January, 2006

5) Permata Dan Babi: Nilai Diri.

Dalam borak2 kat kedai makan, terbukak plak kupasan mengenai
kata2 “Jangan kalungkan permata pada
babi”
. Baek punya bahasa. Kasar dalam lembut. Pancung dalam belai. Hebat
betul orang Melayu design ayat2 nih. Aku pun tatau mana asal usul ayat tuh.
Tapi sedikit sebanyak dalam perbincangan, aku dapat faham apa maknanya.

 

Kalau dalam perbincangan kat kedai makan tu, ayat tu lebih
dikupas dari sudut ilmu. Yg mana ayat itu bermakna jangan diberikan ilmu yg
mulia dan tinggi kepada orang yg tidak layak kerana orang tersebut tidak akan
menghargainya. Malah akan mencemarkannya. Ilmu yg baik, jangan diberikan kepada
orang yg secara pastinya akan menyalahgunakannya.

 

Bagaimana nak tau sama ada orang tersebut layak atau tidak
utk menerimanya? Bab ni aku dah cerita dalam Entry “gila dalam waras” hari
tuh. Maka tak perlu dihuraikan lagi. Cumanya, tambahan skit, utk mengetahui
orang tersebut tak lain dan tak bukan adalah melalui pergaulan. Dan dari
pergaulan itu baru kita dapat identify jenis apa orang yg kita bersama tu.
Simple explanation. Walau bagaimanapun, aku lebih suka melihat pada konteks “nilai
diri”
instead of “nilai ilmu” sebagaimana yg telah dibincangkan di meja makan
tu.

 

Ternyata dalam ayat tersebut menunjukkan tentang dua status
yg sangat berbeza. Permata, yg berstatus mulia, mahal, dihargai dan sangat
bernilai. Dan satu lagi, babi yg berstatus hina, membabi buta, suka menyondol
tak kira apa, dan tidak tahu erti penghargaan (main makan apa2 je).

 

Atas definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa setiap
orang takkan lari daripada NILAI DIRI masing2. Yg mana NILAI itu bukan sesuatu
yg dihebah2kan atau dicipta, tetapi dianugerah atas penilaian orang lain.
Umpama produk di kedai runcit. Bukan produk itu yg meletakkan nilai (harga)
pada dirinya, tetapi pembeli yg menilainya sama ada mahal atau tidak.

 

Pun begitu, yg mempengaruhi nilai diri ialah sikap dan
tabiat diri itu sendiri. Jika suka mencuri, maka orang menilai sebagai panjang
tangan. Kalau suka mempedajal anak gadis orang, orang menilai sebagai kaki
perempuan. Kalau suka menipu, orang akan menilai sebagai kaki tipu.

 

Cumanya, kita kadang2 terkeliru antara NILAI DIRI dengan
PENAMPILAN DIRI. Kita kadangkala menilai kualiti seseorang itu haanya melalui
luarannya sahaja, terutama sekali dari segi pemakaiannya, atau riak mukanya.
Sedangkan NILAI yg sebenar terletak di dalam diri seseorang tersebut, bukan
pada luarannya.

 

Sama seperti produk (katalah kita ambil contoh sardin),
nilai dan kualiti sebenar sardin terletak pada resipi dan rasa sardin itu,
bukannya pada kecantikan tinnya. Kalau pembeli dah tau yg sardin itu sedap,
letak la dalam pembungkus mana2 pun, orang akan tetap makan sardin itu juga.

 

Contoh lain yg lebih nyata adalah seperti dalam kisah P.
Ramli yg main alat musik tuh. Apa namanya ntah.. Oh ya, Kassim Selamat. Time
Kassim tu dah buta, lepak ngan Chombi, dia main seksopon dia tuh. Pastu ada
orang dengar, “Ini macam gaya yg pernah aku dengar.. Kassim Selamatkah?”. (Lebih kurang gitu la.. Aku mana
ingat cite2 Melayu nih). Dia jumpa Kassim Selamat tu, ajak dia aktif balik main
musik.

 

 

Kassim terima, dengan syarat, dia tamau pakai nama Kassim
Selamat, tapi pakai nama lain. (Ntah apa ntah namanya, tak ingat lak.. Tapi
lagi skema la namanya tuh). Orang yg promote dia tu pun takde hal nya nak
terima syarat tu, janji dapat dengar mainan lagu seksopon dia tuh.

 

Dari situ dapat kita tengok yang NILAI DIRI seseorang itu
bukan pada luarannya tetapi pada kualiti yg ada di dalamnya. Kassim Selamat,
kalau tukar nama pun, nilainya adalah sebagai seorang pemain seksopon yg hebat.
Itulah nilainya.

 

Pun begitu, NILAI DIRI itu selalunya adalah nilai yg dinilai
oleh orang ramai. Jika majoriti kata dia tu jenis mcm tu, maka itulah nilainya.
Tetapi kualiti sebenar seseorang itu hanya dapat diketahui oleh orang yg betul2
rapat dengannya.

 

Sama macam Kassim Selamat tadi, hanya yg betul2 tahu pasal
musik yg mengenali gaya permainan seksopon Kassim Selamat. Yg tatau (mcm Chombi tu), hanya akan
menilainya sbg “lagu yg sedap”.

 

 

Mcm tu la jugak dengan NILAI DIRI. Hanya orang yg pernah
hidup bersama dengan orang itu sahaja yg mengetahui siapa dirinya yg sebenar. Setakat
borak kat Yahoo Messenger selama setahun lebih, pastu jumpa 3-4 kali je? Atau
setakat menilai dari apa yg di post dalam buletin Frindster je? Itu belum cukup
utk mengenali NILAI diri seseorang tersebut!! Ini bukan cakap memain, ini cakap
benar. At least, kalau bergaul dengan orang yg bebetul pernah hidup dengannya (ibu bapa, atau sahabat rapatnya), barulah boleh tau nilai dirinya yg sebenar. Bukan ke "kalau nak tau seseorang tu mcm mana, lihat kepada sahabat2nya". "Sahabat" tu maknanya rapat sungguh2 tuh. Bukan kawan biasa.

 

Kadangkala, ada juga member sendiri yg saja cerita kisah2
pengalamannya berkapel pada aku. Pastu clash. Walaupun slalu jumpa, slalu bersama,
last2 clash. Macam2 dah dibuatnya utk jaga hubungan, tapi endingnya clash gak. Aku
ingat aku je yg mcm tu, tak sangka plak ada beberapa member yg rapat, yg
mengalami tragedi yg sama, yg mana perpisahan tu bukan salah diri sendiri, tapi
salah pihak sana yg lebih dahagakan darah (perh.. ganazz!!). Dok ah.. Bukan darah, tapi lebih
dahagakan perpecahan, sbb dah suka kat orang lain, pastu yg dah ada ni dia
buang mcm sampah je.. Kesian gak tgk deme ni bersedih, tapi nak wat cammana.
Benda dah berlaku. Ye tak? Apa2 pun, wellcome to the club, my friends!!
Wahahahahah!!

 

 

Apa yg dapat kita lihat pada situasi2 tersebut? Maknanya, seseorang
itu kadangkala lebih teruk daripada status “buta”. Nilai diri yg hebat dan baik
di depan mata tak nampak, tapi penampilan diri orang lain yg lebih dinampaknya.
Member2 aku tu bukan calang2 jenis orang. Dah lah bebaik lak tuh. Sayang tul “ex-kawan”nya
tu tak nampak apa yg aku nampak pada member2 aku tu.

 

Sayang btul ‘diorang yg suka sgt buang sampah’ nih “buta”
pada permata tu. Permata2 yg bagus tu plak dibuang sbg sampah. Aaaaaiii.. Bukan
setakat buta, malah lebih teruk dari buta lak tuh.. Nampak, tapi tak tahu nilai
sebenar. Melihat, tapi tak reti bahasa. Terbukti di depan mata, tapi tak reti
nak menghargainya. Maka jadilah mcm ayat tadi: Apabila permata dikalung pada
babi. Permata yg mahal, yg bernilai, diberi kepada orang yg tak tahu nilainya,
yg nampak, tapi bangang sbb tak tau nilai sebenarnya.

 

Apa2 pun, ada certain member tu, aku pujuk la balik dengan
ayat pujukan orang pada aku:

 

“Kadang2 nak buat baik
ni memang mcm tu.. Perkara yg terbukti ada kebaikannya, tapi orang tetap tak
nampak kebaikan yg kita buat tuh.. Tapi takpe, apabila kebaikan itu tidak nampak
dek orang lain walaupun kita dah buat kat depan matanya, itu maknanya kebaikan
yg kita dah buat itu diangkat kepada Tuhan dan diterima directly oleh Tuhan. Sebab kebaikan diangkat itu lah ia tidak dapat dilihat oleh orang lain..”.

 

Biarlah babi tu buta tak tahu harga permata. At least ada
orang yg mempunyai ilmu dan yg mengetahuinya. Dan secara pasti dia lebih
mengetahui apa yg lebih baik yg harus diterima oleh orang2 yg buat baik tu.
Orang itulah yg tahu NILAI DIRI sebenar seseorang itu.

 

So, kepada sahabat2ku yg mengalami nasib yg sama
(heheheheh.. takpe, aku tak letak nama korang kat sini.. usah risau..), rilek..
Biar kita rock dan tak layan nasyid, tapi kita sendiri tahu nilai diri sebenar.
Biar nampak mcm setan yg huha2 atau yg jenis tak pergi masjid, tapi kita ada
SAHABAT yg lebih mengetahui nilai diri kita yg sebenar. Biar orang nilai kita
sebagai mengarut dsb, asalkan ada PEMBIMBING yg lebih mengetahui apa yg terbaik
utk kita. Biarlah kita tak join apa2 aktiviti keagamaan dan nampak lagho atau
lucah, tapi ada ilmuan yg lebih mengetahui kefahaman agama kita.

 

Usah difikir lagi tentang babi yg tidak mengetahui harga
permata. Usah mempersia2kan tenaga utk kalungkan permata pada babi yg
sememangnya tak reti nak dok diam dan asyik nyondol je. Lebih baik kita simpan
dan kalungkan pada gadis yg lebih mulia tarafnya yg selayaknya menerima
kalungan permata yg berharga itu. Yg akan memperlihatkan kecantikan dan
keindahan pada permata, pemakainya dan jga pada yg mengalungkannya..

 

Apa2 pun, ayat “jangan kalungkan permata pada babi” itu
memang sesuatu yg baru untuk aku. Ayat mcm kasar, tapi maknanya mendalam. At
least, kalau ada orang tanya aku:

 

“Apsal ko putus ngan awek sana tuh gila2 sampai mcm tu?”

 

Atau kalau ada orang lain tanya member2 aku tentang
peristiwa yg sama yg berlaku kat mereka, aku dan mereka sama2 boleh jawab:

 

“Permata bukannya utk dikalungkan pada babi..”

 

Lantaklah kot kalau ada orang yg dilabel sama taraf mcm babi
tu ada baca entry nih ke tak. Sapa soh hang baca? Ye tak? (Syok gak dapat
pekenakan orang skali skala..) Wahahahahahah!! Kepada ex-gf member2 aku, jangan maraaa
aaaaa.. Aku menulis utk pujuk deme.. Kesian deme kena buang mcm sampah gitu2 je..
Kalau artikel “life is a jigsaw puzzle” tu takleh nak pujuk deme sbb lembut
sgt, at least ni kasar skit, sesuai utk jiwa yg kasar tuh.. Heh..

 

Nak marah kat entry ni ke,
sedih ke, jahanam ke, apa ke, lantak kome la..Wahahahah!! Tapi nak wat cammana, kena jugak pakai istilah "babi" sebab dah itu original punya ayat yg nak dikupas. Kalau ayat original tu pakai perkataan "lembu", lembulah jadinya. Kalau perkataan originalnya "kambing", kambing la jadinya. Kalau dapat faham, ok.. Kalau kome benak sgt tak reti2 nak faham gak, lantak kome laaa..

 

Sambung skit je lagi sblm abis.. Maka, apabila mengetahui
dan memahami apa itu NILAI DIRI, barulah kita akan memahami tentang SAHABAT. "Pembeli" yang mempunyai nilai
diri yang tinggi sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan sahabat yang sama
nilai dengannya. Begitulah sebaliknya. Hanya "Pembeli" yang bernilai
rendah sahaja yang ingin membazirkan usaha dan tenaga untuk bersama mereka yang
seburuk nilai dengannya.
(Part yg Italic ni nanti boleh dikupas dengan
lebih lanjut. Kalau ada masa,aku taip dan kupaskan lagi).

 

Apabila kita dah memperhalusi dan memperdalami maksud ayat “permata
dan babi” tu, maka barulah kita boleh memahami tentang satu lagi perkara yg
sangat memainkan peranan dalam hidup, yaitu FOKUS yg akan ditulis pada keluaran
yg akan datang..

 

Selamat membaca~~

4) Hijrah: Perancangan, Perubahan & Dugaan.

Tak lama lagi nak 31 Januari
2006, bersamaan 1 Muharam 1426. Tahun Masehi dah masuk tahun baru, kini giliran
tahun Islam plak masuk tahun baru. Sempena nak masuk tahun hijrah yg baru,
konfirm banyak ustaz2 bagi ceramah atau paling koman pun takkan lepas daripada
khutbah Jumaat pasal hijrah. Kalau tgk Ad-Din ke, Al-Kuliyah ke, Forum Perdana
ke, apatah lagi IKIM.fm, memang musim ceramah pasal hijrah. Pasal sejarah Nabi,
perpindahan umat Islam, dan tak lari juga pada segi definisi hijrah – berpindah
(berubah) kepada yg lebih baik. Memang cum fiesta.. Errrr.. Silap.. Memang jadi
ceramah fiesta la gamaknya..

 

Ramai orang yg melayan awal
muharam mcm tahun baru. Bila masuk tahun baru, set azam baru, niat nak jadi
baik, dsb. Kerana ramai telah diberitahu tentang definisi secara general
tentang istilah “hijrah” utk
disesuaikan dengan gaya

hidup kita skrg. Hijrah utk memajukan diri dari keadaan sekarang, kepada
keadaan yg lebih baik. Hijrah utk meningkatkan lagi ibadah. Muak jugak dengar
benda2 gini. Wahahahahah!! (setannya aku)..
.

 

Walau bagaimana pun, aku
lebih suka melihat definisi hijrah itu dari segi sejarah nabi, pada sudut kehebatan baginda dalam merangka strategi
utk berhijrah. Mungkin benda nih nampak pelik. Memang la pelik kalau tak ramai
yg nak tengok pada sudut nih. Yaaaaa… Hijrah tu bukan sebarangan hijrah. Hijrah
tu bukannya hijrah bodo2 terus nak jadi baik, bukan hijrah terus bodo2
tingkatkan amalan. Tapi hijrah yg disertakan visi dan misi disusuli
dengan strategi dan tindakan yg terancang utk mencapai objektif. Ni bagus utk
geng2 yg dah keje nih sbb leh apply utk management.

 

Jika diteliti sejarah Nabi,
sejarah Islam, permulaannya di kota

Mekah. Banyak dugaan kat Mekah yg dialami oleh pemeluk Islam pada zaman tu.
Berapa tahun yeh umat Islam masa tu kat Mekah? Tak ingat lak aku. Bab nombor2
ni aku lemah skit. Dan dalam masa itulah dua perjanjian dibuat sblm berhijrah.
Ye tak? Aqabah Treaty 1, Aqabah Treaty 2. Cumanya, berapa ramai di antara kita
yg nak mendalami apakah tujuan perjanjian tersebut? Apa hikmah di sebalik
perjanjian tersebut? Memang la tak ramai yg nak mendalami. Sebab ramai dok
tengok pada proses SEMASA hijrah, tapi tamau fokus kat proses2 dan strategi
SEBELUM hijrah
.

 

Secara ringkasnya, cerita
skit pasal proses perjanjian tu utk kita refresh balik (diambil dari buku
pendidikan Islam PMR):

 

621 Masehi, beberapa
pemimpin Yathrib bani Khazraj datang Mekah nak buat haji. Nabi guna kesempatan
buat pertemuan sulit, dapat Islamkan deme. Musim haji tahun depannya, 12 orang
masuk Islam (2 Aus, 10 khazraj). Buat perjanjian malam yg gelap gelita kat
tempat yg namanya Aqabah. Isinya:

 

Sembah Allah, dan tak sekutukanNya.

Tak amek hak org lain tanpa
izin.

Tak bunuh anak pompuan.

Tak zina.

Tak derhaka pada Nabi.

Tak fitnah.

Tak halang org nak buat baik.

Cakap benar dan tak takut
dimaki/malu jika sebabnya adalah buat suruhan Tuhan.

 

Sorang sahabat dihantar
skali ngan 12 orang tu utk tolong ajar pasal Islam kat Yathrib sana
tuh. Haji tahun
depannya plak, 73 laki, 2 pompuan Yathrib lak masuk Islam. Time ni Aqabah 2
lak. Isi perjanjian
:

 

Janji utk mempertahan dan
membela Nabi.

Janji tak bermusuhan sesama
sendiri.

 

Lepas dapat wahyu, umat
Islam pun berpindah ke Yathrib (Madinah), Nabi ngan Abu Bakar pindah sembunyi2.

 

Tamat bedtime story yg
ringkas. Apa yg kita nampak? The same old history yg diulang2 setiap tahun bila
tiba awal Muharam. Hahahahahah!! Tapi kalau diperdalami, baru kita nampak yg
Nabi tu bukan calang2 orang. Tahap pemikiran dia memang power (memang la power,
dah sifat wajibnya “bijaksana”). Persoalannya,
kat mana yg sangat “mengkagumkan” tu?

 

Pertamanya, kehebatan dalam mengenalpasti
peluang
.
Kalo omputih,
istilahnya “opportunist”. Apabila
menyedari yg org kat tanah air sendiri tamau terima Islam, cari tempat lain yg
terima plak. Orang sini tamau, amek la orang lain. Awek mintak clash sebab
susah nak terima kita? Putuskan aje, cari la orang lain yg boleh terima kita. Tu
analogi mudah la. Kenapa? Dah kalau awek tamau terima, kenapa nak susahkan diri
utk berhempas pulas nak pujuk gila babi sampai dia terima pun setakat nak tak
nak je? Baik cari org yg senang terima, kan

ke senang keje? Dah kurang satu keje – memujuk
.

 

Kalau dari segi management,
kadang2 (terutama skali bisnes), kita susah nak bertapak dalam sesuatu posisi
kerana orang kenal setiap gerak geri kita dan cara kita berfikir. Apabila orang
dah kenal, dah biasa dan dah lali, maka tiada lagi “kelainan” yg ada pada diri kita yg boleh mengkagumkan mereka utk
kita dikenali dan dhormati. Maka, perlunya mencari satu tapak baru utk kita
komersializekan kelainan yg kita miliki, yg mana pada org yg 1st time tengok,
pastinya akan kagum dan tertarik. Betul? That is really something..

 

Kepada member2 silat, kalau
tak percaya, cuba
pikir apa yg aku tulis nih: “Nak ajak anak orang masuk silat lagi senang
daripada nak ajak anak sendiri atau adik-beradik sendiri masuk silat”
. Wahahahahah!!
Kalau yg pernah join multilevel marketing lak: “Nak ajak orang yg kita tak kenal
lagi senang daripada ajak orang yg rapat dan kenal kita”
. Kita plak: “Nak tolak pelawaan masuk MLM dari member
sendiri lagi senang daripada nak tolak pelawaan org yg tak kenal kita yg tak
reti bahasa”.
Ngahahahahah!
!

 

Benda ni memang serius betul
dan terbukti kebenarannya sebab aku dah try apply dalam Grapevine (GV). Part
mana? Part pasal MPP. Dalam GV tu aku tulis la pasal idea2 yg aku nak try jadi
MPP. Sebab ramai tak kenal aku yg sebenar, tapi hanya kenal nick Genjo Sanzo,
kebanyakannya kagum. Tapi bila aku cerita kat member2 yg rapat, terutama skali
rumet (si Kimie atau nicknya stfu), ada ke dia dok bantai gelak. (Aku yg
bercakap tu pun rasa nak gelak lak bila cerita kat dia) Bwahahahaahah!! (Nanti2
la aku cerita pasal benda MPP ni secara detail.. Syok gak pengalamannya tuh..
Skrg fokus kat hijrah..)

 

Tamat bab “peluang” dan
“kesempatan”, sekarang masuk plak bab perjanjian Aqabah 1. Kalau diteliti isi
perjanjiannya, dapat diringkaskan bahawa perjanjian itu lebih kepada MENJAGA
DIRI. Lebih kepada amalan individual. Dengan kata lainnya, lebih kepada
pembentukan diri utk menjadi insan yg lebih elok daripada kebanyakan masyarakat
yg pada ketika itu yg rosak. Maka itulah 1st step yg seharusnya dilakkan dalam
perjuangan utk ke arah insan kamil (rujuk Entry bertajuk “perjuangan tidak kenal erti persaraan”).

 

Menjaga diri, membentuk
diri, membersihkan diri.. Maknanya lebih kurang je. Tapi, apa yg nak
disampaikan ialah kebersihan hati.
Umpama rumah baru, kita nak letak perabut. Apa2 pun sebelum kita pindah barang
masuk, pastinya kita akan bersihkan rumah tu dulu dari habuk2 dan sawang. Betul?
Bila dah bersih tu baru kita letak perabot semua. Cuba
bayangkan rumah yg kotor tu
kita tak bersihkan, terus letak perabot. Sure rasa tak senang nya nak tidur.
Tak selesa
.

Kalau analogi lainnya, nak
romen tu kenalah basuh dulu bersih2. Ye tak? Takkan lepas kencing berak terus
on tanpa istinjak.. Wahahahah!! (Eiiii.. Geli sial bila pikirkannya!!
WAHAHAHAH!!!)

 

Mcm tu lah jugak dengan hati. Utk
kita mengamalkan sesuatu yg baik, utk kita menerima sesuatu yg elok, pastinya
hati tu kena dibersihkan terlebih dahulu. Bila hati dah bersih, barulah ikut
cara mana pun kita susun perabot, rumah tetap nampak cantik dan bersih. Kalau
rumah kotor? Bila sawang terlindung ngan almari baru tak nampak sawang, baru
nampak cantik. Bila terdedah, nampak buruk. Tapi tak kira lah terlindung atau
tak, hakikatnya rumah tu tetap kotor.

 

Apabila sudah bersih,
barulah kita boleh “membentuk” (menyusun perabot) dan seterusnya “menjaga”
keselamatan diri dan keselamatan rumah (rumah tak berserabut, kalau ada
kebakaran, senang lari keluar, atau susah utk api lebih marak). Begitulah
dengan hati dan agama.

 

Pokok pangkalnya adalah
kefahaman Tauhid yg jelas, baru diteruskan dengan amalan2. Atas sebab itulah
umat Islam lama kat Mekah, kerana nak mengukuhkan kefahaman Tauhid. Kalau
dilihat dalam Quran pun, ayat Makiyah (yg turun di Mekah) lebih banyak kepada
pembinaan keyakinan ke arah Tauhid. Bila dah kat Madinah (ayat Madaniyah) yg
lebih banyak menjelaskan tentang hukum-hakam pelbagai sudut (harta pusaka,
pemerintahan dsb).

 

Apabila kefahaman Tauhid dah
jitu, letak la apa hukum pun, orang senang je ikut. Cuba
kita tgk zaman sekarang lak.
Kebanyakannya (bukan semua), lebih tekankan pada hukum2, dengan ugutan dosa
pahala. Mufti kasi macam2 hukum pun, still buat jugak. Kenapa? Kerana dah jadi
agak terbalik (bukan semua). Apabila hati masih tidak bersih, kefahaman Tauhid
masih tidak jelas, apabila ada hukum yg tidak menyenangkan, maka memberontaklah
jadinya
.

 

Cuba kalau hati bersih kerana dah pegang betul2 kat
kalimah syahadah tuh, semua on je tanpa masalah jika ada berlaku penetapan
hukum2 baru. Fikirkanlah.. Mcm mana kita nak ajak orang sembahyang, kalau orang
tu pun tak percaya sepenuhnya pada Tuhan? Bagilah ugutan dan cerita2 horror
pasal azab neraka, pasal kematian sekalipun, orang tu tetap tak jugak
sembahyang. Tapi kalau dipergauli skit demi skit, diselit2 dengan kefahaman
Tauhid, dah rasa ok, baru selit skit demi skit pasal sembahyang, aku yakin,
orang tu konfirm akan sembahyang. (Terlebih2 lak cerita pasal benda nih..
Maklumlah, kat UTP tu banyak yg jenis fanatik/taksub/berlebihan pada bab2 agama
sampai terus nak force orang buat kebaikan tanpa nak approach elok2 – bukan
semua, sebahagian je).

 

Sambung balik bab hijrah.
Seterusnya, pasal Nabi menghantar seorang sahabat utk ajar 12 orang tu pasal
Islam kat Yathrib sana
tuh. Dari segi ni, apa yg kita nampak? Kita nampak bahawa memang perlunya ada orang yg kena ajar mereka yg baru masuk Islam utk
amalkan Islam.
Tuh je ke? Come on laa… Think outside the box laa.. Peranan
sahabat tu bukan setakat tuh je beb.. Peranan yg lagi besar, yg tersembunyi
ialah jadi surveyor (atau dalam
istilah militarynya, jadi spy), utk meninjau keadaan di
sana. 

 

Kenapa perlu hantar spy?
Kita tengok je la organisasi2 besar. Ada syarikat Korea (Korea ke Jepun
aaa?), syarikat besor.. Mainly dia buat barang2 letrik dan eletronik
(resourcenya tahun lepas aku tengok Discovery Chanel: Shopology - The Science
of Shopping). Sebelum dia nak luaskan pasaran ke luar negara, dia hantar orang
syarikatnya satu family duduk kat negara yg jadi target jualan selama beberapa
bulan (ke tahun yeh?) utk mereka mengetahui budaya dan cara hidup hidup negara
tersebut. Gaji semua jalan. Dia tak keje apa sangat. Tugasnya duduk s
ana je. (Demn, kalau
gini, aku pun nak apply keje yg mcm nih!
)

 

Pastu diorang dipanggil
balik, buat kursus, kasi briefing pekejadah lancau semua tu, start buat
cawangan kat negara sana.
Bila dah ada cawangan, nak tak nak, kena amek pekerja betul tak? Dan pekerjanya
sure pekerja yg jadi penduduk negara tuh. Bila dah tau budaya dan cara hidup
orang sana, maka management pun senang diuruskan
utk disesuaikan dengan keadaan kat sana.
Maka sale tak terjejas atas alasan bodoh: percanggahan budaya. Bijak kan?

 

Maka itulah yg diapply oleh
Nabi masa hantar sorang sahabat ke Yathrib. Utk meninjau keadaan di sana, utk mengetahui mcm mana status dan budaya penduduk sana. Bila dah tau, baru
boleh dakwah mengikut keadaan yg sesuai utk diterima oleh orang sana. Resultnya? Daripada
12 orang yg masuk Islam, tak ke dah tambah lagi 75? Ada peningkatan.. Maknanya apa? Maknanya,
sale kat sana memang laku gila. Enam kaliganda peningkatan beb.. Dan semua tu berlaku hanya
dalam masa setahun!! Tak ke itu satu strategi  dan kemajuan yg power?

 

Ramai yg dok tengok
peningkatan (hijrah) yg dicapai oleh umat Islam dari kena seksa kat Mekah,
terus jadi satu negara Islam yg power (Madinah al-Munawarah), sedangkan
peningkatan (hijrah) itu sendiri dah berlaku sebelum umat Islam Mekah pindah ke
Madinah. Ini semua hasil daripada strategi yg bijaksana.

 

Bila syarikat besar sana tu apply, menjadi.
Kita plak tak pernah nak cuba.
Pastu bila dah sedar, claim yg strategi tu Islam dah lama buat. Dah tercatit
dalam sejarah Nabi lama dah. Pastu bangga tak tentu pasal sampai tak sedor
diri. Padahal skit pun kita tamau kaji. Orang lain kaji, orang lain dapat, kita
lak merampas. Tu la orang Islam sekarang. Terutama sekali yg Melayu. Aaaaiii..
(Nasib baik aku ni bangsa nigger - Ebony).

 

Sambung balik.. Lepas dah
tengok pasaran bagus, maka buatlah perjanjian seterusnya, Aqabah 2 yg isinya
lebih kepada perhubungan sesama manusia (termasuklah mempertahankan Nabi
sebagaimana mereka mempertahankan keluarga).

 

Pernah tak kita fikir..
Kenapa pembangunan Tauhid terlebih dahulu, lepas tu baru pasal perhubungan
sesama manusia? Kenapa tak Perhubungan sesama manusia dulu, baru peningkatan
Tauhid? Kenapa isi perjanjian 2 tu tak letak masa perjanjian 1? Bab ni pun
kalau diperdalami, itulah cara approach Nabi dalam berdakwah. (Bukan mcm
sesetengah orang kat UTP tu yg kata je ikut sunnah Nabi, tapi cara dakwah mcm
Nazi – jgn maraaa aaaa.. Tak puas hati ke? Alaaa.. Dalam blog ni, aku yg
berkuasa!! Komen yg menentang, aku delete je!! Wahahahahah!!).

 

Cara approach yg mcm mana?
Cara approach berdakwah melalui teladan. Dalam masyarakat yg penuh kejahatan,
kita plak jadi baik, pastinya jadi lain daripada yg lain. Apabila orang asyik
kena pedajal, tapi kita je tak pedajal dia (sebab nak jaga isi perjanjian utk
membina kefahaman Tauhid), tak ke orang rasa pelik dan berminat? Bila dah
berminat, makin lama makin ramai suka. Bila makin ramai suka, daripada amalan
individu, akan membentuk satu komuniti. Bila dah jadi satu komuniti, nak tak
nak takkan lari dari percanggahan pendapat antara kabilah. Orang Arab, pempaham
je la asabiahnya mcm mana. Tang nak elak perang atau bergaduh tu la baru
dilaksanakan perjanjian yg lebih kepada nak menjaga hubungan sesama manusia.

 

Cuba tengok,  kan ke senang je diorang nak terima isi perjanjian Aqabah 2 tuh? Sebab “rumah” dah
bersih, perabot masuk rumah pun takde rasa serabut. Bila diteliti semua,
barulah kita nampak betapa seni dan halusnya cara pemikiran Nabi dalam nak
menyebarkan Islam. Perancangan strategi yg amek masa 2 tahun, baru melaksanakan
the real masterplan – pindah. Bermakna, hijrah tu bukanlah hijrah bodo2 macam
jalan2 kat taman sampai Madinah, pastu baru maju. Tapi didahulukan dengan
perancangan dan strategi yg hebat terlebih dahulu.

 

Atas sebab itulah
penghijrahan yg dilakukan itu bukan sekadar terus berazam dan buat. Tapi perlu
dirancang strategi bagaimana utk melakukannya, dan yg lebih penting, strategi
utk maintain (istiqamah). Kenapa? Kerana ramai di antara kita (termasuk yg
tengah menulis nih jugak), bila tiba tahun baru, ada azam baru. Tapi
perlaksanaannya separuh jalan. Terbengkalai mcm tu je. Standard la tu.. Ye tak?

 

Tapi at least sedikit sebanyak,
kita try improve skit demi skit. Betulkan skit demi skit. Sama mcm perkara lain
dalam kehidupan seharian kita. Nak buka kelas silat baru memang senang, tapi
nak maintain kelas tu payah. Nak join senang, nak maintain sampai abis tu yg
payah. Nak daftar course tu senang, tapi nak catchup belajar tu yg payah. Pergi
exam hall tu senang, tapi nak jawab paper tu yg payah.

 

Dengan kata lain, setiap
penghijrahan yg betul dengan strategi yg betul, endingnya pasti akan disusuli
dengan kepayahan. Bukankah umat Islam berpindah ke Madinah dengan senang, tapi
nak membina Madinah utk menjadi sebuah negara itu yg susah? Kena pi banyak
perang, kena jaga ekonomi, jaga rakyat dsb. Maka jangan anggap apabila kita
berhijrah itu, hijrah itu mudah. Apa yg perlu kita sediakan ialah persediaan
terhadap apa yg bakal berlaku SELEPAS hijrah/perubahan itu.

 

Maka betullah kata Nabi:

“Sapa yg betul2 kasihkan aku, bersedialah utk
menghadapi kesusahan”.

 

Semakin kita nak merapatkan
diri dengan Tuhan, dengan Nabi, semakin nak improve menjadi insan kamil, lagi
payah dugaan yg akan dihadapi. Tapi kalau berjaya, semakin tinggilah darjat yg
dianugerahkan. Macam main videogame. Makin lama makin naik level. Makin naik
level, makin susah, dan boss yg kita kena lawan pun makin susah. Game Tetris yg
bodo tu pun cukup la utk kita fahami analogi tuh.

 

Kesimpulannya, perancangan
strategi utk melaksanakan perubahan ke arah kemajuan, dan kepayahan yg akan
dilalui semasa dan selepas perubahan, itulah makna sebenar HIJRAH.

 

Hanya sekadar pandangan
hasil dari gabungan pelbagai sumber dan pengalaman. This is the whole picture
that I obtained from my own collection of jigsaw puzzle pieces about Hijrah.
The whole picture is still a piece of another bigger picture which is not
completed yet.. Mana yg elok, amek.. Tak suka? Syuh!! Syuh!! Pi main jejauh!!

 

Pasni nak rehat dulu la.. Bulan dua
kang post lagi.. Penat lak menulis nih.. Bye2~~

 

3) Life Is A Jigsaw Puzzle.

Tengah kemas2 nak balik UTP,
aku terjumpa dokumen2 ex aku time aku 2nd yr (ke 3rd yr?) dulu. Entah apalah
agaknya skarang dia punya cerita. Dan bila teringat balik aku dah clash ngan
dia, aku teringat balik apa yg Abg N pernah cakap kat aku lama dulu (tak silap
aku 4 tahun dulu time aku ngan dia je berdua pi AGM silat kat KL), dan
kemudiannya beberapa minggu lepas aku clash, aku bincang semula perkara
tersebut dengannya, yaitu: Life is a
jigsaw puzzle
.

Hmmm.. Mcm mana nak hurai
kenyataan tuh? Benda2 yg sukar nak dihurai, kadang2 kena hurai dengan cerita,
baru senang faham.. Maka kenalah start bedtime story.. Sbenarnya malas nak
bercerita, tapi lantaklah.. Janji dapat cuba
olah kenyataan tu atas
kefahaman diri sendiri. Kalau orang lain yg baca dapat faham, maka dah tentunya
aku dapat meluahkan kefahaman aku dan improve cara penyampaian aku. Sama2
faham, sama2 dapat belajar
.

 

Aku ingat lagi.. Dalam kete,
kat lebuhraya utara selatan.
Aku ngan dia borak panjang dari KL sampai Perak. Mungkin
sbb tinggal aku sorang je dalam batch aku yg masih stay ngan silat, ada
persoalan psl silat yg aku tanya yg dijawab, dan ada yg tak terjawab2 (time tu
laa..). Yg mana yg tak terjawab tu, mungkin sbb Abg N tamau aku makin hilang
minat, dia cakap yg belajar silat ni mcm jigsaw puzzle. Takleh dapat semua
terus. Jawapan yg kita dapat ni cebisan demi cebisan. Kadang2 beberapa tahun
lepas kita tanya soalan baru kita dapat jawapan, tapi dalam bentuk yg lebih
jelas dan lebih luas.

 

“Amende la
yg mamat ni cakap?”
Hahahahah!! Tu la yg aku pikir time tuh. Satu hapak pun
aku tak paham pasal jigsaw puzzle. (Abg N jgn maraaa aaaa… Sapa yg kenal Abg N
lak, jgn report aaa..). Entah berapa lama, berapa bulan ntah lepas tu,
berlakulah perpecahan (break up?
Ke,
clash?) dengan awek.

 

Macam2 yg difikir. Dan
macam2 yg diflashback. Pastu aku terpikir pasal diri sendiri, pasal aku yg
tinggal sorang dlm silat, “Mcm manalah
agaknya kalau Cikgu R hadapi situasi2 mcm nih sbg pengamal silat cekak?”.

 

Daripada flashback pasal
awek, terflashback plak pasal silat. Dan teringat semula pasal “jigsaw puzzle” tuh. Setiap apa yg
pernah aku dengar, dan setiap pengalaman yg aku pernah rasa, aku cantum2kan
balik. Last2 baru aku dikatakan “sedor diri” atau dengan kata lainnya,
kenal diri. Ye laa.. Asyik dok pikir pasal awek je sampai lupa pikir pasal
diri.

 

Tapi bila dah sedor diri, barulah rasa tenang. Yg penting, baru dapat faham apa yg org tua tu cakap
dlm kete dulu. Rupa2nya baru aku faham, apabila kita fokus pada sesuau perkara
tanpa kita nak melihat pada sudut yg lebih luas, kita makin lama makin lupakan
diri. Apabila terlalu fikirkan orang lain, kita lupakan diri sendiri. Mungkin
sebab tu ada org yg frust menonggeng kalau break up sampai tak lalu makan, tak
lalu minum sbb asyik dok meratap kat awek sampai lupa diri sendiri. Kenyataan
Cikgu R:

 

“Jgn dok pikir sgt apa yg kita boleh beri pada
persatuan, kena pikir jugak apa yg kita boleh dapat dari persatuan.”

 

Yg nampak mcm pentingkan diri, ada benarnya. Kalau bukan kita yg nak pentingkan
hak diri kita, siapa lagi? Orang lain banyak benda nak dipikirkan selain diri
kita. Maka kitalah yg kena jaga diri sendiri. Dan apabila pikir pasal
kepentingan diri, baru kita dapat melihat KEUNTUNGAN
yg kia peroleh berbanding KERUGIAN yg dialami.

 

Kalau dikaitkan dengan cerita pasal awek tadi, dari sekolah menengah,
sampailah berlakunya peristiwa tu, aku pernah terlibat ngan beberapa orang
perempuan. Ada yg tak dapat2 tekel sbb malu, ada yg tekel tapi ada kesilapan
teknikal, ada yg dah tekel tapi tak dapat, ada yg dah dapat tapi takleh nak
bekerjasama, dan peristiwa tu sendiri, dah dapat tapi dibuang (betul ke istilah
“buang” tu? Hahahahahah!!). Dan
daripada semua yg pernah aku jumpa tu, perempuan2 tu lah sedikit sebanyak yg
mencorakkan aku utk menjadi aku yg sekarang nih, yg tgh menulis artikel utk
blog nih.

 

Dengan kata lain, setiap orang yg dijumpai itulah guru kita. Setiap orang
yg dijumpai itulah sebenarnya orang yg menjadikan kita sebagaimana kita
sekarang ni, yg mempunyai identiti yg sebegini. Tak dinafikan, ada pompuan yg
aku minat dulu, dia tegas. Dan sbb nak tekel org yg tegas, aku kena blajo dulu
sifat2 org yg tegas tu mcm mana. Sedikit sebanyak aku pun jadi makin tegas
secara tak sedar.

 

Ada yg lain plak, suka bercerita pd aku. Aku mana minat dengar pekejadah yg
dia buat hari2. Nak cerita, tulis la dalam diari, ngok! Tapi sedikit sebanyak,
orang tu jugak yg akhirnya ajar aku utk jadi a good listener.

 

Yg aku putus tu plak, bila dipikir2, rupanya dia yg ajar aku tentang
kepentingan communication dalam suatu perhubungan yg mana bukan je berguna utk
jaga awek, malah utk maintain persahabatan dengan member2 yg lain.

 

Maka kenapa perlu difikirkan apa yg aku telah rugi sedangkan keuntungan yg
aku perolehi jauh melebihi apa yg aku dah rugi? Mungkin aku tak dapat pompuan2
tuh, tapi sekurang2nya aku dapat perkara yg lebih baik, yg mana bila
diaplikasikan pada orang lain (terutama skali time praktikal industrial
training), memang ternyata terbukti keberkesanan dan kehebatannya. Mengapa
perlu difikirkan mengenai “si dia”
kalau kita sendiri dapat lihat apa yg ada pada diri sendiri ini jauh lebih
hebat?

 

Benda mcm ni lah baru aku faham pasal jigsaw puzzle tuh. Jumpa orang ni, dapat
cebisan nih. Jumpa orang lain, dapat cebisan lain lak. Jumpa lagi dan lagi,
makin banyak cebisan yg dapat. Last2 bila dicantum, dapat satu gambaran yg
lebih luas, yg mana lebih mudah utk kita cantum sbb kita dah tau apakah rangka
sebenar gambar yg terkandung dalam jigsaw puzzle tuh. Yg mana, ilmu dan
kehebatan yg diperoleh sedikit demi sedikit itu secara tak langsung dapat
memajukan diri. Dengan kata lain, kalau dapat bini, lagi banyak pengetahuan tentang
cara2 utk maintain perhubungan.

Tapi itu dari segi perhubungan. Aku try apply dalam kehidupan lain plak
– kehidupan belajar kat UTP nih. Persoalan: Apsal la aku ni blajo lama
sangat? Orang lain blajo 5 tahun, aku sampai 6 tahun stengah.. Member yg sama
batch dah keje, aku masih main dota. Member lain yg keje dah dapat pengalaman
keje, aku lak dapat apa?

 

Bila dipikir2 balik, disambung2 jigsaw puzzle, baru aku paham.. Kalau
bukan kerana setahun stengah aku extend tuh, aku takkan jadi orang yg sebegini.
Kalau bukan sebab seahun stengah tu, aku takkan dapat ilmu dan pengetahuan
sebagaimana yg aku tulis dalam “perjuangan
tidak kenal erti persaraan”
dan “gila
dalam waras”
. Dan kalau bukan kerana extend setahun stengah tu, mungkin
blog ini tak tercipta utk aku lebih mengukuhkan lagi kefahaman aku terhadap apa
yg aku faham, dan berkongsi dengan orang lain. Dan dalam setahun stengah aku
extend tu la (semester lepas), aku ada dengar khutbah jumaat kat UTP:

 

“Kadang2 nikmat yg kita
lambat dapat itu adalah sebagai perlindungan yg diberikanNya kepada kita supaya
kita tidak rosak degan nikmat itu apabila kita memperoleh nikmat itu pada
ketika itu.”

 

Benda ni la yg mengukuhkan dan mentahkik akan kebenaran apa yg Abang N
cakap kat aku pasal jigsaw puzzle tu yg seterusnya utk dikongsi utk semua org
yg baca artikel ni. Apabila difikir2 semula, barulah aku nampak yg kehidupan
itu adalah sesuatu yg sangat indah. Cumanya kita sukar nak melihatnya. Kenapa
susah? Sbb asyik dok fikir nak siapkan jigsaw puzzle, dok pikir nak cari
cebisan2 dan sambungan yg seterusnya, tapi lupa nak tengok dan menikmati
cebisan gambar yg kita dah siapkan pada ketika itu (walaupun masih tak siap
lagi sambung semua).

Serius cakap, aku memang tak minat pun nak main jigsaw puzzle nih. Tapi
aku pernah jumpa org yg minat gila jigsaw puzzle nih. Salah seorangnya tu Si
Kamal tuh.. Tanya la dia berapa lama dia abiskan utk main game Pandora’s Box
masa kat RK dulu. Wahahahahah!!! Lagi sorang, bapak Norfiza Ayu tu. Time pi
rumah dia, mak aih.. Banyak tul jigsaw puzzle.
Siap ada yg dah siap tu digam
dan diframe gantung kat dinding.. Peerrhh!! Respek!! Respek!!

 

Tapi itulah kepuasan yang dialami pada orang yg betul2 menghargai cantuman2
jigsaw puzzle. Kepuasan setelah menyelesaikan semua cebisan. Kepuasan dapat
menikmati gambar yg penuh. Kepuasan kerana menyedari usaha yg dilakukan sekian
lama dalam suka duka itu berbaloi dan memberikan keuntungan. Aku walaupun tak
minat jigsaw puzzle bergambar, aku berminat pada jigsaw puzzle hidup aku
sendiri, dan pastinya aku dapat faham mcm mana perasaan org yg main jigsaw
puzzle bergambar tuh.

 

Abistu, boleh ke apply dalam cara pembelajaran kat universiti? Kepala hotak la tak
boleh.. Report2 yg dibuat tuh, itulah caranya.. Bukan ke kita cekup sana sini
skit2 dari mcm2 reference, pastu gabungkan dalam satu report? Apa tu bukan
jigsaw puzzle ke? Aiyooo.. Ini macam manyak susah laaa.. (Cakap gaya Cina,
rindu plak aku kat Kok Sing Yuen.. Dia mcm mana skrg? Kat mana aaa? Serius dulu aku minat la kat dia. Hahahah!!).

 

Masalahnya di sini ialah, kita belajar kat U, dah apply pun cara jigsaw
puzzle dalam cara pembelajaran, tapi tak ramai yg nak melihat dan apply dalam
cara kehidupan. Cukup sayang sekali.. Dah nampak, dah buat, tapi kurang
pengamalan. Dan aku sendiri pun takkan sedar kalau Abang N tu tak pernah cakap
pasal “jigsaw puzzle” ni kat aku.

 

Dan bila dah sedar, barulah aku tau betapa berharganya ayat simple yg
pendek tu bila dipikir, diolah, diperdalami dan diaplikasikan dalam kehidupan,
yg mana memang pada aku dah terbukti kesahihannya. Dan barulah aku tau betapa
berharganya setiap pengalaman yg pernah dilalui (walaupun ada pengalaman sedih
yg kalau boleh nak dilupakan) utk membentuk dan mencorak diri sendiri utk
menjadi Adi Ramli yg ada sekarang ini. Dulu, time pernah bersedih, pernah jugak
terpikir:

 

“Kalaulah otak ni mcm harddisk,
nak aje aku delete memori2 yg tak best.”

 

Tapi bila dipikir2 balik, baru terasa bodoh jugak aku nih.. Pertamanya, otak
ni bukan komputer la bahlul!! Apa ke mengong plak nak samakan otak ni dengan
komputer.. Aiyooo.. Kedua, kalau aku delete, maka aku akan kehilangan satu
cebisan pada gambar jigsaw puzzle aku, maka gambar itu jadi tak lengkap.

In the end, boleh tersengih lak tengok dokumen2 ex aku tuh.. Rasa bangga
plak sbb jumpa orang2 yg mcm tu utk mencorak Adi Ramli yg ada sekarang ini. Aku
letak balik kat tempatnya.. Sambung balik packing. Lepas packing, sbb dah
teringat balik pasal jigsaw puzzle dan rasa berbaloi kalau berkongsi, aku pun
pi menulis artikel nih..

 

Tapi kena ingat, diri kita yg ada sekarang ni, walaupun seolah2 dah banyak
kita cantum cebisan2 jigsaw puzzle, gambarnya masih tak lengkap. Bila baru
lengkap? Dah masuk kubur nanti baru lengkap sepenuhnya gambaran siapa diri
kita, sejak kita lahir, sampai kita mati..

 

Selamat bermain jigsaw
puzzle..

 

2) Perjuangan Tidak Kenal Erti Persaraan.

Aaaahhh.. Nak balik UTP dah.
Sambung balik blajo. Ceh!! Lantak la pasal belajor. Yg penting dapat sambung
main DotA!! Wahahahahah!! Pada yg jenis2 scorer, semester baru yg bermula tu
sure satu lagi tempoh utk “berjuang” utk skor pointer gegila. Takpelah.. Aku
bukan jenis skorer. Janji pass, CGPA masih atas 2.00, jadilah..

 

Tahun baru, semester baru.
Banyak org ada azam baru utk perjuangan yg baru. Cerita bab perjuangan,
teringat aku kata2 ucapan Guru Utama masa majlis silat kat KL tahun lepas. Majlis
apa yeh? Majlis tenaga pengajar ke, majlis ujian sijil menengah? Lantaklah..
Janji yg penting ingat kata2 ucapan tuh. “Perjuangan tidak kenal erti persaraan”.
Tak silap aku ada org tulis artikel pasal kenyataan tuh kat www.cekakhanafi.com pada bahagian “capaian artikel”.

 

Apa yg diucapkan tu, adalah
dalam konteks perjuangan silat. Tapi aku lebih suka generalizekan pada konteks
yg lagi luas utk diaplikasikan dalam kehidupan. Yaitu dari konteks “perjuangan hidup”.

 

Apa yg diperjuangkan sejak
kita lahir? Ada yg kata, yg diperjuangkan ialah baka keturunan, yg mana kita pelihara diri
sendiri utk survive, kemudian menyambung waris keturunan (atau dengan kata
lainnya, to continue the chain of our own DNA to future generation).

 

Ada yg lebih spesifik kepada karier: belajor,
score SPM, masuk U, kerja pangkat tinggi, dapat gaji besar, kawin. Yang lebih
spesifik lagi plak, kalau student, perjuangannya belajar. Kalau pekerja,
perjuangannya naik pangkat. Kalau dari segi organisasi, perjuangannya ialah
meluaskan empayar dan pengaruh. Kalau dari segi agama plak, orang2 agama akan
berbalik semula kepada sebab2 “kenapa
manusia dijadikan”.

 

Tapi dalam banyak2
perjuangan yg dinyatakan dek orang, aku sangat tertarik dengan satu jawapan: perjuangan utk menjadi MANUSIA. Aku
ingat lagi ada istilah yg pernah dibagitau aku:

 

“Ramai orang yg jadi orang. Tapi tak
ramai orang yg jadi manusia.”

 

Nampak mcm pelik sbb pada
kita, orang tu
kan sama je maknanya
ngan manusia. Ye tak? Dah
namanya orang, manusia la tu. Tapi kalau diteliti dari segi bahasa, selalunya
istilah “manusia” itu lebih mulia dari “orang”.
.

 

“Dijadikan MANUSIA utk menjadi khalifah di muka bumi”.

 

Kenapa dalam Bahasa Melayu, bukannya
pakai perkataan ORANG untuk ayat tu?
Kenapa MANUSIA? Kalau kita tgk dari segi bahasa pun, “orang-orang” (gandaan kepada orang) endingnya jadi “benda” (tukang halau burung kat sawah
tu). Berbanding “manusia-manusia” yg
memang refer kepada living human being. Dari segi ni, logik jugak la utk aku
faham kenapa kita perlu jadi manusia, dan bukan jadi orang.

 

Tapi perjuangan utk menjadi manusia bukan mudah. Jadi orang senang, tapi jadi manusia susah. Sebab
manusia itu, kalau lebih spesifiknya, adalah tahap “insan kamil” (the perfect human being). Dulu pernah la jugak
dengar istilah “insan kamil” ni dilaung2 dek ustaz2. Tapi time tu aku tgh zaman
gelap. Masih seekor setan yg berlegar2 utk ganggu orang. Wahahahahah!!

 

Menjadi insan kamil tu bukan kecik anak punya cerita beb. Nak tuko nama kat IC jadi nama Kamil pun dah satu
kerja susah, apatah lagi nak jadi insan kamil yg sebenar. Kalau dari segi
definisi yg aku faham, insan kamil ialah manusia yg paling lengkap, yg hatinya
sangat bersih. Tahap kita? Jauh sekali..

 

Jenis2 insan kamil nih biasanya
pangkat rasul2, nabi2, atau tok2 wali. Kenapa begitu? Dah manusia paling
lengkap, mestilah yg paling mulia tarafnya. Dan semestinya kalau dari segi nak
kata manusia tu “kamil” dari segala segi, the ultimate yg memang lengkap adalah
taraf KEKASIH. Ye tak?

 

Pun begitu, kita semua pernah jadi insan kamil. Suci, bersih, malah wangi plak
tuh..
Time baru lahir.. Masih baby
lagi.. Suci dari segala dosa, suci dari segala kekotoran. Kalau ada baby yg
lahir2 terus tgk cite blue, tu Ripley dalam Ripley’s Believe It Or Not pun tamau percaya.. Maknanya apa? Maknanya, time
tu taraf kita tinggi wooo!! Sama taraf dengan manusia yg takde dosa. Atas sebab
tu budak kecik lahir2 je mati, memang sah2 masuk syurga. Ye tak?

 

Tapi tak ramai yg nak tengok
dari sudut “mereka yg menjaga” insan kamil (bayi) tu. Ramai yg dok
tengok pada dosa pahala pada bayi, tapi tak pernah nak fikir pasal mereka yg
menjaga bayi tu dari telur dan berudu, sampai lahir. Kalaulah bayi itu yg takde
dosa tu pun dah makam tinggi (insan kamil), yg mengandungkan, menjaga,
melindungi dan mempertahankan nyawa insan kamil tu plak takkan makam cikai2
kot? Try fikir laa.. Atas sebab itulah ibu bapa itu tahapnya mulia dan kita tak
boleh derhaka. Kalau ikut ranking laa, yg patut kita kasih:

 

1) Tuhan

2) Nabi

3) Mak

4) Mak

5) Mak

6) Bapak

 

Ye tak? Tak ke tinggi
ranking tuh? That ranking is endorsed by Nabi tau? Bukan cipta2 je. In the end,
perjuangan menjadi manusia tu last2 berbalik semula kepada mak bapak. Pusing la
ikut memana pun, endingnya kepada mak bapak jugak. Kalau secara spesifiknya,
kepada mainly 3 orang: Ibu, bapa dan guru (ibu dan bapa tu pun guru jugak, ye
tak?).

 

Bila aku pikir2 balik.. Satu
hari nanti, aku pun akan jadi seorang bapak. Mcm mana aku nak didik anak aku
utk jadi insan kamil kalau aku sendiri pun banyak cacat cela? Sbb bukan ke anak
tu mcm kain putih, dan mak bapak yg corakkan? Kain putih silat yg aku simpan
tuh pun, walaupun tak corakkan apa2 corak pun dah jadi kuning2 dah, ni kan
plak nak corakkan
anak. Aiyoooo… Manyak pening wooo.
.. 

 

Last2, kembali semula kepada perjuangan “DIRI” utk menjadi manusia. Dulu
kita insan kamil, pastu makin lama makin kotor. Nak jadi semula insan kamil tu
punyalah seksa. Bukan sebarang clorox leh basuh kotor tuh. Bukan “kotoran degil” lagi dah, dah jadi “kotoran dahsyat” tau? Wahahahahah!!! Barulah
aku faham apa yg GU pernah cakap dulu:

 

“Nak ngajar silat tu senang, tapi nak
mendidik utk jadi manusia tu yg susah”.

 

Baru aku faham susahnya keje
tuh.. Nak didik diri sendiri pun dah macam celaka nye susah, apalagi nak jaga
anak buah kat kelas silat. Jaga anak nanti sure la lagi susah. Tapi nak buat
mcm mana.. Tanggungjawab dah diberi, buat je la setakat termampu.

 

Dan sebab tu aku berusaha
jugak utk menulis (kat Grapevine atau kat blog) apa yg ada dalam kepala otak ni
supaya sedikit sebanyak akan mengingatkan diri sendiri pasal tanggungjawab dan
perjuangan utk jadi manusia.

 

Tapi adakah mustahil utk mencapai insan kamil? Tak mustahil.. Manusia boleh jadi semua, kecuali jadi
Tuhan, Rasul dan Nabi. 3 pangkat tu non-applicable. Nak jadi lebih teruk dari
setan? Boleh.. Ngaku la diri tu Tuhan, terus dapat pangkat lagi teruk dari
setan (setan pun tak berani nak ngaku diri tu Tuhan).

 

Nak jadi lagi mulia dari
malaikat? Berbaktilah kepada ibu bapa, terus boleh jadi lebih mulia dari
malaikat. Buktinya pada hadis israk mikraj (hadis panjang gila tentang
perjalanan nabi masa israk mikraj) time sampai pada sempadan yg jibril pun
takleh nak teruskan, kemudian nabi teruskan perjalanan sensorang. Sblm jumpa
Tuhan, nabi jumpa satu makhluk dan tanya:

 

“Siapa ko nih? Jibril pun takleh pass, ko leh duduk
lepak sini selamba je..”

 

Makhluk tu pun jawab:

“Aku manusia biasa je..”

Nabi tanya lagi:

“Apa ko buat sampai leh lepak sini?”

 

Dijawab:

“Aku berbakti kepada ibu dan bapa aku..”

 

Tak ke tingkat tempat lelaki
tu tinggal lebih mulia daripada malaikat? Manusia nak jadi lebih teruk dari
haiwan pun boleh. Rogol anak sendiri, jadi la lagi teruk dari ayam/lembu. Atau
rogol bunuh (teringat kes gadis jogging yg dirogol bunuh). Binatang kalau
beromen pun takde sampai nak bunuh2. Kucing jantan kejor kucing betina, kalau
yg betina tamau romen pun yg jantan cuma gigit tengkuk je, tapi takde la sampai
bunuh. Ye tak?

 

Cerita pasal haiwan, aku teringat lagi kata2:

 

“Harimau takkan serang/makan
manusia kalau harimau tu nampak yg di dalam manusia itu adalah manusia.
Harimau akan
serang/makan manusia kalau nampak yg sebelah dalam itu tikus, ular, atau haiwan
lain.. Saya yakin, apabila yg di sebelah luar dan dalam hati manusia itu adalah
sebenar2 manusia, harimau takkan serang manusia. Kerana bukankah manusia itu
khalifah di muka bumi?”

 

Ada benarnya kata2 tu. Kalau ikut apa yg aku pernah baca
pada kisah2 para sahabat, kisah2 ulamak, atau kisah2 tok2 wali, benda seperti
itu yg dikatakan sebagai “karamah”
(dalam erti BM: kemuliaan). Itulah kelebihan yg diberi oleh Tuhan atas
kemuliaan yg dimiliki oleh individu yg “manusia” pada luaran dan dalaman.

 

Bukan ke banyak cerita yg
kita dengar pasal para sahabat, ulamak dan tok2 wali? Dalam buku 7 Wali Melayu,
ada sorang.. Sapa namanya, aku lupa.. Time Inggeris nak serang, dia dan anak2
murid dia ada buat apa ntah kat pantai.. Yg aku ingat, sorang cucuk2 dan
bariskan lidi kat pantai. Sorang dok kat laut, amek timba, timba air laut pastu
tuang balik masuk laut berulang2 kali. Sorang lagi buat apa ntah. Tak ingat.
Try la cari buku tu kat pasor malam. Ada 
jual kat gerai2 yg jual buku2 agama.

 

Nampak mcm kerja gila yeh? Apa yg
terjadi ialah, pihak musuh cakap nampak ramai askar kat pantai dan kapal
diorang masuk air. Aku bukan nak tengok sangat pada kehebatan karamah tu. Tapi
aku lagi suka tgk pada segi kelebihan yg dikurniakan Tuhan pada manusia utk
“memerintah” alam sekeliling (atas kuasaNya) apabila mencapai tahap insan kamil
(luaran dan dalaman adalah manusia).

 

Banyak lagi cerita lain
pasal geng2 nih. Apa yg nak disampaikan ialah, bukannya kita mengejar amal
kebajikan utk kita menjadi tok wali. Bukan!! Jauh menyimpang niat tuh! Jangan
plak kita buat amal semata2 nak ganjaran dan utk jadi wali. Boleh nak jadi
wali. Ada
cara
mudah dan ada cara susah. Cara mudah ialah, yg lelaki, pi kawin pastu dapatkan
anak pompuan. Terus leh jadi wali (wali nikah). Tak pun, join silat cekak,
aktif gila2 sampai dianugerahkan wali jantan. Wahahahah!
! 

 

Tapi kalau nak jadi insan
kamil, kenalah ikut cara susah. Karamah tu hanyalah kemuliaan yg diberikan
Tuhan utk hambanya. Aku rasa, karamah tu sendiri adalah satu ujian yg kalau
taraf kita la dapat ujian mcm tu, memang fail. Sbb apabila ada “kelebihan” tu,
nak tak nak akan ada skit rasa bongkak sbb kita lebih dari orang lain (kalau
taraf kita laa.. Sbb tu kita takde kelebihan2 mcm tuh..).

 

Kadang2, bila tengok
kengkawan sendiri yg jenis “geng2 warak”
(yg join aktiviti islamic kat UTP tu – bukan
semua, sebahagian kecil je
), ada yg pandang rendah pada orang2 mcm kita
yg terejal nih sbb tak amalkan Islam. Atau mungkin sbb kita tak berpengetahuan
Islam setinggi mereka.

 

Sampai ada kes, kawan aku yg
dulu join diorang, pastu dah tak aktif, jumpa member lama dia yg masih aktif,
member lama tu tegur pun tidak. Kalau time sesama aktif dulu, jumpa je tegur,
bagi salam atau senyum. Ni senyum pun tidak. Aaaaaiii.. Tu baru ada kelebihan
ilmu yg sedikit, dah jadi mcm tu. Kalau dah banyak, sure lagi celaka jadinya..
Mungkin atas sebab itu aku tak suka join benda2 gitu sebab banyak jumpa yg jenis
mcm tu. Lantak deme laaa.. Janji aku hepi..

 

Apa2 pun, tahun baru dan
semester yg baru mengingatkan aku semula pada perjuangan lama yg takkan
selesai, yaitu perjuangan hidup utk menjadi manusia. Perjuangan lama, tapi
perlu disusuli dengan usaha yg baru dan berterusan tanpa kenal erti persaraan..

 

Tulis memang mudah, tapi nak
buatnya teramat susah.. Sekurang2nya dengan adanya tulisan ini, atau dengan
adanya mereka yg membaca, setidak2nya aku akan diperingatkan oleh mereka kalau
mungkin ada satu hari nanti aku tersilap langkah.. Ye tak? Kot2 bila terbuat
salah nanti, ada la org tolong tegur:

 

“Weh Adi, dulu ko ada tulis kat blog mcm nih.. Tapi
hari ni apsal ko teruk mcm nih..? Nyiaaaa~~ (bunyi efek tambahan)”

 

Selamat tahun baru dan
selamat memulakan semester baru.. Pada mereka yg dah kerja, selamat memulakan
hari yg baru.. Dapat gaji utk bulan baru ni, jgn lupa belanja aku!! Wahahahah!!

 

p/s: Ni mengarut je ni semua.. Tak betul
pun.. Mana yg baik, amek, yg buruk tu simpan dlm recycle bin dulu mana tau kot
satu hari leh pakai lak..

 

1) Intro: Gila dalam Waras (Mencari dan Menanti).

“Huh..? Blog? Takde keje aku nak nulih
aih..!!”
Hahahah!! Secara
jujurnya, aku adalah antara orang yang jenis “anti-blog”. Atau dengan istilah
lainnya, malas nak menulis apa2 utk blog. Makna sebenarnya ialah, TAK RETI nak
guna blog. Bodoh, jahil, benak, tak pandai2 sampailah bila dah berlaku beberapa
perkara, setelah difikirkan rasional dan logik akal, setelah dipertimbangkan
baik buruk dari segala segi, barulah keputusan dibuat: Tulih aje laaaaa…

 

Ada jugak baiknya blog nih. Aku mmg tak suka nak tulis
pekejadah yg aku dah buat setiap hari mcm diari (atau dengan kata lainnya, DAILY REPORT) kat blog nih. Tu
malaikat punya keje.. Bukan keje aku.. Wahahahah!! Private life is private life
laaa.. Takde keje aku nak meraih publisiti murahan atau meraih simpati kat
orang. I’m not that cheap maaa.. Tapi aku sangat setuju bila ada orang cakap
kat aku, blog ni tak semestinya jadi diari setiap hari, tapi tempat berkongsi
pandangan dan pendapat apa yg dipikirkan kat kepala otak tuh, yg rasa2nya nak
dikongsi atau diluahkan.

 

Itu baru aku setuju..
Memulanya aku setuju, tapi masih malas nak layan blog.. Tapi kalau dah sampai
mcm ni punya hal, kenalah jugak menulis.. Dah  gatal2 tangan aku sbb dah
lama tak menulis.. Sudah lama Genjo_Sanzo menyepi diri dari Grapevine.
Puncanya? Sejak UTP abis last paper 3 Disember 2005 hari tuh, yg mana 3 hb tu
ada 2 kenduri (kena pilih satu je dari dedua tuh.. Wahahahah!!) cuti punyalah
lama sampai sekarang.. Aku tgh dok gila!! Aaaaaaa!!!

 

Pertamanya, gila sbb tangan dah
gatal nak menulis. Kat umah takde Grapevine mcm kat UTP la plak. Kalo tak, leh
je join forum pastu menulis pepuas. Bukannya malas nak masuk memana forum luar,
masalahnya ialah forum luar ramai sgt orang. Pastu sure dah lama, dan
establish.. Kalau menulis pun, ada kemungkinan isi yg ditulis tu berulang2. Nak
baca dari mula? Jenuh la aku kena bayar duit kat cc. Bazir kos..

 

Kedua, bosan dok umah. Takde
regu utk aku borak kat kampung nih. Bukannya takde member. Member ada. Tapi isi
perbincangan kalau aku dok lepak ngan deme, semua tak menepati citarasa dan apa
yg aku nak. Balik2 pasal kete, moto, bola.. Ceh..!! Itupun nasib baiklah time
raya aji hari tuh ada sorang ajak minum dan borak2 yg ada “pengisian” skit.

 

Mungkin sbb masa pergaulan
aku kat UTP banyak dihabiskan dengan orang2 berumur 30-an, 40-an dan 50-an,
bila aku nak join yg umur 20-an kat kampung nih plak, dah susah nak masuk lak
sbb tak mencapai apa2 objektif yg diingini. Maka banyak perkara yg ada kat
fikiran nih tak dapat nak dikembangkan. Tak dapat nak dihurai. Tak dapat nak
diperkukuh dan ditahkik pemahamannya.

 

I don’t really matter about
that. Because that is the price that I have to pay for the knowledge that I
have gained (yg sampai kena extend dari 5 tahun belajar, kepada 6 tahun stengah
kat UTP nih). Maka terbuktilah kata2 Cikgu R; “Semakin hebat tahap seseorang
tu, semakin kurang kawannya”
. Bukannya yg aku nak sampaikan ialah org
yg extend tu hebat sbb makin kurang kawan, tapi analoginya sama macam pengetua
skolah. Masa awal2 jadi cikgu dulu, masa rehat makan ngan member2. Dah jadi
HEM, jadi pengetua, makan pun mungkin kengkadang sensorang sbb kena duduk meja
khas.

 

Dari satu segi, memang betul
la ulamak cakap bila makin berilmu, makin naik darjatnya. Kerana pandangan
orang pada kita dari pangkat “member”, naik
ke pangkat “VIP” atau “orang yg direspek”. Dan layanan yg
diterima pun berbeza. Cumanya, orang lain plak makin segan kat kita. Maka bila
segan, makin takut utk buat silap depan kita. Takut kena tegur apa yg dibuat tu
salah (atas ilmu yg kita ada). Bila takut buat salah, ambil jalan mudah: jauhkan
diri supaya kurang nampak silap.

 

Mungkin sbb orang Melayu ni
pemalu sgt kot sampai ambil jalan mudah gitu. Entahlah.. Tu aku tatau.. Kena
tanya Doc Mat la, pasal dia anthropologist.. Yg menjadi tanda tanya aku sampai
sekarang ialah, mcm mana Nabi buat yeh sampai ngan semua orang dia boleh masuk,
yg mana bila bergaul, orang rasa mesra mcm member, dalam masa yg sama,
menghormatinya sbg Rasul? Makam baginda mmgla makam tertinggi utk segala
makhluk.. Kekasih beb..!! But how in the world he does it? Maknanya, mmg masih
cetek lagi ilmu aku pasal bab2 kemanusiaan nih. Kena mengaji lagi nih.. Tapi
kalau tau ilmu tuh, sure hebat.. Senang naik pangkat kalau kerja nanti..

 

Barulah aku faham makna
istilah “berilmu tapi gila”.
Kenapa? Sebab ilmu ada banyak, tapi tak tau nak kongsi pada siapa. Tak tau nak
cerita pada siapa. Tak tau nak ajar pada siapa. Tak tau nak diluahkan pada
siapa. Demn.. Bagai nak gila jadinya.. Seolah2 kantung telur tuh dah penuh
sperma sampai meleleh2 kat lubang idung, tapi tatau nak pancut kat mana.. Wahahahahah!!
Baek punya analogi..!! Ngahahahahah!! Baru aku paham apa yg Abang N rasa.. Dan
barulah aku nampak kenapa dia jaga bebetul orang yg rapat dengan dia.. Dulu dia
cerita, aku dengar je.. Kasi simpan je dalam kepala mcm hard disk yg dok
disumbat2 dengan cerita blue.. Skrg baru aku paham mcm mana rasa “GILA” tuh..

 

Ada orang cakap, “Cerita je la kat semua orang.. Kan senang? Kenapa
susah2 nak pilih orang lak? Bukan ke menyebarkan ilmu tu bagus? Besar
ganjarannya..”
. Kepala hotak la kalau amek jalan mudah mcm tuh.. Selalu yg
cakap mcm tuh geng2 “warak” la tuh.. (Yg dimaksudkan ialah member2 baya aku
atau 2-3 tahun lg muda dr aku yg jenis dok join geng2 masjid – rakan masjid,
usrah, tabligh). Nak kata aku anti pada orang2 mcm tuh? Terpulanglah.. Bukannya
anti.. Cumanya jiwa aku tak sesuai utk menerima dan mempelajari ilmu melalui
cara pembawakan geng2 mcm tuh.. (Ke, sama je maknanya dengan “anti”? Lain kot..
Heh..). Aku jenis suka megaji kat kedai makan.. Otak kenyang, perut pun
kenyang.. Dok surau buat kebas kaki je.. Wahahahah!!

 

Berbalik pada isi
perbincangan.. Tak semua perkara boleh dikongsi senang2 mcm tu je.. “Buah silat” boleh tunjuk kat orang,
tapi “buah bersilat” yg dua bijik tuh
khas cuma tunjuk kat bini/suami je.. Wahahahah!! Analogi baek punya!! Bermakna
ada tahap2 utk orang itu layak utk dikongsi ilmu yg ada. Mcm nak amek subjek
majoring, sabjek prerequisite kena pass dulu.. Ini kerana ilmu yg tinggi2 ni,
takleh senang2 kasi pada orang yg tak paham dari awal cerita.. Bila cerita pada
org yg tak tau asal-usul atau pangkal cerita, deme kata apa yg diajar tu sesat
plak.. Pastu kata kita gila.. (Baru kena dengan istilah “berilmu tapi gila”).

 

Umpama kabel letrik
bervoltan tinggi, digantung tinggi kat tiang2 letrik yg tinggi. Cukup ke
gantung gitu je? Mana cukup, penebat plak siap extra tebal lagi tuh.. Meaning,
only certain people can access it. Org TNB atau yg paham pasal letrik je baru
boleh buat apa yg dia nak kat kabel tuh. Kenapa? Sebab ada basic knowledge
pasal letrik. Tapi orang yg tatau pasal letrik, main panjat pastu pegang kabel
tuh, tu bunuh diri namanya.

 

Same goes to ilmu. Semakin
tinggi sesuatu ilmu, semakin susah kita nak dapat. Malah semakin kuat kita kena
paham pada perkara2 yg basic, maka barulah boleh dipertaut dan digabungkaitkan
dengan apa yg telah dipelajari sebelum2nya. Sbb tu aku susah nak grad kot sbb
time blajo subjek prerequisite dulu dok memain.. Orang dok belajor, kita dok
garu telur.. Mana nak paham..

 

Itu dari segi BELAJAR. Sama
juga dengan dari segi MENGAJAR. Semakin tinggi ilmu, semakin susah nak ajar
sebab semakin tak ramai orang yg pegangan basicnya kuat. Bandingkan je la
student skolah rendah, sekolah menengah, diploma, degree, master, PHD. Makin lama
makin skit. Kalau bukan sebab adanya universiti, sure susah gila lecturer nak
cari makan. Ye tak?

 

Tapi itu ilmu berkenaan
akademik, mudah je cari kat universiti. Tapi ilmu berkenaan kehidupan? Itu ilmu
mahal yg hanya orang2 berpengalaman je yg ada. Yg mana setiap orang
pengalamannya berbeza2. Dan utk mempelajari pengalaman yg kita nak specialize,
kita kena cari sendiri gurunya bagai nak gila, yg kita tak tau siapa yg ada
ilmu tuh. Guru plak, kena dok nunggu bagai nak gila “sampai bila la ada org yg nak timba pengalaman aku”.

 

Maka itulah yg buat aku gila
dok kat kampung nih - dok mencari dan menunggu. Mencari guru yg ada ilmu yg aku
kehendaki.. Dan menunggu regu utk aku kongsi apa yg aku fahami. Last2, sebab
dalam Friendster ni ada regu, aku ambil keputusan utk tulis je kat sini. Yg
mana tulisan2 dlm blog ni sbenarnya khas utk orang2 berkenaan. Utk aku isi masa
lapang berkongsi dengan mereka dan memperkukuhkan lagi pemahaman aku mengenai
apa yg telah dipelajari.

 

Kepada yg tak berkenaan, aku tak syorkan utk membacanya. Kang label aku sesat lak. Lagi aku takut, main tibai
je pakai apa yg ditulis tanpa usul periksa, pastu bila jahanam, salahkan aku
lak padahal yg salah ialah diri sendiri sebab tamau tanya. Lagi horror, tak
reti, diajar plak pada orang lain, pastu diajar dan diajar sampai jadi sesat
lagi menyesatkan.

 

Tapi kalau nak baca, baca je
la.. Aku dah pikir banyak kali utk menulis.. Dan akan ditulis dalam bahasa yg
sgt seni yg mana orang tertentu yg akan memahami istilah2 yg nak disampaikan.. Dan
orang umum yg tak nampak apa yg nak disampaikan plak, hanya akan paham secara
luaran je dan nampak tulisan ni hanya seperti tulisan biasa yg mengarut dan
ntah apa2. Ceh!! Dah satu keje aku lak nak mengolah bahasa.. Apa ingat aku ni
sasterawan negara ke?

 

Tapi lantaklah.. Asalkan aku
dapat kurangkan skit KEGILAAN nih!! WAHAHAHAH!! To Grapeviners, let this be the
continuation of my masterpiece from UTP. Just add-on je..