majlis keramaian biasa, tetamu kehormat kita layan biasa je mcm tetamu yg lain. Tetapi kenapa tidak berbuat sedemikian? Kenapa tetamu kehormat layanannya lain? Kenapa tempat duduk dan tempat makannya pun lain?
.
.
Maka makna memuliakan tetamu di sini ialah memuliakannya berdasarkan rankingnya. Jika dia jenis yang tidak boleh dipercayai, yang dirasakan akan merosakkan keluarga kita, baik dok luar je, tak payah kasi masuk. Ye tak? Kalau tetamu tu memang sgt beradab dan kita berkenan sungguh kat dia, dan harap2 untuk dia jadi menantu kita, baik jemput dia masuk, kot2 manalah tau dia berkenan kat anak kita.
.
.
Maka begitulah yg dikatakan kita sendiri yg menapis orang2 yg bergaul dengan kita. Dan tahap paling tinggi seorang tetamu ialah yg dimuliakan hingga kita benarkan untuk tidur sebilik, sebantal malah se’tubuh’ dengan kita. Bermakna, tetamu yg sebegini dia mempunyai “unlimited access” dengan kita.
.
.
Kalau itu dalam bab melayan tetamu, maka begitu jugalah dalam bab menuntut ilmu. Kadang2, pelik juga bila melihat certain2 guru akan menjawab pertanyaan penuntutnya dengan ringkas tanpa penjelasan. Tetapi bila ditanya soalan yg sama pada ketika yang lain, oleh anak murid yang lain, dia jawab panjang lebar siap explanation dan contoh2 skali. Malah jawapan itu diberikan selengkap2nya.
.
.
Ada banyak kemungkinan. Mungkin dari cara bertanya itu sendiri yg menyebabkan si guru memberikan jenis jawapan yg sesuai. Jika pertanyaan itu untuk menguji (atau sekadar provokasi), buat apa nak kasi dia uji? Baik kasi jawapan mengarut je supaya dia tak dapat nak uji. Ye tak? Kalau pertanyaan itu memang saja ditanya untuk tunjuk bahawa yg bertanya tu tau, sekadar nak tunjuk pandai, jawab je la cara bodo2 je supaya dia cepat blah. Tapi kalau yg bertanya itu mmg untuk belajar, untuk tahu, maka jawapan yg diberi itu pastinya selengkap2 jawapan.
.
.
Mungkin pula pada sudut adab bertanya. Kalau cara tanya dgn cara kurang ajar, takyah jawab je. Kalau tanya dgn cara mcm sial, nak memalukan orang yang ditanya itu di khalayak ramai, jawapan pun mcm sial la yg akan diperoleh. Kalau tanya dgn cara lembut, jawapan pun diterima dengan cara lembut. Tetapi kalau ditanya dengan beradab dalam keadaan pandai menyusun perkataan, maka jawapan yg diperoleh pastinya berbeza dengan yg lain.
.
.
Jadi adakah bermaksud kita kena pukul sama rata melayan karenah orang? Adakah bermaksud kita memuliakan orang dengan cara yang sama sepanjang masa tanpa mengira kedudukan dan statusnya? Mana boleh!! Hatta Nabi sendiri pun melayan orang dengan cara yg berbeza.
.
.
Kita selalu baca hadis2 Nabi. Tetapi pernah tak kita fikir mengenai orang yang bertanya kepada Nabi itu sendiri? Pernahkah kita memikirkan bagaimanakah characteristic yg mungkin ada pada orang yg bertanya itu? Itulah yg jarang orang nak ambil tau. Maka atas sebab itulah semua orang layan sama rata je dengan semua orang dengan alasan “Dah aku ikut hadis Nabi..”.
.
.
Walhal sebenarnya bukan seperti itu. Sebagai contoh, cuba listkan adab2 tidur sebagaimana yg kita tau dan sebagaimana yg pernah diberitahu oleh Nabi. Kalau di listkan, ia adalah sebagaimana berikut:
.
1) Berwuduk sblm tidur.
2) Solat sunat Taubat.
3) Baca surah Al-Mulk.
4) Kibas tempat tidur.
5) Baca 4 Qul.
6) Baca Ayat Kursi.
7) Baca doa tidur.
Baca fatihah.
9) Zkir la apa2 yg boleh dizikirkan.
10) Muhasabah diri sblm tidur.
11) Mengucap.
12) Doa yg dah dibaca tu, lepas tangan sapu kat muka, sapu seluruh badan.
13) Macam2 lagi yang tak dilistkan kat sini.
.
.
Cuba fikir secara logik. Larat ke nak buat tu semua? I mean, SEMUANYA setiap malam sebelum masuk tidur. Tu kalau yg bujang, kalau yg dah ada bini plak mcm mana? Dah penat meronjang bini, larat ke nak buat tu semua? Aku yakin, kalau cutting jenis mcm kita ni, jangan harap la nak lengkap semua tu.
.
.
Maka persoalan yg perlu kita fikirkan ialah, adakah kesemua adab2 itu dikeluarkan dalam satu hadis sahaja, atau adakah ia adalah himpunan dari beberapa hadis? Sama juga mcm “amalan2 yg terbaik”. Adakah amalan yg terbaik itu semuanya dalam satu hadis yg sama, atau dalam hadis yg berlainan?
.
.
Bila ada orang tanya, “Ya Rasulullah, apakah amalan yg terbaik?”. Nabi jawab, “Berjuang di jalan Allah”. Dalam hadis lain, orang lain tanya soalan yg sama, tapi jawapannya lain plak. So mcm mana tu? Adakah bermakna kita kena ikut semua tu? Jadi apakah amalan yang terbaik?
.
.
Kat sini la majoriti orang2 kita ni tak nampak. Kita hanya nampak pada “amalan”, tetapi kitat ak mau ambil kira bagaimana orang yg bertanya itu sendiri. Pastinya Nabi ada sebab kenapa dia bagi jawapan yg sedemikian. Pastinya ada sebab kenapa Nabi kasi jawapan yg berbeza pada soalan yg sama, kepada orang yg berlainan.
.
.
Contoh mudah, bila ada sorang jenis barbaric yg bersemangat gila2, yg dalam kepala otaknya tak fikir benda lain melainkan nak pukul orang, siap armor dan pedang semua tu, bila tanya Nabi apakah amalan terbaik, takkan Nabi nak jawab, “Amalan terbaik utk ko ialah ko balik rumah pi baca Quran”. Down la mamat tu.. Sebab minat dia ialah pukul orang. Tapi kalau Nabi jawab “Yg terbaik ialah ko berjuang di jalan Allah, menentang musuh Allah, dan dimuliakan dengan ganjaran mati syahid”, tak ke lagi bersemangat mamat tu?
.
.
Korang tak rasa down ke kalau tetiba hero yg macho, hebat, bergaya dan keras mcm Pendekar Laut atau Penjejak Awan tetiba character yg sama itu berubah perangainya jadi mcm Teletubbies atau Barney dinoso kundang tuh? Tak kena beb.. Kita yg tgk pun rasa down, yg buat tu lagi la rasa down gegila.
.
.
Maka mcm itulah dalam kita mengamalkan amalan2. Mcm adab tidur tadi, kalau orang yg jenis kepala landing je kat bantal, 10 saat lepas tu terus lelap, mana larat nak baca surah Al-Mulk, apatah lagi nak solat Taubat. Maka yg paling sempat dia nak buat ialah baca doa yg ringkas2 je la. Kalau orang yg jenis dah baring, pastu stengah jam baru boleh lelap, maka banyak la yg dia boleh buat.
.
.
Maknanya kat sini ialah setiap apa yg dilakukan itu, selagi mana ia sesuai dengan diri, sesuai dengan kapasiti diri, maka itulah amalan yg terbaik untuk diri kita. Dengan kata lain, amalan yg terbaik setiap individu itu berbeza kerana kapasiti diri masing2 itu berbeza. Itu sebenarnya yang nak disampaikan yang kita tak berapa nak nampak dan faham.
.
.
Ada sorang mamat ni, dia tulis lebih kurang mcm ni kat blog dia:
“Kenapa kita nak ikut cara mati syahidnya Hamzah, bukan sebagaimana cara wafatnya Rasulullah?”
.
.
Bukan bermakna dia nak melaga2kan antara sahabat dengan Nabi. Sesapa yg dah baca Entry 17 (pasal mati) sure tau apa yg dimaksudkannya. Dan dia dibalas dengan komen yg lebih kurang begini:
“Mana boleh mcm tu. Tak elok melaga2kan antara Nabi dengan sahabat. Nabi sendiri dah kata yg mati syahid tu banyak kelebihannya”.
.
.
Pada aku, dedua tak salah. Dedua betul. Cumanya, kalau mati syahid itulah yg utama, bukankah ada hadis pasal Nabi suruh sorang mamat ni balik jaga mak bapak dia, daripada pergi perang? Maka mana yg lagi utama? Mati syahid ke, jaga mak bapak? Dan bukankah sunnah cara nabi mati bukannya mati syahid? Jadi mana yg lagi utama? Ikut sunnah nabi ke, atau mati syahid?
.
.
Lantaklah.. Pepandai la pikir sendiri. Ikut kecenderungan, minat dan kapasiti diri masing2. Maka utk menjawab persoalan2 tu, kena berbalik semula kepada bab “tapis” tadi. Mana yg sesuai dengan tuan rumah, itulah yg sepatutnya dipilih mengikut kesesuaian tuan rumah.
.
.
To be continued..
ahaha, mcm deja vu lak baca entry kali ni. dah dibincangkan secara live sambil makan kfc hari tu. tp entry ni ada penambahan sket la bab filter tu, tak sempat borak bab filter time tu. kita ni pun actually dlm tak sedar, kita mmg apply filter tu dlm kehidupan seharian. tp jarang kita sedar kita dah classify org mengikut priority yg kita suka. dan membawa kpd persoalan, adakah kita mengamalkan diskriminasi? bukankah lg elok melayan setiap orang sama rata, hehe. dan jika semua manusia adalah sama, yg membezakan hanyalah iman dan takwa, adakah itu juga diskriminasi? maknanya islam geng ngan islam jek, yg lelain takyah geng.
saje tanye kat ko soalan ni, sbb jawapan ko bukan dari satu point of view. maybe ada benda yg bleh dipelajari
aku pernah terfikir bende ni dulu mase kat U…masa abg mat treat org2 yg datang..dan cara me njawab die lain dr yg lain…hem..banyak kene belajar lg ni..
Sama la juga dlm kita berkawan….
Ada yg rapat sampai kita ajak dia makan dan bermalam di rumah kita…
Ada yg setakat makan2 shj…
Dan ada juga setakat sms 2-3 bulan sekali…
Ada juga yg kawan2 bila sms kat kita..kita buat donno jek…
Ada juga kawan2 yg kita sentiasa tertunggu2 sms dia…
Bila difikirkan semula..
Kadang2 kita perlu berbuat demikian…
Tidak boleh melayan semua orang dgn sama shj setiap masa…
Dan kene fikirkan sejauh mana hubungan kita dgn dia dan apakah kepentingan dia atau kita dlm hubungan tersebut…
Mungkin kita berhubung disebabkan aktiviti yg berlaku dalam kehidupan kita sama dan menyebabkan kita boleh berbincang, bertukar pendapat, bermuhasabah malah meminta pertolongan…..
Just nak tanya pendapat kau Adi…
Apa yang paling kau risaukan sehingga kita perlu menapis orang (tetamu, kawan) dalam kehidupan seharian kita?
Kenalan itu ramai. Kawan itu banyak. Rakan itu kurang. Sahabat itu sedikit. Sa-udara itu sebilangan.
Faisal Esa:
Apa yang aku risau..? Hmmm.. Risau jika tak ditapis, orang tersebut akan merugikan dan memudaratkan hidup aku. Lebih parah, jika ada kesan jangkamasa panjag yg berterusan sampai ke generasi akan datang.. Itu pada pandangan aku la.. Lain orang, lain versi..
akhirnya br aku dpt melayari internet setelah sekian lama..muahahaha..hmm..ckp pasal filter nih mmg aku rase penting sgt kite pasang filter utk diri kita..dr situ br la dpt tgk yg mane lawan, kawan, sahabat, dan sa-udara…dan untuk mendapatkan sa-udara tu amatlah payah..betul kata azman dlm komen kt atas…rindu plak aku nk duduk sembang2 ngn ko adi…lg2 bab jordan capri, stacey bride dan rakan2 yg lain..muahahahha
Nice Site layout for your blog. I am looking forward to reading more from you.