100)The End is the Beginning.
Ok.. So this may be the last entry for this blog (for now). And for that matter, I would like to divide several points as the content.
.
.
1) Magnum Opus.
.
.
For people who does not know the meaning of that word, you can click here. Masanya sudah tiba untuk meluaskan empayar. Maka, dengan ini, kerajaan baru adalah di:
.
http://adiramli.blogspot.com/
.
.
Ya, style yang dipilih ialah style yang PENUH KEDURJANAAN (sebagaimana seorang member pernah kata). Wahahahahahah!! Maklumlah, ALLIGNMENT (sila klik sini untuk pengetahuan lanjut) blog sini sejak awal-awal lagi dah bersifat CHAOTIC (chaotic good + chaotic neutral + chaotic evil). Jadi, blog baru ni, alignmentnya difokuskan pula hanya pada Lawful Evil. Oh ya, resolution yang paling sesuai untuk view blog tersebut ialah: 1024×768. Please take note of that.
.
.
Ada kemungkinan akan maintain dalam Bahasa Inggeris (kemungkinan sahaja). Mood berbeza-beza setiap kali menulis, ye tak? Mungkin kalau ada istilah atau terms yang sesuai guna BM, baru akan guna BM. Tapi kalau boleh, aku nak maintain BI. Saja nak belajar mahirkan bahasa penulisan dalam BI.
.
.
Bab lagu yang dipasang tu, they are just temporary. Saja dok letak situ. Kalau tak minat, pausekan je. Nanti kalau aku dah muak gila mendengarnya sampai muntah-muntah, aku padamkanlah lagu tu.
.
.
Aku yakin, akan berlaku beberapa kebarangkalian tersebut pada blog tersebut nanti:
.
a) Kurang pembaca kerana dah kurang ‘fun’ dengan bahasa-bahasa carut dan bahasa pasar. Juga kerana agak skema gaya bahasanya. Mungkin juga sebab tak ramai yang minat nak baca bahan Bahasa Inggeris (read: malas nak semak kamus).
.
b) It may go International due to globalization, juga kerana pengguna blogspot boleh ‘blog hopping’ to any random blog. Maka komen yang diterima tak semestinya dari pemikiran orang Malaysia semata-mata. Akan bertambah pening kepala untuk aku menguruskannya (tapi takpe, comment moderation activvated).
.
c) I don’t give a shit about all those things because I write only for MY satisfaction, not other people. Buahahahahahah!!
.
.
So, to those yang rasa ia sudah tidak lagi menepati citarasa anda, I would like to say ’sayonara’ to them. And for those who still wanna stick around, what should I do to make you quit aaaa? Wahahahahah!!
.
.
.
.
2) Puasa.
.
.
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Yaa.. Yaa.. Kena puasa, terawikh bla, bla, bla.. Yang penting, dapat makan makanan best-best (di samping menjaga kesihatan badan dengan pilihan makanan yang bijak). So, mau minum apa masa berbuka nanti?
.
.
So, mau berbuka dengn apa eh? Tu belum campur cincau lagi tuh. Wakakakakakaka!!
.
.
Ok, cukup bab makanan, kita masuk pula bab yang lain. Terawih. Aku tak pasti sama ada benda nih aku dah post ke belum pada entry yang lepas berkenaan Ramadhan nih. Aku malas nak kasi jawapan atau menghuraiknnya. So, kasi soalan je cukuplah.
.
.
Kita sedia maklum bahawa solat Terawih tu kalau dikaji pada sudut bahasa Arabnya, lebih ke arah istilah "rehat". Bermakna, solat terawih itu bersifat ’santai’, bukan tergopoh-gapah nak buat bnyak rakaat. Yang menjadi masalah ialah banyak orang kita buat terawih bukan kerana nak beribadah, tapi untuk melepaskan batuk di tangga - janji buat, dan janji cepat habis. Kena pulak kalau malam tuh nak mengongkek, memang rush gegila kasi habis. So, persoalannya:
.
.
Jika terawih itu bersifat santai, boleh ke kalau kita buat ikut suka hati kita dalm bab penyelenggaraan waktunya? For example, lepas Isyak, layan berita sampai habis dulu. Habis berita buat 2 atau 4 rakat terawih. Pastu layan movie. Lepas layan movie but lagi 2 atau 4 rakaat. Pastu makan second round dulu, keluar ke warung, minum-minum dengan member, lepas tu balik rumah buat lagi 2 atau 4 rakaat. Pastu kongkek bini dan tidur. Bangun sahur tu buat witir. Kan ke flexible malah menepati istilah ’santai’ tu?
.
.
Jika di UTP imam boleh lepak kasi tazkirah atau soal-jawab antara 4 terawih, mengapa tidak kita buat macam tu kalau kita buat sendiri? Bukankah itu lebih memudahkan? Aku takdelah nak kata tak payah pi masjid. Nak pi, pi lah. Tapi untuk jenis malas atau yang jenis kaki DotA, bukankah itu lebih memudahkan? Habis satu game, buat 2 atau 4 dulu. Sambung lagi main. Setiap kali habis satu game, buat ikut keselesaan masing-masing. Kan ke mudah?
.
.
Katalah jenis yang nak terawih sendiri tu adalah yang tak hafal surah lazim, atau tak tahu urutan surah mana nak baca dulu. Soalannya ialah, tak boleh ke kita setakat baca Fatihah je? Bukankah rukun solat tu yang pentingnya Fatihah, manakala surah lazim takde pun masuk rukun atau syarat sahnya. Tak boleh ke begitu? Memanglh kalau kita lihat, macam tak berapa proper. Tapi kenapa pula tak boleh kita buat minimum requirementnya? Adakah cara ini boleh atau tidak?
.
.
Satu lagi, bab nak khatamkan Quran dalam masa satu bulan tuh. Persoalannya, adakah yang utama ialah habis baca semua surah, ataupun adakah biar baca sikit (walaupun tak habis khatam), tapi pemahaman terhadap terjemahan dan isi kandung ayat itu yang lebih utama? Adakah kita sebenarnya lebih kepada ‘amalan’ dalam bulan puasa, ataupun adakah sebenarnya pada ‘penghayatan’ dalam bualan puasa? So, yang mana satu?
.
.
Lagi satu, kenpa time puasa baru sibuk nak khatamkan Quran? Kenapa bulan lain takde lah pulak nak sibuk-sibuk macam tu? Bukankah selalu ceramah kata bahawa bulan Ramadhan ni umpama medan latihan yang mana sepatutnya segala amalan itu harapny diteruskan istiqamahnya hingga ke bulan lain? So, kenapa time "training" je kita bersungguh, tetapi time "real time" kita tak adalah pula sebegitu? Di mana silapnya? Adakah pada diri kita, ataupun adakah pada pemahaman yang telh ditanam dalam kepala otak kita oleh fahaman majoriti? I don’t know..
.
.
Jawapannya, itu mungkin bergantung kepada si pemberi jawapan. Kalau yang ‘terikat’ dengan geng-geng tertentu, pastinya mereka akan ajak ikut join geng deme masa Terawih atau khatam Quran. Maklumlah, but secara beramai-ramai kan lebih meriah. Tapi the downside is kita terpaksa ikut majoriti tanpa boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian diri sendiri.
.
.
Kalau tanya geng huha pulak, jawapannya pastilah buat sendiri yang lebih elok. Dan sememangnya tak salah pun. Walaupun kita memperoleh freedom untuk menyesuaikan dengan diri, the downside is sekali datang sifat malas tuh, terus rasa malas nak buat.
.
.
Dedua ada pros and cons. Yang penting, ikut mana yang sesuai. Nak lagi fleksibel, kalau rasa malas baru join jemaah, dan kalau rajin (atau agak sibuk), buat sensorang. Kan ke mudah? Sama ada mengikut fahaman majoriti ataupun minoriti (yang jarang dibincangkan orang, tetapi betul), terpulanglah.
.
.
Aku tak tahu.. Tu hanya pandangan hasil daripada penelitian dan pertanyaan kepada orang lain. Kalau tak pasti, kepada geng UTP, silalah terawih di UTP dan tanya soalan tersebut time soal-jawab masa terawih tu. Susah-susah, pi je la jumpa mufti. Senang cerita.
.
.
Apa-apa pun, selamat hari raya..
.
.
.
.
3) Thoughts.
.
.
Ever wonder why Malays always ucapkan "selamat" terhadap apa-apa wish and greetings? Contoh:
.
Selamat datang
Selamat malam
Selamat pulang
Selamat jalan
Selamat hari raya
Selamat hari lahir
.
.
Pada satu sudut, mungkinkh kerana kita merasakan bahawa kita selalu dalam bahaya dan kurang selamat, maka diucapkan sedemikian? Ada benarnya juga bahawa orang Melayu ni always feel insecured.
.
.
Antara mentliti yang boleh dilihat adalah pada ibu bapa Melayu (terutamanya yang kerja kerajaan). Seboleh-bolehnya nak anaknya juga kerja kerajaan kerana dirasakan anaknya itu tidak berkemampuan untuk berdikari dalam kerjaya swasta atau berniaga. Antara ayat-ayat yang selalu didengar:
.
"Nanti habis belajar, kerja je la dengan kerajaan. Senang nak buat loan, senang beli tanah, dan nanti dah tua senang sikit dapat pencen.."
.
.
Dirasakan bahawa orang Melayu bila dah tua terus mati kutu tak tahu nak buat apa untuk cari mata pencarian, lalu mengharapkan bantuan duit pencen. Adakah kerana kurangnya rasa kepercayaan terhadap waris mereka, ataupun adakah kerana mereka sendiri yang tidak dapat memikirkan solution if they are in the waris’s shoe?
.
.
Atas sebab selalu syakwasangka sebegitulah diri dirasakan tidak selamat dan pelbagai andaian yang bukan-bukan berkenaan masa depan mula timbul. Maka tas sebab itulah selalu diucapkan ’selamat’ dengn harapan orang yang di’wish’kan itu selamat.
.
.
Tetapi jika dilihat pada sudut yang lebih halus pula, mungkinkah itu adalah antara cara ulamak terdahulu untuk menerapkan nilai murni cara hidup Islam kepada orang Melayu yang dikatakan "ikut sultan masuk Islam"? Aku tak tahu sama ada ini betul atau tidak. Hanya telahan sahaja berdasarkan pemikiran bahawa jika benar ucapan tersebut telah lama wujud sejak zaman dahulu, apakah puncanya wujud?
.
.
Adakah atas punca ayat "Sesungguhnya cara hidup di sisi Allah itu ialah Islam", di mana ISLAM itu kata dasarnya yang bermaksud sejahtera = selamat? Adakah disebabkan sedemikian, maka diterapkan dalam budaya Melayu dengan cara yang halus - dijadikan amalan kehidupn seharian sebagai kata-kata yang mendoakan orang lain selamat?
.
.
Jika teori ni benar, bermakna memang hebat sungguh ulamak yang mulakan amalan sedemikian dalam amalan budaya Melayu dengan cara yang paling halus hingga tidak disedari oleh kita hingga ke hari ini. Come on babe, ulamak Melayu pun apa kurangnya berbanding ulamak Arab? Cuma masalahnya orang sekarang banyak mengagung-agungkan yang sebelah Arab sana hingga sanggup "mengArabkan" diri berbanding cuba memperdalami bagaimanakah mentaliti dan corak pemikiran ulamak Melayu sendiri.
.
.
Atau adakah terdapat teori yang lain berkenaan perkataan "selamat" itu? Jika ada, sila kongsikan di ruangan komen.
.
.
.
.
4) Wayang.
.
.
Perh, cerita Knocked Up lawak dia memang best. Kepada yang mindanya cepat tangkap pada benda-benda yang porno, cerita ni memang aku rekemen utk kome tengok. Lawak dia memang banyak yang tersirat. Wahahahahahah!! Ada beberapa part dalam cerita tu, time aku tengok, aku dan beberapa orang je yang gelak. Yang lain senyap je. Mungkin sebab minda ‘terlalu suci’ sampai tak dapat nak faham.
.
.
Tapi serius best. Jalan ceritanya biasa je macam The Mating Habit of Earthbound Human. Yang buatnya best ialah lawaknya dan wataknya yang kita pun tak dapat nak imagine bgaimana air dengan minyak boleh nak campur - tapi dapat jugak dingamkan du watak tersebut.
.
.
Memanglah kalau geng Islamik (atau Ramas - singkatan RAkan MASjid) akan kutuk kaw-kaw punya cerita tu sebab cerita pasal ngongkek secara tak sah dan anak haram. Tapi cuba tengok pada satu benda yang nyata, tapi kita tak sedar:
.
"Yang mengukuhkan lagi hubungan antara ibu dan bapa ialah anak."
.
.
Bagaimana hubungan yang pada awalnya teruk, menjadi elok hanya dengan kehadiran seorang anak. Itu isi yng patut difokuskan. Bab zina dan anak haram tu, itu anggap je sebagai satu bahan jenaka (dan memang dijadikan lawak pun dalm movie tuh.. Hahahahahah!!)
.
.
So, to perverts out there, I recommend you to watch it..
.
.
**************************************
.
.
So, I think that’s all for this last entry for this blog. Harapnya ada isi di blog ini yang dapat memberikan manfaat, walaupun banyak mengarut.
.
.
So, sekian dan dengan ini, secara rasminya, Entry 101 sudahpun bermula di blog baru.
.
.
Maka begitulah adanya..
.
.
Comments(0)


