June, 2006

34) FILTER (Part 2): Know Your Place! (Manusia Toksid dan Manusia Lebah).

Kasim_selamat

Maka begitulah juga dengan situasi blog. Pembaca berhak menapis segala maklumat yg disampaikan oleh penulis. Sama ada nak menerima atau tidak, itu masing2 punya hal. Kalau suka, gunakanlah ia sebaik2nya. Kalau tak suka, tekan je butang “X” kat hujung atas kanan monitor tu.

.

.

Dan tuan punya blog pula berhak untuk menapis segala hasil penulisannya. Termasuklah juga segala komen2 dari pembaca. Kenapa? Kerana pemilik blog itu sendiri yg tahu hasil yg mcm mana yg diingini di dalam blognya. Pemilik blog itu sendiri yg set nak pakai tapis jenis apa. Tapis biasa? Tapis mamak yg mcm stokin tu? Atau filter paper kat lab sana tu? Itu dia punya hal.

.

.

Dan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam entry yg lepas, adab juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan seseorang (sama ada komennya boleh diterima dan dipublish di dalam blog, atau ditapis keluar - deleted). Dengan kata lain, tuan rumah berhak menghalau keluar mana2 tetamu yang boleh menjahanamkan institusi kekeluargaannya.

.

.

Jika komen2 yang ditulis itu menunjukkan:

1)      Sifat tidak beradab atau yang kurang ajar.

2)      Yang memusnahkan mood pembaca lain.

3)      Yang menjatuhkan maruah tuan rumah.

4)      Yang merendah2kan kredibiliti si tuan rumah.

5)      Yang bersifat ingin mendominasi kawasan tuan rumah sedangkan orang tersebut hanyalah kategori tetamu di luar pagar.

Manusia toksid yang sebeginilah yang seharusnya dihambat keluar dari blog ini with no mercy.

.

.

Salah satu contoh: Aku terkejut betul dengan satu komen manusia toksid untuk Entry 31 (yg ada teka-teki tu). Takpe, komen tu aku dah delete, jadi manusia toksid yg menulis tu tak perlu rasa malu sbb bukti dah takde. Jadi nama manusia toksid yg dimaksudkan itu pun takde. Lagipun aku tunggu beberapa hari selepas delete komen tu supaya orang tak tau pun yg benda tu ada. Hahahahah!! Komen itu lebih kurang begini:

“Aku dah lama tau dah jawapan teka-teki tu”

.

.

Pedulik la kalau dia dah tau jawapannya lebih dahulu sebelum entry tersebut ditulis. Persoalannya, ada ke aku tanya dalam entry tuh “Siapa yg dah tau jawapan teka-teki tu”? Kedua, apakah sebenarnya yang dia nak sampaikan dalam komen yg sebegitu? Adakah nak tunjuk yg diri dia itu lebih bagus daripada orang lain yg masih terkial2 nak mencari jawapan? Atau adakah nak tunjuk yg diri itu lebih up to date dan lebih mengetahui daripada orang lain? Ataupun adakah nak tunjuk lagak, sombong dan bongkak? Entahlah.. Jawapannya pada diri dia, bukan aku. Tapi itulah intrepretasi yg terhasil daripada komennya.

.

.

Wtf

Cuba imagine, kalau kita pergi ke satu majlis, contoh mudahnya kelas di sekolah. Cikgu tgh bercakap kat depan kelas. Habis bercakap, ada sesi soal jawab, ada student bangun dan cakap, “Sebenarnya apa yg cikgu cakap tadi tu, dah lama saya tau..”. Apa perasaan korang kalau ada dalam situasi tu? Dan apa perasaan cikgu tersebut? Cikgu mungkin boleh rilek lg, buat cool je. Tapi student lain lak mcm mana? Paling koman pun, pasti akan kata “What the fuck..? Apa biadab gila manusia toksid nih..”. Maka di mana adab sopan kalau mcm tu?

.

.

Selama 6 tahun setengah aku kat UTP, selalunya bila ada geng2 senior (Atau geng2 junior. Eheheheh.. - Extenders) yg nak grad minum2 dengan sorang pakcik ni, aku duduk la menumpang minum skali. Dan setiap tahun, itulah benda yg diulang kepada budak2 yg nak grad. Sampalah time aku nak keluar UTP ni, sikit pun aku tak pernah2 menyampuk “Pakcik, benda ni saya dah lama tau dah sbb pakcik dah kasi tau setiap tahun, benda yg sama, berulang2..” .

.

.

Kenapa? Yg ni korang pi la tanya geng2 The Others tuh. Walaupun tak berapa berkenan kat deme, tapi bab ni aku sgt respek kat deme, sebab pada deme, walaupun benda yg sama pernah didengar, walaupun berulang2, mereka anggap ia sebagai satu “peringatan”. Hatta dalam majlis usrah masa aku kat skolah menengah pun, walaupun hadis2 yg dibaca tu sama je sampai naik muak, sekor pun tak pernah bangun cakap “Alaaa.. Hadis ni lagi, muak aku aih.. Dah lama aku tau hadis tuh..” semata2 sebab nak jaga adab. Hatta kalau balik ke bilik pun, takde pun kawan2 aku yg cakap kat belakang2 “Benda tu dah lama dah aku dengar..”. (Yaa.. Walaupun kami adalah hasil gagal sekolah agama, at least masih jaga adab!!).

.

.

Sampaikan kalau time berteka-teki (secara publik) dalam bilik pun, yg dah tau jawapan hanya akan diam je supaya jaga adab dengan member yg lain supaya tak spoil mood conversation mereka yg bertanya soalan dgn yg masih tak tau jawapan tadi. Kalau teka-teki tu berulang dan pusing balik pada org yg sama pun (kalau ditanya secara individu), dijawab dgn slow:

“Soalan yg ko tanya tu, yg jawapannya yg mcm ini ke..?”

.

.

Maka pempaham la org yg bertanya tu bahawa org yg ditanya tu dah tau jawapan. Dan yg ditanya tu plak menjawab dalam keadaan yg sgt sopan tanpa nak menjatuhkan maruah yg bertanya. Perkara yg menarik dalam berteka-teki itu bukan pada jawapannya, tetapi pada cara orang yg ditanya tu berfikir untuk mencari jawapannya. Sebab tu kawan2 aku dulu takde nak ganggu. Takde nak interrupt orang2 yg berteka-teki ni. Dan itulah yg aku respek kat deme walaupun perangai kadang2 mcm sial jugak.

.

.

Sang_kancil_dengan_monyet

Jadi, teka-teki tu kalau dah tau, takleh ke nak diam? Takde orang nak kata diri tu bodoh pun kalau diam. Takleh ke menganggap (mcm geng2 The Others) sebagai satu peringatan? Sebab target soalan itu ditanya adalah utk mereka yg masih tak tau, bukan utk yg dah tau.

.

.

Sayang sekali, kalau komen kat blog ni boleh set mcm nak approvekan testimonial, aku set je mcm tu. Selagi tak approve, selagi tu la komen2 tak published dlm blog. Lagi bagus, kalau dapat block je annoying fucker manusia toksid yg tak diingini. Kenapa? Supaya manusia toksid tu tak jadi bangang sampai nak memalukan diri sendiri pada pembaca lain hingga menunjukkan yg diri tu kurang adab.

.

.

Komen itulah sebenarnya yg menjadi pencetus sebab untuk aku mula “purify” blog aku daripada apa yang dikatakan sebagai “mesej sampah” (istilah yg diberikan oleh Cikgu R ketika di dalam sidang suatu masa dahulu). Maka banyaklah yg di’delete’. Memang cleaning spree!! (Baca dengan suara gema ‘killing spree’ dlm DotA). Tak sangka pula aku, ada banyak mesej sampah dalam blog ni.

.

.

Kalau jenis sampah yg boleh dikitar semula, takpelah juga. Ada tu memang ada yg boleh dikitar semula – aku edit bahasanya menjadi lebih sopan. Tapi sedikit. Banyak rupanya sampah yang tak boleh dikitar semula (sampah toksid) yang membuatkan aku tiada pilihan lain – purge it or just send it to flare: delete terus.

.

.

Pada asalnya, ingin dibiarkan sahaja komen2 tersebut supaya menjadi contoh “Sampah2 toksid seperti inilah yang aku tak mau kat sini”. Tetapi setelah difikir2, dipertimbangkan kesan untuk jangkamasa pendek dan panjang, keputusan telah dibuat oleh pihak DBBA (Dewan Bandaraya Blog Adi – atau dengan sebutan ringkasnye: D’be. Hahahah!! Mcm familiar je nama nih. Wahahahah!!). Keputusannya:

“The sampah is very toxic and must be eliminated”.

.

.

Apa yang membuatkan aku berfikir ialah, apakah tujuan sebenar manusia toksid tersebut menulis komen2 sampah pada blog aku yang tak seberapa dan tak femes ni? Adakah sebagai satu teguran? Bukankah lebih mudah jika menegur dengan menghantar private mesej atau email? Lebih private, lebih mudah untuk cakap apa yang terbuku di hati, lebih senang cakap tanpa cover kerana tidak menjatuhkan maruah orang di khalayak ramai. Ada sahabat2 aku yg tegur dengan hantar email. Ada yg pakai Friendster’s private message. Malah ada orang yang call pakai hp kasi teguran mintak ubah mana2 isi yg salah. Bukankah itu lebih bagus?

.

.

Atau adakah komen2 sampah di blog aku ni adalah sbg satu provokasi supaya aku terpengaruh dan sepatutnya membuatkan aku membalas komen pula di blog manusia toksid tersebut supaya dia pula yg ada kuasa untuk menghentam aku di sana kerana dia adalah tuan rumah (dan seterusnya menjadikan aku pula sebagai manusia toksid – penjangkitan toksid)? Mungkinkah komen sampah itu sebenarnya sebagai satu promosi murahan untuk meraih populariti supaya pembaca lain berfikir, “Siapa la plak manusia toksid ni?”, lalu menyiasat dan mencari blognya? Atau mungkinkah ia sebagai satu strategi untuk suruh aku baca blog dia (yang mana memang aku malas nak baca pun)?

.

.

Atau mungkinkah manusia toksid tersebut jeles kerana blog aku ni walaupun tak femes dan tak ramai yg membaca, tapi lagi best dari blog dia? (Terperasan plak.. Wahahahah!!). Kalau sebab yg ni, takleh nak buat apa2 la. Orang yg hebat mmg mcm tu. Apa2 yg dibuat pasti lebih outstanding daripada orang lain. (Sila baca statement yg diboldkan tersebut sebagaimana nada seorang pengetua hebat). Kah! Kah! Kah!

.

.

Membanteras_manusia_toksid

Aku pedulik hape semua tu. Lantaklah.. Cumanya, untuk jenis2 manusia toksid yg sedemikian (sama ada yg telah pun ada, atau yg bercita2 nak menjadi bakal manusia toksid di blog aku ni), aku hanya nak kasi satu peringatan. Please remember this:

“Ayam berkokok menandakan hari nak siang. Kalau hari dah siang, masih tak henti2 berkokok, orang baling je dengan selipar. Dah kena baling dgn selipar, pun masih tak reti2 nak berhenti jugak, last2 orang tangkap sembelih je. Tapi kalau ayam tak berkokok pun, hari tetap siang jugak bukan? Matahari tetap juga terbit walaupun ayam tak berkokok.”

.

.

And also (untuk kali yang ke berapa ntah) remember this:

THIS IS MY HOUSE!!

.

.

And this too:

KNOW YOUR PLACE BEFORE YOU ENTER SOMEONE ELSE’S HOUSE!!

.

.

Unlimited_access_guest

Know your place first. Sama ada taraf tetamu luar pagar? Tetamu halaman? Tetamu beranda? Tetamu ruang tamu? Tetamu yang boleh bermalam? Atau tetamu yang ada unlimited access? Atau adakah mungkin kategori tetamu yang memang tak mau dijemput datang ke rumah langsung (manusia toksid)? Itu pepandai la fikir sendiri.

.

.

Jika taraf itu hanya sekadar tetamu luar pagar (terutama sekali taraf manusia toksid), janganlah berlagak seperti tetamu yg ada unlimited access. Kalau berlaku sedemikian, either itu dipanggil syok sendiri, atau penceroboh. Mengapa? Apabila orang yang kita tak kenali masuk ke rumah kita tanpa izin (kalau dibenarkan masuk pun, dia buat sial), bukankah kategori penceroboh yang selalu berbuat sedemikian adalah perompak atau perogol?

.

.

Daripada menulis perkara yg annoying (mesej sampah), kalau tak tulis apa2 pun, takde orang nak kata yg diri tu bodoh. Aku bukannya orang yg nak mengejar kemasyhuran. Takde orang komen pun sebenarnya aku tak kisah sebab tujuan utama aku menulis ni bukan untuk orang ramai..

.

.

Tapi kalau komen yg diberi itu jenis2 bermakna dan merupakan penambahan ilmu kepada isi entry (jenis2 mcm komen Azman, Syazwani, Fir, Kimi, atau yg seangkatan dengan mereka) itulah tetamu yg sangat2 dinanti, yg sangat2 dialu2kan, yg kalau boleh nak kasi bermalam je di rumah (dalam konteks ni, “bermalam di rumah” itu bermaksud, “memberi kebenaran utnkuk kasi komen yg bermakna secara konsisten di dalam blog ini”). Dengan kata lain, jenis ini adalah jenis manusia lebah. Ke mana pergi, pasti meninggalkan madu yg manis. Bukan toksid yg mencemarkan.

.

.

Tapi bukannya bermaksud dalam dunia blog Adi Ramli ini, orang yg tarafnya di luar pagar takleh nak naik darjat. (Tapi kalau orang luar pagar tu masih tak berubah2, still masih kasi komen2 yang bercirikan annoying fucker manusia toksid, memang jgn harap la nak pelawa masuk, apatah lagi nak lepas pagar..). Ada caranya untuk lepas pagar.. Sebagaimana kalau tetamu tu hanya tarafnya di luar pagar, cara untuk dia menembusi pagar ialah dengan..? Dengan membawa makanan atau hadiah untuk tuan rumah. Lagi hebat makanan, lagi hebat dia dapat layanan.

.

.

Ufti

Orang yg bawak goreng pisang atau laici je, tarafnya dari pagar hanya sekadar sampai ke beranda. Orang yg bawak pizza, KFC atau yg heavy2, tarafnya boleh sampai ke ruang tamu. Tapi orang yg bawak hantaran dan mas kahwin utk kenduri, tarafnya boleh sampai ke dalam bilik tidur.

.

.

Maka begitulah juga dengan komen dalam blog (valid untuk dalam blog Adi Ramli sahaja. Blog lain, ikut tuan rumah dia laa..). Kalau komen yg bercirikan manusia toksid, baik delete je. Buat menyemak mata je. Kalau ada point skit, boleh la layan skit setakat kat beranda. Kalau lagi hebat pointnya, yg tu akan dilayan betul2 malah dihargai sepenuhnya.

.

.

Apa korang ingat aku je ke yg ada unlimited access kat blog aku ni? Ada orang lain lagi yg ada unlimited access kat sini. Dengan hanya satu call, dia boleh suruh aku tukar isi dalam blog ni (kalau dia rasa kurang sesuai atau ada kesalahan). Jangan ingat hanya Adi Ramli sahaja yg ada di blog ini. Bersama Adi, di belakangnya ada Juara Tempur Pendekar Laut. Wahahahah!! (Tipu je tu.. Saja buat gimik. Kalau nak percaya, percaya laa.. Kalau tanak, lantaklah.. Bukan rukun iman pun..).

.

.

Wanted_poster

Memang tidak dinafikan, sifat keterbukaan dalam menerima komen orang lain itu memang bagus. Tapi bukan bermakna kita “buka” pintu rumah luas2 kasi masuk semua orang termasuk manusia toksid, perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah2 yg berpotensi untuk menjahanamkan institusi kekeluargaan kita sendiri. Ye tak? Kena tapis jugak siapa yg sepatutnya dibenarkan masuk, dan siapa yg patut dihambat keluar.

.

.

Adakah perbuatan aku menapis ini adalah tindakan yg prejudis? Adakah ia bersifat deskriminasi? Pada pandangan aku, dua perkataan tersebut hanyalah perkataan oleh seorang MANGSA yang tak mau terima hakikat bahawa diri sendiri yg salah, supaya dia dapat mempersalahkan orang yg tak suka mereka, kerana mereka tak boleh terima hakikat bahawa mereka tak berkeupayaan untuk impress orang tersebut.

.

.

Cuba fikir logik. Kenapa time kalah apa2 pertandingan, boleh plak fikir, “Ini semua salah aku. Aku yg bersalah sebab tak cukup training, maka memang selayaknya aku kalah”. Tapi kat blog ni, tak boleh plak fikir, “Aiseyman.. Memang patut la komen aku kena delete, memang patut aku kena hambat keluar, sebab memang salah aku tak tapis bahasa dan tak jaga sensitiviti orang lain.”

.

.

Katalah di akhirat nanti, ada orang yg dimasukkan ke dalam neraka, yang tak dapat syafaat. Adakah time tu nak kata bahawa Tuhan dan Nabi itu prejudis dan deskriminasi? Mana boleh! Kenapa pula? Sebab Dia dah utuskan rasul2, dah bagi kitab, dah tunjuk bukti kekuasaan, yang orang tu tak mau percaya siapa suruh? Tu salah sendiri la beb..

.

.

Mungkin sebab itulah dkatakan bahawa “Orang mu’min itu bila senang, happy. Bila susah pun happy”. Kenapa? Sebab dia tak blame sesiapa dan tak label sesiapa sbg prejudis dan deskriminasi. Pada mereka, semua yg berlaku itu berbalik kepada Dia dan DIRI sendiri.

.

.

So? Jika yang dipadamkan itu ialah komen anda, atau jika pada tahap yang lebih parah lagi (jika sebenarnya anda adalah manusia toksid yang nak dihambat keluar tu)? “Don’t wori.. Be hapi..!!” Gaya cakap Rhasta the Shadow Shaman - DotA). Banyak lagi blog orang lain untuk manusia toksid tersebut menyebarkan racun dan sampah toksidnya. Mungkin di blog ini sampah toksidnya tak berkesan, maka berusahalah bersungguh2 di blog orang lain ya? Semoga berjaya dalam perjuangan mentoksidkan blog orang lain.

.

.

Genjo_sanzo_tripitaka

Kesimpulannya, I have my own planning, objectives, visions and missions in my blog. Anyone who helps me to achieve those things, is an ally. Thus, will be treated kindly. But to anyone who disturbs, interrupts, contaminates, toxicates, deviates me from my purpose, or gets in my way, they will definitely be eliminated from this blog!! Savvy..?

.

.

Sekian, terima kasih..

33) FILTER (Part 1): The Desired and The Unwanted.

The Legacy (Part 2) akan disambung pada hari yg lain. Sekarang ni otak aku tgh recall balik beberapa perkara. Bila dibelek2 semula komen2 orang kat blog aku ni, aku terbaca balik komen dari Azman pasal “tapis kopi” pada Entry 20.

.

.

Bila baca balik, ia mengingatkan aku tentang satu perkara mengenai konsep “menapis”. Dalam kehidupan seharian kita sendiri, tanpa kita sedari, kita dah set lapisan orang2 yg bergaul dengan kita. Hanya orang yang menepati standard tapisan yg kita tetapkan itulah yg akan rapat dengan kita.

.

.

Sebagaimana orang2 tua kalau kat kampung2, setiap tetamu yang datang ke rumah itu ada limit mereka. Limit itu bergantung kepada status mereka. Ada tetamu yg bila sampai ke rumah, hadnya hanya di pintu pagar sahaja. Tidak boleh lebih dari itu. Kalau tuan rumah nak jumpa pun, dia akan kata:

.

“Oh.. Tunggu kejap.. Saya ke sana..”

.

.

Guu_jemputan Sanggup bersusah-payah turun rumah, sarung selipar, dan berjalan ke pintu pagar, daripada membenarkan tetamu itu masuk ke halaman. Kemudian, perbualan pun di pagar sahaja tanpa perlu menjemput tetamu itu ke dalam. Lagi hebat, kalau nak kaver, diajak keluar. “Tak syok la sembang sini, kita cerita kat warung Pak Mat je laa jom..”

.

.

Ada tetamu yg dibenarkan masuk ke halaman. Dan borak pun kat halaman rumah je la. Tetamu dipelawa masuk, tapi tak dipelawa duduk. Apatah lagi nak pelawa makan. Mana sesuai makan berdiri. Ye tak? Tujuannya adalah supaya conversation cepat habis, dan dia cepat balik.

.

.

Ada tetamu pula yg kita kasi limit dia sampai ke beranda rumah. Maka duduklah berborak kat beranda rumah. Dan alang2 dah duduk, minuman dan makanan ringan je la yg dihidangkan. Stok jenis biskut2, keropok2, goreng pisang atau kopi/teh.

.

.

Berbanding beranda rumah yg tak berapa selesa, tetamu yg lebih khusus (atau lebih dihormati) akan dipelawa masuk sampai ke ruang tamu. Maka duduklah tetamu di ruang tamu. Untuk ranking dalam rumah tamu plak, bergantung kepada makanan. Ranking rendah, kasi je la makanan ringan macam makanan kat beranda. Bezanya cuma tempat duduk je yg lebih selesa. Tetamu yg makam yg tinggi skit, dijemput makan tgh hari atau dinner bersama2 dengan keluarga tuan rumah. Makam yg lagi tinggi pula, dipelawa tidur di rumah tuan rumah.

.

.

Dalam erti kata lain, semakin tetamu itu dimuliakan, semakin tetamu itu dihormati, tuan rumah akan memberikan layanan, kemudahan, dan keselesaan yg lebih hebat kepada tetamu tersebut. Malah semakin mulia makam tetamu, maka tetamu itulah yg sangat dinanti2kan untuk menziarah rumahnya.

.

.

Memang tidak dinafikan kita kena memuliakan tetamu. Muliakan tetamu semulia2 yang boleh. Tetapi adakah bermaksud kita melayan tetamu sama je semua? Adakah kita kena pukul sama rata je semua? Belum tentu.. Kalau semua tetamu kita pukul sama rata je, sepatutnya dalam majlis keramaian biasa, tetamu kehormat kita layan biasa je mcm tetamu yg lain. Tetapi kenapa tidak berbuat sedemikian? Kenapa tetamu kehormat layanannya lain? Kenapa tempat duduk dan tempat makannya pun lain?

.

.

Maka makna memuliakan tetamu di sini ialah memuliakannya berdasarkan rankingnya. Jika dia jenis yang tidak boleh dipercayai, yang dirasakan akan merosakkan keluarga kita, baik dok luar je, tak payah kasi masuk. Ye tak? Kalau tetamu tu memang sgt beradab dan kita berkenan sungguh kat dia, dan harap2 untuk dia jadi menantu kita, baik jemput dia masuk, kot2 manalah tau dia berkenan kat anak kita.

.

.

Maka begitulah yg dikatakan kita sendiri yg menapis orang2 yg bergaul dengan kita. Dan tahap paling tinggi seorang tetamu ialah yg dimuliakan hingga kita benarkan untuk tidur sebilik, sebantal malah se’tubuh’ dengan kita. Bermakna, tetamu yg sebegini dia mempunyai “unlimited access” dengan kita.

.

.

Guu_teaching Kalau itu dalam bab melayan tetamu, maka begitu jugalah dalam bab menuntut ilmu. Kadang2, pelik juga bila melihat certain2 guru akan menjawab pertanyaan penuntutnya dengan ringkas tanpa penjelasan. Tetapi bila ditanya soalan yg sama pada ketika yang lain, oleh anak murid yang lain, dia jawab panjang lebar siap explanation dan contoh2 skali. Malah jawapan itu diberikan selengkap2nya.

.

.

Ada banyak kemungkinan. Mungkin dari cara bertanya itu sendiri yg menyebabkan si guru memberikan jenis jawapan yg sesuai. Jika pertanyaan itu untuk menguji (atau sekadar provokasi), buat apa nak kasi dia uji? Baik kasi jawapan mengarut je supaya dia tak dapat nak uji. Ye tak? Kalau pertanyaan itu memang saja ditanya untuk tunjuk bahawa yg bertanya tu tau, sekadar nak tunjuk pandai, jawab je la cara bodo2 je supaya dia cepat blah. Tapi kalau yg bertanya itu mmg untuk belajar, untuk tahu, maka jawapan yg diberi itu pastinya selengkap2 jawapan.

.

.

Mungkin pula pada sudut adab bertanya. Kalau cara tanya dgn cara kurang ajar, takyah jawab je. Kalau tanya dgn cara mcm sial, nak memalukan orang yang ditanya itu di khalayak ramai, jawapan pun mcm sial la yg akan diperoleh. Kalau tanya dgn cara lembut, jawapan pun diterima dengan cara lembut. Tetapi kalau ditanya dengan beradab dalam keadaan pandai menyusun perkataan, maka jawapan yg diperoleh pastinya berbeza dengan yg lain.

.

.

Jadi adakah bermaksud kita kena pukul sama rata melayan karenah orang? Adakah bermaksud kita memuliakan orang dengan cara yang sama sepanjang masa tanpa mengira kedudukan dan statusnya? Mana boleh!! Hatta Nabi sendiri pun melayan orang dengan cara yg berbeza.

.

.

Jew_1 Kita selalu baca hadis2 Nabi. Tetapi pernah tak kita fikir mengenai orang yang bertanya kepada Nabi itu sendiri? Pernahkah kita memikirkan bagaimanakah characteristic yg mungkin ada pada orang yg bertanya itu? Itulah yg jarang orang nak ambil tau. Maka atas sebab itulah semua orang layan sama rata je dengan semua orang dengan alasan “Dah aku ikut hadis Nabi..”.

.

.

Walhal sebenarnya bukan seperti itu. Sebagai contoh, cuba listkan adab2 tidur sebagaimana yg kita tau dan sebagaimana yg pernah diberitahu oleh Nabi. Kalau di listkan, ia adalah sebagaimana berikut:

.

1)      Berwuduk sblm tidur.

2)      Solat sunat Taubat.

3)      Baca surah Al-Mulk.

4)      Kibas tempat tidur.

5)      Baca 4 Qul.

6)      Baca Ayat Kursi.

7)      Baca doa tidur.

8)       Baca fatihah.

9)      Zkir la apa2 yg boleh dizikirkan.

10)  Muhasabah diri sblm tidur.

11)  Mengucap.

12)  Doa yg dah dibaca tu, lepas tangan sapu kat muka, sapu seluruh badan.

13)  Macam2 lagi yang tak dilistkan kat sini.

.

.

Cuba fikir secara logik. Larat ke nak buat tu semua? I mean, SEMUANYA setiap malam sebelum masuk tidur. Tu kalau yg bujang, kalau yg dah ada bini plak mcm mana? Dah penat meronjang bini, larat ke nak buat tu semua? Aku yakin, kalau cutting jenis mcm kita ni, jangan harap la nak lengkap semua tu.

.

.

Maka persoalan yg perlu kita fikirkan ialah, adakah kesemua adab2 itu dikeluarkan dalam satu hadis sahaja, atau adakah ia adalah himpunan dari beberapa hadis? Sama juga mcm “amalan2 yg terbaik”. Adakah amalan yg terbaik itu semuanya dalam satu hadis yg sama, atau dalam hadis yg berlainan?

.

.

Bila ada orang tanya, “Ya Rasulullah, apakah amalan yg terbaik?”. Nabi jawab, “Berjuang di jalan Allah”. Dalam hadis lain, orang lain tanya soalan yg sama, tapi jawapannya lain plak. So mcm mana tu? Adakah bermakna kita kena ikut semua tu? Jadi apakah amalan yang terbaik?

.

.

Kat sini la majoriti orang2 kita ni tak nampak. Kita hanya nampak pada “amalan”, tetapi kitat ak mau ambil kira bagaimana orang yg bertanya itu sendiri. Pastinya Nabi ada sebab kenapa dia bagi jawapan yg sedemikian. Pastinya ada sebab kenapa Nabi kasi jawapan yg berbeza pada soalan yg sama, kepada orang yg berlainan.

.

.

Contoh mudah, bila ada sorang jenis barbaric yg bersemangat gila2, yg dalam kepala otaknya tak fikir benda lain melainkan nak pukul orang, siap armor dan pedang semua tu, bila tanya Nabi apakah amalan terbaik, takkan Nabi nak jawab, “Amalan terbaik utk ko ialah ko balik rumah pi baca Quran”. Down la mamat tu.. Sebab minat dia ialah pukul orang. Tapi kalau Nabi jawab “Yg terbaik ialah ko berjuang di jalan Allah, menentang musuh Allah, dan dimuliakan dengan ganjaran mati syahid”, tak ke lagi bersemangat mamat tu?

.

.

Unbelievable Korang tak rasa down ke kalau tetiba hero yg macho, hebat, bergaya dan keras mcm Pendekar Laut atau Penjejak Awan tetiba character yg sama itu berubah perangainya jadi mcm Teletubbies atau Barney dinoso kundang tuh? Tak kena beb.. Kita yg tgk pun rasa down, yg buat tu lagi la rasa down gegila.

.

.

Maka mcm itulah dalam kita mengamalkan amalan2. Mcm adab tidur tadi, kalau orang yg jenis kepala landing je kat bantal, 10 saat lepas tu terus lelap, mana larat nak baca surah Al-Mulk, apatah lagi nak solat Taubat. Maka yg paling sempat dia nak buat ialah baca doa yg ringkas2 je la. Kalau orang yg jenis dah baring, pastu stengah jam baru boleh lelap, maka banyak la yg dia boleh buat.

.

.

Maknanya kat sini ialah setiap apa yg dilakukan itu, selagi mana ia sesuai dengan diri, sesuai dengan kapasiti diri, maka itulah amalan yg terbaik untuk diri kita. Dengan kata lain, amalan yg terbaik setiap individu itu berbeza kerana kapasiti diri masing2 itu berbeza. Itu sebenarnya yang nak disampaikan yang kita tak berapa nak nampak dan faham.

.

.

Ada sorang mamat ni, dia tulis lebih kurang mcm ni kat blog dia:

“Kenapa kita nak ikut cara mati syahidnya Hamzah, bukan sebagaimana cara wafatnya Rasulullah?”

.

.

Bukan bermakna dia nak melaga2kan antara sahabat dengan Nabi. Sesapa yg dah baca Entry 17 (pasal mati) sure tau apa yg dimaksudkannya. Dan dia dibalas dengan komen yg lebih kurang begini:

“Mana boleh mcm tu. Tak elok melaga2kan antara Nabi dengan sahabat. Nabi sendiri dah kata yg mati syahid tu banyak kelebihannya”.

.

.

Pada aku, dedua tak salah. Dedua betul. Cumanya, kalau mati syahid itulah yg utama, bukankah ada hadis pasal Nabi suruh sorang mamat ni balik jaga mak bapak dia, daripada pergi perang? Maka mana yg lagi utama? Mati syahid ke, jaga mak bapak? Dan bukankah sunnah cara nabi mati bukannya mati syahid? Jadi mana yg lagi utama? Ikut sunnah nabi ke, atau mati syahid?

.

.

Lantaklah.. Pepandai la pikir sendiri. Ikut kecenderungan, minat dan kapasiti diri masing2. Maka utk menjawab persoalan2 tu, kena berbalik semula kepada bab “tapis” tadi. Mana yg sesuai dengan tuan rumah, itulah yg sepatutnya dipilih mengikut kesesuaian tuan rumah.

.

.

To be continued..

32) The Legacy (Part 1): Orang-orang Lama.

The_postman

“The Postman”. Movie lakonan Kevin Costner ni mmg dah lama gila aku nak tgk. Sbb dulu ada cd kat rumah, tapi sbb cd rosak, tak dapat2 nak tgk. Baru2 ni ada keluar kat Astro, time sangap2 takde mende nak buat, layan je laaa..

.

.

Ringkasnya, ceritanya lebih kepada mcm mana seseorang itu daripada nobody, menjadi somebody. Kalau jenis2 cerita mcm nih, kalau aku la, dia ada menyentuh perasaan skit. Kalau cerita2 mcm ni, kalau aku, pasti ada part yg membuatkan hati kadang2 rasa sebak dan terharu.

.

.

Dan terus terang cakap, ada jugak antara cerita jenis mcm nih yg aku tgk, aku mengalirkan air mata. Wahahahahah!! Ye laaa.. Ye laaa.. Gelak laa.. Sure rasa pelik, orang jenis keras2 mcm nih, korang try imagine mcm mana time tgk cite leh tangkap leleh. Wahahahahah!!

.

.

Tapi gua tangkap leleh bukan pasal cite jiwang cintan2 beb. Kalau jenis tuh, memang tak makan saman nye. Kalau bagi tgk Titanic pun, aku cuma nak tgk part dia lukis gambar je, part lain2 tu tak payah pun takpe. Hahahah!! Yang gua tangkap leleh nih selalunya jenis2 yg melibatkan reality dan susah payah watak dalam cerita tu utk jadi somebody daripada nobody. Ada macam2 sudut yg boleh sampai ke mcm tu. Dan selalunya bab2 nih selalu melibatkan susah payah usaha watak, dan juga kalau ada kaitan dengan genre patriotik.

.

.

Cerita2 yg buat aku rasa sebak ialah V for Vendetta, Man of Honor, Dragon Heart. Yang buat aku sampai bergenang air mata, antaranya ialah Braveheart, The Patriot, The Postman, anime Konjiki No Gash Bell. Tapi yg buat aku meleleh gila sampai berhingus (walaupun dua kali tgk) ialah anime One Piece season lanun2 tuh dekat Snow Island. Part sejarah Toni Toni Choppa nak jadi doktor. Perhhh!! Serius takleh tahan beb!! Nasib baik time aku tgk tuh, roommate tgh tido.Hahahahah!!

.

.

Gash

Tapi dalam banyak2 tu, yg paling banyak mengganggu gugat perasaan aku sampai rasa sebak, selalunya siri2 anime Konjiki No Gash Bell. Ntah santau tuju2 apa yg dia letak dalam anime tuh, aku pun tak tau. Itulah satu2nya part geng baik menentang geng jahat yg buat aku rasa sgt terharu. Wohohoho..

.

.

Gashadi

“Uik, pekejadahnya Si Adi nih? Layan cite2 mcm tu pun tangkap leleh? Gila tak sangka aku!! Hahahahahah!!”

Ye laaa.. Ye laaa.. Gelak laa.. Aku yg menulis ni pun tergelak jugak dowh.. Tak sangka you!! Hahahahahah!!

.

.

Ok, sambung balik pasal The Postman. Part yg buat aku rasa sangat terharu dalam cite The Postman tu ialah ending dia. Hero tu dah mati, tapi anak dia yg bagi ucapan utk rasmikan monument peringatan mengenai jasa si hero. Dan kebetulan tugu yg dibuat tu, budak yg pernah terlibat masa dulu pun ada dalam tu, dan dia pun menghadiri majlis tuh sambil berkata:

“That’s.. That was me..!!”

.

.

Dan ending cerita tu la yg menyebabkan aku sentiasa terfikir semula mengenai satu perkara beberapa hari ni. Apabila hero dalam cerita tu mati, dia dikenang. Malah orang buat tugu sebagai tanda kenangan atas jasa dia yg sangat besar. Persoalan yg bermain di fikiran aku ialah, apabila aku mati, setakat manakah aku dikenang? Sampai generasi keturunan aku yg ke berapa baru nama Adi Ramli dilupakan? Dan setakat manakah generasi keturunan aku nak mengetahui sejarah nenek moyang bloodline mereka? Setakat mana mereka nak kenal mcm mana moyang mereka yg bernama Adi Ramli ni?

.

.

Aku tak peduli kalau nama Adi Ramli luput daripada memori orang lain. Tapi kalau daripada keturunan sendiri, tu payah lah. Kenapa? Sebab aku sendiri dah merasainya mcm mana bila ditanya mengenai susur galur keturunan, saudara-mara lain plak lupa.

.

“Abah, Adi bin Ramli. Ramli bin Shafie, Shafie bin Ibrahim, Ibrahim bin apa?”

.

“Entahlah.. Abah pun tak ingat..”

.

“Takkan tak ingat kot?”

.

“Memang abah tak ingat.. Abah ingat sampai Ibrahim je..”

.

.

Raja_bersiong

Teringat balik dialog ngan bapak time mula2 timbul kesedaran nak menjelajah susur galur keturunan sendiri beberapa tahun dahulu. Sayang.. Sangat sayang.. Aku hanya ingat nama hanya sampai 3 generasi orang2 lama sebelum aku je. Manalah tau kot2 bila dijelajah lebih jauh, ada bau2 bacang dengan keturunan yg noble2 mcm Sultan ke, Bendahara ke, panglima2 atau pendekar2 terkenal ke.. Ntah2 keturunan Raja Bersiong.. Manalah tau, sedap dok melayan lagu Sil Khannaz, Santapan Terakhir Raja Bersiong, rupa2nya itulah moyang aku yg dulu2..  Hahahahah!!

.

.

Lebih sayang lagi bila aku dilahirkan dalam kedua2 datuk sbelah mak dan bapak dah meninggal. Jadi takde live source. Malah tak kenal langsung mcm mana rupa kedua2 orang tua tu (campur nenek sbelah bapak yg dah pun meninggal sebelum aku lahir lagi). Jadi, bila tak kenal, kena lah tanya mereka yg kenal. Tapi, selalunya sumber kedua nih tak berapa syok berbanding dapat daripada sumber sebenar.

.

.

Dikatakan bahawa atuk aku (sbelah bapak), Tok Pi’ie tu ketua kampung kat kampung dia dulu di Johor ni. Selama beberapa tahun aku dok ingat yg dia memang asalnya orang Johor, rupa2nya bila aku kaji bebetul, dia asal dari Perak rupanya. Demn..!! Bila baru aku tau? Time raya Haji tahun lepas, time aku belajar kat UTP Perak!! 20 tahun lebih baru tau sejarah sebenar. Dah jadi mcm tu, barulah aku tau betapa ruginya aku tak pernah nak ambil tau bab2 nih dulu2.

.

.

Dan mengikut teori aku, aku yakin Tok Pi’ie nih bukan calang2 orang. Pastinya dia ni orang yg hebat2, yg banyak ilmu. Kenapa? Sebab mcm mana orang yg asalnya dari Perak, boleh sampai ke hujung Johor, kemudiannya jadi somebody yg ada status yg hebat (ketua kampung) kat kampung di Johor ni? Either by luck, or memang dia berbekalkan dengan ilmu yg hebat.

.

.

Maklumlah, perjalanan dari Perak ke Johor, nak2 time zaman penjajah dulu2, mana leh lenggang2 gitu2 je. Paling koman pun sure ada ilmu silat. Lagi satu, mcm mana plak bleh sesat sampai ke Johor? Itu yg banyak bermain di kepala aku pasal Tok Pi’ie.

.

.

“Time raya ni kalau Tok Pi’ie ko masih hidup, selagi cuti raya tak habis, selagi tu la dia akan tahan kita semua kat rumah dia.. Pastu memang seronok la korang dapat duit raya.. Kaya Tok Pi’ie ko tu.. Tgk je la tanah yg dia wariskan kat ayah dan maklong ko..”

.

.

Statement tu dapat masa time raya (time skolah menengah), ketika tgh ziarah kubur dia. Ouh.. Baru aku tau yg dia ada tanah. Tapi pedulik la semua dgn harta dia, dengan tanah dia. Aku sendiri pun tak tau berapa luasnya sebab tak pernah nak ambik tau pun. Kalau nak harta, kalau boleh aku nak usaha atas usaha sendiri. Bukan atas hasil harta pusaka. Kalau dapat, tu anggap je la sbg bonus. Tapi takde la nak bergantung sepenuhnya pada harta pusaka. Cuma yg buat aku terfikir ialah, pastinya dia mmg bukan calang2 orang.

.

.

Hitler

Zaman dulu2, untuk dapat tanah, mestilah sama ada tanah tu ialah tanah kurnia daripada Sultan, peneroka awal, tanah yg diperoleh hasil usaha sendiri yg sanggup tebang dan clearkan hutan2 tuh semua, atau sure orang yg kaya gila sbb boleh upah orang lain tolong tebas semua hutan tuh. Yg ni memang bukan luck.

.

.

Jadi siapakah sebenarnya Tok Pi’ie ni? Mcm manakah orangnya? Mcm manakah corak pemikirannya? Bagaimana pula dengan ilmunya? Siapakah pula tuk gurunya? Apa petua yg diamalkannya? Itulah persoalan2 yg timbul dalam kepala otak aku mengenai susurgalur keturunan yg lepas. Kalau nak tanya pasal moyang Ibrahim, memang payah lah. Sebab tak banyak yg dketahui mengenainya.

.

.

Dan disebabkan persoalan2 itu tak terjawablah aku berasa sangat sayang sebab tak dapat menimba sebanyak2 ilmu daripada orang tua tu. Dan aku rasa sangat sayang sebab dalam ahli keluarga sendiri dah ada orang yg dikira hebat, tapi takde apa sgt ilmu dan pengisian yang aku boleh warisi daripada dia. Rasa mcm rugi gitu je. Terasa betapa kesiannya orang tua tu hidup, kemudian mati tanpa dapat mewariskan apa2 pada keturunannya selain hanya harta dalam bentuk material sahaja.

.

.

Bapak aku? Kepada keturunan aku yg dikasihi yg membaca blog ini, kalau kamu nak tau mcm mana moyang kamu yg bernama Ramli, dia sebenarnya seorang budak nakal masa kecik2 dulu. Hahahahah!! Budak yg nakal, pastu kena basuh gila2 disuruh stadi. Maka dia pun melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Ungku Omar, Perak. Dan percayalah.. Selalunya kalau orang yg kena stadi jejauh ni, memang susah skit nak mengkaji pasal susur galur keturunan yg dulu2 (terutama sekali kalau jenis yg nakal). Hahahahah!!

.

.

Datuk sbelah mak plak.. Namanya Ismail bin Kesil. Kesil bin apa? Tu semua sedara mara sbelah mak aku sendiri pun tatau.. Tok Mail ni polis. Dan aku yakin, kalau polis, sure mcm2 pengalaman ada. Dan sure mcm2 jenis karenah orang dia pernah layan. Manalah tau kot2 dia ada ilmu tarik jantan, boleh la jugak aku belajar dari dia. Paling koman pun, ilmu2 management utk handle orang2 yg hostile. Sayang, dia meninggal lama sblm aku lahir lagi.

.

.

Orang_asli_mana_ntah

Ada pakcik aku buat teori, dia kata Tok Mail ni keturunan orang asli. Kenapa? Sebab nama “Kesil” tu. Nak kata Melayu, bukan. Nak kata Jawa, Banjar, Bawean, atau Bugis, jauh sekali. Nak kata keturunan Arab atau Mamak, lagi la jauh. Maka yg paling dekat, orang asli la. Sayang.. Aku rasa sure ada petua2 yg Tok Mail belajar dari bapak dia tu. Manalah tau kot ada petua pasal herba dan ubat2an ke, petua memburu ke apa ke.. Kalaulah aku dapat belajar dan mewarisi ilmu tu, sure sronok.

.

.

Tak banyak yg aku tau pasal susur galur orang2 yg terdahulu. Manalah tau kot2 rupa2nya aku ada bau2 bacang dengan korang yg membaca nih, rasa syok jugak sbb tak sangka yg kita ni related. Sapa yg nak keluar statement “Alaa.. Kita ni kan bersaudara.. Umat Islam kan semua bersaudara..”, aku terajang.. Yang aku nak sampaikan kat sini bukan pada sudut keagamaan, tapi pada sudut bloodline.

.

.

Tapi, apa2 pun, setakat ni aku bersyukur sebab biarpun mereka meninggalkan aku tanpa ada mewarisi apa2 pun, at least takde mewariskan saka kat aku. At least dah clear yg mereka takde amal benda2 yg melibatkan pendamping. Meaning, mereka bukan geng2 bomoh yg amal ilmu hitam. Ok la tu.. Look at the bright side..

.

.

Walau apa pun, aku rasa cukup sayang.. Kerana ilmu yg ada bersama mereka itu terkubur bersama mereka. Kadang2 bila ikut kawan2 pi kampung deme, rasa syok plak bilak kadang2 datuk2 deme tu bukak cerita atau kasi petua. Aku ingat lg time aku form 3, lepak kat umah atuk member aku kat KL, dia ajar petua nak lepas tangan. Bila diingat2 semula, rupanya itulah yg diulang dlm pelajaran silat cekak. Itu yg buat aku terfikir:

.

“Kalau orang tua yg sebegitu yg membuatkan aku mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara yg ahead from my age, ahead from my time, pastinya aku sekarang ni seorang yg hebat jika mewarisi kesemua ilmu dan pengalaman datuk2 aku. Umur muda, tapi pemikiran dah mcm orang tua.”

.

(Sure senang nak tekel awek!! Wahahahah!!)

.

.

Tapi sayang sekali, majoriti orang sekarang takde kesedaran yg sebegini. Bila orang tua dah meninggal dunia, baru sedar, baru perasan, betapa ruginya kerana tak menimba seberapa banyak ilmu daripada mereka. Malah ada yg tak tau langsung yg orang itu adalah tuk wali (bukan wali nikah, wali Tuhan, Ahlullah) dalam keluarga sendiri, sampailah mereka dah meninggal baru sedar!!

.

.

Dan bila dikaji dan diteliti cerita2 orang pun, selalunya ahli keluarga sendiri takkan perasan pun kelebihan yg dimiliki. Selalunya orang luar yg perasan. Ahli keluarga hanya akan perasan time orang tu dah mati je. Sama ada baru perasan bila mengenangkan dia kembali saat2 masa dia hidup, atau baru perasan melalui cerita2 orang lain.

.

.

Dan aku bukan khususkan pada “kelebihan” mcm karamah tuk2 wali. Tapi lebih kepada kehebatan dia. Mungkin pada ilmu dia, mungkin pada corak pemikiran dia, mungkin pada tabiat dia, mungkin pada bahasa dia.

.

.

Pun begitu, aku yakin, tak banyak anak2 yg nak mewarisinya. Kenapa? Kerana anak2 yg hidup bersamanya sudah biasa dengannya. Sudah lali dengan kehebatan itu dan menganggapnya suatu perkara yg biasa. Dan selalu attitude remaja2 ni jenis:

.

“Alaaa.. Itu bapak aku.. Dia minat la bab2 tuh.. Aku minat bab lain..”

.

.

Bila difikir2 balik pun, rupanya aku pun jenis gitu. Hahahahahah!! Bapak aku minat bola, aku minat Discovery Channel. Dia minat memancing, aku minat main game. Dia minat kereta, aku lagi minat superbike. Dia merokok, aku melantak. Dia minat golf, aku minat silat. Dia minat menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti, aku cuma minat utk mengkhususkan diri dalam memahirkan diri pada certain2 aktiviti. Demn.. Kontra gila.

.

.

Bila difikir2 balik pun, aku buat pilihan bukan sebab orang. Tapi sebab itulah minat sendiri, itulah yg aku nak untuk diri aku. Bukannya sebab “Aku tak mau jadi mcm dia.”, tapi sebab “Aku lebih suka bidang ini dari bidang itu”.

.

.

Difference

Pelik kan? Kadang2 ada orang cakap, “Adi, bapak ko kalo main karom, memang power..” atau “Dulu bapak ko terer main snooker”. Tapi aku tak ada minat langsung pada karom atau snooker, maka tidak mahu mewarisi ilmu tersebut. Aku rasa mungkin sebab itulah dia pun tidak banyak nak mewarisi ilmu2 dari Tuk Pi’ie. Mungkinkah atas rasional characteristic dan minat yg berbeza?

.

.

Dan kalau ikut teori aku, aku rasa kalau bapak aku time kecik2 dulu nakal, sure Tuk Pi’ie tu bersifat kontra – berdisiplin dan kurang nakal. Kalau nak dibanding kenakalan aku masa kecik2 dgn kenakalan bapak aku, aku rasa bapak aku jauh lebih hebat. Aku takde nakal mana sgt pun. Mungkin mewarisi sifat datuk? Entahlah..

.

.

Aku rasa mungkin sebab itulah seorang cucu itu lebih rapat dengan datuknya berbanding ayahnya. Tapi ini hanya teori hasil pemerhatian pada orang lain (sebab aku tak pernah rasa mcm mana rasanya ada datuk!!), tak semestinya betul, tak semestinya salah. Kena plak kebanyakan datuk2 ni jenis suka bercerita, berbanding bapak yg tak berapa banyak cakap. Hahahahah!!

.

.

Entahlah.. Aku pun tak tau.. Pepandailah pikir sendiri. Dan mcm mana plak dari movie The Postman boleh sesat sampai ke sini? Mana aku tau.. Mengarut je ni. Maklumlah, bukan ke geng2 “sana” cakap, mana boleh belajar dari movie. Sebab movie tu kan maksiat? Terutama sekali movie tu kan propaganda orang kafir untuk menghancurkan Islam. Lagipun “niat tak menghalalkan cara”. Hahahahahah!!

.

.

Lantaklah..

31) Makanan Jiwa.

Aku mulakan entry ini dengan satu teka-teki:

Lubang apakah yang nikmat, hangat dan nyaman?

.

.

.

Heheheheheheh.. Tengok topik pun dah dapat klu dah mengenai apa kaitannya dengan jawapan teka-teki nih. Takpe, bab teka-teki ni kita setelkan nanti. Kita cerita yang santai2 dulu..

.

.

.

Huh.. Seminggu dah duduk kat kampung. Takde line Internet, sangap gila. Ini pun kena pi ke cc. Dalam seminggu ni banyak benda yg bermain di fikiran. Kepala rasa sampai nak pecah dok memikir. Fikir link2 utk dikait2kan jawapan2 yg telah ada. Fikir utk mencari leads dan clues untuk persoalan2 yg masih tak terjawab. Fikir cara mudah untuk memahami. Dan yang paling utama, fikir mcm mana nak diolah pemahaman tersebut ke dalam bahasa yang boleh difahami oleh diri sendiri.

.

.

.

Thinker

Sabtu, 10 Jun hari tuh hari meninggalkan UTP. Sepanjang jalan dari UTP ke Bangi (tumpang rumah member semalam dua kerana ada janji yg perlu ditunaikan), badan letih mcm mana pun, payah benar nak tidur di R&R. Otak asyik memikir mengenai soalan2 yang masih belum terjawab sepanjang enam tahun setengah di UTP. Ada la beberapa soalan. Soalan2 yg menyebabkan diri terasa kosong bila tak terjawab. Aku pun tak paham kenapa rasa mcm gitu. Nak kata kosong, perut ni banyak je lemak. Isk..Takpe, lain kali, ada masa karang, akan diceritakan.

.

.

.

Hari Ahad 11 Jun, malam tuh jumpa member kat KFC Giant Batu Caves. Menunaikan janji. Memberikan jawapan kepada beberapa persoalan yg bersangkutan dengan Entry 24 yg pasal israk mikraj tuh. Dan masa itulah baru aku jumpa beberapa link untuk jawapan kepada persoalan2 yg masih tak terjawab tadi. Demn.. Rupa2nya, barulah aku faham.. Kadang2, jawapan yg dicari itu tak semestinya hanya pada sumber lain (orang lain, buku2 rujukan atau alam sekitar). Ada certain2 persoalan itu jawapannya sudahpun ada pada diri kita sendiri, cumanya kita je yang tak perasan.

.

.

"Aduh.. Apasal la selama nih aku tak nampak? Sekarang baru perasan!!".

(Ayat standard bila bari dapat jawapan).

.

.

.

Malam tu, lepas berbincang mengenai beberapa perkara di KFC tuh, otak asyik dok memikir. Dok melayang2 mencari lagi link untuk dikaitkan dengan jawapan tadi. Tak lena nak tidur aih.. Mungkin sebab berkat “dinner plate set” free yg member tadi belanja tu kot. Hahahahah!!

.

.

.

Layan_moto_balik_kampung

12 Jun, ketibaan seorang extender ke kampung halamannya. Aaaahh.. The great outdoor.. Dah lama tak cium bau kelapa sawit kat area Pasak tuh. Bohahahahah!! Sampai2 je rumah, ingatkan dapat la rest in peace. Cek2 handphone, ada misscall time aku tgh berkematu buntut dok menunggang moto tadi. Nombor antara orang2 penting (perlu diingatkan, bukan gadis ye.. Dan juga bukan ghey!!). Bila call, dia kata:

.

.

“Haaaa.. Adi, tadi saya call, hang pi mana? Ni haaa.. Saya baru je terfikir satu benda.. Bla.. Bla.. Bla.. Nyata.. Bla.. Bla.. Interpretasi.. Bla.. Bla.. Tidak tercapai oleh pemikiran akal.. Bla.. Bla..”

.

.

.

Hadoi mak.. Terkedu aku aih.. Baru je nak fikir beberapa persoalan yg belum selesai, dah kena tambah dengan sesuatu yang.. Emm.. Sangat mengkagumkan tapi memeningkan.. Badan dah letih, kepala dah berat, buntut dah berkematu. Tapi mata tak dapat nak tutup sbb otak masih ligat pikir benda baru plak. Aaaaaaa~~!! Takpe.. Takpe.. Pikir satu2 dulu.. Rilek2..

.

.

.

Beberapa hari kemudian, fokus diberi kepada satu daripada banyak2 soalan yg berlegar2 dalam fikiran aku:

“Kenapa kadangkala ada certain discussion atau borak2 dengan orang, certain2 isi itu membuatkan diri rasa ‘hidup’, rasa teruja, lebih banyak mempunyai perasaan ingin tahu, tak lena tidur kerana asyik dok memikirkannya, malah memberi semangat?”

.

.

.

Apa yg ingin disampaikan dari persoalan itu ialah kenapa kadangkala bila borak2 (dengan certain orang, bukan semua), walaupun sampai larut malam, tidur lambat, pastu isi perbincangan tu plak jenis yg heavy sampai nak pecah kepala (yang membuatkan lagi lambat tidur), walaupun tak cukup tidur, bila bangun tu takde rasa letih atau mengantuk, malah segar? Bleach

.

.

.

Ada macam2 jawapan untuk persoalan tu. Ada kemungkinan otak yg letih berfikir, akan tidur lebih lena. Ada kemungkinan apabila otak dihantui oleh isi perbincangan itu, ia akan disimpan lebih lama terutama sekali bila itulah perkara yg paling last yang kita fikir bila kita tidur. Ada kemungkinan apa yg didengar itu terus dijerap ke dalam hati hingga kita rasa ia sangat bermakna. Ada kemungkinan apa yang didengar itu sebenarnya logik dan diterima akal.

.

.

.

Tapi dalam banyak2 kemungkinan tu, aku sangat tertarik dengan satu jawapan:

“Kerana itulah makanan jiwa. Makanan untuk Adi yang di dalam.”

.

.

.

JIWA.. Intriguing.. “Jiwa” itu adalah sebagaimana perkara2 lain yang ada dalam diri kita yang kita tak nampak. Seangkatan dengan nyawa, hati, nafsu, akal, roh, iman, iblis, ilmu, perasaan, emosi. Kalau ditanya, “dimana” benda2 tuh pada diri kita, kita sendiri pun tak tau nak tunjuk kat mana. Selalu bila bersangkutan dengan hati, kita tunjuk pada dada (jantung). Tetapi adakah ia sebenarnya di situ? Selalu bila bersangkutan dengan ilmu dan akal, kita akan tunjuk pada kepala. Tetapi adakah ia sebenarnya di situ? Nafsu plak, sama ada kita tunjuk kat jantung atau kat errr.. “situ” (ada apostrofi, pempaham je la..). Tetapi adakah ia sebenarnya ia situ?

.

.

.

And the most tricky part, where is nyawa (atau roh)? Kepala? Ada orang yg kena tembak kat kepala, still hidup. Tangan? Ada orang yg kudung, tapi still hidup. Jantung? Selalu dalam series (terutama skali House M.D.) atau movie, jantung dah berhenti, tekap benda yg macam sterika 2 bijik tuh kat dada, kasi karan, kalau nasib baik, idup balik orang yang “mati” tadi.

.

.

.

Kalau jaguh handalan macam geng2 Pendekar Laut plak:

“Seseorang jaguh handalan itu akan hilang nyawanya apabila jantung dan otaknya musnah”.

.

.

.

Tapi agak kontra dengan jaguh handalan yg mahir dengan Hikmat Asura macam Sang Hitam, yang hanya tinggal otak, jantung dah musnah, tapi still boleh hidup dan construct balik jantungnya.

.

.

.

Maka samalah macam jiwa. Sebenarnya, apa yang nak ditekankan di sini bukannya pada di mana kedudukan jiwa tuh. Tapi lebih kepada untuk menyatakan bahawa ia adalah suatu yang kita tak nampak, tak tahu, tetapi boleh dirasa? Entahlah.. Misteri.. Misteri.. Bila difikirkan lagi, mcm mana pula kita merasa pergolakan jiwa itu? Apa mekanisme yg dipakai untuk merasai jiwa itu? Rasa pakai hati? Jadi hati itu pula mcm mana? Jika lidah merasa dengan mengubah bahan kimia kepada signal elektrik yang kemudiannya ditafsir oleh otak, mcm mana pula mekanisme rasa untuk jiwa oleh hati? Ah sudah.. Makin banyak fikir makin pening..

.

.

.

Daripada di mana, kepada bagaimana plak.. Difikir dalam2 lagi, akan kembali kepada yang basic: Apa. Apa itu jiwa? Apa itu hati? Pastu menjurus pula ke arah mengapa. Mengapa isi perbincangan yg diceritakan awal2 tadi itu dikatakan sebagai makanan jiwa? Mengapa jiwa perlu makan? Cleanfoodgoodtaste Bila semua mengenai jiwa tak terjawab, malah tak jumpa pun jawapan, berubah pula soalan kepada ‘makanan’ untuk jiwa itu. Apa itu makanan jiwa? Bagaimana yang dikatakan makanan jiwa? Mengapa namanya makanan? Mengapa bukan minuman atau hubungan seks untuk jiwa?

.

.

.

Pelik kan? Kita selalu pakai perkataan2 seperti jiwa, hati, nafsu, akal dan lain2 yang seangkatan tuh. Tapi kita tak pernah nak fikir dan nak kaji apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan2 tuh. Itulah sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam Entry 29 pasal usage of the ‘F’word tuh. Bukan pada isinya, tetapi pada idea dan kesedaran untuk mengkajinya dari sejarah dan cara penggunaan perkataan FUCK.

.

.

.

Jadi, apakah yang dikatakan sebagai makanan jiwa tadi? Bila difikir2 rasa pening jugak nak tahu jawapannya. Kenapa? Sebab “jiwa” itu sendiri pun masih tak tau lagi pekemende menatang tuh, mcm mana nak tau makanannya? Ye tak?

.

.

.

Kalau mengikut apa yang aku faham, makanan jiwa itu ialah apa2 yang membuatkan kita rasa puas hati. Puas yang dimaksudkan ialah lebih kepada self-satisfaction. Puas sebagaimana kita berasa puas setelah jumpa akan sesuatu yang sudah lama kita cari. Puas sebab tiada lagi rasa kekosongan, tiada lagi rasa kekurangan. Puas kerana seolah2 kita rasa kita “penuh” kerana kekosongan tadi telah diisi dengan sesuatu yang bermakna.

.

.

.

Perumpamaannya sebagaimana kita puas makan. Perut lapar bila kosong. Maka segala kerja pun mcm takde semangat nak buat kerana seolah2 kurang tenaga dan tidak bermaya. Berbeza keadaannya dengan situasi selepas makan. Rasa lebih bersemangat sebab dah ada tenaga.

.

.

.

Tetapi bukankah “kepuasan” kita makan itu berbeza mengikut individu? Ada orang yang tak boleh puas, tak boleh kenyang selagi tak isi hanya dengan nasi. Ada orang yg makan keropok mamee tu pun dah rasa puas. Ada orang yg tak kisah, apa2 pun, dia puas makan. Ada orang yg kena masak sendiri baru puas makan. Ada yg kena makan kat kedai baru puas.

.

.

.

Hatta walaupun nasi itu makanan ruji, adakah kita puas hanya dengan memakan itu sahaja? Pastinya kita akan cuba juga merasa makanan2 lain. Omputeh, adakah mereka puas dengan memakan nasi? Belum tentu. Sebab budaya dan cara hidup mereka menyebabkan makanan ruji mereka lain daripada kita, maka kepuasan mereka untuk mencapai kekenyangan itu lain.

.

.

.

Maka begitulah juga dengan makanan jiwa. Lain orang, lain cara pembentukan jiwa yang sesuai untuknya. Maka lainlah makanan jiwanya. Ada orang yang akan kenyang kalau memperoleh makanan jiwa dari geng2 Rakan Masjid. Ada pula yang hanya akan puas bila dengan geng Tabligh. Dan ada juga yang akan puas hanya dengan geng2 usrah, PAS, JIM dan apa2 la pertubuhan yang berunsur kebaikan. Kenapa? Kerana itulah makanan ruji untuk jiwa masing2.

.

.

.

Hungry

Tetapi adakah bermaksud hanya makanan ruji sahaja yang dapat memuaskan kita? Belum tentu lagi. Kena disesuaikan dengan keadaan, situasi, suasana dan praktikaliti jugak. Katalah kalau berlaku perang, tak dapat nak makan nasi, roti pun rasanya dah cukup puas dah masa tu. Pedulik la dengan nasi lagi. Atau katalah nasi dah ada, tapi lauk plak takde. Balun je la ubah buat nasi goreng. Ye tak?

.

.

.

Maka mcm itulah juga dengan makanan jiwa. Kita tak boleh nak taksub hanya dengan satu2 cara sahaja. Kadang2, kena sesuaikan dengan praktikaliti, suasana, keadaan dan situasi jugak. Tak semestinya kita harus rigid terhadap sesuatu perkara hanya kerana ia adalah makanan ruji kita. Kalau dalam perang masih nak tunggu nasi jugak, mati kebuluran la gamaknya. Kalau masih nak tunggu lauk jatuh ke riba jugak, basi la nasi putih tu nanti. Rasanya boleh paham kot dengan analogi ni. Korang semua kan orang bijak pandai..

.

.

.

Bila dikaitkan dengan praktikaliti dan kesesuaiannya, ia akan kembali semula kepada perdu utama, peranan makanan. Yang penting, perut diisi. Sama ada nak kasi kenyang atau sekadar alas perut, itu terpulang pada diri masing2. Maka begitulah juga dengan makanan jiwa. Kepuasan sebenar tak semestinya bila dah kenyang. Kadangkala, kepuasannya adalah bila kekosongan hati itu diisi dengan sesuatu yang dirasakan bermakna.

.

.

.

Walaupun isi tak banyak, sikit2 je.. Itu pun rasanya dah cukup untuk membuatkan kita rasa puas untuk “hidup” (berbanding rasa mati: rasa kosong). Cukup untuk membuatkan kita rasa bersemangat dan lebih maju. Kerana selalunya, orang yang puas, yang rasa cukup, orang itulah yang lebih tenang. Analogi simplenya, macam seks la kiranya. Bini outstation lama2, tak ke laki lemas je rasa bila air dah bertakung?

.

.

.

Bila difikir2 kembali menganai perenggan tadi, antara kaitan makanan jiwa, hati kepuasan dan ketenangan, rupa2nya barulah aku sedar.. Jawapan yang aku cari mengenai makanan jiwa itu dahpun lama aku dapat, cuma aku je yang tak perasan. Rupanya aku dah tulis pun dalam blog nih pada Entry 22. Astagaaaaa.. Rupa2nya itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan makanan jiwa..!! Laa haula walaa quwwata illaa billaah..

.

.

.

Maka begitulah adanya..

Mengarut2 je ni.. Yeah

.

.

.

p/s: Jawapan untuk teka-teki tadi:

"LU BANGun pagi-pagi, lu tarik selimut, pastu lu tidur balik"

Kah! Kah! Kah! Apsal? Korang pikir lubang lain ke? Aiyooo.. Pikir porno betul.. Aparaaa..

30) Flashback 666: The Number of the Beast.

Thenumberofthebeast Woe to you.. Oh Earth and Sea..
For the Devil sends the beast with wrath..
Because he knows the time is short..
Let him who hath understanding..
Reckon the number of the beast..
For it is a human number..
Its number is Six hundred and sixty six.

-Iron Maiden, intro lagu The Number of the Beast-

 

6 Jun 2006, 06/06/06.. Satu tarikh yg berlaku sekali setiap 100 tahun.
Samalah juga dengan tarikh 05/05/05, 04/04/04 atau 07/07/07. Bezanya ialah 666
ni ada makna utk orang2 putih. Dan aku pun tak tau apa yg dimaksudkan dengan
"the number of the beast". Kenapa perlu ada nombor untuk binatang?
Entahlah.. Apa2 pun, kalau pasal nombor 666 nih, ia satu nostalgia.. Teringat
zaman muda2 dulu time kemaruk Iron Maiden.. Time layan genre rock2 klasik.. Perrrhhhh..

 

Lesser_demon_3I left alone..
My mind was blank..
I needed time to think..
To get the memories from my mind..
What did I see..
Can I believe?
That what I saw that night was real and not just fantasy..

Just what I saw..
In my old dreams..
Were they reflections of my warped mind staring back at me?
‘Cos in my dream..
It’s always there..
The evil face that twists my mind and brings me to despair..

-Iron Maien, rangkap awal lagu The Number of the Beast-

 

I left alone.. My mind was blank.. Dok bilik sensorang kat UTP nih memang bosan.. Blank tatau nak buat apa..
Nasib baik la ada blog..
Walaupun ada blog, I needed time to think
to get the memories from my mind..
Tapi kadang2, menarik juga duduk
sensorang takde buat apa2.. Bila anggota takde kerja, otak pula start
berjalan.. Bila jawapan kepada persoalan "Apa yg aku nak buat
bosan2 nih?"
tak terjawab, topik diubah kepada sudut yang lain..

 

12023790234761l
Barulah otak start fikir, recall balik apa yg pernah dimasukkan ke dalamnya,
refresh semula, dan mengenang kembali bila, di mana dan bagaimana input tu
boleh terlekat dalam kepala otak. Dalam erti kata lain, flashback balik benda2
lama. Maka timbullah dialog dengan diri sendiri. Adi yg bertanya, dan Adi juga
yang menjawab.

 

Dan sempena dengan tarikh
nombor keramat omputih (666) nih, barulah dia perasan..
Sudah enam
tahun, enam bulan dan enam hari dia belajar di UTP. Kalau istilah yg slalu
dipakai: "Enam tahun stengah" atau "6th
year 1st sem"
. 666, the number of the beast, the period for the
beast to graduate from UTP. Bohahahahahah!!

 

Timbul satu persoalan dalam kepala otak sendiri. "Bagaimanakah Adi
Ramli pada enam tahun, enam bulan dan enam hari (666) yg lepas sebelum dia
masuk ke UTP?"
. An intriguing question. Jawapannya mudah: SANGAT
BERBEZA!!
A’ah yeh.. Baru aku perasan. Adi yang dahulu tidak sama dengan Adi yg
sekarang. Ntah apa jampi aku terkena kat UTP nih sampai boleh berubah, aku pun
tak tau.. Suatu persoalan lain yg agak menarik utk difikirkan ialah, "Kalaulah
Adi yg 666 dahulu tetap sama hingga sekarang, bagaimana agaknya ya?"
.

 

Well Adi, that is a really nice question.. Apa yg pasti, kalau Adi yang
dahulu tetap sama hinggalah sekarang, rambutnya pasti dah panjang.
Kalau masa second year dulu rambut dah lebih tengkuk, rasanya kalau maintain,
sekarang nih dah hampir cecah pinggang kot. Sayang.. Dulu ada gambarnya. Tapi sebab pc weng, terus hilang
semua gambar2 nostalgia zaman muda2 dulu.
Hmmm..

 

Dan Si Adi pun bertanya lagi, "Kenapa
dipotong rambut?
Kan
ke macho mcm Pendekar Laut atau Orga kalau dibiarkan panjang mcm tu?"
. Entahlah Adi.. Aku pun tak tau.. Banyak
perkara yg berlaku. Banyak benda yang mempengaruhi. Dulu rambut disimpan
panjang sebagai satu "peringatan" buat diri sendiri. Supaya diri
tidak lupa dan sentiasa ingat akan persoalan2 yang masih tak terjawab dan
pegangan diri.

 

As time passes by, banyak perkara
dipelajari, jawapan diperolehi, maka tak perlu lagi untuk diperingatkan diri
lagi. Kenapa? Kerana sebagaimana rambut yang panjang itu sendiri, dengan
panasnya, dengan rimasnya, dengan gatalnya, dengan maintenancenya, daripada dok
buat diri tak selesa, baik potong je.. Ye tak? Lagipun, asyik kena basuh je dek
seseorang tentang "keterampilan diri", akur
sajalaaaaaa..
Hahahahahah!!

 

Si Adi bertanya lagi, "Selain
rambut, apa lagi yg beza?"
.
Kepala hotak ko! Gila apa nak list semua kat sini? Nih blog aaaa.. Tempat
bacaan umum. Soalan tuh private. Lain la kalau aku buat website blue, takpe
la.. Semua yg private2 leh ditunjuk. Tapi, untuk soalan tu, rasanya ada beza
skit.. Aku tak banyak beza sgt, ko je la yg banyak beza. Dulu kita slalu bertanyakan
soalan2 yang tidak diketahui jawapannya. Kita selalu berbincang mengenai
sesuatu yang tidak mempunyai jawapan. Sekarang, kita lebih banyak berbincang
mengenai bagaimana nak link antara banyak jawapan. Dulu kita bertanya untuk
mencari jawapan. Tapi sekarang kita bertanya untuk mencari link antara
jawapan2.

 

160_vendetta_060314
Dalam erti kata lain, yang banyak
berubah ialah corak pemikiran. Dulu, kita sama2 menggunakan ketelitian dalam
berfikir untuk mencuri komputer sekolah, main game kat dorm dan pulang balik ke
makmal. Atau menggunakan kebijaksanaan untuk menceroboh bilik komputer sekolah.
Tapi itu semua 666 sebelum masehi punya masa.

 

Entahlah Adi.. Aku pun tak tau
nak jawab mcm mana. Tetapi, apa yang NYATA, untuk kita
mengetahui setakat mana yg berubah, dan untuk mengetahui apakah yg telah
berubah, kita boleh melihat pada HASIL yang telah dilakukan. Dari
hasil itulah terbitnya interpretasi dan tafsiran terhadap yang empunya hasil. Dan
dari situlah baru kita dapat mengenali tuan punya hasil dan mengetahui beza
antara yang dahulu dengan yang sekarang. Hasil dahulu dengan hasil sekarang,
mentafsirkan antara tuannya yang dahulu dengan tuannya yang sekarang.

 

Anak_syaiton
"Kalau begitu, apa beza
antara hasil kau dahulu dengan hasil kau sekarang? Dan persaoalan utamanya
ialah, APAKAH hasil kau?"
. Jawapannya mudah je.. Aku sendiri telah
menghasilkan aku sebagai hasil gagal SMAPL. Kah! Kah! Kah! Tu masterpiece tuh..
Hasil terulung.. Dan apabila dikatakan "hasil yang gagal", bermakna
ada banyak segi, dari macam2 sudut ia gagal. Ya.. Banyak.. Sangat banyak.. Bila
dikenang semula, hmmm.. Entahlah..

 

Tapi itu 666 sebelum masehi. Yg
itu ketika zaman menjadi solitary dealer. Bezanya dengan sekarang ialah, hasil
yang sekarang ini banyak terhasil dari kerjasama kumpulan dengan mereka yg
dipandang sebagai "sa-udara2". Mungkin sesetengah
hasil itu mempunyai harga yang sama, tetapi
nilai
yang sangat berbeza. Perspektif terhadap ups and downs hasil
dahulu berbeza, kerana perspektif pada ups and downs sekarang dirasakan lebih
bermakna.

 

Dan pada aku, rasanya hasil terbesar yang tiada tolok banding yg diperoleh
sekarang, yang membuatkan aku rasa HIDUP, adalah hasil
dari pertemuan dengan mereka yang dipanggil sa-udara2, yang
mengharungi susah-senang, pahit maung, dan suka-duka bersama2. Orang2 inilah yg
banyak membentuk semula daripada Adi yang dahulu dan dicorakkan kepada Adi yang
sekarang dalam tempoh 666.

 

Analoginya adalah sebiji berlian. Tidak akan terserlah kecantikan berlian
itu melainkan jika pemotong berlian itu benar2 mahir. Hanya berlian yang
dipotong dengan betul sahaja yang akan membiaskan cahaya dengan elok hingga
menampakkan kecantikannya. Maka yang pentingnya bukanlah berlian itu, tetapi
mereka yang mahir memotongnya. Begitulah juga dengan diri. Pedulikanlah dengan
diri, kerana yang dicari2 ialah orang yang betul2 dapat membantu kita membentuk
diri.

 

Itulah kekurangan Adi yang 666 dahulu. Itulah perkara yang Adi 666 dahulu
tidak miliki. Dan atas sebab itulah hasilnya tak dapat dilihat kerana berlian
itu tidak dipotong pada sudut yang betul untuk membiaskan cahaya dengan betul.
Sememangnya berlian hanya boleh dipotong dengan berlian juga. Tetapi yang
mengarahkan sudut pemotongannya adalah manusia. Begitulah juga dengan diri.
Hanya diri sendiri yang boleh mengubah diri sendiri, tetapi yang membantu untuk
ke arah yang betul adalah orang yang betul2 mengenali dan mengetahui kemampuan
diri kita (Sheikh Tajrid? Guru Mursyid? Entahlah.. Hasil gagal sekolah agama hanya pernah dengar je istilah2 tu.. Tatau pun apa maknanya..).

 

The night was black..
Was no use holding back..
‘Cos I just had to see.
Was someone watching me?

In the mist..
Dark figures move and twist..
Was this all for real..
Or some kind of hell?

666..
The number of the beast..
Hell and fire..
Was spawned to be released..

-Iron Maiden, The Number of the Beast-

 

Dan bila difikir2 semula, aku tak pernah rasa menyesal berada di UTP,
walaupun melebihi daripada masa yang ditetapkan. Sebenarnya 5 tahun itu
sebenarnya sudah cukup memadai untuk dipotong berlian pada sudut yg betul. Dan
aku baru sedar, rupa2nya setahun setengah yang lebih itu digunakan pula untuk
digilap, diperhalusi dan dilicinkan lagi permukaan berlian tersebut. Dan bila
keluar dari UTP ni nanti, jenis berlian apakah agaknya yang akan aku jadi?
Berlian 666 berapa karat? Entahlah.. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

 

27557421218499l_2I’m coming back..
I will return..
And I’ll possess your body..
And I’ll make you burn..

I have the fire..
I have the force..
I have the power..
To make my evil take it’s course..

-Iron Maiden, ending lagu The Number of the Beast-

 

Suatu hari nanti, aku pasti akan kembali ke UTP. Tak mau la kembali utk
repeat paper. Muak dah dok sini. Adakah akan datang kembali sesaja untuk
mengimbau kenangan lama..? Jauh sekali.. Takde kerja aih.. Baik pi usyar awek2
daripada susah2 buang minyak dtg UTP semata2 utk lepak. Apa yang pasti, aku
pasti akan kembali untuk uruskan clearance. Hahahahahah!! Tak pun, kembali
untuk mintak tolong burn anime dan series. :p

 

Sekadar mengarut..

29) A Brief Trigger for the Mind.

 

Untuk part yg ni, sesetengah daripada kita dah pun tahu dan
dah pun pernah dengar pasal apa yg dikongsi pada link2 yg dibekalkan ini. Tapi
takpe, sila refer balik utk refreshkan kepala otak yg dah berkarat tu. Kasi
ingat balik. Ada sebabnya..

 

Go to this link:
1) If you like to read, go here: –> Click here to read.
2) If you do not interested in reading, and like to see simple animation to
make you understand better, go here: –> I’m stupid. Please teach me better. .

 

For the animation, the screen will start like this:

Loading_time_1

 

Jangan tertipu.. Klik je Play Arrow tu. Kalau dok tunggu,
sampai kiamat la gamaknye tak start2.

 

Setelah
membaca (atau melihat dan mendengar), aku nak tanya beberapa soalan:

1) What
do you see?

2) How
do you feel?

3) What
is your opinion about it?

 

Apa2
pandangan dan tambahan boleh ditulis pada ruangan komen.
Asyik aku je yg menulis. Kali nih kome plak yg
menulis. Bleh? Tuan rumah dah kasi can utk kome mencoretkan apa2 yg terbuku di
dalam kepala otak tu. Tapi kena ingat, JANGAN LARI DARI TOPIK YANG DIBERIKAN
TU!!

 

Boleh?
Toksah risau.. Tiada pandangan yg salah.. Aku yakin, semua pastinya akan
memberikan pandangan yg terbaik. Ye tak?

 

That’s all for now.. I don’t want all of you just to READ my
blog, I WANT ALL OF YOU TO THINK..!!

 

"Ordinary person only know to ask ‘why?’
(questioning).. Extraordinary person will ask ‘why not..?’
(suggesting solutions).. But a lazy ass mother fucking lazy bitch will only
know to say
‘whooaa..’ (doing nothing).."

 

Be the extraordinary one.. Savvy..?

 

Maka begitulah adanya..(For now..)