Seperti yg telah dikatakan, pada kali ini isi
karangan blog ini lebih kepada perkara mengenai FOKUS. Secara umum la, semua
org tau yg FOKUS itu maknanya lebih kurang macam pemberian tumpuan terhadap
sesuatu. Kalau kat cermin kanta tu, "titik
fokus" itulah tempat yg imej akan nampak paling jelas, paling
nyata dan paling terang.
Tapi apa yg nak ditekankan di sini ialah mengenai
fokus dalam diri manusia itu sendiri. Teringat plak pada siaran kat Discovery
Channel, Human Discovery yg ceritakan pasal deria2 manusia. Sesapa yg pernah
tgk siaran tu, sure tau mcm mana ceritanya. Yg menarik ialah bila dia ceritakan
tentang deria penglihatan manusia. Ada banyak eksperimen yg dia buat kat orang awam tanpa diorang sedari.
Salah satunya ialah diletakkan mcm detector kat
depam mata utk tgk apa yg dilihat oleh manusia sepanjang pergaulan mereka dalam
bar. Fokus anak mata tu plak direkod dan dirakam. Yg menariknya ialah semua org
yg try pakai alat tu akan scanning sekeliling dan bila ada orang yg menarik
(kalau yg pompuan tu akan usyar laki ensem, yg laki lak akan usyar pompuan lawa),
tak kira la tengah berborak ngan sesiapa pun, diorang akan jeling2 kat orang yg
menarik tuh.
Satu lagi eksperimen ialah kat orang ramai, di
tempat awam, ada dua orang pakai baju yg sama. Orang pertama akan tanya
directon (kononnya sesat) pada orang yg lalu lalang kat situ. Kemudian, dibuat
satu gangguan time orang awam tu bagi penjelasan, time tu dia swap orang.
Padahal memang jelas tubuh berbeza, suara berbeza dan muka berbeza. Tapi sorang
pun tak perasan.
Eksperimen seterusnya, diorang panggil beberapa
sukarelawan, tolong kira ada berapa balingan yg dibuat oleh 2 team yg setiap
team itu terdiri daripada 3 orang. Satu team pakai baju basketball kuning, satu
team lagi pakai baju hitam. Yg disuruh kira ialah balingan yg dibuat oleh yg
baju kuning terhadap team diorang, dalam keadaan keenam2 orang tu akan rotate2
dan bergerak2 secara rawak. Dalam time semua tgh sibuk mengira tu, tengah semua
bergerak2, ada sorang mamat pakai costume gorilla lalu kat depan diorang sekali
je. Pastu, dah abis, bila ditanya, "Ada sesapa nampak tak sesuatu yg ganjil?" 3-4 orang daripada 20 orang tu je yg
perasan. Yg lelain? Tgh dok sibuk mengira dan tak perasan langsung.
Last sekali, sebelum rancangan tu habis, tengah
narrator tu bagi kesimpulan, dia cakap: "Dalam
rancangan ini, ada berapa kali anda melihat manusia berpakaian gorilla?". Aku
yg tgk pun tak perasan yg aku pun dah jadi bahan eksperimen. Haramjadah nye
rancangan. Wahahahahahah!! Pastu dia rewind2 part yg dia letak gorilla tu.
Memula mcm tak caya. Tapi sbb siaran Astro kan berulang2, so siaran ulangan tu aku tgk
bebetul. Dan memang betul ada part yg dia letak gorilla tapi aku tak perasan
sebab terlalu fokus pada apa yg nak disampaikan dalam rancangan tu.
Dari semua eksperimen tu, itu menunjukkan yg kita
sebagai manusia ni akan ada "trade
off" terhadap apa yg akan kita fokus. Contoh mudah. Bila kita
fokuskan pandangan pada tapak tangan kita, background tapak tangan tu plak akan
jadi blur. Tapi bila kita fokuskan pandangan pada background tangan kita tu,
tapak tangan tu plak yg jadi blur.
Maka mcm tu lah jugak dengan kehidupan seharian
kita. Apabila kita fokus terhadap sesuatu, kadangkala kita akan melupakan
sesuatu yg lain. Dan bila kita cuba fokus pada perkara yg lain tu, perkara asal plak kiya akan lupa. Student yg
fokus gila2 dalam akademik, dia terpaksa korbankan skit keseronokan bermain.
Student yg fokus gila2 dlm permainan plak, akan terpaksa korbankan skit
akademiknya.
Maknanya, manusia hanya boleh fokus terhadap satu
perkara dalam satu masa. Kalau buat banyak perkara dalam satu masa, kedua2
perkara itu tak berapa berkualiti. Sama macam apabila kita menumbuk dan
menendang. Orang yg hanya menumbuk, tumbukannya pasti kuat. Sama juga pada yg
menendang sahaja. Tapi cuba tangan kanan menumbuk dan kaki kanan menendang serentak. Pasti serangan itu
takkan memudaratkan lawan. Kenapa? Sebab tak kuat.
Try amek contoh simple dalam kehidupan seharian
pada orang2 yg sebaya ngan kita skrg nih.. Kalau dilihat dari segi bab2
berpasangan ni, kepada yg clash ke apa ke.. Kalau asyik pikir pasal si dia, maka kita akan lupa pada diri. Tapi nak
buat mcm mana, dah itu yg berlaku pada orang2 yg mcm nih. Asyik dok fokus pada
orang yg dah blah, last2 diri sendiri terabai. Tu yg jadi frust menonggeng
tamau makan apa semua tuh. Tak ke mengong tu? Pun begitu, ini menunjukkan
bahawa telah terbukti yg apabila manusia fokus pada sesuatu, dia akan lupa pada
perkara yg lain.
Cuba
fikir logik la.. Katalah awek mintak clash, dia secara pastinya akan fokus pada
kepentingan diri dia dan tak pedulik pun apa nak jadi kat kita. Yg kita plak,
asyik dok tamau nak putus, try macam2 cara sebab asyk dok fokus pada dia. Pastu
dah putus, asyik dok pikir pasal dia dan lupa pada diri. Tapi itulah yg
commonly berlaku pada semua org.
Pun begitu, why not we shift our focus? Kalau kita
asyik berjalan dan fokus pada tapak tangan, pastinya kita akan jatuh masuk
longkang sbb tak nampak apa yg berada di hadapan. Tapi kalau kita fokus pada
pandangan hadapan, silap gaya badan kita luka pun kita tak perasan. Benda ni selalu berlaku pada member2 aku yg eksiden moto. 1st yg dipikir
bila dah berlanggar ialah "Moto aku
mcm mana? Kete dia lak rosak ke tak? Kang tak pasal2 kena bayor". Padahal
tgh berdarah2 tuh. Boleh lagi berdiri tanya orang lak. Bila orang semua cakap yg dia dah cedera, baru
dia perasan dan baru rasa sakit.
Maka
salah satu kelebihan manusia dalam fokus (walaupun tadi nampak mcm satu
kelemahan) ialah kita dapat fokus 100% dan lupakan pada perkara yg kita tak
fokus tadi. Then why not we just shift our focus and just proceed with
the focus that gives the most benefit to us? Rather than focussing on the thing
that we can never gain back and instead, give damage to us?
Tapi nak wat mcm mana.. Kalau semua dok dididik
dari kecik ngan didikan yg mcm tu, susah la nak berubah. Susah lah nak shift titik fokus tuh. Ye laaa.. Dari kecik, semua cerita2, drama2, dan
movie pasal kehidupan seharian, terutama sekali bab2 jiwang nih dah
di"standardize"kan yg bila orang dah clash, akan dok teringat kat si
dia, bukan kat diri sendiri. Tapi adakah bermakna apabila kita
"keluar" dari yg normal, atau "keluar" daripada
"kebiasaan" tu, kita adalah abnormal? Tak.. Takde orang yg bila
"keluar" dari pandangan yg biasa atua standard, terus jadi hantu.
Still orang jugak.
Inilah fenomena sekarang. Apabila ada "kelainan" pada "kebiasaan", maka
macam2lah orang label. Tak percaya? Aku rasa bab ni, Grapeviners dah nampak.
Dari segi "kelainan" pandangan yg dipost kat dalam GV tuh. Pada
member silat lak, yg pasti dalam bab ijazah, tidur, dan mandi tuh.. kalau dari
segi keagamaan, certain orang plak takleh menerima konsep "awaluddin
makrifatullah". Amende awaluddin makrifatullah tuh? Ntah.. Pi la tanya
ustaz2. Aku bukan ustaz.. Aku mat metal..
Kalau dari segi sejarah Islam, akan jadi mcm kes
Hallaj yg dituduh murtad. Tapi yg peliknya, zaman selepas2 tuh, Imam Ghazali
sendiri cakap, "Kalau aku yg hidup
pada zaman itu, aku takkan kata yg dia tu murtad". bab ni, pi tanya
orang2 yg dikatakan "beragama". Diorang lagi tau.
Maka FOKUS tadi boleh jadi satu kekuatan, dan boleh
juga menjadi satu kelemahan. FOKUS itu akan menjadi satu kelemahan apabila kita
terlalu fokus dan "terkongkong" dengan yg telah kita pelajari tanpa
nak meluaskan lagi pandangan. Maka jadilah katak di bawah tempurtung, jadilah
golongan mereka yg sempit pemikiran. Atau yg standardnya, orang panggil RIGID.
Terjadinya seperti ini adalah kerana bila FOKUS itu
berubah menjadi TAKSUB. Bila dah taksub, segala pandangan yg bukan dari
"fikrah" (ini la istilah yg slalu jadi alasan geng2 agama nih), yg
sama akan ditolak mentah2, ditolak bulat2. Yg betul hanyalah kalau pandangan
itu adalah dari golongan mereka sahaja. Yg selain dari itu? They will label it
as "bullshit". Wahahahahahah!!
Kadang2, aku pelik gak. Ada certain persoalan yg aku timbulkan pada
geng2 nih.. Dan ternyata betul lagi benar. Tapi disebabkan yg bagi jawapan tu
ialah aku, selaku orang yg takde authority, yg tak pakai jubah dan serban, yg
takde janggut panjang sampai ke tumit, terus jawapan tu ditolak bebulat. (Kalau
yg baca ni terasa, memang aku nak pekenakan hang pun.. Wahahahah!!). Bukan ke
geng2 nih jugak yg cakap "Tengok APA
yg diperkatakan, bukan SIAPA yg berkata"?
Come on la beb.. You cakap mcm tu, suruh lihat pada
apa yg dikata, bukan siapa yg berkata, tapi you sendiri tak buat. So you ikut
siapa nih? Maka inilah orang yg cakap tak serupa bikin. Bukan ke naqib atau
ustaz2 you ajar mcm tuh ke? Kalau kebenaran yg aku cakap tu pun tamau ikut,
pastu ajaran ustaz atau naqib (tengok apa yg dikata, bukan siapa yg berkata) tu
pun you tamau ikut, abistuh you ikut siapa? Poooraaahhh!! Tu maknanya, you cuma
nak menang je. Jenis tak suka kalah walaupun tau yg dibuat tu salah. Ceh..!!
Ok,
sambung balik bab fokus. Apabila fokus itu sudah mencapai tahap taksub,
maka orang itu sgt susah utk diubati. Silap2, uncurable. Tetapi ada juga orang
yg jenis keras kepala, tapi apabila kita memberitahunya tentang kebenaran
beserta penjelasan dan bukti yg kukuh, maka dia akan tunduk dan berpegang teguh
pada kebenaran yg baru itu. Dengan kata lain, ada yg ok, yg boleh diubahsuai
fokusnya, dan ada pula yg takleh nak diubati lagi dah, yg jenis dah kena AIDS
tunggu nak mati je..
Kalau contoh pengajian plak, ada orang pernah
kasitau aku bahawa sifat 20 dalam kitab tauhid tu bukan sifat utk kita kenal
Tuhan.. Ah sudahhhhh.. Kita yg dengar pun rasa mcm ada something wrong. But who
we really are to judge that? Apabila kita jenis taksub, otometik kita terus
label orang yg kata gitu sesat. Kenapa? Sebab fokus dah masuk tahap taksub.
lagi satu, sebab pemikiran kita telah disempitkan dan tamau menerima pandangan
yg lain daripada yg pernah kita pelajari. Pastu terus amek solution senang -
tamau dengar, pastu blah terus.
Tetapi pada orang yg fokusnya
"adjustable", dia akan tanya sebabnya, pikir dulu, then baru membuat
keputusan sama ada boleh pakai ke tak apa yg dicakapnya tuh. Maka mamat tu pun
bagi la penjelasan:
"Sifat
20 itu sebenarnya adalah sifat utk kita kenal diri sendiri. Apabila kita sudah
kenal diri, maka barulah kita tau kemampuan dan batasan diri. Bila dah tau itu,
maka barulah kita kenal pencipta. Apabila segala apa yg kita nampak hanyalah
Dia, maka kita takkan nampak diri, maka tiada lagi diri tetapi Dia
semata2".
Ah sudah.. Pening nye ayat.. But at least ada
kebenaran jugak apa yg dikatakannya tu. Bukan ke kalau nak kenal pencipta kena
kenal hasil ciptaannya dulu? Then barulah kita tau keagungan pencipta. Mungkin
pengajian yg seperti ini yg menyebabkan terjadinya kes Hallaj tuh. Sbb semua
orang dah "fixed" utk fokus pada yg dah sedia ada, pastu terus
menolak segala yg "lain dari kebiasaan".
Kesimpulannya, fokus ni subjektif. Ia boleh menjadi
satu kekuatan yg sangat hebat. Dan boleh juga menjadi "pengongkong" cara
hidup (ad-diin). Tu dari segi agama. Dari segi kehidupan seharian, ia boleh
menjadi satu dorongan utk meneruskan kehidupan, atau menjadi satu titik noktah
utk quit and give up. Dari segi perasaan, boleh jadi fokus itu menjadi satu
pendirian dan keyakinan, atau menjadi satu seksaan yg menyakitkan hati.
In the end, kita sendiri yg pilih nak fokus dari
segi yg mana. Dan kadang2, kita sendiri yg pilih jalan yg kita tamau tanpa kita
sedari. Maka, terpulanglah pada diri masing2 utk pilih yg mana. Dan terpulang
pada diri masing2 utk menyedarinya atau tidak.
Maka begitulah adanya..