16) CINTA: Lust or Lore? (Part 1)

Hah!! Jgn pikir yg bebukan plak nak kata aku tetiba buang tebiat nak berjiwang2! Itu bukan objektif utama penubuhan blog nih. Jauh menyimpang.. Apa yg ingin disampaikan di dalam topik ini lebih kepada satu pandangan peribadi terhadap isu tersebut. Tidak berkait dengan awek yg lama, awek yg tak dapat, awek yg tak sempat nak approach atau awek yg bakal dijadikan bini. Hanya satu karangan yg lebih kepada sudut logik akal mengenai isu "cinta".

Dalam bab ni, tumpuan lebih kepada ‘kasih sayang’ antara seorang lelaki dengan seorang perempuan (atau mungkin 4? Hahahah!!). Aku tau ada banyak definisi "cinta". Ada yg kaitkan dengan ‘kasih sayang’ kepada ibu bapa dan saudara mara. Ada yg akan kaitkan kepada ‘minat’ atau hobi terhadap sesuatu material. Ada yg akan kaitkan dengan sayangnya terhadap diri, Tuhan, Nabi, agama, bangsa dsb. So, awal2 lagi dah set fokus kat mana, jgn nak balas benda yg karut2. Nak tulis? Takde hal, tapi pastu kena delete la.. Buahahahahah!!"Remember, remember.. The fifth of November.." (V for Vendetta), But remember also that this is MY HOUSE!

Selalunya, apabila kita bangkitkan isu mcm ni, terutama skali kalau ada kaitan dengan ‘cinta’ antara dua jantina (aku ringkaskan pakai istilah "kapel" je la yeh? Panjang la nak tulis "cinta antara dua jantina"), geng2 "The Others" atau "skuad racun" (Hahahahah!! Dah lama tak pakai istilah ’skuad racun’ nih) akan counter dengan ayat pemati:

"Cinta yg sebenar2 cinta adalah cinta kepada Tuhan".

Yaa.. Memang cinta yg sebenar adalah cinta kepada Tuhan. Tetapi setakat manakah org yg cakap ayat tu faham sebenar2nya bagaimana yg dikatakan cinta kepada Tuhan? Come on laa.. Jangan la dok cakap berdegor2 ayat mcm tu, tapi aplikasinya haprak (ditujukan khas utk skuad racun tuh).. Dan adakah yg bercakap itu memahami sebenar2nya apa itu CINTA?

"Cinta" itu adalah satu keadaan yg mana kita berasa "asyik" dengan sesuatu yg kita rasa ‘berharga’ atau memberikan kita kepuasan, keseronokan dan ketenangan apabila kita bersamanya. Secara semulajadinya, manusia memang suka kepada 3 benda tu: ketenangan, keseronokan, kepuasan. Dan apabila sudah jumpa seseorang yg dapat memberikannya ketiga2 perkara tersebut, maka pastinya manusia itu akan mempertahankan gila2 supaya nikmat itu tidak akan dirampas atau dibuang dari mereka. Kerana "cinta" itu juga adalah satu nikmat.

Apabila dikatakan bahawa cinta itu merupakan anugerah Tuhan kepada manusia sebagai satu "nikmat", maka secara pastinya ia dikategorikan dalam kategori yg positif. Yg memberi kebaikan kepada kita, yg memberikan kita kemudahan dalam mengamalkan cara hidup. Dan aku bukan nak kata statement skuad racun pasal "cinta yg sebenar adalah cinta kepada tuhan" itu salah. Betul.. Dan memang tepat. Sejarah sendiri membuktikannya.

Pertamanya dari segi sejarah Nabi. Yg mana Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri mempunyai tahap kecintaan kepada Tuhan yg sgt tinggi. Kenapa makam tinggi? Kerana makamnya adalah KEKASIH. Dan hanya dia seorang sahaja yg dapat title tuh.

Satu lagi tahap cinta kepad Tuhan ialah dalam kes Mansur Al-Hallaj. Try cek sejarahnya. Aku cuma ringkaskan skit je la ceritanya sbb fokus ialah pada "cinta", bukan pada mamat ni. Hallaj nih, tahap cinta pada Tuhan hingga ke tahap keluar statement "I am God". Ahh sudah… Gila ke apa.. Tapi itulah hakikat orang yg bercinta. Gila kerana cinta. Tapi bukannya nak kata dia gila. Dia waras. Dan dia keluar statement mcm tu pun atas kewarasannya.

Tapi tak ramai yg nak menerima statement dia tu sbb bercanggah. Sebab selalunya orang akan kata "I am the servant of God" yg kasi 2 makna: aku hamba, dan ada Tuhan. Tetapi statement Hallaj "I am God" plak dianggap menafikan kewujudan Tuhan dan menafikan bahawa kita adalah servant. Dan atas sebab itulah dia akhirnya dihukum bunuh.

Alaaaa.. Mcm org pertama yg cakap bumi ni bulat laa.. Time tu org semua kata bumi ni rata. Last2 orang tu kena bunuh. Tapi tu la naluri manusia. Kalau majoriti kata "mcm ni" tetiba ada puak minor yg kata "sebenarnya mcm tu", walaupun lain tapi logik, terus dipancung. Dan itulah yg selalu skuad racun ni buat kalau jumpa org yg tak sekepala dengan deme.

Jadi apa sebenarnya yg nak disampaikan oleh Hallaj? Pernahkah orang pada zaman tu nak amek tau? Yg pelinya, Imam Ghazali sendiri kata, "Kalau aku yg hidup pada zaman Hallaj tu, aku takkan kata dia salah.. Dia betul!!". Hohoho~~ Lagilah kontroversi. Tapi walau kontroversi mcm mana pun, ada rasionalnya.. Cumanya bergantung kepada pemikiran masing2. Kalau pemikiran terbuka, sure sanggu je nak kaji dan dengar apa rasionalnya. Tapi kalau pemikiran sempit dan tak mau terima pandangan orang lain melainkan yg dok kat masjid atau ceramah2 agama, tu susah lah..

Persoalan: Kenapa Hallaj boleh keluar statement mcm tu? Jawapannya ialah kerana dia sudah mabuk cinta. Cinta kepada Tuhan. Dari segi logiknya, mereka yg bercinta (atau "pernah" bercinta) sure tau mcm mana keadaannya bila bercinta dengan awek / balak. Setiap hari, setiap jam, setiap saat pasti akan teringat kepada si dia. Utk yg newbie yg tak pernah bercinta, meh aku terangkan.. Situasi sebegini dinamakan "RINDU".

Apabila diri sudah dilanda kerinduan, dan asyik teringat si dia, maka apa2 yg kita buat, apa2 yg kita nampak semua kita hanya nampak dia hingga kita seolah2 tak menyedari lagi kehadiran dan kewujudan diri. Tengok nasi lemak, teringat si dia. Tengok botol susu, teringan si dia. Tengok minuman tin tongkat ali, teringat si dia. Tengok apam balik, tembikai, telur, bola semua teringat si dia. (Errr.. Benda2 tu takde makna tersirat.. Hanya sekadar contoh semata2.. Hisshh!! Korang nih.. Otak porno betul..Pikir la elok2 skit..). Semua yg nampak hanya si dia atau paling koman pun, time2 mcm tuh terpikir "Apalah agaknya yg dia buat skrg nih ye?".

Maka itulah situasi Hallaj. Apabila diri dilanda kerinduan kepada Tuhan, maka semua benda dia hanya nampak Dia. Nampak tiang? Tiang dari besi, besi dari tanah, dan semua itu Tuhan yg jadikan. Nampak kerusi? Kerusi dari kayu, kayu dari pokok, pokok tu Tuhan yg jadikan. Maka salahkah bila tengok diri sendiri pun nampak Dia? maka segala yg wujud adalah kejadianNya, dan kita takde apa2. Dan bila kita nampak semuanya Dia, maka tiadalah kita. Bila tiada kita, dan semuanya Dia, bukankah kita menafikan kewujudan kita dan mentahkikkan kewujudanNya? Bab nih pening skit.

Maka bukankah mereka yg bercinta, yg dilanda kerinduan kita ibaratkan "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah (bukan "mandinye tak")? Apa yg nak disampaikan dalam istilah2 itu? Maknanya, kita dah takde lagi FOKUS pada segala yg kita lakukan kerana asyik teringat kat si dia. Makan, tapi kepala ingat kat dia.. Sedar2 dah habis, tak rasa pun kenyang. Nak tidur, tapi asyik teringat kat si dia, last2 tak dapat tidur sbb kepala tak dapat rehat (otak dok aktif fikir dia). mandi, tapi sambil mandi asyik ingat kat dia sampai tak perasan pun diri dah basah, dah sabun semua (Bukan main sabun dengan sorong tarik ye.. Yg tu kena fokus!! Kalau tak fokus tak jadi.. Wahahahah!!).

Maka itulah penangan CINTA dan RINDU yg boleh mengganggu FOKUS. Dan apabila diri sudah hanyut dalam keasyikan bercinta, secara tak langsung kita akan menjadi taksub kepada cinta. Kerana apabila seseorang itu sudah taksub, they can do anything and will do anything to protect it EVEN IF IT IS WRONG!! Tu yg jadi bab2 terlajak takleh nak brek angin tuh.. Nak brek, tapi keluar air, bukan keluar angin mcm brek lori tuh.. "Pchisssssss~~" kalau bunyi brek lori atau bas.. Tapi brek yg nih lain.. Mcm kereta punya ABS "Crettt~~ Crettt~~ Crett~~" Wahahahahah!! Baik punya analogi!!

Aaahhhh.. Karut je la korang nih.. Pikir yg bukan2 je.. Astagaaa… Dah.. Dah.. Sambung balik.. Dari perasan cinta dan rindu itulah kadangkala fokus dan SEMANGAT seseorang itu utk melakukan sesuatu semakin bertambah. Ada dalam sejarah Melayu, panglima mana ntah, aku tak ingat.. Cara dia nak mengatasi serangan Siam (yg mana time tu Siam tu ialah satu kerajaan yg power) adalah dengan meletakkan keluarga orang2 yg menyertai perperangan tu di belakang barisan tentera.

Pastu kasi la cakap semangat mcm William Wallace dlm cite Braveheart tuh "Kalau kita tak defend betul2, ahli2 keluarga kita yg datang yg duduk di belakang ini akan teraniaya!! Then let us fight to the end!! Let us fight to protect the one we love!! Freedom!!!". Dengan cara itulah semangat tentera membara. Dan paling mengejutkan, menang lawan Siam wooo!! Serius ni sejarah betul. Try la cek. Aku tak ingat la apa nama pahlawan tuh.

Tapi serius laaa.. Atas rasa cinta itulah ia memberikan galakan dan semangat utk kita lebih bersungguh supaya kita tidak kehilangan org yg dicintai. Tapi kena ingat, cinta juga boleh buat kita jadi buta. Jangan endingnya nanti jadi mcm Anakin Skywalker (atau nama barunya Darth Vader). Tu kalau contoh jenis baik laa.. Kalau contoh jenis sebenarnya yg mcm brek lori atau kereta punya ABS.. Wahahahahah!!

Jadi sekarang boleh nampak tak mcm mana "cinta" itu boleh mempengaruhi seseorang sama ada ke jalan yg ok, atau jalan yg tak ok? Dan skrg boleh faham tak kenapa "cinta" itu boleh jadi sbg nikmat? Aku rasa cukup dulu sampai sini, akan bersambung lagi (dalam part 2) pada masa yg akan datang..

Akan bersambung di kemudian hari..



5 Comments so far

  1.   Dzul on April 3rd, 2006

    Haih nk komen kena login… tukar blogspot laa genjo… hahahahahahhaa…

    Dah lama aku plan nk komen tp nk login je balik2 time-out…

    Menarik gak pasal Cinta ni… ni yg buat aku RINDU kt awek aku ni… ish2…

  2.   Adi Ramli on April 5th, 2006

    Rindu2 pun, ko pakai breaking system yg mana? Huahuahua!! Memain je.. Heheheh..

  3.   Adi Ramli on April 9th, 2006

    Aku dah buat akaun blogspot dah.. Tapi yg tuh utk versi Bahasa Inggeris la.. Direct translation (modified skit contentnya) dari blog yg nih.. Sesaja nak tgk kelakar ke tak kalo istilah2 ni semua ditukar ke BI.. Wahahahah!!

  4.   Sayuti on April 16th, 2006

    hallaj dihukum bunuh sebab statement beliau berbahaya kepada masyarakat umum. sebab tu, dia rela dibunuh. kita ni rela ke dibunuh?

  5.   Adi Ramli on April 16th, 2006

    Tapi pelik jugak. Takkan takde langsung masyarakat umum pada ketika itu nak bertanya “kenapa” dia keluarkan statement sebegitu?

    Mungkin naluri semulajadi manusia (MUNGKIN je, bukan SEMEMANGNYA).. Malas bertanya, terus melabel.

Leave a Reply

You must be