22) Dosa, Pahala dan Hamba (Bahagian 2: Pahala).
"Aku purify blogku ini pada
tahun ini, pada bulan ini, pada minggu ini, pada hari ini, pada jam ini, pada
minit ini, pada saat ini, pada detik ini, pulang pulih sediakala dengan kalimah2 bahasa pasar
semula.."
(Macam pernah jumpa struktur ayat
nih.. Tapi di mana ya? Lantaklah.. Huhuhu..)
Yaaaaaa.. Bahasa pasar balik. Mana leh bahasa skema sepanjang masa. Ye
tak? Tak syok plak nanti.. Karang naik muak plak membacanya. Aaaahhh.. Malam
Jumaat yang indah.. Tapi sayang betul takde bini lagi.. Kalau tak, takde keje
aku nak nulih aih blog nih.. Berkenot lagi baik.. Wahahahahah!! Tapi disebabkan
rumet nih jantan, dan memandangkan aku bukan ghey, bosanlah jadinya.. Lainlah
kalau rumet ni seorang awek stok Stacy Bride ke, Jordan Capri ke.. Leh gak aku
kepak (sebutan: kay + park) je.. Bohahahahah!!
Ok, sambung semula bab yang lepas.
Hari tuh dah cite pasal dosa. Maka sekarang, masuk bab pahala pula. Walau
bagaimana pun, asal-usul perkataan pahala nih wa tarak tau liao.. Maka dari
perspektif bahasa, memang tak dapat nak dihurai dan diperjelaskan (melainkan
jika ada yang mengetahui, boleh la tambah2 kat komen nanti ye?).

Pun begitu, ada perspektif lain
plak kalau kita cerita pasal pahala. Sebagaimana yang telah diceritakan dulu,
pahala ni lebih kurang mcm dosa kalau ikut kepada pemahaman majoriti. Ramai
yang melihat pada sudut "gaji", "ganjaran",
"bilangan" dan "kuantiti". Dalam entry kali ini, aku lebih
nak memperjelaskan sebagaimana yang pernah diberitahu kepada aku mengenai
pahala ni, tetapi pada perspektif yang berbeza: TRANQUILLITY.
Tranquillity, kalau dalam bahasa
Melayunya ketenangan, ketenteraman, kesentosaan, dan kesejahteraan. Kalau yang
pernah baca komik Pendekar Laut, Hikmat Ketenangan dan Ketenteraman Abadi dari Orga
pasti takleh lekang dari kepala otak tuh. Biasalah.. Antara watak macho.
Kenalah ingat. Hohohoho..
Jadi apakah kaitannya? Apa kena-mengena antara ‘ketenangan’
dengan pahala? Mcm mana rupa bentuknya? Mcm mana kita nak tengok pahala? Mcm
mana kita nak tau kita dapat pahala atau dosa? Banyak sgt persoalan. Tetapi
bukan bermaksud tiada jawapan. Cuma terpulang kepada keterbukaan pemikiran
masing2 sama ada untuk memikirkan perspektif yang berlainan atau tidak.
Kalau dijelaskan dari sudut logik, antara seorang yang buat baik dengan
buat jahat, pastinya ada perbezaan. yang dimaksudkan ialah perbezaan dari sudut
"dalaman". Pada perasaan dan pada hatinya. Bezanya ialah orang yang
buat baik tak rasa apa2. Malah rasa lega sebab dah buat sesuatu yang tak
menyusahkan orang lain, malah menguntungkan diri sendiri. Selain itu, orang
yang buat baik ni akan lebih digalakkan oleh perasaan2 positif seperti berani,
minat, tenang, gembira dan suka untuk meneruskan lagi perbuatan yang sama.
Berbanding dengan orang yang buat jahat, bila dah buat jahat, akan
timbul bermacam2 perasaan yang dikategorikan ‘negatif’ seperti rasa bersalah,
takut, gentar, gemuruh, menyesal, dan rugi. Terutama sekali kalau benda jahat
tu baru 1st time dibuat. Maka perasaan jenis mcm nih memang tak tergambar
dengan kata2 betapa cuak rasanya. Dan apabila mengalami perasaan2 sebegini,
maka orang itu akan berada dalam lingkungan yang "TIDAK SELAMAT".
Kenapa tak selamat? Sebab akan dihukum. Kalau dah buat jenayah, polis
akan cari. Dah rasuah, BPR plak cari. Dah pedajal anak dara orang, famili awek
tu plak cari. Kan ke pening kepala nak pikir benda2 tuh semua? Dah la kena
pikir mcm mana nak teruskan hidup, kena tambah lagi satu bala nak pikir mcm
mana nak lari plak dari orang2 tuh semua. Maka bukankah itu dalam keadaan yang
tidak selamat?
Sebab tu lah ia bertepatan dengan peribahasa melayu:
"Berani kerana benar, takut kerana salah.."
Sangat berbeza perasaan antara buat baik dengan buat jahat. Itu kalau dari sudut PERBUATAN. Hatta
kalau dari sudut NIAT pun dah banyak beza. Bukankah "Kalau seseorang
itu baru niat nak buat baik, dapat 1 pahala, kalau dia buat benda baik yang dia
niat tuh, dia dapat 10 pahala. Tapi kalau seseorang itu niat nak buat jahat,
dia masih tak dapat lagi dosa, tapi once dah buat, dia dapat 1 dosa"?
Dalam sudut tu, ramai yang melihat pada segi "Tuhan itu Maha
Pengampun, sangat kasih akan hambaNya". Kenapa? Sebab bila buat baik,
Dia kasi ganjaran lebih. Tapi bila buat jahat, Dia kasi sabsidi kerajaan (atau
diskaun). Dari sudut tu, kalau kita asyik dengan "bilangan" atau
"kuantiti", betullah tu. Takde kata salah pun. Dah memang
sifat Dia tu Maha dalam segala2.
But there are of course another
different perspective. A perspective where only certain people see what others
didn’t think of it. Tang mana? Tang tranquillity tadi. Kalau dikupas lebih
mendalam mengenai ayat tadi, makna sebenarnya ialah:

"Bila kita niat nak buat
baik, kita dah cukup bersemangat. Sebab benda yang kita nak buat tu ialah benda
baik. Kita rasa kalau boleh kita nak buat cepat2, nak buat sungguh2. Dan
disebabkan niat yang baik itulah kita telah merasa perasaan positif:
bersemangat, seronok, tenang, gembira. Dan perasan itu akan bertambah hebatnya
apabila kita buat benda baik tuh. Maka akan berlipat gandalah kegembiraannya kerana
kita bukan sahaja menggembirakan diri, malah menggembirakan orang lain. Malah
keuntungan yang diperoleh hasil perbuatan tersebut bukan sahaja menguntungkan
kita, tetapi juga turut menguntungkan orang lain."

"Bila kita niat nak buat
jahat pula, walaupun masih tak rasa lagi bersalah, tapi dalam kepala otak tuh
dah pikir lebih 10 kali sama ada patut buat atau tidak perbuatan tuh (itu pun
kalau orang tu jenis berfikir sebelum bertindak). Yang akan rasa resah, gelisah
dan pening pasal niat tuh hanya diri kita. Orang lain tak susah pun sebab masih
belum dilaksanakan. Tetapi bukankah NIAT itu boleh diubah? Kalau dah pikir
berpuluh2 kali, last2 rasional kepala otak mengatakan "Tak payah
buat", bukankah kita tak dapat apa2 walaupun asalnya niat betul2 tapi
tak buat? Tapi once dah buat, walaupun 1 benda jahat, bukankah kita dah tak
senang duduk? Bukankah dah menyusahkan ramai orang lain?"
Dan bila difikir2, adakah sebenar2
yang dimaksudkan adalah berikut?
"Kalau kita niat baik, kita dah bagi keuntungan kat diri kita sendiri
(dapat 1 je). Kalau buat baik, kita akan bagi keuntungan kepada diri kita dan 9
orang lain (atau mungkin lebih dari itu). Tapi kalau kita niat jahat, kita tak
dapat apa2 keuntungan, malah masih takde kerugian lagi (tak dpt apa2). Cumanya
bila once buat jahat, kita tak bagi keuntungan pada orang, tetapi hanya
menyusahkan diri sendiri sahaja!(dapat 1)"
Adakah itu yang dimaksudkan dengan
nombor satu dan sepuluh itu? Aku
mana tau. Aku tanya soalan je.. Pepandai la cari jawapan. Maka tambah lagi satu
perspektif selain "ketenangan", iaitu pada sudut "benefit"
atau "faedah" (bukan bergantung kepada bilangan, tetapi kesan
positif kepada diri dan orang lain).
Cuba kita ambil contoh lain dan
fikir betul2.. Ok, kita ambil contoh ni:
"Sesiapa yang baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan
Allahuakbar 34 kali, Tuhan akan ampunkan dosa2nya sebanyak buih2 di
lautan".
Cuba kira, ada berapa banyak buih
kat laut? Laut Cina Selatan punya
buih pun dah tak terkira, apatah lagi laut2 lain. Ye tak? Maknanya apa?
Bilangan yang sangat banyak!! Abistuh, cukuplah baca 3 benda tuh je, maka
hilanglah dosa2 kita. Kenapa nak smayang, puasa atau buat benda2 baik yang lain
kalau baca 3 tu pun dah cukup untuk hapuskan semua dosa? Ahhh sudahhh..
Sesetengah orang plak kata, yang dimaksudkan kat situ ialah dosa2 kecil. Sesetengah
pula kata, itu hanya ibarat sahaja. Jika orang tau kelebihannya, pasti orang
akan buat. Sesetengah pula kata, itu sekadar galakan untuk kita melakukannya.
Ok lah tuh.. At least ada la jugak jawapan.
Tetapi adakah itu sebenarnya? Pada pandangan aku, jawapan yang memuaskan
ialah bila dikait2kan dengan semua yang kita dah tau pada perkara basic, yang
merangkumi keseluruhan jawapan hingga terbentuk satu jawapan yang simple tetapi
pada perspektif yang luas. Dan pada pandangan aku, jika dikaitkan dengan makna
"DOSA" pada Entry 21 hari tuh, jawapannya lebih tepat (pada pandangan
aku laaa.. lain orang lain pandangan). Cumanya, kita kena tukar skit titik
fokusnya. Ramai orang yang fokus pada BACA dan DIAMPUNI DOSA. Tetapi tidak
ramai yang nak melihat apa sebenar hikmah perbuatan tersebut dan mcm mana
sebenar2 amalan itu boleh membuatkan Tuhan mengampuni dosa2 orang yang
melakukannya.
Pada pandangan aku, apabila orang tersebut MENGAMALKAN zikir tersebut, maka
sepatutnya dia akan SENTIASA INGAT pada Tuhan. Ye laaa.. Dah nama pun kan
"zikir"? Kan ke makna "zikir" tu ialah "ingat"? Dan
apabila dia sentiasa ingat, bukankah dalam setiap perkara yang ingin
dilakukannya, dia akan pikir dulu sama ada baik atau jahat? Dan bukankah
selalunya niat tu (selalunya geng2 alim laa cakap) ialah "lillahi
ta’aala"?
Apabila dah asyik ingat, dah mula sedar, bukankah orang yg amalkan benda
tuh dah tak mau lagi ulang perbuat jahat yang sama? Bukankah itu dikira
bertaubat? Dan bila dia betul2 ingat dan takmo ulang, malah meninggalkan terus
dosa tu, bukankah itu taubat nasuha? Dan bukankah kalau orang tu taubat nasuha,
biarlah berapa banyak dosa sekalipun yang pernah dia buat dulu (walaupun
sebanyak buih di lautan), Tuhan akan ampunkan kalau dia betul2 sungguh2 nak
tinggalkan perbuatan jahat tuh?
Dan bukankah ini disokong oleh hadis:
"Seseorang pencuri itu takkan mencuri kalau time dia mencuri tu, dia
beriman. Seorang penzina takkan berzina kalau time nak zina tuh dia
beriman."?
Kalau pusing2 pun, endingnya akan ke arah yang basic - percaya (iman), yang
seterusnya bersangkutan dengan hati. Hanya apabila orang yang mengamalkan
(bukan sekadar membaca) itu diiringi dengan basic yang kukuh, barulah dia
mendapat kelebihan yang dimaksudkan. Bukannya sekadar membaca tapi still buat
jahat.
Dan endingnya, biarlah kita baca macam2 hadis pasal ganjaran, dosa dan
pahala pun, ia akan berbalik semula kepada perdu dan basic kepada semua, iaitu HATI.
Maka bukankah pahala dan dosa itu lebih kepada "dalaman" (hati) dan
bukan bilangan gaji atau koleksi? Dan apabila cerita mengenai hati, bukankah
hati yang paling elok ialah hati yang bersih, tenang, lapang, luas dan
tenteram?

Apabila hati tenang, bukankah keadaan hati itu sendiri yang akan terpancar
ke wajah kita? Bila seseorang itu SUKA HATI, hatinya suka, maka mukanya pun
suka. Bila orang KECIK HATI, wajahnya terpancar rupa kekecewaan. Bila GELI
HATI, wajahnya akan bergelak ketawa. Dan jika seseorang itu sangan TENANG, maka
bukankah wajahnya tenang dan berseri? Maka itulah bagaimana kita nak tengok
PAHALA. Pada WAJAH orang tersebut.
Kadang2 ada orang yang mukanya takde la hensem atau cun mana pun, tapi kita
seronok melihat wajahnya sebab ada "seri". Maka itulah antara lambang
orang yang dianugerahkan PAHALA. Kerana orang yang buat baik, Tuhan akan
anugerahkan ketenangan dan ketenteraman. Bukankah Nabi pun ada cakap?:
"Aku pelik betul ngan orang mu’min nih.. Time senang nampak hepi..
Time susah pun nampak hepi.."

Tapi kalau orang yang berdosa hati akan rasa takut, rasa bersalah, maka ia
akan terpancar ke wajahnya sebagai muka yang suram, muram, atau gelisah. Kalau
dia buat2 senyum pun, kita dapat baca yang senyuman tu bukan original.
Kesimpulannya, kalau kita perdalami lagi, kalau kita fikir betul2, pahala
itu pun lebih luas maknanya. Bukan sekadar bilangan gaji atau kuantiti yang
harus dikumpul. Tetapi sesuatu yang "dirasai" oleh hati dalam bentuk
ketenangan, ketenteraman dan kelapangan. Akhir kata, sama2lah kita cuba
memahami, mengaplikasi dan melancarkan hikmat Orga the Killer Whale (watak
komik Pendekar Laut):
HIKMAT KETENANGAN DAN KETENTERAMAN ABADI!!
Bersambung lagi utk bahagian akhir (HAMBA)..
Comments(7)

