*This article may be a bit offensive to certain type of ppl.. But in the other hand.. THE HELL I CARE!! This is my blog, and i have the power to write anything I want!! Bohahahahahahah!! Apa2 pun, nama orang2 yg terlibat tak disertakan. Kalau sebut nama kang, jadi ngumpat plak. Kalau tak sebut nama, kira jadi mcm kisah tauladan je la.. Then malaikat nak catit dosa ngumpat pun tak jadi… Heheheheh..
Pernah ada org tanya, "Apasal ko nih suka sgt tgk cite2 atau katun2 kat TV (atau yg didownload dari pc member)? Tak rasa buang masa ke?". Malas nak menjawab aih.. Aku lebih tau apa yg aku dapat dari tindakan aku sendiri dari orang yg bertanya tuh. Hang nak pikir mcm tuh, lantak hang la.. Itu sudut pandangan hang.. Aku ada pandangan aku sendiri.
Pernah jugak, time dengan ex lama dulu (jenis geng2 masjid nih). Time borak dlm YM, aku nak minta diri dari perbualan. Sebabnya ialah nak pi bandar, tgk wayang ngan member2. Dari cara reply dia, nampak mcm gaya tak berkenan. Maklumlah, utk geng2 nih, pawagam tuh kan tempat maksiat. Tapi lantaklah.. Aku still ada pandangan dan pegangan aku sendiri.
Ada khutbah kat masjid UTP beberapa minggu lepas, si khatib yg tak reti berkhutbah nih dok cerita pasal hiburan. Pasal TV dan keburukan. Ada ke patut dia kata "Tonton TV hanya sehari seminggu". What the fuck man? Abistuh sesia la beli TV. Baik sewa TV je utk sehari, ye tak? Apa ke mengong punya solution daaaa..!! Dah lah rukun khutbah pun salah!! Pooodaahhh!! Tak pasal2 khutbah kena ulang balik dek imam lain. Tapi lantak lah.. Tu fahaman dia, tu cara dia mengaji..
Aku pelik betul ngan geng2 jenis mcm nih. Kenapa asyik nampak yg negatif je? Walhal ada je kebaikan kalau penggunaannya betul. Ada skali time ngan ex jugak, dia lontarkan persoalan:
Dia : Kenapa kelas silat tak buat asing2 utk kelas laki ngan kelas pompuan?
Aku : Apsal?
Dia : Tak elok kan laki campur ngan pompuan dalam tempat yg sama?
Aku : Tapi partner kan lelaki ngan lelaki, dan pompuan partner ngan pompuan?
Dia : Ye laa, tapi masih dalam tempat yg sama..
Aku : What the fuck..? Apa ko nak cakap sebenarnya nih? (dalam hati laaa..)
Dia : Kan elok kalau asing? Takde la menimbulkan fitnah.
Aku : Kiranya nak kata kalau campur laki pompuan tuh menggalakkan maksiat la nih yeh? (Dalam hati aku laa..)
Aku : Tapi bukan ke kitorang buat kat tempat terbuka? Kat foyer dewan.. Malah bukan tempat yg gelap pun, tempat terang benderang lagi. Jadi part mana yg menimbulkan fitnah kalau dah buat kat tempat umum, dalam keadaan orang ramai yg lalu-lalang leh nampak?
Dia : Tapi bukan ke pompuan jatuh2 terlentang semua tuh?
Aku : Abistuh apsal lak jatuh terlentang jadi isu nih? Ni sure asyik pikir pasal romen je nih!! Otak kuning tul!! Tak sangka aku geng2 masjid pikir senegatif nih, walhal aku yg mengajar kelas tuh skit pun tak pernah terlintas nak pikir camtuh sekali!! (dalam hati laa..)
Aku : Abistuh kalau dah buah silatnye mcm tuh, so kenapa dengan jatuh terlentang?
Dia : Ye laa.. kan tak elok nampak pompuan jatuh mcm tuh..
Aku : Kenapa tak elok plak? Apa yg ko fikir pada pompuan yg jatuh mcm tuh?
Dia : Takpelah..
Aku : Ceh, berdolak dalih la plak.. Memang sah pikir blue nih.. Pooodaaahhh!! (dalam hati)
Aku : Bukan ada apa pun. Yg training semua dok sibuk ngan partner memasing, mana sempat nak tgk dan pikir benda yg bukan2 mcm tuh time training.. Orang yg mengajar pun dok fokus pada nak betulkan buah silat, mana sempat nak pikir yg bebukan.. Jadi part mana yg timbulkan fitnah? Walhal yg datang semuanya datang ke kelas sbb nak BELAJAR, nak tuntut ilmu. Kenapa bab silat nih dipersoalkan plak sedangkan dalam lecture, takde sapa pun nak bising2 yg dalam kelas tu campur laki dan pompuan, malah kat tempat tertutup lak tuh? Malah kat dalam lecture, laki leh dok sbelah pompuan selamba2 lak tuh. Dalam kelas silat, walaupun kelas scampur, tapi laki ngan pompuan still tak campur aduk mcm dlm lecture. Jadi kenapa nak dipersoalkan bab nih sedangkan hang sendiri pi lecture tak pernah bising pasal lecture tuh pun?
Perbualan sambung sampai habis, tapi banyak la dia punya dolak dalih.. Malas aku melayan aih.. Kalau letak kat sini pun, buat sakit hati korang je membacanya sbb byk sgt soalan yg tak relevan, malah tak logik. Tatau la guru mana yg ajar dia utk dolak dalih nih.. Lantaklah.. Malas aku nak amek tau..
Sambung balik part tadi. Kenapa majoriti org (terutamanya geng2 jenis tadi tuh) asyik dok pikir negatif je benda2 mcm nih? Kenapa asyik nampak keburukan instead of kebaikan? Kenapa nampak dari sudut HARAM berbanding yg diHALALkan? No wonder la ada di kalangan geng2 mcm nih jenis was2. Amek wudhu’ ntah berapa kali ulang, takbiratul ihram ntah berapa kali ulang sampai kita yg dok sbelah pun rasa terganggu. Sheeesshh!! Terasa ke? Lantak lah.. THIS IS MY HOUSE!! I have the right to write whatever I want!! Bohahahahah!!
Bila soalan pertama pasal kenapa suka tgk cite kat tv, aku ada justification aku. At least, dari dalam cerita2 yg aku tgk, walaupun katun, terkandung beberapa perkara yg boleh mentahkikkan apa yg aku dah belajar selama pengajian aku. Yg mana kebanyakan cerita2 dlm TV tu berkisarkan kehidupan seharian. Dan dari situlah dapat disimpulkan segala observation aku pada orang2 sekeliling, malah membuktikan kata2 orang tua yg pernah menasihatkan aku.
Contoh mudah. Sesapa yg pernah tgk drama bersiri Prison Break, sure kata cite tuh best. Tapi tak ramai yg nak melihat sudut pengetahuan dan falsafah yg menjadikan cerita tuh best. Pada aku, apa yg menjadikan cerita tu best ialah kehebatannya utk meringkaskan segala falsafah, ilmu dan pengetahuan ke dalam satu gambar tatu yg dilukis pada badan. Tak ramai yg apply benda nih. Tapi once apply, memang la hebat.
Umpama semua matapelajaran yg kita belajar, diringkaskan dalam peta minda. Atau kalau dari sudut silat, umpama segala fahaman silat yg diringkaskan dalam pantun silat cekak, umpama semua isi pantun silat cekak itu disimpulkan di dalam pantang larang silat cekak, dan umpama segala pantang larang itu diringkaskan dalam lambang Ahmad Muhammad tuh.
Kita tak nampak benda ni hebat. Malah anggap mcm biasa je. Tapi bila difilemkan, diaplikasikan dan diberitahu kepada orang ramai akan rahsia di sebalik perbuatan itu, barulah kita nampak watak itu hebat, dan cerita itu best. Barulah kita sedar yg perbuatan itu bagus malah melambangkan kehebatan yg tak terhingga pada pelakunya. Maka barulah kita merasakan apa yg pernah kita belajar selama ini mengenai RUMUSAN atau MERINGKASKAN sesuatu perkara itu adalah ilmu yg sgt berharga.
Cuba kalau tak tengok cite tuh. For sure takkan sedar diri. For sure takkan menghargai apa yg pernah kita belajar sbb kita tak nampak BUKTI atau keberkesanan aplikasi ilmu tuh. Same goes to cite Naruto. Ramai yg tgk sekadar enjoy2, tapi tak ramai yg nak menilai mesej yg nak disampaikan dlm cite tuh. Apa yg aku dpt belajar dari cite Naruto ialah terdapat 2 jenis ego manusia. Satu ego yg baik (ego Naruto nak selamatkan kawan, nak selesaikan misi), satu lagi ialah ego terejal (ego Orochimaru utk jahanamkan satu kampung dgn bermacam2 cara).
Cumanya, bergantung kepada manusia itu sendiri utk gunakan dengan cara yg baik, atau cara yg jahat. Maka semua ni tak lari la dari niat. Kalau asyik dok pikir negatif je, baik soh mufti haramkan Internet sbb banyak benda lucah dalam internet. Ooooo.. Bab nih boleh plak ye? Kerana Internet tu ada kebaikannya kalau digunakan pada jalan yg betul. Oh.. Part nih tau plak ye nak tgk part yg positif? Pooodaahhh!!
Apa yg aku dpt dari wayang? At least aku pi wayang, aku tengok wayang dalam keadaan aku BAYAR. Berbanding ngan tgk cd cetak rompak, yg mana aku bayar utk sapot jenayah. Maka mana yg lagi elok? Berhibur dlm keadaan yg halal, atau berhibur dalam keadaan kita bersubahat dengan jenayah? "Eh, tak elok la wayang sbb dalam tu campur laki pompuan, tempat tertutup, gelap lak tuh.." So what? Aku dtg situ utk tgk wayang!! Bukan utk tgk orang beromen!! Dan selama aku tgk wayang, tak pernah2 aku jumpa org beromen berdekatan ngan aku pun.
Banyak cerita yg aku tgk kat wayang, yg mentahkikkan apa yg aku pernah belajar atau pernah dengar. Malah menambahkan lagi keluasan terhadap sudut pandangan aku pada sesuatu perkara. Lord of the Ring misalnya, apa yg nak disampaikan dlm cite tuh? Apa yg nak disampaikan ialah betapa hebatnya pengaruh kuasa hinggakan ramai yg ingin memilikinya. Bahkan Smeagol tuh punya taksub pada kuasa sampai tak kisah kalau mati dalam lava gunung berapi sekalipun!! Punyalah hebat penangan kuasa tuh.. Maka ini membuktikan bahawa apa yg Nabi cakap tu betul; Tiga perkara yg mempengaruhi manusia, TakhTA (kuasa), HarTA dan WaniTA.
Kita mana pernah menjawat jawatan yg besar2 pun, nak2 time stadi nih. But at least dengan filem tuh, kita dpt belajar yg kuasa nih hebat pengaruhnya. Kalau silap langkah, kita yg rosak. Kalau elok langkah pun, belum tentu lg kita ok. Barulah kita nampak bukti kata2 Nabi. Barulah kita faham dari kedua2 sudut: teori dan praktikal. Kita selama ni asyik dengar je pasal 3TA yg nabi cakap, tapi tak pernah nak cuba tgk dari sudut pembuktian dan mentahkikkan apa yg dicakapnya. Dan bila dah tgk, walaupun dari filem, at least kita faham yg kuasa tu mmg hebat pengaruhnya. Barulah kita bertambah yakin dengan apa yg nabi ckp. So? Adakah salah tgk wayang?
Contoh lain, Starwars. Ni pun mentahkikkan apa yg Nabi ckp pasal 3TA tuh. Yg mana kita selalu pikir yg dugaan dari wanita ni selalunya pada sudut godaan seksual, romen2, zina, tutuh-mentutuh dsb. Tapi at least dalam cite Starwars, ada jugak rupanya cara lain mcm mana wanita menguji lelaki. Yg mana lelaki yg elok2 baik leh convert jadi jahat terus walaupun bukan melalui godaan seksual nak beromen. Tapi dari cara approach aspek "takut kehilangan org yg disayangi".
Maka sekurang2nya terbukak skit minda aku pasal godaan wanita nih dan mentahkikkan lagi apa yg aku pernah belajar mengenai sifat ZUHUD. Kalau ada bini cantik, letak kat atas katil, bukan dlm hati. Kalau ada kete hebat, letak kat garaj, bukan kat hati. Kalau ada rumah besar, letak atas tanah, bukan kat hati. Kalau ada duit banyak, letak dlm bank, bukan dlm hati. Kalau kehilangan benda2 tuh? Takde efek pada hati. Cuba kalau Anakin Skywalker tuh faham mcm tuh. Sure takde jadi Darth Vader sampai sanggup derhaka pada guru.
So? Apa salahnya tgk wayang? Bukan ke kalau setiap apa yg kita buat, kalau memberikan kebaikan dan faedah kepada kita dlm keadaan kita lebih meyakini tentang kekuasaan dan kehebatan ilmu Tuhan, itu dikira sbg ibadah? Dan bukankah selagi mana apa yg kita buat, kalau ia menambahkan lagi kefahaman kita terhadap sesuatu perkara, itu dikira sbg menuntut ilmu? Maka bukankah kalau ikut hukum, menuntut ilmu itu wajib? Dan bukankah definisi wajib mengikut kitab ibadat, maknanya "perkara yg bila dibuat dapat pahala, dan bila ditinggalkan dapat dosa?"
Tapi takdelah aku nak kata yg tgk wayang tu wajib. Tu jauh menyimpang. Yg nak disampaikan ialah, kalau kita tgk dari sudut positif, tgk wayang itu pun boleh memberi pahala. Dengan syarat, niat kena betul la. Kalau masuk wayang sbb nak tgk org beromen, tuh mmg sah2 la salah. Apsal takleh plak? Kenapa bab komputer, internet dan tv, boleh plak pikir mcm nih? Yg mana penggunaan komputer, internet dan tv, kalau betul, dibolehkan sbb memberi manfaat, tapi kalau guna utk porn, haram hukumnya. Kenapa wayang plak tak pkir mcm tuh?
Ooooo.. Sbb niat tak menghalalkan cara? Hey come on laaa.. Part mana yg tak halalkan cara? Masuk sah2 kena bayar. Dan sah2 la tak sapot jenayah cetak rompak. Dan kalau ikut dari sudut perniagaan, perniagaan tu sah sbb kita bayar, dan kita dapat apa yg kita nak beli (sama ada barang atau perkhidmatan). Dan kalau masuk dgn niat nak belajar dan mengambil iktibar dari cerita yg ditayang, maka apa yg salahnya?
Sbb campur laki pompuan? Sbb "kalau Tuhan nak turunkan bala, Dia turunkan pd semua yg terlibat dlm kawasan itu termasuk org yg beriman"? (Ni la alasan ex aku dulu tuh). Come on laaa.. Yg ko pi study kat Australia sana tuh boleh plak ye? Student Malaysia yg study kat negara Barat tu bleh plak ye? Walhal dah nyata yg tempat2 tuh lagi banyak mungkarnya dari dalam pawagam kat Malaysia nih. Tak takut plak ye kena bala kalau pi sana? Berani betul kome ye? Siap berkampung buat geng usrah lagi kat sana. Bukan ke hang sendiri yg ckp, kalau Tuhan nak turunkan bala, semua kena?
"Eh, kalau tu takpe sbb kita pi oversea nak menuntut ilmu, bukan nak buat maksiat.." Ah sudah.. Bab nih bleh plak ye? Abistuh aku masuk wayang sbb nak tuntut ilmu kenapa tak boleh plak? "Sebab tempat campur laki pompuan, menimbulkan fitnah." Aik? Alasan koman nih lagi ke? Hang pi sana tuh lagi la sosial, depan2 org ramai deme bercium selamba2. Tu lagi la menimbulkan fitnah. Boleh plak ye? Dalam kelas pun hang campur laki pompuan, bleh plak ye? Hang balik lewat malam dari usrah, hang sorang je pompuan dalam trem yg dipenuhi laki mabuk, boleh plak ye? "Takpe, jangan takut, jgn gentar, Allah sentiasa bersama kita". Ooooo.. Tapi kenapa hang bleh buat, aku takleh? Adakah sbb hang geng2 alim je leh buat tapi sbb aku tak termasuk dlm geng hang aku takleh? So, kalau aku masuk wayang dlm keadaan aku pakai ayat hang tuh (jgn takut jgn gentar) kenapa tak boleh plak?
Atas sebab2 mcm tu la aku anti ngan geng2 mcm nih. Kenapa utk mereka, mereka leh buat ikut suka hati, kononnya berpandukan Al-Quran dan hadis. Bila aku nak buat plak, atas konsep dan alasan yg sama, cuma ubah pada tempat dan situasi je, terus kata tak boleh?? Terus pandang slek? Apa ingat aku tak mengaji ke? Apa ingat semua org yg tak join geng2 usrah tu sampah2 yg terlibat ngan maksiat sampai tatau hukum-hakam ke?
Last2, bila kita pakai balik alasan yg diorang pakai, pakai balik hadis dan ayat2 yg diorang pakai, diorang sendiri tatau nak cakap apa, last2 berdolak dalih.. Hmphh!! Kalau dah sampai tahap berdolak dalih tuh, maknanya apa yg dicakap tuh bukan lg atas dasar kebenaran, tapi atas dasar TAKSUB utk mempertahankan diri dan aktiviti2 kroni tuh.. Lantak kome laaa… Tu cara pengajian kome.. Aku still stay ngan cara pengajian aku..
Itulah situasi yg mana bila org asyik tgk pada yg negatif dan buta pada yg positif. Selagi apa yg dilakukan tuh bersangkut-paut dgn hiburan, takde bersangkut-paut dgn masjid, usrah, dakwah dan pahala, terus dilabel sbg negatif, terus dipandang slek, terus dikategorikan dlm maksiat. Bila kita apply perkara yg sama, tapi dihurai dari sudut pandangan yg lain, but still pakai basis yg sama, yg lebih nampak positif, pun deme takleh terima jugak? Memang benak sgt la gamaknya jenis2 org mcm nih.. Benak bukan atas sebab jahil, tapi benak sbb terlalu TAKSUB dengan kelompok2 geng deme tuh. Taksub sbb apa? Sbb semua yg geng2 deme cakap tu je yg betul, dan apa yg dicakap dek org lain, yg tak join geng deme tuh salah belaka..
Tapi lantaklah.. Tu cara pengajian deme. Dan aku bersyukur gila sbb tak termasuk dlm geng2 yg mcm tuh. Dulu dah banyak kali kena racun utk join geng2 tuh, tapi mungkin sbb takde bukti yg kukuh utk aku join geng tuh, aku tak join. Kalau nak aku join apa2, aku akan tanya satu soalan je. kalau dpt jawab soalan nih dengan betul, dengan tepat, tanpa ragu2, dan dapat buktikan jawapannya, baru aku join. Soalannya:
"Kalau di sekolah ada pengetua atau guru besar, dalam organisasi ada big boss, dalam universiti ada rektor, dalam silat ada guru, yg mana semua nih bertugas utk monitor keseluruhan pergerakan organisasi utk melengkapkan objektif penubuhan organisasi tersebut. kalau ada silap, orang2 ni la yg akan tegur dan perbetulkan balik hala tuju supaya tak terpesong dari objektif sebenar. Maka utk geng hang tuh, siapa guru hang?"
Kenapa aku tanya? Sbb aku tau "konsep usrah" ni dulu yg bawaknya Hassan Al-Banna. Alaaa.. Yg buat ma’thurat tuh.. Dia yg usahakan usrah nih (kalau ikut sejarahnya dari zaman moden la). Maka dialah ketua keseluruhan pergerakan usrah atau dgn nama komersialnya "Ikhwanul-Muslimin". Beza antara Ikhwanul-Muslimin dengan Hizbul-Muslimin ialah Ikhwanul-Muslimin nih jenis geng2 usrah. Hizbul-Muslimin nih plak geng2 PAS.
Sampailah satu masa, Hassan tuh kena assassinate. So, persoalannya, siapa dia punya successor? Siapa yg mengambil alih teraju pemerintahannya sbg ketua yg akan monitor keseluruhan pergerakan Ikhwanul-Muslimin? Bukankah sepatutnya kena ada pengganti? Assume la ada.. kalau ada, siapa penggantinya? Habistuh kalau takde pengganti, siapa yg jadi guru? Ayah Pin jauh sekali la.. The question is, WHO’S IN CHARGE?? Kalau takde, kalau kita ikut istilahnya, sebuah kapal itu akan tunggang terbalik dipukul ombak kerana takde ketua yg nak beri arahan ke mana hala tuju kapal. Maka kenapa aku nak yakin atas perjuangan yg takde ketua yg aku sendiri pun tatau hala tujunya nak ke mana? Kalau korang tak percaya, try la tanya geng2 nih soalan tuh. Dua versi jawapan aku dah dgr (tatau la kot ada versi lain plak):
1) Rahsia (sorang studet pompuan yg jawab).
2) Takde lg, tapi satu hari nanti, bila Islam nak bangkit, ulamak akan sepakat nak lantik siapa (ustaz kepada geng nih yg jawab pada student dia).
What the hell..? Kenapa nak dirahsiakan? Kononnya nak ikut cara Nabi berdakwah secara sembunyi2? Come on laa.. Pikir logik laaa.. Nabi dakwah secara sembunyi2 supaya dpt tekel org2 yg berpengaruh utk tolong kembangkan agama. Dan Islam paling banyak berkembang time dakwah secara terbuka, bukan time sembunyi2. Dan aku tgk plak, yg join geng2 nih ada geng professor, ada engineer, ada orang kerajaan, ada doktor, ada peguam.. Oih.. Takkan tak cukup kuat?? Masih nak sembunyi2 ke? Walhal kalau apa2 berlaku, lawyer leh kaver. kalau sakit, doktor leh tolong. Nak mengajar, professor leh tolong kasi ilmu.
Yg peliknya, orang yg join tuh pun tatau siapa ketuanya?? Come on laa.. Time nabi dakwah sembunyi2 dulu pun org yg ikut tau la Nabi yg lead.. Tapi nih mcm mana? Ketua pun tak kenal, maka mcm mana kita nak tau siapa yg kita ikut? Mcm mana nak tau apa objektif sebenar penubuhan organisasi? Apa ingat benda ni tak penting ke? Pada aku penting sebab utk tau mcm mana ahli2 sesebuah organisasi, kena tengok ketuanya. Kalau ketuanya hebat, maka anak2 buahnya pasti hebat. Kalau ketuanya sampah, anak buahnya lagi la sampah sarap.
Atas sebab itulah aku tak join geng2 nih. Sbb aku tamau ikut bodo2 membabi-buta tanpa tau apa objektif dan halatuju organisasi. Dan paling utama ialah, aku tamau pemikiran aku jadi mcm deme. Asyik pikir negatif je berbanding positif. Mungkin sbb deme pikir mcm tu la deme kawin awal kot? Ye laa.. Otak asyik pikir pasal seks je.. Apa2 yg negatif, mesti kait dgn seks..
"Tak boleh tu, haram sbb campur laki pompuan".
"Patut kelas kena asing laki pompuan".
"Tak elok pompuan jatuh terlentang".
"Tempat gelap tuh, timbulkan fitnah".
Bila disuarakan bab nih, dinafikan plak.. Kononnya utk jalankan usaha dakwah dengan lebih berkesan.. Iyoo la tuh.. Kononnya nak elak dr terlibat ngan maksiat (huh.. seks lagi.. mmg suka benor pikir pasal nih ye?). At least kalau aku horny sgt pun, takdela aku berselindung di sebalik kopiah dan jubah.. I am still myself.. Nih depan org cakap berdegor pasal kebaikan, tapi dalam kepala otak horny gila.. Aku lebih bahagia mcm nih je.. Cakap lucah2 ke, blue ke, porno ke, tapi otak tak ikut..
So, kepada yg nak meracun aku utk join geng nih, aku kasitau awal2, you can forget about it!! Kenapa? Sebab aku tanak jadi mcm kome!! Wahahahahahahahah!! Dan yg lebih penting, aku kena kenal ketua dulu baru aku join.. :p Tapi sori laa.. My heart is closed for this kind of things.. I have better things to do.. Coz I’ve found something more valuable than this..
(Tapi takde la semua mcm tuh.. Yg ok, yg aku jumpa pun SEGELINTIR je dari keseluruhan tuh. But still, persoalan aku tu yg tu pun tak terjawab. Aiyooo~~)