14) Ketakutan dalam memperoleh hasil.

"Adi, tak menulis lagi
ke?"

 

Aduih.. Apa la aku nak jawab kat
orang tua nih.. Cikgu R bertanya..

 

"Tak berkesempatan la
cikgu.. Cikgu pun tak menulis lagi ke?"

 

Heheheh.. Malas kasi alasan
panjang, terus tukor topik tanya dia plak..

 

"Saya tak ada masa.. Skrg ni
agak sibuk.. Tak sempat2 nak menulis lagi kat sidang.."

 

Memang dah lama gila tak menulis
kat sidang website PSSCH.
Sejak
sidang tu berubah wajah, terus aku tak menulis aih.. Kalau dulu, best la
jugak.. Sebab sidang dulu bila ada post baru, post paling lama akan terpadam.
Maka
kita yg membaca akan "mengejar" masa supaya tak ketinggalan. Tapi
wajah sidang baru nih dia buat kasi semua artikel fixed.. Tak hilang lagi bila
ada post baru. Pastu diasingkan antara seksyen artikel dengan seksyen forum. Ada la pro and cons dia..

 

Pertamanya, memang la takde mood nak menulis kat sidang baru sbb interface
berubah.. Tu dah satu hal.. Sebab rasa mcm "takde kepentingan utk rushing".
Dan takde kepentingan utk balas secepat mungkin sbb artikel2 tu takkan hilang
lagi mcm dulu. Tak perlu lagi berkejar2an. Maka keseronokan menulis tu dah tak
mcm dulu lagi. Kalau ikut omputeh nya istilah, "adrenalin rush" tu
dah kurang..

 

Tapi tu sebab yg minor je.. Sebab
utama kenapa aku tak menulis lagi ialah kerana dalam diri ini ada satu
perasaan.. Perasaan takut untuk menulis. Hatta dalam blog ni pun aku takut gila
sebenarnya nak menulis. KETAKUTAN dalam berbicara. Dalam blog ni, bila nak
menulis tu, ok je.. Jalan je.. Lancar je menaip.. Tapi part yang paling berat,
yg hati rasa paling seksa ialah part nak klik icon "SAVE" tuh.. Save
dalam blog dan publish kedalam blog.

 

Maunya 4-5 kali baca balik apa yg
ditulis tuh sebelum tekan save tuh.. Bukannya takut ada silap dalam ejaan atau
tatabahasa. Bukannya takut pembahagian perenggan tu tak sesuai.. Bukannya takut
kalau ada guna perkataan yg uncencored.. Tapi ketakutan yg dialami tu ada dua:

 

1) Takut kalau org tersalah
faham, lalu mengaplikasikannya dalam keadaan yg tak betul, pastu diajarkan
kepada orang lain dan orang lain tu pun salah faham jugak. Pastu diajarkan dan
diajarkan.. Maka jadi mcm istilah "sesat lagi menyesatkan".

2) Takut bila segala yg dicakap,
yg ditulis tu akan berlaku pada diri sendiri. Akan berpatah balik kepada diri.
Dan takut bila diuji semula dengan apa yg ditulis/cakap di dalam situasi
kehidupan aku, aku lak yg terkangkang tak dapat nak handle..

 

Takut.. Yaa.. Serius takut.. Rasa
meremang je bila nak tekan "save" tuh.. Rasa mcm, "Abis laaa aku
pasnih..".  Dan seriusly, ada sesetengah yg ditulis tuh dah pun
berlaku pada diri. Sesetengahnya akan mengingatkan aku kembali pada apa yg aku
tulis dan menjadikan aku lebih berjaya menghadapinya. Dan sesetengahnya pula,
aku fail.. Fail kerana lupa akan apa yg aku pernah cakap/tulis. Fail kerana tak
terpikir nak apply. Fail kerana tindakan yg spontan tanpa difikir dahulu.. Itu
yg aku sgt takut..

 

Dan Cikgu R pun ada cerita
lepas tanya aku pasal kenapa tak menulis tuh..

"Saya dulu masa muda2 selalu cakap kat orang yg kita ni lahir sorang2, dan
kita mati pun nanti akan mati sorang2.. Itulah yg paling banyak saya sampaikan
pada orang. Tengok2 saya sendiri diuji dengan KESEORANGAN. Kawan takde.. Duduk
sensorang.. Ke mana pergi pun sensorang.."

 

Kesian jugak bila dengar
ceritanya.
Tapi nak buat mcm
mana. Itulah perkara yg dilalui oleh orang yg termasuk dalam kategori
"hebat". Bila pangkat dah tinggi, time makan pun orang segan nak
makan sekali dengan kita. Maka makanlah sorang2. Tak mcm masa time pangkat
rendah, kita makan sama2 dengan orang2 lain yg sama pangkat. Tapi bila dah jadi
boss besar, orang segan kat kita. Nak makan sekali pun diorang mcm segan.
Bila kena pergi kursus sana sini, pun
still sorang gak. Sbb org2 peringkat bawah semua kena kerja.

 

Bila tau cerita mcm tu, aku
pun terasa jugak mcm mana peritnya rasa sensorang nih.
Tapi aku takdelah masuk dalam kategori hebat. Bila
dah fail beberapa paper, kena repeat.. Time tuh batch dah lari. Kelas pun dah
tak sama dengan batch sendiri. Kena bergaul dengan batch lain yg agak asing
sebab kita tak pernah jumpa dan tak pernah kenal pun deme.. Pastuh, batch
sendiri dah grad.. Member kurang.. Pastuh berkawanlah dengan batch yg bawahnya
tu.. Recover la skit kawan.. Tapi deme pun dah grad.. Kurang lagi kawan.. Berlaku
ngan batch yg bawahnya jugak.. Dan lastly, tinggal sorang..
Sebab buat
research projek, maka kawan hanya dengan group member dan supervisor je..

 

Tapi nasib baiklah ada silat dan Grapevine. Ada la jugak kawan. At least ada la orang utk
diajak minum memalam. At least ada la org tegur bila berjalan ke mana2. Dah
sedar dari cerita Cikgu R tu la baru ada kesedaran skit utk bermasyarakat.
Barulah aku try nak berusaha utk add member2 lama dulu dlm Friendster.
Wahahahahah!! Kalau tak, "Tak keje aih aku!!". Wahahahahah!! Kalau
tak, prinsip lama ialah, "Lantak kome laa.. Janji kome tak kacau aku, aku
malas nak masuk campur, malah malas nak amek tau langsung pasal kome.."

Hahahahah!!

 

Aku pun tak perasan sampailah baru2 ni perasan skit.. Adakah aku nih dah
jadi lebih lembut dr dulu? Lebih.. Ramah..? Dulu bebudak semua jenis takut ngan
aku.. Aku pun tatau apasal. Sampailah bila deme cerita kat aku:

 

"Dulu aku takut gila nak approach ko.. Nak cakap apa2 pun kena benda yg
perlu je.. Sebab ko muka garang.. Tapi rupa2nya mengong gak ko yeh? Sesia je takut kat ko dulu.."

 

Bila pikir2 balik, uih.. Garang
ke muka aku nih? Abang AS ngan Abang R pun ada kutuk aku:

 

"Muka you ni jenis susah nak
senyum.. Garang nih.. You tak sesuai la jadi engineer, you seuaai jadi
majistret atau hakim.. Takpun executor.. Sbb muka you jenis mcm Sang Harimau
Kumbang dalam komik Raja Rimba, ‘muka tak berperasaan’..
Hahahahah!!"

Amboih.. Sedapnya ngutuk.. Takpelah.. Tapi mungkin betul gak kot.. Tapi aku
tak kisah sgt..

Ada pro and con dia.. Memang la org susah nak approach. Tu mungkin satu keburukan.
Tapi benefit dia, orang tak berani nak pau aku kalau aku ke mana2. Wahahahah!!
Dan selama aku berjalan sensorang kat bandar memana pun, selama nih tak pernah2
lagi kena peras ugut cara keras. Cara lembut ada la jugak kena.. Tapi sampai keluar pisau ke, nak
belasah2 ke, tu tak pernah..
Dan aku syukur gila la tak pernah jadi
gitu..

 

Muka walaupun tak berperasaan mcm Pendekar Laut atau Sang Harimau Kumbang,
tapi aku jenis malas nak gaduh. Bukan malas, TAK SUKA. Sebab once kalau gaduh,
aku gaduh bebetul. Once aku dah declare seseorang itu sbg musuh, kelibat dia
pun aku tamau tengok..!! Jenis buang terus.. Jenis putus hubungan terus sampai
ke mati pun tak mau jumpa lagi.. Dan yg paling utama, tiada kemaafan. No
forgiveness for these types of people.. And I won’t regret even a bit..

 

Ganaih ke? Biasa je tu.. Kita elok2 jaga hubungan, pastu orang buat taik,
buang laa.. Buat apa nak simpan orang yg menyusahkan? Ye tak? Dan buat apa nak
simpan orang yg memberi kerugian kepada kita? Ye tak? Tapi selagi mana dia tak
memberi keuntungan mahupun kerugian, selagi dia tak cari pasal, dan selagi aku
tak pernah terlintas nak declare dia sbg musuh, berkawan la elok2 dengan orang2
sebegini..

 

Sambung balik part menulis.. Apa yg Cikgu R cakap tu betul. Abang N sendiri pernah
mengalaminya. Dan aku sendiri pernah mengalaminya. Dulu aku selalu cakap pasal
ibu bapa pada budak2. Tengok2 aku diuji dengan ujian melalui ibu bapa sendiri.
Tak senang duduk wooo..
Tapi at least, berjaya la jugak setelkan.. Bukan
senang woo!! Sebab tu la aku takut.. Takut bukan atas apa pandangan orang
terhadap aku. Takut bukan apa pandangan orang terhadap tulisan aku. Tapi takut
atas apa yg tulisan aku akan buat pada aku.. Takut kalau apa yg aku buat akan makan balik tuannya..

 

Dalam takut2 mcm tu, nasib
baiklah aku jumpa dengan orang2 mcm Abang M, Cikgu R dan Abang N..
Ni la manusia2 yg banyak membantu aku
selepas mak bapak aku.. Manusia2 ni la yg banyak tolong aku time aku
berjauhan dengan mak ayah aku.
Dan aku bersyukur gila sbb dapat jumpa dengan orang2 nih.. Diorang la yg
kasi aku panduan dan nasihat kalau aku dalam kesusahan, bila ditimpa masalah
dan bila perasaan bercelaru.

 

Dalam tengah takut untuk menulis,
cikgu sambung balik ceritanya.. "Tapi walaupun saya diuji dengan
‘keseorangan’ kita kena tengok pada sudut yg positif.. Kalau kita asyik
bersedih dengan dugaan tu, payah laa.. Sekurang2nya baru saya terpikir, sebab itu
la kita diberikan 4 slot utk mengisi kekosongan.. Ye tak?".

 

Hahahahahah!! HANTU BETUL!! Apa la org tua
nih.. Sempat lagi melawak.. Nasib baik dia lagi tua dr aku.. Kalau tak maunya
aku sekeh2 je.. Tadi memula punya la cerita kasi kita takut.. Rupa2nya tu
sebenarnya yg nak disampaikan..

Lepas2 tu, dia cakap kenapa dia galakkan aku
menulis. Dan baru la aku tau rupanya ada benda lain yg nak diajar dlm menulis
nih.. Itu pun bila dia jelaskan kenapa.. Kalau tak, tobat la aku tak pernah
pikir..

 

Apabila kita menulis, kita akan
sentiasa berfikir.. Dan bila kita berfikir, kita akan cuba sedaya upaya utk
meluahkan dan menukarkan segala bentuk pemahaman kita ke dalam cara
penyampaian, corak susunan ayat dan pemilihan perkataan yg sesuai utk kita buat
orang lain memahami apa yg kita faham, sebijik2 sebagaimana yg kita faham. Dan
utk sampai ke tahap itu, kita akan mengekspoitasi kita punya pemikiran yg
kreatif ke tahap yg lebih jauh. Kita akan cuba bermacam2 cara yg kreatif dalam
cara penyampaian kita. Dan kita akan lebih kreatif utk mengaitkan segala apa yg
kita tahu ke dalam hanya satu artikel.

 

Dan atas sebab itulah dia
menggalakkan aku menulis. Cumanya, aku tak larat nak tulis dalam sidang
www.cekakhanafi.com atau dalam seksyen "capaian artikel" tuh. Apa yg
aku mampu sekarang ialah menulis mengikut kehendak hati aku, mengikut citarasa
dan kebebasan. Yg mana benda2 ni boleh dicapai melalui forum. Sebab dalam
forum, tajuk orang dah create. Tinggal nak olah pemahaman sendiri je ke
dalamnya.

 

Tapi nak buat mcm mana.. GRAPEVINE
TAK DAPAT MASUK SBB NETWORK SUCKS!! Demit.. Maunya berbakul2 aku maki hamun IT
and Media Service kat UTP nih.. Tapi maki hamun pun, bukannya dapat merubah
apa2. Maka alternatif yg ada hanya satu.. Blog.. Dan atas sebab itulah aku
menulis.. Menulis bukan kerana ingin menunjukkan kehebatan.. Bukan kerana nak
mendapat populariti.. Bukan utk tekel awek memana pun.. Tetapi utk melancarkan
pergerakan kreativiti otak aku yg berkarat nih..

 

Pun begitu, perasaan TAKUT itu masih ada, biarpun dah cuba sedaya
upaya utk fikir positif. Tapi, kalau aku tak menghadapi ketakutan itu, mcm mana
aku nak menambahkan lagi ilmu dan pemahaman aku? Ye tak? So, lantaklah.. Tulis
je laaa..

 

Maka begitulah adanya..

 



5 Comments so far

  1.   k-mie on March 25th, 2006

    “Fear is the path to the Dark Side. Fear leads to anger; anger leads to hate; hate leads to suffering. I sense much fear in you.” - Yoda, Star Wars.

  2.   Adi Ramli on March 25th, 2006

    Demn.. Patut la perangai aku ni jahat semacam je mcm setan.. Wahahahah!! Thank you for your reminder about Yoda, Darth Sidius, my master.. Heheheheh..

  3.   Nai Husna on March 27th, 2006

    haha..mmg setuju sgt..muke ko mmg garang..expressionless..ko mmg bleh jadik penulis yg berjaya.. sbb ko agak pendiam (tataula…aku xkenal sgt ko)…tp nk menjadi penulis mengikut kata2 sendiri kat m’sia ni takut kena ban plak..xpsl2 masuk ISA..so kat blog je la bleh nk luahkan pon..ape2pon kalu bakat tu diasah..xsalah kalu nk jd penulis yg berjaya…

  4.   Adi Ramli on March 27th, 2006

    Aaaaa~~!! Sorang lagi ckp aku muka garang.. Huhuhu~~!! Dulu makcik kat kafe Lembaran pun cakap aku muka garang jugak.. Aaaaa~~!! Camnih baik aku jadi Chemcal Engineering punya head programme ganti si Dr. Hilmi.

    Oh ya, minggu depan Dr. Hilmi akan naik pangkat ke “Kerajaan Langit” (ofis tingkat tinggi kat Library UTP tuh). Siapakah yg akan menggantikan teraju pemerintahannya? Kita tungu dan lihat pergolakan politik Chemical Engineering di UTP.. Hohoho~~

  5.   Sayuti on April 16th, 2006

    muka adi garang?

    HAHAHA

    takut itu sebenarnya kunci survival kita.

    takutlah apa2 pon, tapi yang paling penting, takutlah kepada Allah.

Leave a Reply

You must be